Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-27 ( 2012 ) ANJURAN UNIT KOKURIKULUM BERSAMA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

1. PENDAHULUAN Sukan Tahunan kali ke-27 ini merupakan satu program yang melibatkan warga IPG Kampus Ipoh anjuran unit kokurikulum bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dalam melahirkan komuniti yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran sosial yang intelek. Perkara ini juga bagi memastikan warga IPG Kampus Ipoh bergiat aktif dalam bidang sukan seterusnya meningkatkan lagi tahap mutu sukan institut.

2. RASIONAL Warga IPG Kampus Ipoh merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara. Selain itu juga warga Ipg Kampus Ipoh adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.

3. TUJUAN Projek ini bertujuan untuk mengisi program Unit Kokurikulum bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi sesi 2012 agar dapat meningkatkan lagi pelbagai aktiviti kesukanan yang memberikan banyak faedah kepada setiap pelatih guru. Sehubungan dengan itu, dengan adanya pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan.

4. TEMA Sukan untuk semua

5. TEMPAT Padang IPG Kampus Ipoh

6. MASA DAN TARIKH 1. MAC. 2012

7. DIF PERASMIAN ATAU PENUTUP Pengarah IPG Kampus Ipoh

8. GOLONGAN SASARAN Warga IPG Kampus Ipoh

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-27 IPG KAMPUS IPOH

Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Ipoh telah diadakan pada 1 Mac 2012 bertempat di padang IPG Kampus Ipoh. Dua minggu sebelum berlansungnya kejohanan ini telah berlansung saringan dan acara akhir bagi acara tertentu. Terdapat juga acara yang tidak dapat dijalankan mengikut jadual kerana hujan. Pada 1 Mac 2012, semua pegawai telah mendaftarkan diri pada pukul 6.45 pagi seperti mana yang telah diarahkan oleh En Mohd Sharifuddin bin Abd Aziz yang bertindak sebagai penasihat untuk kejohanan pada kali ini. Pada masa yang sama, semua ahli jawatankuasa pebarisan dan perasmian turut

membuat persiapan terakhir bagi melancarkan perasmian KOT 2012. Suasana pada pagi ini kelihatan mendung dan sambutan yang diberikan juga kurang memuaskan. Terdapat segelintir pelajar yang masih menghias khemah pada pagi itu walaupun telah diberikan masa selama dua hari untuk mereka menghias khemah. Namun begitu mungkin disebabkan faktor hujan membuatkan mereka tidak memulakan kerja mereka dengan lebih awal untuk menghias khemah kerana risau hiasan tersebut rosak.

Pada pukul 7.45 setiap kontigen perbarisan setiap sayap sukan serta unit uniform mula mengambil tempat sebelum upacara perasmian dimulakan. Setelah dif-dif kehormat dan para pensyarah tiba, upacara perasmian dimulakan. Upacara tersebut dimulakan dengan perbarisan masuk pasukan unit beruniform dan setiap kontigen sayap sukan. Ketika ini juga para juri untuk hiasan khemah mula beregerak ke khemah-khemah sayap untuk menilai hiasan khemah yang telah dibuat oleh setiap ahli bagi sayap masing-masing. Perjalanan masuk kontigen perbarisan berjalan lancar dan kelihatan teratur.

Para peserta bagi acara pertama mula mendaftarkan diri ketika Pengarah IPG Kampus Ipoh memeriksa barisan kontigen perbarisan. Para peserta KOT

terdiri daripada guru pelatih unit H, J, K, L, M, Bed. Tesl dan KPLI Ambilan 2012. Perasmian pada tahun ini berbeza daripada tahun lepas kerana gimiknya yang menarik. Dua buah helikopter mainan digunakan dalam upacara perasmian ini. Helikopter ini dimainkan oleh seorang guru pelatih unit J dan sebuah lagi helikopter dimainkan oleh seorang pensyarah. Selain itu juga, terdapat mini band yang terdiri daripada pelajar yang mengambil major muzik. Band ini membuatkan kejohanan pada kali ini berbeza kerana pihak penganjur tidak memainkan muzik rakaman seperti mana tahun lepas yang hanya menggunakan muzik rakaman untuk mengiringi perbarisan ketika masuk. Sebaik sahaja selesai upacara perasmian, pegawai dan juga teknikal mula mengambil tempat.

Acara yang dipertandingkan pada hari KOT adalah :

NO. BIL ACARA UPACARA PEMBUKAAN & PEMBARISAN 100 METER 100 METER 400 METER 400 METER REHAT DAN PERTANDINGAN CHEER LEADING 1500 METER 1500 METER 4 X 100 METER 4 X 100 METER ACARA STAFF MASA ACARA

BAHAGIAN/ PERINGKAT KATEGORI PERTANDINGAN KAWAD WANITA LELAKI WANITA LELAKI

8.15

AKHIR

2 3 4 5

101 102 103 104

9.00 9.10 9.15 9.25

AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR

10.00

7 8 9 10 11

106 107 108 109 110

11.20 11.30 11.40 11.50 12.00

WANITA LELAKI WANITA LELAKI STAFF

AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR

12 13

111 -

12.15

TARIK TALI PENYAMPAIAN HADIAH UCAPAN DAN UPACARA PENUTUP

LELAKI -

AKHIR -

14

Acara pertama iaitu 100meter akhir dimulakan agak lewat disebabkan kesulitan yang berlaku pada bahagian pegawai. Ketika pengacara majlis

mengumumkan nama perserta yang mengambil bahagian, para peserta masih lagi berjalan menuju ke tempat pemulaan untuk acara 100meter ini. Acara seterusnya berjalan dengan lancar selepas kejadian tersebut. Para pegawai kelihatan lebih bersistematik dalam menguruskan peserta. Penyampaian hadiah turut berlansung ketika acara dilansungkan. Acara madley staf iaitu acara 8x50meter diperkenalkan agar pensyarah serta pekerja am IPG Kampus Ipoh bergabung tenaga untuk menjadi juara dan dengan ini boleh merapatkan lagi silaturrahim antara mereka.

Acara kemuncak KOT adalah acara tarik tali. Acara ini sejak daripada dahulu lagi merupakan acara yang dinanti-nantikan. Pada mulanya acara ini tidak dapat dijalankan kerana tali yang ada sudah pun terputus. Atas usaha yang diambil akhir acara ini dapat dijalankan jua akhirnya. Selesai sahaja acara tarik tali dijalankan upacara penutupan dilaksanakan. Semua pemenang diumumkan dan bendera kejohanan diturunkan maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-27. Kejohanan kali ini secara keseluruhannya telah dimenangi oleh sayap Garuda.

SENARAI NAMA PEMENANG

Acara : 200m (Lelaki) Pemenang : 1. Muhammad Idzani b Sazali ( Helang ) 2. Mizan b Muhamad ( Bayan ) 3. Mohamad Salimin b Razali ( Bayan ) Acara : 800m (Lelaki) Pemenang : 1. Prabagaran Manikam ( Nuri ) 2. Afizi Husaini ( Garuda ) 3. Sathis Kumar a/l Paramasivan ( Bayan ) Acara : 4x 400m (Lelaki) Pemenang : 1. Bayan 2. Garuda 3. Bayan Acara : 5000m (Lelaki) Pemenang : 1. Prabagaran ( Nuri ) 2. Hafizi ( Garuda ) 3. Sathis Kumar a/l Paramasivan ( Bayan ) Acara : Lompat Jauh (Lelaki) Pemenang : 1. Muhammad Najib Hassan Basri ( Nuri ) 2. Suhaipi bin Baharuddin ( Garuda ) 3. Muhd Afiq Al Amri ( Nuri )

Acara : 200m (Perempuan) Pemenang : 1.Divya a/p Kesavan ( Garuda ) 2. Wahida ( Helang ) 3. Fatin Ayuni ( Nuri )

Acara : 800m (Perempuan) Pemenang : 1. Ramana Devi ( Helang ) 2. Siti Nazirah ( Nuri ) 3. Carolina Jiksing ( Garuda ) Acara : 4x 400m (Perempuan) Pemenang : 1. Helang 2. Nuri 3. Bayan Acara : 3000m (Perempuan) Pemenang : 1.Ramana Devi a/p Anathan ( Helang ) 2. Carolina Jiksing ( Garuda ) 3. Norshazila ( Nuri ) Acara : Lompat Jauh ( Perempuan) Pemenang : 1. Siti Hajar ( Helang ) 2. Nur Dalila ( Garuda ) 3. Farhana Saini bt Hamsa ( Garuda )

