Anda di halaman 1dari 6

UNIT SUKAN

SK PULAU TAWAR
1. TAJUK : UJIAN SEGAK

2. PENGENALAN :
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) ini telah dirancang
selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah
Rendah.

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum
boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.
Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan
sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut
norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini
dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008.
Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

3. OBJEKTIF :
mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

4. PROSEDUR

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku
panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan
murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada
1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian
ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan
murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.
Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian
adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )


2. Tekan Tubi ( 1 minit )
3. RIngkuk (1 minit )
4. Jangkauan Melunjur (3 kali percubaan)
5.
Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini
perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.

Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan
yang sama.

5. PERSEDIAN

Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan
aerobik.
Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani
ujian.

6. KESELAMATAN
Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal;
(b) mengidap penyakit kronik; dan
(c) tidak sihat pada waktu ujian.
Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

7. MASA DAN TEMPAT


- DEWAN SK PULAU TAWAR ( 7.30 AM 12.00 PM)

8. TARIKH DAN HARI


- 08 APRIL 2016 (JUMAAT)
AHLI JAWATAKUASA PROGRAM UJIAN SEGAK 2016
PENGERUSI : EN IDERIS B ZAINOL (GURU BESAR SK PULAU TAWAR)
N.PENGERUSI 1 : EN SUBHAN B ALIAS (GPK KOKURIKULUM)
N.PENGERUSI 2 : EN SAYED RAZAK (GPK KURIKULUM)
N.PENGERUSI 2 : PN HALIMAHTON BT HJ REBO (GPK HEM)

SETIAUSAHA / PENYELARAS
EN MOHD RIDZUAN BIN ABDUL MANAF (SETIAUSAHA SUKAN)
N.SETIAUSAHA
PN KHARIAH BINTI HJ SABLI (SETIAUSAHA KOKURIKULUM}

AJK
STESEN Ujian Tekan Tubi
EN MUHAMMAD AZLAN B SALLEH STESEN Naik Turun Bangku 3 minit
PN ADAWIYAH BT AHMAD EN AHMAD FAUZI B ABDUL HAMID
PN ARPAH BT HASHIM EN ROSLEE BIN SALLEH
PN NORSUZIYATI BT ABD TALIB
STESEN Rengkuk ( partial curl-up) 1
minit
EN MOHD NIZAM BIN NORDIN
TAHAP 1 (TAHUN 1 DAN TAHUN 2,
PN NORMAZIAH BT MUDA PENDIDIKAN KHAS, PRA SEKOLAH)
PN ARPAH BT HASHIM PN NOOR FATNIN BT MD DAUD
EN FAUZAN

STESEN Jangkauan Melunjur (Seat TAYANGAN VIDEO SUKAN


and reach test)
CIK SURIA BT ABDUL JAMIL
PN FARIDA BT SAARI
PN KHAIRIAH BT HJ SABLI
TENTATIF PROGRAM UJIAN SEGAK 2016

MASA AKTIVITI TINDAKAN


7.30 am TAKLIMAT AKTIVITI PENYELARAS PROGRAM
- Penerangan tentang
aktiviti ujian SEGAK
- Memanaskan badan
8.30 am Aktiviti dijalankan mengikut SEMUA AJK TERLIBAT
stesen :
- SEDIAKAN PERALATAN
STESEN Indeks Jisim YANG SESUAI
Badan (BMI-for-age) MENGIKUT STESEN
STESEN Ujian Tekan Tubi
STESEN Rengkuk ( partial
curl-up) 1 minit
STESEN Jangkauan
Melunjur (Seat and reach
test)
STESEN Naik Turun
Bangku 3 minit
TAHAP 1 (TAHUN 1 DAN
TAHUN 2, PENDIDIKAN
KHAS, PRA SEKOLAH)
- MEWARNA
SENTIASA CERGAS
DAN CERDAS
10.30 am REHAT
11.00 am TAYANGAN VIDEO AJK TAYANGAN VIDEO
- SUKAN DAN
PERMAINAN
11.30 pm REFLEKSI / PENUTUPAN PENYELARAS
GPK KOKURIKULUM
12.00 pm BERSURAI / TAMAT PROGRAM
PENUTUP

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian
yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat
memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai