Anda di halaman 1dari 4

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA


2021
PROJEK PENYENGGARAAN GELANGGANG BOLA TAMPAR

1.0 PENGENALAN
Gelanggang bola tampar merupakan nadi kepada aktiviti sukan tahunan yang wajib diadakan di sekolah menengah
Teknik Melaka. Kemudahan yang sedia ada di sekolah begitu berguna dalam menganjurkan sebarang aktiviti. Pada
masa yang sama juga ia digunakan oleh Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Untuk Menjalankan sesi
Pengajaran Dan Pembelajaran. Gelanggang tersebut sering digunakan oleh pelajar untuk beriadah pada waktu
petang. Dalam pertandingan –pertandingan yang telah disertai oleh pasukan sekolah menunjukkan prestasi yang
membanggakan. Akan tetapi keadaan gelanggang sekolah yang teruk amat membahayakan para pelajar. Jika
keadaan ini tidak dibendung dan diatasi mana mungkin pasukan sekolah mencapai tahap status juara pada tahun
akan datang, adalah wajar pihak sekolah melengkapkan kemudahan sukan ini.

2.0 MATLAMAT

1. Memupuk semangat kesukanan pelajar sekolah melalui kelengkapan yang terbaik.


2. Menerapkan nilai-nilai tabah dan keyakinan yang tinggi kepada para peserta.
3. Merealisasikan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan cergas.

3.0 OBJEKTIF

1. Mewujudkan prasarana terbaik bagi membantu atlit bagi mencapai pencapaian terbaik.
2. Memberi kemudahan yang sempurna kepada pelajar untuk melakukan latihan.
3. Merupakan projek rintis ke arah mewujudkan SMTM sebagai juara sukan baru di peringkat kawasan
dan zon.
4. Mengurangkan bilangan pelajar yang cedera akibat daripada keadaan gelanggang yang tidak rata.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN


Tarikh jangkaan : September-Oktober
Tempat : Gelanggang Bola Tampar ( sebelah MIMOS)
Keluasan kawasan : 10x20 M
Anggaran kos : RM 3500

2
4.1 Aspek kerja yang di cadangkan

Bil Perkara Status


1 Permukaan gelangang diwarnakan dengan simen hijau
2 Menggantikan tiang kepada tiang bola tampar,
3 Membuat garisan gelanggang mengikut ukuran yang di tetapkan
4

4.2 Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Harga seunit Harga

Menyelenggara gelanggang Bola Tampar SM


1. Lumsum RM3500
Teknik Melaka

RM 3500.00

Disediakan oleh:

…………………………..………
(Md Afandi B. Hassan )
Ketua panitian Pendidikan Jasmani dan kesihatan
SM.Teknik Melaka

Disahkan oleh Diluluskan Oleh

…………………………….. ..........................................................
En Mohd Khudaire Bin Mohd Yusof Hjh Jaliah Bt Abu
Pen.Kanan Kokurikulum, Pengetua,
Sek Men Teknik Melaka Sek Men Teknik Melaka.

3
Lampiran

PELAN CADANGAN GELANGGANG BOLA TAMPAR

0.9 M
13.4 meter

6.7 Meter
0.3 meter
3.05 meter

2.45meter

6.1 meter

Anda mungkin juga menyukai