Acara : Lompat Tinggi (Lelaki) Pemenang : 1. Abang Muhammad Fathur Rahman ( Garuda ) 2. Muhammad Najib Hassan Basri ( Nuri ) 3. Che Mohd Jamil ( Helang ) Acara : Lontar Peluru (Lelaki) Pemenang : 1. Sugandesh a/l Gobalkrishnan ( Helang ) 2. Abu Bakar Jamhari ( Nuri ) 3. Fakhrullah b Razak ( Helang )

Acara : Lempar Cakera (Lelaki) Pemenang : 1. Syed Abdullah ( Garuda ) 2. Khairul Syah ( Helang ) 3. Muhd Anas b. Mohd Salleh ( Bayan ) Acara : Rejam Lembing (Lelaki) Pemenang : 1. Mohd Zulfitri b Rabba( Helang ) 2. Hoo Pik Long ( Bayan ) 3. Azmie ( Bayan )

Acara : 100m ( Lelaki ) Pemenang : 1. Suhaipi ( Garuda ) 2. Mohd Izam ( Helang ) 3. Mohd Salimin ( Bayan )

Acara : Lompat Tinggi (Perempuan) Pemenang : 1. Khairul Izzati bt Ahmad Khalidi ( Helang ) 2. Rabiatul Adawiyah ( Nuri ) 3. Chain Wee Chee ( Nuri ) Acara : Lontar Peluru (Perempuan) Pemenang : 1. Juliana Yek Suk Kiong ( Helang ) 2. Amira Fatini Ahmad Fadzil ( Nuri ) 3. Parameshwari. S ( Garuda ) Acara : Lempar Cakera (Perempuan) Pemenang : 1. Juliana Yek Suk Kiong ( Helang ) 2. Siti Hajar bt. Husin ( Nuri ) 3. Rabiah Wong ( Nuri ) Acara : Rejam Lembing (Perempuan) Pemenang : 1. Caroline Nyandau ( Garuda ) 2. Khairun Nisa Sarkawi ( Nuri ) 3. Juliana Yek Suk Kiong ( Helang ) Acara : 100m ( Perempuan ) Pemenang : 1. Divya ( Garuda ) 2. Nurul Nadia ( Garuda ) 3. Matilda ( Garuda )

Acara : 400m ( Lelaki ) Pemenang : 1. Amin ( Helang ) 2. Mohd Salimin ( Bayan ) 3. Mohd Saufi ( Garuda )

Acara : 400m ( Perempuan ) Pemenang : 1. Eswari a/p Nagalingam ( Helang ) 2. Nurul Nadia ( Garuda ) 3. Masjuwita ( Helang )

Acara : 1500m ( Lelaki ) Pemenang : 1. Prabagaran ( Nuri ) 2. Afizi ( Garuda ) 3. Muhammad Fadhil ( Bayan )

Acara : 1500 ( Perempuan ) Pemenang : 1. Ramana Devi a/p Ananthan ( Helang ) 2. Kartini Jarar ( Bayan ) 3. Eswari a/p Nagalingam ( Helang ) Acara : 4X100m ( Perempuan ) Pemenang : 1. Garuda 2. Helang 3. Garuda

Acara : 4X100 m ( Lelaki ) Pemenang : 1. Garuda 2. Helang 3. Bayan

Acara : Tarik Tali Pemenang : 1. Bayan 2. Garuda

OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI Nama Sayap : Prabagaran : Nuri

Pencapaian : 800 meter, 5000 meter, 1500 meter, 4x400 meter

Nama Sayap

: Ramana Devi a/p Ananthan : Helang

Pencapaian : 800 meter, 3000 meter, 1500 meter, 4x400 meter

GAMBAR KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-27 IPG KAMPUS IPOH

Kontigen Perbarisan

Pengakap

PBSM

KRS

Sayap Helang

Sayap Nuri

Sayap Bayan

Sayap Garuda

Mini Band

Mini Band

Bendera Kejohanan

Pemegang bendera Malaysia

Pengarah memeriksa perbarisan

Gimik Perasmian Acara yang dijalankan

Perasmian KOT

Pegawai bertugas

Acara 400meter wanita

Acara 400 meter lelaki

PBSM bertugas

Pertandingan Cheer Leading

Sayap Garuda

Sayap Nuri

Sayap Bayan

Sayap Helang

1500 meter lelaki Acara tarik tali

4X100 meter lelaki

JUARA KESELURUHAN

Anda mungkin juga menyukai