Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR

2022

TARIKH : 28 MEI 2022

MASA : 7.45 PAGI HINGGA 9.45 PAGI

TEMPAT : KAWASAN KAMPUNG PULAU NYIOR

Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan Sekolah Kebangsaan Pulau
Nyior, Jitra, Kedah. Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan
dalam kalangan warga sekolah, waris dan murid-murid. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum SKPN dan terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu kategori Perempuan bawah 10
tahun dan bawah 12 tahun serta kategori Lelaki bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun.

Pada jam 7.45 pagi, murid-murid dan para waris mula berkumpul di tapak perhimpunan
untuk mendengar sedikit taklimat ringkas serta seterusnya menjalankan senaman ringan dan
regangan badan. Guru-guru sudah mula bergerak ke lokasi bertugas masing-masing bersama
polis bantuan dan waris. Murid-murid dipastikan dalam keadaan sihat dan bersedia untuk
merentas desa.

Pada kira-kira jam 8.15 pagi, murid-murid telah bersedia untuk memulakan larian di
pintu pagar sekolah. Murid-murid merentas desa mengikut laluan yang telah ditetapkan. Kira-
kira jam 9.15 pagi, murid-murid telah berjaya kembali ke sekolah dan dicatat sebagai pemenang.
Pada jam 9.25 pagi semua murid telah kembali ke sekolah bagi menamatkan kejohanan ini.

Setelah itu, murid-murid dibekalkan dengan minuman mengikut rumah sukan masing-
masing. Murid-murid, para guru dan polis bantuan telah berkumpul di dewan terbuka untuk sesi
penyampaian hadiah dan cenderamata kira-kira jam 9.30 pagi. Majis dimulakan dengan ucapan
pengerusi majlis, dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang.
Sebelum Kejohanan bersurai, semua guru, waris, polis bantuan dan para pemenang
memorikan kenangan bersama dalam sesi bergambar di tapak perhimpunan. Pihak pentadbiran
khususnya unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak lansung.
Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada guru-guru serta kakitangan sekolah yang telah
menjalankan latihan merentas desa sebelum majlis kejohanan berlansung. Kehadiran serta
penglibatan para waris juga telah menyerikan lagi majlis ini. Tahniah juga diucapkan kepada
para pemenang. Sekian.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

_____________________ ________________________

(NOOR HAMIARTHY BINTI HAMZAH) (FAZMAWATI BINTI JOHARI)

AJK DOKUMENTASI KEJOHANAN GPK KOKURIKULUM

SEK. KEB. PULAU NYIOR, SEK. KEB. PULAU NYIOR,

JITRA, KEDAH JITRA, KEDAH

Anda mungkin juga menyukai