Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG

05150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL


AMAN
LAPORAN PELAKSANAAN HARI KEUSAHAWANAN 2019

LATAR BELAKANG PROGRAM


Hari Keusahawanan 2019 SK Gunong merupakan satu program yang dijalankan bagi membentuk
perpaduan, kerjasama dan kesefahaman dalam sekumpulan masyarakat, berkumpul dan menjalankan
aktiviti secara bersama-sama. Program ini juga dapat mmbentuk dan melahirkan murid yang cergas,
progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan
harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini melibatkan semua guru dan murid bermula dari
PPKI , Pra Sekolah sehingga ke tahun 6. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Syed Fazli b. Syed Zainol
Abidin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gunong.

1. NAMA PROGRAM / AKTIVITI HARI KEUSAHAWANAN 2019

1.Menanam sifat kerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam


kalangan murid dan guru .
2.Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.
3.Meeningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan
mengembirakan murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah
2. OBJEKTIF yang unggul.
4. Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang
perniagaan dan keusahawanan.
5. Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan
komunikasi antara pelajar dan masyarakat berjalan dengan lancer dan
berkesan.
9 Mac 2019 (Sabtu) / Parkir SK Gunong /9.00 pagi – 3.00 petang.
3. TARIKH / TEMPAT/MASA

Semua murid SK Gunong termasuklah Pra Sekolah dan PPKI ,ibubapa


4. PENYERTAAN serta penduduk setempat.
5. 1. Dirancang dengan teliti dan teratur yang melibatkan guru-guru dan
KEKUATAN PROGRAM semua murid SK Gunong.
2. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dalam menjayakan aktiviti
yang dirancang.
3. Kerjasama yang baik daripada PIBG , ibu bapa dan masyarakat
setempat dalam memeriahkan lagi program tahun ini.
4. Pengawal Keselamatan dan staf sokongan sentiasa bersama membantu
sepanjang program berlangsung.
5. Hasil keuntungan yang diperoleh memberansangkan dan mencapai
sasaran yang ditetapkan.
6.Setiap aktiviti yang dianjurkan semasa program berlangsung
mempunyai kekuatannya yang tersendiri yakni dalam membina
hubungan baik antara ibu bapa dan guru meningkatkan potensi dan
keupayaan sebenar murid-murid dalam bidang perniagaan.
1. Tidak dapat menganggar jumlah perbelanjaan untuk memulakan
perniagaan.
2. Tidak dapat menganggar kuantiti barangan yang hendak dijual.
3. Keuntungan gerai dari penjualan makanan kurang memberangsangkan
sedangkan penggunaan modal yang besar.
6. KELEMAHAN PROGRAM 4. Kedudukan gerai nasi berada dihujung dan kurang mendapat
sambutan
5. Ketidakseimbangan pembahagian tenaga kerja bagi setiap gerai.
6. Hadiah bagi cabutan bertuah kurang relevan
7. Warna kulit buku kupon hampir sama dengan kupon menyebabkan
kekeliruan berlaku .
JAWATANKUASA INDUK& Rujuk lampiran
7.
PELAKSANAAN

1. Persiapan Jualan
2. Ketibaan murid/ibu bapa
3. Pendaftaran Sarana Ibu bapa
4. Bacaan Doa
5.Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
8. TENTATIF RROGRAM 6.Jualan Hari Keusahawanan
7.Pameran dari Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan
8. Jualan Bundle
9. Bersurai

KESAN & Program berjalan lancar.


9. IMPAK/DAPATAN/ISU
PENUTUP
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru Besar, guru- guru Penolong Kanan, guru-guru,
kakitangan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sk Gunong kerana memberi kerjasama
yang baik dalam menjayakan Program Hari Keusahawanan peringkat Sekolah Kebangsaan Gunong
bagi tahun 2019.
Pihak sekolah juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
individu yang bermurah hati memberi sumbangan kepada pihak sekolah . Pihak sekolah
mengharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Terima kasih dan sekalung budi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Hari Keusahawanan Peringkat Sekolah Kebangsaan Gunong bagi tahun 2019.
Semoga program pada kali ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat
selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, semangat kerjasama serta sikap bantu membantu
antara satu sama lain.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………
NOOR AZURA BT. ZULKIFLEY
AJK DOKUMENTASI

……………………….
NORAINI BT.KASSIM
AJK DOKUMENTASI

Disemak oleh,

………………………..
ISI KANDUNGAN
1. Laporan Aktiviti
2. Kertas Cadangan
3. Teks Ucapan
4. Pamplet
5. Gambar
6. Keputusan Penuh Kejohanan
Balapan & Padang
7. Lampiran
KERTAS
CADANGAN
LAPORAN
AKTIVITI
TEKS
UCAPAN
PAMPLET
KEPUTUSAN
PENUH
KEJOHANAN
LAMPIRAN
[

GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai