Anda di halaman 1dari 8

CLEARING

Clearing merujuk kepada menghantar pembayaran kepada penjual dan barang kepada pembeli. Perjalanan audit yang selari ini akan merekodkan butiran mengenai penghantaran, untuk penyesuaian akaun dan laporan kewangan. Barangan fizikal memerlukan penghantaran fizikal; perdagangan elektronik boleh menguruskan pesanan, penghantaran pembayaran, permintaan pembayaran melalui kad kredit dan penghantaran barang menggunakan servis penghantaran kepada pelanggan.

CLEARING

Perkembangan jejak audit ini melibatkan beberapa pihak: pihak penjual dan pihak pembeli merekodkan pesanan; bank penjual, bank pembeli, dan syarikat kad kredit yang merekodkan pembayaran; syarikat penghantaran merekodkan resit mengenai barang dari penjual dan penghantaran kepada pembeli. Penghantaran barang mungkin lebih jelas, namun sistem pembayaran elektronik adalah lebih kompleks. Kepelbagaian sistem pembayaran dan mekanismanya memberikan banyak peluang kepada penghantaran elektronik untuk pembayaran dan teknik untuk pengurusan akaun baru.

PRODUK DIGITAL DAN PENGHANTARAN DIGITAL


Penghantaran digital boleh digunakan untuk produk digital. Perisian, CD, artikel majalah, siaran berita, tiket pernebangan dan polisi insuran; semuanya adalah barangan maya, dan nilainya tidak terdapat pada bentuk fizikal.

Sesetengah laman web perdagangan, kebiasaannya perdagangan media, telah . pembaca boleh memilih berita yang ingin dibaca, dan meminta untuk dihantar ke laman web persendirian pembaca, ke e-mail atau ke dekstop melalui teknologi klik. Musik, video dan hiburan lain juga boleh dihantar melalui internet, menggunakan teknologi streaming atau pemindahan fail.

Produk digital yang lain pula memerlukan sistem penghantaran digital yang lebih canggih. Penghantaran dokumen yang selamat, sebagai contoh, adalah satu alternatif untuk penghantaran segera untuk dokumen perdagangan. Dokumen sulit dan kritikal, seperti kontrak yang sah, boleh dihantar menggunakan encryption berganda dan sijil digital untuk mengesahkan identiti penghantar dan penerima.

DOKUMEN DAN MESEJ


Salah satu kebiasaan dalam kolaborasi dalam kumpulan kerja ialah perkongsian dokumen. Komunikasi ini adalah perlu dalam semua aspek perdagangan, dan perisian untuk menguruskan pertukaran informasi bertulis ini adalah asas kepada kebanyakan sistem maklumat kumpulan kerja. Mesej elektronik membenarkan komunikasi bertulis antara ahli kumpulan yang berada di masa dan tempat yang berlainan; idea boleh bergerak melalui tempat dan zon masa. Sesetengah perisian mesej elektronik mempunyai kebolehan untuk memastikan resit dan membaca mesej.

Asas dalam mesej elektronik ialah mail elektronik(e-mail). Dengan perisian e-mail, mesej boleh dihantar kepada seseorang. Setiap pengguna mempunyai alamat e-mail dan kotak email. Biasanya, ciri yang biasa digunakan dalam email ialah kebolehan untuk memasukkan dokumen yang dihasilkan menggunakan perisian lain kedalam email sebagai lampiran dan kebolehan untuk menghantar mesej kepada kumpulan. Pengguna juga boleh membalas mesej tanpa perlu memasukkan alamat penerima, kerana perisian itu akan memasukkan alamat penerima dengan automatik.

ELECTRONIK DATA INTERCHANGE


Konsep perhubungan komputer kepada komputer ini, bertujuan untuk menghantar dan menerima dokumen perdagangan, seperti invois dan pesanan, dikenali sebagai elektronic data interchange juga dikenali sebagai EDI.

EDI mungkin susah untuk dibezakan dari email, kerana kedua-duanya melibatkan pertukaran mesej elektronik antara sistem komputer. Apa yang membezakan EDI dengan email ialah struktur dalaman dan isi kandungan mesej data itu. Selepas penghantaran ke mailbox, mesej email tidak akan diproses oleh sistem penerimaan. Namun ini berbeza dengan EDI dimana mesej yang diterima akan diproses secara automatik tanpa canpur tangan manusia.

Anda mungkin juga menyukai