Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA

SK LKTP LEPAR HILIR 3 TAHUN 2022


KALI KE 26

Perkara : Laporan Kejohanan Olahraga kali ke-26 Tahun 2022


Tarikh : 21 Ogos 2022 (Ahad)
Tempat : Padang SK (LKTP) Lepar Hilir 3

Sasaran : Murid SK (LKTP) Lepar Hilir 3


Kewangan : Peruntukan PIBG dan kokurikulum

Laporan Pelaksanaan Program


Kejohanan Olahraga SK LKTP Lepar Hilir 3 telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad,
21 Ogos 2022 bertempat di padang sekolah SELPHI 3. Pihak sekolah berbesar hati kerana En
Mustakim bin Zakaria, wakil YB Dato’Abdul Rahim bin Muda EXCO Kerajaan Negeri Pahang
telah sudi hadir dan merasmikan kejohanan sukan pada tahun ini. En Rozaimy bin Dorus Yang
Dipertua PIBG SK LKTP Lepar Hilir 3 juga hadir bagi memeriahkan majlis.

Kejohanan yang bermula pada pukul 8 pagi menyaksikan 3 kontigen Pasukan Rumah
Sukan mengambil bahagian dalam pertandingan perbarisan. Setiap pasukan diiringi oleh maskot
amasing-masing. Kesemua kontigen perbarisan telah memberikan persembahan yang menarik
dan berdisiplin serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar, diikuti dengan ucapan perasmian oleh
En Mustakim bin Zakaria. Murid-murid berasa teruja apabila perasmi kejohanan telah
menyalakan obor kejohanan sebagai simbolik permulaan kejohanan pada hari tersebut.

Antara acara yang dipertandingkan pada hari kejohanan ialah larian 100m, larian 80m,
100m dan 4x100m. Acara tarik tali akhir terbuka turut diadakan sebagai acara kemuncak
kejohanan dan telah mendapat penyertaan yang diluar jangkaan.
Kejohanan Olahraga pada pagi ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua
pemenang. Olahragawan dan olahragawati pada tahun ini disandang oleh Muhammad Afif
Hafiyyan bin Jasemi dan Intan Nurjannah. Keputusan akhir menyaksikan rumah Fantastic
menjadi Johan Keseluruhan diikuti dengan rumah Awesome sebagai naib johan dan rumah
Marvelous ditempat ketiga. Kejohanan Olahraga Kali ke-26 ini berakhir pada pukul 1 tengahari.

Kekuatan /Kelebihan:
1. Program ini melibatkan warga sekolah secara menyeluruh termasuklah guru, kakitangan,
murid-murid serta komuniti FELDA.
2. Acara dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
3. Semua peserta melibatkan diri secara aktif dalam semua acara yang dilaksanakan.
4. Pihak sekolah menerima sumbangan hadiah dari pelbagai pihak.

Cadangan Penambahbaikan
1. Mengadakan perbarisan yang melibatkan kontingen Prasekolah.

Kesimpulan : Keseluruhannya, Kejohanan Olahraga SK LKTP Lepar Hilir 3 kali ke-26 berjaya
dilaksanakan dengan baik dan memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

………………… …………………………
(NUR MAZLAN BIN AB AZIZ) (MOHD FAZLIN BIN IDRIS)
Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum,

Disahkan oleh,

...................................
(RAMZA BIN YAAKUB)
Guru Besar
SK LKTP Lepar Hilir 3
Lampiran

ACARA PERBARISAN DAN PERSEMBAHAN

BACAAN IKRAR DAN UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN


UCAPAN PERASMI DAN NYALAAN OBOR KEJOHANAN

ANTARA ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


ACARA TERBUKA

PENYAMPAIAN HADIAH
PERTANDINGAN KHEMAH TERBAIK

Anda mungkin juga menyukai