Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji

bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenisjenis ayat dan ragam ayat. Bahasa Melayu tergolong dalam salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif atau juga dikenali sebagai bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sebegini bermaksud sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini perkembang melalui proses pengimbuhan. Pengimbuhan yang di sebut ialah pengabungan morfem dengan kata dasar. Hasil daripada penbentukan pelbagai bentuk akan akan dirangkaikan untuk menghasilkan binaan ayat-ayat yang lebih gramatis. Selain itu, ia dapat berfungsi dalam menyampaikan maksud dan juga sebagai alat komunikasi sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Hal ini kerana bahasa Melayu mempunyai pemahaman sintaksis yang ringkas dan mudah. Gabungan frasa dan klausa dalam bidang ini akan membentuk ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain. Oleh itu, terhasillah jenis jenis ayat yang pelbagai seperti ayat penyata, ayat seru, ayat perintah dan ayat tanya di samping ayat aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai jenis kelompok ayat ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat, penerangan dan membuat perhubungan Tidak dapat dinafikan bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam

menyampaikan sesuatu maklumat sama ada secara lisan atau pun tulisan. Kajian-kajian dalam bidang sintaksis wajar dibuat supaya bahasa Malayu dapat difahami dan pelajari dengan lebih mendalam. Kini terdapat ramai penahu-penahu bahasa dan pengkaji yang menghasilkan rumus dan peraturan dalam bidang bahasa Melayu. Justeru, usaha-usaha ini akan menjamin bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang unggul di peringkat antarabangsa

Anda mungkin juga menyukai