Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN BUNGIN,
JALAN HAJI BUJANG,
KAMPUNG BUNGIN,
95600 SPAOH
email : yba2419@moe.edu.my

__________________________________________________________________________________

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program / Sambutan Israk Mikraj Serta Yasin Perdana SK Bungin


Aktiviti
2. Tarikh 12 April 2019

3. Hari / Masa Jumaat (7.30 Pagi – 12.30 Tengah hari)

4. Tempat Bilik Gerakan SK Bungin

5. Objektif Sambutan Israk Mikraj ini diadakan bertujuan:

 Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala.


 Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu
malam yang penuh dengan sejarah.
 Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan
rejab.
 Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting
bagi umat Islam (solat).

6. Sasaran Semua murid Islam tahun 1 hingga tahun 6 SK Bungin.

7. Butiran / Pada jam 7.30 pagi, murid-murid berkumpul di Bilik Gerakan.


Laporan Aktiviti Kemudian, semua murid mendenar ceramah yang disampaikan
oleh Ustaz Mohd Zulkifli berkenaan peristiwa Israk Mikraj. Semua
murid mendengar dan membuat catatan sepanjang ceramah
berlangsung. Guru-guru juga turut mendengar ceramah sambal
membantu mengawasi murid-murid. Pada pertengahan ceramah,
terdapat sebilangan murid yang mula tidak memberi perhatian.
Justeru, guru disiplin memberi amaran dan teguran kepada
murid-murid berkenaan. Pada jam 9.30 pagi, kuiz spontan telah
diadakan berkaitan ceramah yang telah disampaikan. Murid yang
dapat menjawab soalan diberikan hadiah. Kemudian, murid-
murid berehat sebentar.
Pada jam 10.30 pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti
pertandingan mewarna tahap 1 dan pertandingan kuiz teka silang
kata yan dijalankan secara serentak pada masa yang sama,
namun pada tempat yang berlainan. Pertandingan mewarna
dijalankan di Bilik Gerakan, manakala pertandingan teka silang
kata diadakan di surau. Kemudian, pada jam 11.30 pagi,
“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”
pertandingan azan dan iqamah bagi murid-murid lelaki tahap 2
diadakan di BIlik Gerakan. Semua murid berada di Bilik Gerakan
dan memberi perhatian sepanjang pertandingan berlangsung.
Pada jam 12.30, semua majlis ditangguhkan dan penyampaian
hadiah disampaikan pada hari Rabu, 17 April 2019 semasa
perhimpunan rasmi sekolah.

8. Penilaian
Program
8.1 Kekuatan Semua aktiviti berjalan dengan lancar mengikut masa yang telah
ditetapkan.

8.2 Kelemahan Sepanjang program berlangsung, murid-murid membuat bising


semasa ceramah sedang berlangsung.

8.3 Cadangan Pengawas sekolah boleh membantu guru-guru mengawal murid


penambahbaikan mengikut kelas dan guru-guru memberikan ganjaran kepada
murid yang tidak membuat bising.

9. Dokumen
Bergambar

Bacaan Yasin

Khalifah bacaan Yasin daripada kalangan pengawas tahun 5 dan 6

“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”


Ceramah Isra’ Mikraj disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulkifli

Kuiz spontan berdasarkan ceramah Isra’ Mikraj

Pertandingan teka silang kata

Pertandingan azan dan iqamat

“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”


Pertandingan azan dan iqamat

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………........... ……………………………………..................
(ADIBAH BINTI AHMAD HUMAIDI) (MOHD ZULKIFLI BIN AB GHANI)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Islam SK Bungin. Panitia Pendidikan Islam SK Bungin.

Disahkan oleh :

………………………………………………
(ADI BIN HJ. SPAIEE)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bungin.

“BERILMU BERTAKWA BERBAKTI”

Anda mungkin juga menyukai