Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA.

KERTAS KERJA

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA


TARIKH 17 MARCH 2014

TEMPAT KOMPLEKS SUKAN PUTERI GUNUNG LEDANG (PGL), IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA.

ANJURAN GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN, UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN MATEMATIK AMBILAN JAN 2012 DENGAN KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM IPG KPM.

1.0 PENGENALAN Kejohanan olahraga mini adalah satu projek amali dalam kursus Olahraga yang wajib dijalankan oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda semester lima di bawah bimbingan dan nasihat pensyarah penasihat bagi subjek ini. Aktiviti ini melibatkan seramai 95 orang guru pelatih yang terdiri daripada lima unit iaitu unit Pendidikan Seni Visual, unit Pendidikan Agama Islam, unit Pendidikan Bahasa Inggeris Satu, unit Pendidikan Bahasa Inggeris Dua dan unit Matematik. Dengan pelaksanaan aktiviti ini, diharap dapat menyemarakkan semangat para pelatih untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang bakal berlangsung. Selain itu, aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru di kalangan pelatih. 2.0 RASIONAL Kejohanan mini olahraga ini adalah sebagai satu aktiviti amali di mana guru pelatih dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di dalam kuliah yang telah diberikan oleh para pensyarah kepada situasi sebenar aspek pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan atau pertandingan. Disamping guru pelatih dapat meningkatkan ilmu serta kemahiran yang melibatkan acara balapan dan acara padang. 3.0 MATLAMAT i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam sukan olahraga. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

ii)

4.0 OBJEKTIF 2.1 Mengaplikasikan pengetahuan dalam ilmu sukan olahraga yang telah dipelajari di dalam kursus olahraga. 2.2 Memberi pengalaman secara langsung kepada guru pelatih untuk mengelolakan satu acara olahraga. 2.3 Mencungkil dan mengembangkan bakat sukan guru pelatih. 2.4 Melahirkan guru pelatih yang mempunyai semangat kesukanan tinggi

5.0 BUTIRAN PROGRAM Kejohanan Mini Olahraga Balapan dan Padang 2014

6.0 TARIKH 17 Mac 2014 (Isnin)

7.0 MASA 7.00 pagi hingga 11.30 pagi

8.0 LOKASI PROGRAM Padang, Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang

9.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih Semester 5 ambilan Januari 2012, sebanyak lima unit iaitu Pendidikan Seni Visual, Matematik, Pengajian Agama, Bahasa Inggeris 1 dan Bahasa Inggeris 2. Bilangan peserta seramai 93 orang dan dibahagikan kepada lima buah rumah sukan. Setiap rumah sukan diwakili oleh satu unit.

10.0 ANJURAN PISMP Pendidikan Seni Visual dan Matematik Ambilan Januari 2012 dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPG Kampus Perempuan Melayu.

11.0 ACARA Acara yang akan dipertandingkan dalam Kejohanan Mini Olahraga Mac 2014 terdiri daripada : Acara Balapan Acara Padang : Larian pecut 100m, 200m dan 4 x 100m : lompat jauh dan lontar peluru

12.0 SISTEM ACARA 12.1 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA Acara Balapan : Larian pecut 100m, 200m dan 4x 100m Panjang dan lebar trek larian perlu mengikut piawaian IAAF;International Association of Athletic Federation. Pelari tidak dibenarkan untuk berlari di kawasan lengkungan dalam trek. Pemantau teknikal akan memantau perlumbaan pada peringkat saringan, suku akhir dan separuh akhir. Pelari akan dibatalkan penyertaan sekiranya pelari menghalang laluan larian peserta lain. Dalam kes ini, acara larian akan dilakukan semula atas budi bicara pengadil. Mana-mana pelari yang false start akan diberi amaran sekali. Apabila pelari berkenaan melakukan kesalahan kedua, dia akan dibatalkan penyertaan. Kiraan masa dihitung menggunakan alatan yang diperakukan. Pemantau teknikal akan memantau perlumbaan pada peringkat saringan, suku akhir dan separuh akhir. Sebarang mata tidak akan diberikan kepada pelari yang gagal untuk menghabiskan perlumbaan. Jika perlumbaan melibatkan lebih daripada 10 peserta, saringan akan

dilakukan. Peserta yang teratas dalam senarai perlumbaan saringan akan bertemu pada pusingan yang seterusnya.

Acara Padang : i. Lompat Jauh

Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga (3) atau enam(6) lompatan, berdasarkan keputusan yang telah dibuat dan penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang,kecuali kasut berpaku (spike).

Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan di tempat melompat. Bagaimanapun peserta dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai kepapan lonjak iaitu kaki lonjak tidak semestinya menyentuh tepat diatas papan lompatan.

Lompatan terbaik, iaitu yang paling jauh di antara tiga atau enam lompatan tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang peserta. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang menentukan tempat mendarat dan seorang lagi pencatat.

Lompatan akan dikira batal atau gagal jika seseorang pelompat melakukan perkara-perkara berikut:-

1) Memijak

atau

menyentuh

kawasan

hadapan

papan

lompatan

melepasi tanda yang dibenarkan. 2) Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar kawasan mendarat (kawasan pasir). 3) Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan. 4) Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. 5) Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan melompat dengan kawasasn pendaratan, iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh pelompat di dalam kawasan mendarat.

ii.

