Anda di halaman 1dari 6

CARTA ORGANISASI

PANITIA MATEMATIK
SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2012

PENGERUSI (GURU BESAR )


En. Zulkarnain Bin Masrin

NAIB PENGERUSI (GURU PEN.KANAN PENTADBIRAN)


En.Johari Bin Abu Bakar

KETUA PANITIA
En.Ahmad Nizam Bin Othman (2 Bestari, 6 Bestari)

SETIAUSAHA
En.Emi Sufian Bin Rosli (3 Bestari)

AHLI JAWATANKUASA

Pn.Rosliha Pn.Nor Haslizawati En.Mohd.Hasren En.Arman Bakti


Bt. Kamaruddin Bt. Mhd.Ishak Bin Yunos B.Omar Baki
(6 Bijak,3 Bijak,1 Bestari) (1 Bijak,2 Bijak,5 Bijak) (4 Bijak,5 Bestari) (4 Bestari)
P
LAPORAN PANITIA MATEMATIK 2012

PENGERUSI : EN.AHMAD NIZAM BIN OTHMAN


SETIAUSAHA : EN. EMI SUFIAN BIN ROSLI

Senarai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012:

Peringkat sekolah :
 Program Saya Bijak Sifir
 Pertandingan Battle Bot
 Teknik Menjawab Soalan Matematik Kertas 2

Peringkat Zon Selatan:


 Pertandingan Battle Bot

Peringkat Antarabangsa:
 Peperiksaan Antarabangsa Matematik kerjasama dengan universiti antarabangsa.

Program ‘Saya Bijak Sifir’

Program ini telah diadakan sepanjang bulan April hingga November, sewaktu sesi
pembelajaran. Murid yang terlibat ialah murid tahun 3 hingga 6.

Cara perlaksanaan program ini ialah murid akan berjumpa dengan guru dengan
membawa borang yang telah dibekalkan dan membaca sifir yang telah dihafal di hadapan
guru. Setelah itu guru akan menyoal 10 soalan secara rawak kepada murid. Murid yang
berjaya menghafal sifir akan dianugerahkan ‘Lencana Bijak Sifir’ sewaktu perhimpunan.
Pertandingan BattleBot PINTAR2012

Peringkat Sekolah
Pada 2 April 2012,pihak Pintar Foundation telah menganjurkan Pertandingan
BattleBot PINTAR bertempat di dewan SK Kompleks Sultan Abu Bakar. Pertandingan ini
telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang.

Seramai 36 orang murid telah terlibat dalam pertandingan ini. 36 orang murid tersebut
kemudiannya telah dipecahkan kepada 18 kumpulan kecil.

Sebelum pertandingan dimulakan,murid telah diberi penerangan tentang cara


memasang lego, dan kemudiannya murid akan memasang lego berpandukan manual kerja
yang telah disediakan. Hasil kerja murid telah dikumpulkan dan dipertandingkan dalam
perlawanan liga. Kumpulan yang menang kan melayakkan diri mewakili sekolah ke peringkat
Zon Selatan. Dua orang murid tahun 5 iaitu Muhammad Irsyaduddin bin Mohktar dan Nur
Hannani Hanis bt M. Hamidi telah memenangi pertandingan ini.
P
1
0
2
g
n
h
C
o
b
e
l
t
a
B
R
A
T
N
I
Peringkat Zon Selatan
Pertandingan PINTAR BattleBot Challenge 2012 peringkat zon selatan telah diadakan
bertempat di Hotel 11@Century, Johor Bahru pada 26 dan 27 September 2012. Sebanyak 30
sekolah dari Melaka, Negeri Sembilan & Johor, di bawah tajaan PINTAR FOUNDATION,
telah menghantar wakil mereka untuk turut sama dalam pertandingan ini.

SK Kompleks Sultan Abu Bakar yang di wakili oleh 2 orang murid tahun 5 iaitu
Muhammad Irsyaduddin bin Mohktar dan Nur Hannani Hanis bt M. Hamidi telah memenangi
kesemua perlawanan di peringkat ini dan berjaya menjadi Johan Zon Selatan. Hanya 10
pasukan yang terbaik layak untuk mewakili zon selatan ke peringkat kebangsaan dan oleh
kerana itu, wakil dari sekolah ini secara automatiknya telah berjaya melayakkan diri untuk
mewakili zon selatan ke peringkat kebangsaan.
Teknik Menjawab Matematik Kertas 2

Pada 23 Julai 2012, Panitia Matematik telah menganjurkan Bengkel Menjawab


Soalan Matematik di dewan SK Kompleks Sultan Abu Bakar. Seramai 47 orang pelajar telah
telah turut serta dalam bengkel tersebut.

En.Md.Daud Bin Ujang telah diundang sebagai penceramah untuk bengkel tersebut.
Dalam bengkel tersebut,murid-murid telah diberi pendedahan tentang cara pemberian markah
dalam peperiksaan dan juga pendedahan tentang cara menjawab soalan Matematik kertas 2.
)
(
h
c
S
f
A
d
s
p
m
C
l
o
i
a
r
e
t
n
I
Peperiksaan Antarabangsa Matematik (kerjasama dengan universiti antarabangsa)

Pada 24 Julai 2012, Panitia Matematik telah menganjurkan peperiksaan Antarabangsa


Matematik, International Competitions and Assessments for Schools (ICAS) dengan
kerjasama Universiti of New South Wales,Sydney, Australia. Peperiksaan tersebut telah
diadakan di dewan SK Kompleks Sultan Abu Bakar.
Seramai 22 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 6, telah terlibat dalam
peperiksaan tersebut. Menerusi peperiksaan ini, pencapaian murid di peringkat antarabangsa
dapat diukur.

Seramai 9 orang murid sekolah ini telah mendapat “Credit atau Kepujian” untuk
peperiksaan pada kali ini iaitu Nurul Najwa bt Zaharuddin (6 Bijak), Muhd Nur Irsyad bin
Rosli (6 Bijak), Mohd Hafiz b Norazwan (6 Bijak), Amirul Suhairi b Mohd Suhaini (6 Bijak),
Muhammad Danielhakimie b Mohd Zulkifli (6 Bijak) Muhammad Adib Faiquddin b Mat
Sabudin (6 Bijak), Muhammad Saifullizan b Khamis (6 Bijak), Muhammad Luqman hadri b
Hasri (6 Bijak) dan Muhammad Redhzaudin b Anuar (6 Bijak).

Anda mungkin juga menyukai