Anda di halaman 1dari 2

Laporan Jawatankuasa Kepegawaian Acara Lompat Tinggi Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Bagi Tahun 2013 Peringkat IPG

Kampus Tuanku Bainun

Acara lompat tinggi bermula pada hari terakhir pertandingan iaitu pada hari selasa 12 mac 2013. Pensyarah pemantau bagi acara ini adalah Encik Khairuddin. Acara ini telah dihakimi oleh 3 orang pegawai yang bertugas. Sebelum para pegawai menjalankan tugas masing-masing, kami telah mengikuti kursus kepegawaian selama sejam bertempat di bilik kuliah Gerko terlebih dahulu. Hal ini demikian bertujuan untuk mendedahkan kepada para pegawai mengenai peraturan, keselamatan, teknik, skill dan selok-belok dalam mengelola pertandingan lompat tinggi. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah Unit Kokurikulum iaitu En Khairuddin. Kursus ini dijalankan pada pukul 2.00pm hingga 3.00pm. Kursus tersebut telah menerangkan beberapa perkara yang membatalkan setiap percubaan peserta, teknik untuk meletakkan palang, tilam dan macam-macam lagi. Selain itu, setiap pegawai juga telah didedahkan mengenai teknik pengiraan markah bagi acara lompat tinggi. Di samping itu, para pegawai juga telah didedahkan mengenai kadar kenaikan ketinggian untuk setiap percubaan peserta. Ketinggian asas untuk lompatan pertama adalah 120 cm bagi lelaki dan 110 cm untuk perempuan. Setiap kadar kenaikan ketinggian boleh haruslah dinaikkan dengan gandaan yang sekata seperti 0.5cm, 0.3 cm dan 0.2cm. Kemuncak kursus adalah sesi soal jawab tentang acara ini dan telah kursus tamat pada pukul 3.00pm. Pada hari pertandingan, seramai 12 orang peserta telah bertanding. 6 orang perempuan dan 6 orang lelaki. Ketinggian lompatan pada tempat pertama adalah bagi lelaki adalah 143cm dan perempuan 124cm. Acara lompat tinggi akhir bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Bagi acara perempuan akhir, bermula pada jam 5.30 petang dan tamat pada pukul 7.00 petang, 10 mac 2013. Borang pengadilan kedua-dua kategori lansung diserahkan kepada

Jawatankuasa Statistik untuk pengiraan mata. Alhamdulillah, acara lompat tinggi berlangsung seperti yang dirancangkan. Tiada masalah dari segi keselamatan

mahupun teknikal. Acara ini tamat dengan keputusan pengadil yang muktamad tanpa sebarang bantahan. Disediakan oleh,

Mohd Khairol Anuar Bin Zakaria, Ketua Hakim Lompat Tinggi, KOT 2013.

Anda mungkin juga menyukai