Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN SUKAN TAHUNAN 2019

SJKT MUKIM PUNDUT 32200 LUMUT, PERAK

1. TAJUK AKTIVITI / PROGRAM


Sukan Tahunan 2019

2. OBJEKTIF
- Melahirkan dan mengetengahkan atlet berpotensi besar lagi berkualiti di
Peringkat sekolah.

- Melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan.

- Mengalakkan interaksi yang aktif dan sihat dikalangan murid, guru-guru


dan ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan.

3. SINOPSIS AKTIVITI / PROGRAM

Sukan Tahunan 2019 diadakan pada 20.06.2019 (Khamis) pada pukul


2.30 petang En.Thamothiran (peguam) telah dijemput sebagai tetamu
khas bagi merasmikan sukan tahunan 2019. AJK PIBG telah membantu
dari segi kewangan dan tenaga kerja untuk menjayakan sukan tahunan
dengan meriahnya. Rumah Kuning menjadi juara kali ini. Olahragawan
pada tahun 2019 dimenangi oleh adik Yashwin Kumar dari Rumah Kuning
manakala Olahragawati pula dimenangi oleh adik Nishalini dari Rumah
Kuning dan adik Kavipriya dari rumah hijau.

Akhirnya, ucapan terima kasih disampaikan oleh En.R.Loganathan.


Kejohanan sukan tahunan 2019 berakhir sekitar pukul 6.30 petang. Para
tetamu kehormat, guru-guru dan ibu bapa dihidangkan jamuan di kantin
sekolah. Murid-murid berasa sangat gembira dengan kemeriahan
kejohanan sukan pada tahun ini. Semua orang bersurai sekitar pukul 6.45
petang.
4. TARIKH/TEMPOH
Sukan Tahunan 2019 bermula pada pukul 2.30 tamat pada pukul 6.30 pm.
Tarikh: 20/06/2019( KHAMIS )

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid dari SJKT MUKIM PUNDUT

6. PENILAIAN AKTIVITI/PROGRAM
Pertandingan ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan.

7. KEBAIKAN
Murid dapat menunjukkan bakat dan melahirkan atlit berpotensi besar lagi
berkualiti di peringkat sekolah.

8. KELEMAHAN
Memerlukan latihan sukan yang secukupnya.

9. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Latihan sukan perlu diadakan sepanjang tahun.

10. RUMUSAN
Sukan Tahunan berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


MUNIAAMAH A/P KRISHNAN MARIAMMAH A/P KRISHNAN
( P.SETIAUSAHA SUKAN ) ( PK.KOKURIKULUM )

Disahkan oleh,

PAKEANATHAN A/L PONNUCHAMY


( GURU BESAR )

Anda mungkin juga menyukai