Lontar Peluru

Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran,

peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang garis bahu. Peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan lain yang tidak lembut daripada tembaga yang padu, atau kelonsong diperbuat daripada bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan plumbum atau bahan lain. Ia hendaklah berbentuk sfera yang permukaan rata dan licin. Pembinaan papan tersebut hendaklah berwarna putih ,diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah dalamnya sepadan dengan bahagian dalam lengkok bulatan. Ia diletakkan di tengah-tengah antara kedua-dua garisan sektor dan dibuat supaya terletak dengan kukuh. Ukuran papan tersebut ialah 11.2sm hingga 30sm lebar,1.15 (+-1sm) panjang dan 10sm (+- 2mm) tinggi daripada paras dalam bulat.

13.0 JAWATANKUASA PROGRAM 13.1 Jawatankuasa Induk Penaung : Pn. Tumerah binti Rosmin ( Puan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu) Pensyarah Penasihat : Pn. Zaimawati bt Abd Kadir En. Abu Bakar bin Miskon En. Rosli bin Mohd Badron 13.2 Jawatankuasa Kerja Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari : Najwa binti Abdul Halim : Nina Shakina bt Supardi : Noor Sharina bt Mohammed Zuhair : Nor Herlena bt Atan : Nor Adilah binti Ali

13.3 Jawatankuasa Kecil AJK Protokol AJK Teknikal & Peralatan : Siti Hawa Saadah binti Hamid : Nur Annissa Anis bt Sabiran Nur Umairaa bt Omar AJK Dokumentasi & Seranta : Nur Hanisah binti Radi Humaira binti Ismail AJK Urusetia & Buku Program : Nur Afiqah binti Osman Noraini binti Bachok AJK Jamuan & Cenderamata : Nur Atiqah Adilah bt Medon Siti Aimy bt Mohd Khidzir

AJK Pengadilan

: Nur Anis Nabila binti Salim Ezzatul Ameera bt Md Amurad

AJK Kebajikan & Keselamatan : Khairunnisa binti Waimin

14.0 ANGGARAN BELANJAWAN ( TANGGUNGAN IPG KPM) BIL. BARANGAN KUANTITI KOS (SEUNIT) 1. Hadiah & Cenderamata a) Medal (Rujuk Lampiran 1) b) Hamper (Juara Keseluruhan) c) Cenderamata Perasmi 1 RM 20 (Stor Pusat) d) Sijil (Penyertaan) e) Kertas Pembalut 100 Keping 2 keping Stor Pusat RM 5 RM 20 (Stor Pusat) Stor Pusat RM 5 1 RM 25 RM 25 36 RM 5 RM 180 JUMLAH

2.

Jamuan a) VIP b) Pelajar c) Air Mineral (Pegawai & peserta) 10 orang 100 orang 6 kotak RM 5 RM 4 Stor Pusat RM 50 RM 400 Stor Pusat

3.

Kertas A4 a) Borang Pertandingan b) Dokumentasi 1 Rim Stor Pusat Stor Pusat

4.

Kertas Warna a) Kad jemputan 1 Rim Stor Pusat Stor Pusat

5.

Nombor Peserta a) Kain Cotton Putih b) Pelakar hitam 10 meter 3 botol (besar) c) Berus d) Pin 10 batang 2 Kotak Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat

6.

Teknikal a) Tali Kecil Berwarna b) Reben Penamat 1 1 Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat

7.

White Board Marker a) Hitam b) Biru c) Merah 3 batang 3 batang 3 batang Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat

8. 9.

Banner Kertas Mahjong

1 1 Gulung

RM 70 Stor Pusat

RM 70 Stor Pusat RM 750

JUMLAH BESAR

15.0 TENTATIF PROGRAM

Masa

Aktiviti

7.00 pagi

Peserta kejohanan Gunung Ledang

berkumpul di Kompleks

Sukan Puteri

7.15 pagi

Pendaftaran peserta dan taklimat oleh pegawai bertugas

7.30 pagi

Aktiviti pemanasan badan dan kecergasan fizikal

7.45 pagi

Ketibaan VVIP Nyanyian lagu Bacaan doa

8.00 pagi

Ucapan dan perasmian kejohanan mini olahraga oleh Puan Pengarah.

8.30 pagi

Acara mini kejohanan balapan dan padang bermula Acara Balapan: 100m, 200m, 4x 100m Acara Padang: lontar peluru, lompat jauh

10.40 pagi

Majlis Perasmian Penutup Ucapan dari Penyelaras Gerko PISMP Semester 5 Penyampaian hadiah dan cenderahati

11.30 pagi

Jamuan makan dan bersurai

16.0 PENUTUP Kesimpulannya, Kejohanan Mini Olahraga Balapan dan Padang 2014 ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu merasai sendiri pengalaman menyertai dan mengelola kejohanan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan guru pelatih serta dapat memberi pendedahan awal mengenai cara pengelolaan bagi menjayakan sesebuah kejohanan olahraga terutamanya apabila berada di sekolah kelak. Akhir sekali, diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih didahulukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan Kejohanan Mini Olahraga Balapan dan Padang 2014 atas kerjasama kalian.

Disediakan oleh, ---------------------------(Noor Sharina bt Mohammed Zuhair) Setiusaha, Kejohanan Mini Olahraga 2014, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Lampiran 1

BILANGAN PINGAT KEJOHANAN MINI OLAHRAGA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

BIL 1. 2. 3. 4. 5.

ACARA 100 m 200 m 4 x 100 m Lontar Peluru Lompat Jauh

PINGAT EMAS 2 2 4 2 2 JUMLAH BESAR PERAK 2 2 4 2 2 GANGSA 2 2 4 2 2

JUMLAH 6 6 12 6 6 36

Anda mungkin juga menyukai