Anda di halaman 1dari 1

Kemeriahan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-13 IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, Kota Samarahan

Bermula dari hari selasa 12 mac 2013 hinggalah pada 14 mac 2013, Kejohanan olahraga tahunan (KOT) peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak (KTAR) dengan tema GURU PEMANGKIN KUALITI SUKAN NEGARA telahpun berlangsung dengan meriahnya sekali. Sebanyak 6 acara padang iaitu rejam lembing, lempar cakera, lontar peluru, lompat kijang, lompat jauh dan lompat tinggi dan 9 acara balapan iaitu 100 meter, 200meter, 400 meter, 800meter, 1500meter, 4x100meter, 4x400meter, melibatkan kategori lelaki dan perempuand dan 110 meter lari berpagar lelaki dan 100 meter lari berpagar perempuan telahpun dipertandingkan melibatkan kategori lelaki dan perempuan. Pada kejohanan tersebut, rumah Rosli Dhobi telahpun dinobatkan selaku juara dengan merangkul keseluruhan 10 pingat emas mengatasi rumah Rentap ditempat kedua, Rumah Temenggung Jugah ditempat ketiga dan Rumah Sharif Masahor ditempat yang keempat. Anugerah Olahragawan telahpun dimenangi oleh saudara Brandon Daby melalui kejayaannya memecahkan rekod IPG KTAR dengan lontaran sejauh 25.33meter pada acara lempar cakera. Manakala anugerah olahragawati pula telah dimenangi oleh Saudari Lim Ting Len melalui kejayaanya memecahkan rekod IPG KTAR dengan catatan masa 3minit 16 saat pada acara 800meter. Turut memeriahkan kejohanan tersebut adalah acara jemputan yang melibatkan peserta daripada Uitm Kampus Samarahan dan juga pasukan daripada IPG Kampus Batu Lintang
(KBL) Kuching.Antara acara yang dipertandingkan adalah 100 meter dan 4x100 meter yang

menyaksikan tuan rumah memenangi emas bagi kedua-dua acara bagi kategori perempuan. Acara perasmian penutupan bagi kejohanan tersebut telahpun dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak, Puan Hamsiah Binti Abdullah Masni. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berpesan agar pembudayaan sukan dan permainan di IPG KTAR haruslah diperhebatkan lagi bukan sahaja untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan tetapi turut juga memastikan bahawa setiap guru yang dilahirkan di IPG KTAR ini kompeten dan bersedia menjunjung aspirasi pendidikan Negara dalam bidang sukan selari dengan status IPG KTAR sebagai salah satu daripada tiga IPG kebitaraan sukan di Malaysia. Dalam ucapanya juga, Bonda Pengarah IPG KTAR turut mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Rektor UiTM Samarahan dan Pengarah IPG KBL atas kerjasama yang diberikan dan juga turut memuji pihak penganjur iaitu Guru pelatih semester Ke-5 (PISMP1111) selaku penganjur diatas kelancaran serta kemeriahan penganjuran Kejohanan olahraga tahunan kali ke-13 ini.

Anda mungkin juga menyukai