Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPL 2010

Tarikh : 28 mac 2010


Hari : Rabu
Masa :7.30 pagi
Tempat :Padang Campin SM Teknik.

Kejohanan olahraga MSSWPL 2010 telah berlangsung pada 25 Februari - 29 Februari 2008.
Kejohanan ini telah dilangsungkan di padang Campin SM Teknik Labuan dan Kolej Matrikulasi
W.P Labuan. Padang Campin SM Teknik menjadi vaneu bagi acara padang dan Kolej
Matrikulasi Labuan Menjadi vanue bagi acara balapan. Pasukan dari Sekolah Menengah Teknik
Labuan telah menghantar penyertaan seramai 35 orang atlit. Atlit lelaki seramai 19 orang dan
atlit perempuan seramai 16 orang.Hari pertama kejohanan adalah acara lompat jauh (L) yang
disertai oleh atlit sekolah. Pada sebelah tengahari di Padang Campin SMTL, acara merejam
lembing dan acara cakera lelaki telah berlangsung. Acara rejam lembing lelaki dan perempuan
telah memperolehi pingat perak manakala Lompat Kijang L18 pula mendapat pingat gangsa,
Lontar Peluru L18 pula mendapat pingat gangsa, Lempar Cakera L18 dan P18 juga mendapat
pingat gangsa, Lompa Kijang L18 menyumbangkan pingat gangsa, acara saringan juga telah
diadakan pada hari pertama kejohanan. Ketiga- tiga acara 200m P18, 200m L18, 400 Mh L18
telah melayakkan diri di peringkat akhir pada keesokkan hari. Pada hari ini kontigen sekolah
telah memungut 2 pingat perak dan 5 pingat gangsa.

Tarikh : 7 April 2008


Hari : Isnin
Masa :7.30 pagi
Tempat :Kolej Matrikulasi Labuan.

Pada awal pagi ini acara yang diadakan adalah acara 400m H L18 Akhir, acara 400m H telah
menyumbangkan pingat perak dan 400M H P18 tidak mendapat apa-apa pingat, selepas itu
acara yang telah di pertandingkan iaitu acara 1500M L18 telah mempertaruhkan emas akan
tetapi atlit yang diwakiki oleh Jamal Abd Aziz tidak mendapat apa-apa pingat ,manakala 200m
P18 dan 200m L18 masing-masing telah mendapat pingat emas dan perak yang paling bermakna
atlit ini memecahkan rekod lama kejohanan yang telah dilakukan oleh Saudari Masliza
Sulaiman, seterusya acara yang berlangsung sebelah tengari pula adalah acara saringan 4x400 m
P18, 4x400m L18, 100m P18, 100m L18 keempat-empat acara telah layak ke peringkat dan akan
bertarung pada keesokanya. Pungutan pingat pada hari ini ialah sebanyak 1 emas dan 2 perak .

Tarikh : 28 Februari 2008


Hari : Rabu
Masa :7.30 pagi
Tempat :Kolej Matrikulasi Labuan

Pada sebelah pagi cauaca dingin membuatkan atlit sekolah berasa segar dan bersemangat untuk
berjuang, acara yang berlangsung pada pagi ini adalah acara 4X400 M P18 (akhir) yang diwakili
oleh Masliza Sulaiman,Yarca Loisa Limjoon,Nursiantara Sapri,Ainee Ramzila Dan Malati Naim
yang membanggakan sekali lagi atlit wanita telan menunjukkan kecemerlangan dengan
memecahkan rekod lama yang telah dipegang oleh SMK Mutiara. 4X400M L18 yang diwakili
oleh Wadi Nayan ,Mohd Alfie Zulkarnain, Azrul Haree,Syukur Salleh,Railly Shally Gitom
sekadar mendapat pingat gangsa, manakala 400M P18 yang diwakili oleh masliza Sulaiman
tidak mendapat sebarang pingat seperti mana yang telah dijangkakan, kekecewaan ini telah
ditebus oleh atlit lelaki acara 400m L18 yang diwakili oleh saudara Wadi Nayan dengan
memperoleh pingat Emas.acara lain yang telah mendapat pingat adalah acara 5000M menerusi
atlit jarak jauh labuan iaitu saudara Jamal Abd Aziz. Acara yang layak ke peringkat akhir pada
hari ini adalah acara 4x100m P18 dan dijangkakan sekali lagi harapan untuk mendapat pingat
emas menjadi sandaran. Pada hari ini kontigen sekolah telah memungut sebanyak 3 pingat Emas
1 gangsa.
Tarikh : 29 Februari 2008 ( Upacara Penutup )
Hari : Khamis
Masa : 7.30Pagi
Tempat : Kolej Matrikulasi Labuan

Pada hari merupakan hari terakhir kejohanan Olahraga MSSWPL masing-masing dengan
debaran yang kencang bagi mentukan juara kategori 18TKB harapan sekolah untuk mengapai
gelaran tersebut masih lagi menjadi sasaran kontigen. Pagi Ini acara yang di sertai oleh atlit
sekolah 800m P18 yang diwakili oleh Saudari Yarca Louisa Limjoon dan telah menyumbangkan
pingat gangsa. Manakala atlit acara 4X100M L18 (Akhir) yang di wakili oleh Raily Shally
Gitom,Mohd Fairul Hefni, Midzmar Harun, Wadi Nayan telah menambah pungutan pingat emas
SMTL pada pagi ini.paling membanggakan buat ketiga kalinya atlit 4X100M P18 memperolehi
pingat emas dan sekali lagi lagu rasmi SM Teknik berkumandang apabila acara itu juga telan
memecahkan rekod kejohanan. Acara penutupan Kejohan ini telah dilakukan oleh ahli parlimen
W.P Labuan Dato’ Yusof Bin Hj Mahal. Walaupun kontigen sekolah tidak mendapat tempat
dalam kategori pasukan tetapi yang membanggakan kontigen sekolah telah memecahkan 3 rekod
kejohanan dan pingat keseluruhan yang dikutip oleh kontigen sekolah adalah 6 Emas, 5 Perak
dan 8 Gangsa. Semoga tahun hadapan kita dapat perbaiki pencapaian pada tahun ini dengan
berkat usaha kita bersamana. Wasallam……

Yang melaporkan,

…………………………
(MD AFANDI BIN HASSAN)
Penolong Jurulatih,
Kontigen SM Teknik Labuan,

Anda mungkin juga menyukai