Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN MEDIA AUDIO

Secara amnya, audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) dan ia sering digunakan dalam bidang bahasa
terutama sekali untuk mengajar tentang sebutan kata yang betul. Media audio merupakan
satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, bahan
untuk media audio adalah mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh
guru dan murid. Sebagai contoh, alat pembesar suara. Bahan audio juga boleh memberi
gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan pembacaan sahaja.
Seterusnya, media audio adalah bahan mudah alih, iaitu ia dapat digunakan di mana-mana
tempat sahaja. Media audio juga sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang mahir
membaca di samping bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses
penyuntingan. Bunyi dalam media audio pula akan menunjukkan sesuatu situasi dengan
tepat. Kebaikan yang seterusnya adalah media audio mudah dipadam dan digunakan
semula. Media ini juga akan menggunakan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat
disusun mengikut kadar masa tertentu serta boleh dijalankan secara berulang kali bagi
meningkatkan kefahaman pelajar.

Anda mungkin juga menyukai