Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN Olahraga Sebagai Sukan Berlari , melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan. Dari masa ke semasa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari , melompat dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan ( lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ) Sifat-Sifat Olahragawan Sebagai atlit, seseorang itu mempunyai beberapa ciri yang tertentu yang diharapkanmampu membawa kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara ituwalaupun bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaanjurulatih atau guru pengawas. Antara ciri-ciri itu adalah seperti berikut : 1. Berdisiplin tinggi 2. Semangat untuk bertanding 3. Berperibadi mulia dan dihormati 4. Mempunyai semangat berpasukan 5. Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah 6. Penyabar dan bertimbang rasa Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu : 1. 2. Acara balapan Acara-acara padang

Acara Balapan Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki. Acara balapan ialah :1. a) b) c) Lari Pecut 100 meter 200 meter 400 meter

2. a) b) c)

Lari berganti-ganti 4 x 100 meter 4 x 200 4 x 400

3. a) b) c)

Lari berpagar 100 meter wanita 110 meter lelaki 400 meter

4. a)

Steeplechase 3,000 meter

5. a) b) c) d) e)

Lari jarak sedarhana dan jauh 800 meter 1,500 meter 3000 meter 5000 meter 10,000 meter

Acara-acara Padang 1. 2. Acara lompatan Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan: a) b) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1. a) b) c) d)

Acara Balingan : lempar cakera rejam lembing lempar tukul lontar peluru.

Anda mungkin juga menyukai