Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG

05150 ALOR SETAR, KEDAH.

KERTAS KERJA
UJIAN SEGAK
( Standart Kecergasan Kebangsaan)
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 2020

“BADAN CERGAS OTAK CERDAS”

TAHUN 2020
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
UNIT KURIKULUM
KERTAS KERJA
UJIAN SEGAK SK GUNONG 2020

1. PENDAHULUAN.
UJIAN SEGAK Program penilaian  Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (
SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Sekolah Rendah dan Menengah.

2. OBJEKTIF
1. Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan
mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 

2. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal.

3. Melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah.

4. Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu.

5. Melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan
aktiviti kecergasan secara sistematik.

6. Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

3. TEMA
“BADAN CERGAS OTAK CERDAS”

4. SASARAN
Semua murid tahun 4,5 dan 6.

5. TEMPAT
Dataran Perhimpunan SK. Taman Bukit Indah

6. TARIKH
19 Oktober 2020

7. JAWATANKUASA
Pengerusi : Tn Syed Fazli bin Syed Zainol Abidin
(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En. Osmina Osma bin Osman


(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn Mashitoh binti Long


(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : En Anuar bin Hassan


(GPK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras : Noor Azura binti Zulkifley


(Ketua Panitia Pendidikan Jasmani)

Setiausaha : Muhd Lukman Hakim bin Abdullah


(Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani)

Ahli Jawatankuasa : Pn. Asnida binti Hashim


Pelaksana

8. KAEDAH PELAKSANAAN UJIAN


1. Ujian ini dijalankan kepada semua murid tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6.
2. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku
panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan
mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk
rujukan norma.

3. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga
mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid
digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.

4. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah
seperti berikut: 
 Naik Turun Bangku ( 3 minit )
 Tekan Tubi ( 1 minit )
 Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
 Jangkauan Melunjur
5. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan
ujian ini.
6. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu
dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac/April dan Ogos/September.

7. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang
sama.

9. PAKAIAN
9.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah
9.2 Murid yang tidak memakai pakaian sukan lengkap tidak dibenarkan
melakukan ujian.

10. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan dan
mendatangkan faedah kepada semua murid. Sehubungan dengan itu, murid-murid dapat memahami
pentingnya menjadi insan yang sihat dan cergas sepanjang masa.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

----------------------------- ------------------------------ -----------------------------


(NOOR AZURA ZULKIFLEY) (EN.OSMINA OSMA OSMAN) (TN. SYED FAZLI B SYED ZAINOL
ABIDIN)
Ketua Panitia PJ, GPK Kurikulum Guru Besar
SK. Gunong. SK. Gunong. SK. Gunong.
2020 2020 2020
SK GUNONG , ALOR SETAR, KEDAH

JADUAL PERLAKSANAAN UJIAN SEGAK FASA 2


TARIKH :- 19.10.2020
MASA :- 8.00 PAGI – 12.45 PAGI

NAMA GURU AKTIVITI TEMPAT


PUAN NOOR AZURA BINTI
TINGGI/BERAT KANTIN SEKOLAH
ZULKIFLEY
NAIK TURUN BANGKU
ENCIK MOHD LUKMAN HAKIM BIN
( 3 MINIT ) KANTIN SEKOLAH
ABDULLAH
( NADI 1 MINIT )
TEKAN TUBI
ENCIK MOHD ANUAR BIN HASSAN KANTIN SEKOLAH
( 1 MINIT )
RINGKUK TUBI SEPARA
ENCIK MOHD RIDZUAN BIN ISMAIL KANTIN SEKOLAH
( 1 MINIT )
PUAN NOOR AZURA BINTI JANGKAUAN
KANTIN SEKOLAH
ZULKIFLEY MELUNJUR

8.00 – 9.30 AKTIVITI UJIAN SEGAK MURID TAHUN 6


9.30 – 10.45 AKTIVITI UJIAN SEGAK MURID TAHUN 5
11.15 – 12.45 AKTIVITI UJIAN SEGAK MURID TAHUN 4

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

................................................................. ……………………………….............
( PN. NOOR AZURA BINTI ZULKIFLEY ) ( EN OSMINA OSMA BIN OSMAN )
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani 2020 Penolong Kanan Pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai