Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN BOCCE

SPECIAL OLYMPICS
DAERAH KINTA UTARA
2019

TARIKH :

25 APRIL 2019 (KHAMIS)

TEMPAT :

UNIT SUKAN, PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN,


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK,
JALAN TEMENGGONG, OFF JALAN PASIR PUTEH,
31650 IPOH, PERAK.

ANJURAN :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA


DENGAN KERJASAMA
SPECIAL OLYMPICS PERAK
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOCCE SPECIAL OLYMPICS
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2019
ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA
DENGAN KERJASAMA SPECIAL OLYMPICS PERAK

1. PENGENALAN
Permainan Bocce merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam Sukan Special
Olympics Perak dan Sukan Para SUKMA. Pertandingan Bocce ini juga merupakan medan terbaik
untuk mengetengahkan bakat yang ada pada murid berkeperluan khas khususnya di daerah Kinta
Utara. Penglibatan ini menjurus kepada penyertaan, pemahaman dan pengetahuan tentang sukan
yang mereka ceburi.

2. RASIONAL
Pertandingan Bocce Special Olympics Kinta Utara merupakan medan untuk murid
berkeperluan khas menunjukkan bakat, kebolehan dan keupayaan bersaing di kalangan mereka
selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Negara.
Aktiviti seumpama ini akan dapat membina proses sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi
kepada murid berkeperluan khas. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi ruang kepada
golongan ini untuk berinteraksi sesame mereka, menilai pengurusan diri dan keupayaan mereka
dalam bidang sukan.

3. OBJEKTIF
3.1 Pendedahan secara langsung kepada murid berkeperluan khas dalam
permainan Bocce.
3.2 Mencungkil bakat murid-murid dalam permainan Bocce.
3.3 Meningkatkan kemahiran motor kasar di kalangan murid berkeperluan khas.
3.4 Menyediakan pemain Bocce yang terbaik, layak dan berwibawa bagi menghadapi
kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa pada masa akan datang.
3.5 Mengeratkan silaturahim di kalangan murid berkeperluan khas dan guru pendidikan khas
di daerah Kinta Utara.

4. TARIKH DAN TEMPAT


Pertandingan Bocce Special Olympics Kinta Utara ini akan diadakan pada 25 April 2019 (Khamis)
bertempat di Unit Sukan, Pusat Kecemerlangan Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jalan
Temenggong, Off Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh, Perak.

5. SENARAI ACARA
Kategori acara yang dipertandingkan adalah seperti ketetapan berikut :
i. KATEGORI LD LELAKI A (Umur 7 hingga 10 tahun)
ii. KATEGORI LD LELAKI B (Umur 11 hingga 14 tahun)
iii. KATEGORI LD LELAKI C (Umur 15 tahun dan ke atas)
iv. KATEGORI LD PEREMPUAN A (Umur 7 hingga 10 tahun)
v. KATEGORI LD PEREMPUAN B (Umur 11 hingga 14 tahun)
vi. KATEGORI LD PEREMPUAN C (Umur 15 tahun dan ke atas)
6. SASARAN
Seramai 160 orang murid berkeperluan khas (Pembelajaran) dari 35 Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) sekolah rendah dan menengah, Sekolah Semangat Maju dan 4 Program Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK) dalam daerah Kinta Utara.

7. AHLI JAWATANKUASA
7.1 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Tn. Hj. Hasni Bin Hasshim
(Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara)
Pengerusi : Pn. Woo Yee Ching (Guru Besar SJKC Pasir Pinji 2)
Timbalan Pengerusi : En. Lai Wai Sum (PK Pend. Khas SJKC Pasir Pinji 2)
Naib Pengerusi : Cik Ng Yoke Mai (PK Pentadbiran SJKC Pasir Pinji 2)
Pn. Loh Phooi Leng (PK HEM SJKC Pasir Pinji 2)
En. Yip Wai Kean (PK Kokurikulum SJKC Pasir Pinji 2)
Setiausaha : Cik Chuah Zin Rou
Penolong Setiausaha : Cik Chue Xiang Ling
Bendahari : En. Khor Desmond

