Anda di halaman 1dari 3

Kejohanan Olahraga MSSD, Belaga Kali ke - 41

Sekolah Kebangsaan Punan Ba, Belaga


Tahun 2020

1.0 MATLAMAT
Kejohanan Olahraga MSSD, Belaga kali ke-41 akan diadakan pada 6- 7 Februari 2020 (Khamis -
Jumaat) adalah merupakan acara olahraga tahunan bukan sahaja dilaksanakan di daerah ini
malahan di seluruh sekolah di Malaysia. Kejohanan dilaksanakan dengan 2 aktiviti iaitu acara
padang dan balapan. Kejohanan yang dilaksanakan adalah mendokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kearah melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kejohanan ini juga selaras dengan
aspirasi pendidikan negara iaitu membentuk perpaduan di kalangan warga sekolah .

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat memberi pendedahan kepada semua murid tentang sukan sekolah

2.2 Menggalakkan murid menyertai bidang sukan dan secara tidak langsung dapat
menyihatkan badan dan mencerdaskan otak.

2.3 Dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah

2.4 Menyediakan atlet-atlet sebagai persiapan ke kejohanan Olahraga MSSD pada tahun
2021.

3.0 TARIKH,TEMPAT,MASA

3.1 Acara : Kejohanan Olahraga MSSD

Tarikh : 6 & 7 Februari 2020 (Khamis & Jumaat)


Masa : Sesi pagi (7.30 – 6.30 petang)
Tempat Stadium Mini Sg Asap, Belaga

4.0 JAWATANKUASA KONTINJEN SEKOLAH

Pengerusi : En. Jalong Imut


Guru Besar SK Punan Ba

Ketua Kontinjen : En. Jabou Ayok


PK KoKurikulum SK Punan Ba

Guru Sukan : En. Mohammad Izzuddin Bin Saifulqahar


Jurulatih : En.Mohammad Izzuddin Bin Saifulqahar
En. Mohammad Arsyad Bin Sapian
En. Hazim Bin Suhaimi
En. Malviro Micky

5.0 ANGGARAN SENARAI KONTINJEN

5.1 Senarai Guru Pengiring

- Rujuk Lampiran 1

5.2 Senarai Nama Atlet

-Rujuk Lampiran 2

5.3 Senarai PIBG

- Perlukan pandangan dari Pentadbir Sekolah

5.4 Cadangan Wang Saku

- Jumlah wang saku yang dicadangkan adalah sebanyak RM 10 untuk setiap


Peserta.

5.5 Kereta Sewa

- Perlukan pandangan dari Pentadbir Sekolah

6.0 SASARAN PINGAT

- Sasaran pingat bagi kejohanan kali


ini adalah sebanyak 3 pingat emas

7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar Kejohanan Olahraga MSSD, Belaga Kali ke-41 ini dapat berjalan dengan
lancar dan meriah. Ini kerana melalui acara sukan ini kita dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan memupuk perpaduan antara kaum. Di samping itu kita dapat melahirkan murid
yang cergas dan cerdas dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Di harapkan melalui acara
sukan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dan sebagai persiapan kontinjen sekolah untuk
bertanding ke Kejohanan Olahraga MSSD Kali ke-42 pada tahun hadapan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ...............................................
(EN. MOHAMMAD IZZUDDIN) (EN. JABOU AYOK)
Setiausaha Sukan, Penolong Kanan Kokurikulum,

SK Punan Ba, Belaga SK Punan Ba, Belaga

Disahkan oleh,

……………………………….

(EN. JALONG IMUT)


Guru Besar
SK Punan Ba, Belaga

Anda mungkin juga menyukai