7.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


BIL JAWATANKUASA SEKOLAH
Special Olympics Perak
1 JK Pertandingan dan Urusetia
SJKC Pasir Pinji 2
2 JK Pendaftaran SMK Seri Intan
3 JK Buku Program SK Pinji
4 JK Fotografi SK Jelapang Jaya
Special Olympics Perak
5 JK Peralatan SMK Jalan Pasir Puteh
SMK Kg Dato Ahmad Said
6 JK Kain Rentang SK Pengkalan Pegoh
SMK Seri Ampang (Sarapan Pagi)
7 JK Makanan dan Minuman
SK Seri Mutiara (Makan Tengahari)
Special Olympics Perak
8 JK Sijil dan Hadiah
SK Sungai Rokam
9 JK Kecemasan dan Rawatan SMK Tasek Damai
10 JK Kebersihan SK Pasukan Polis Hutan
11 JK Statistik dan Keputusan SK Seri Kepayang
SK Raja Chulan (Penyampaian Hadiah)
12 JK Pengacara KTE Seri Putera (Perarakan Masuk dan
Bacaan Ikrar Special Olympics)
SMK Pengkalan (Sekolah Menengah)
13 JK Pengurus Peserta
SK Chepor (Sekolah Rendah)
SMK Tambun (Kategori Perempuan)
14 JK Pengurus Penerima Hadiah
SK Sri Kinta (Kategori Lelaki)
15 JK Siaraya SK Tambun
Special Olympics Perak
16 JK Teknikal dan Pengadil
SMK Aminuddin Baki
17 JK Dokumentasi SJKC Pasir Pinji 2
18 JK Keselamatan SK Buntong
SK Coronation Park
19 JK Persiapan Tempat
SK Tasek Damai
8. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan yang akan digunakan untuk Pertandingan Bocce Special Olympics Kinta Utara
ini adalah daripada Special Olympics Perak, Special Olympics Malaysia dan tajaan.

9. TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 25 April 2019 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak
56A, Jalan Temenggong Off Jalan Pasir Puteh, Taman Taiping,
31650 Ipoh, Perak.

ATURCARA PERTANDINGAN
7.30 pagi : Pendaftaran peserta
7.45 pagi : Perarakan masuk dan bacaan ikrar Special Olympics
8.45 pagi : Pertandingan bermula
1.30 tengahari : Majlis penyampaian hadiah
2.30 petang : Bersurai

10. ANGGARAN PERBELANJAAN


Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
Hadiah : Pingat RM 10.00 60 RM 600.00
Ribbon RM 1.00 100 RM 100.00
Makanan dan minuman RM 10.00 260 RM 2600.00
T-shirt : Peserta RM 10.00 160 RM 1600.00
Pegawai dan guru pengiring RM 15.00 100 RM 1500.00
Kain Rentang RM 150.00 2 RM 300.00
Kontingensi RM 100.00 RM 100.00
JUMLAH RM 6800.00

11. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


11.1 Pertandingan Bocce Special Olympics Kinta Utara 2019 ini terbuka kepada semua murid
berkeperluan khas (Pembelajaran) yang sedang belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan,
Sekolah Semangat Maju dan Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) dalam daerah Kinta
Utara.
11.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menyertai satu acara kategori lelaki dan satu acara kategori
perempuan sahaja.

12. PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN


12.1 Undang-undang permainan
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Bocce seperti yang telah
ditetapkan oleh Special Olympics dan boleh diubahsuai mengikut ketetapan penganjur.
12.2 Jenis-jenis pertandingan
Pertandingan Bocce ini akan diadakan secara beregu.
12.3 Sistem Pertandingan
Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem kalah mati (best of 3).
12.4 Kelewatan
Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada beregu yang lewat. Kemenangan
percuma akan diberikan kepada pihak lawan jika lewat lebih daripada 15 minit.

13. PENUTUP
Secara keseluruhannya, diharap Pertandingan Bocce Special Olympics Kinta Utara 2019 ini akan
dilangsungkan dengan jayanya dan penuh semangat kesukanan. Besar harapan agar pertandingan
ini menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat murid berkeperluan khas sekaligus memilih
calon untuk mewakili Kinta Utara ke Sukan Special Olympics Perak dan Sukan Special Olympics
Malaysia dalam permainan Bocce.

Disediakan oleh,

…………………………..
(CHUAH ZIN ROU)
Setiausaha,
Pertandingan Bocce Special Olympics Kinta Utara 2019

Disemak oleh,

………………………
(LAI WAI SUM)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SJKC Pasir Pinji 2, 31650 Ipoh, Perak.

Disahkan oleh,

……………………………
(WOO YEE CHING)
Guru Besar
SJKC Pasir Pinji 2, 31650 Ipoh, Perak.

Anda mungkin juga menyukai