Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN HARI SUKAN NEGARA 2023

DOA
Bagi memberkati majlis ini, dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Saiful
Adli Hashim bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan
**Terima kasih diucapkan kepada al Fadhil Ustaz di atas bacaan doa sebentar
tadi.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Para hadirin dijemput berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku

Para Hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN ALU-ALUAN
BISMILLAH HIRRAHMANIRARAHIM…

Salam Malaysia Madani, Salam JPN Sabah, Sepakat Sabah Hebat, Salam PPD
Kunak, We Foster, Bersama Menjana Kegemilangan. Salam SK Lormalong, Alap
Bana, Kolektif Memacu Kecemerlangan.
Yang berusaha,
Encik Ramlee Hj Abdul Salam
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lormalong
Yang berusaha,
Encik Billy Ijini
Penolong Kanan Kokurikulum
Encik Jasni Juhuri
Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Siti Lorena Edmund
Penolong Kanan HEM
Ustaz Mohd Idris Abdullah
Penolong Kanan Petang
Ahli Jawatankuasa penyelaras Program Hari Sukan Negara
Barisan guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.
Assalamualaikum wrt wbrkth, dan salam sejahtera,

Sedap sungguh air halia


Dimasak dengan air telaga
Beriadah bersukan amalan mulia
Badan sihat tentu bertenaga

Kain cindai bawa berjalan


Buat mengibas nyamuk dan ungas
Rajin dan tabah dalam bersukan
Minda cerdas, jasmani cergas.

SELAMAT DATANG KE HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK LORMALONG


Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama pada pagi
yang gilang-gemilang ini untuk menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat
Sekolah. Majlis juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yanghadir, kerana sudi meluangkan masa bersama-sama pihak sekolah
untuk meraikan majlis yang cukup bermakna ini. Untuk pengetahuan semua,
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu
minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan ini merupakan inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan Negara sebagai Langkah pro aktif dalam proses
transformasi ke arah Negara Malaysia sebagai
‘Negara Bersukan’. Dan secara tidak langsung, dapat mengeratkan ukhuwwah
dalam kalangan kita semua, in sya Allah. Disamping itu, program yang akan
berlangsung pada hari ini termasuklah Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah
Pencapaian Sukan Peringkat MSSD, MSSN Sabah Guru dan Murid.

UCAPAN GURU BESAR


Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Pihak majlis berbesar
hati menjemput dan mempersilakan, Tuan Guru Besar untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
 Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

TAKLIMAT PROGRAM OLEH PENYELARAS


Seterusnya majlis menjemput Encik Billy bin Ijini untuk menyampaikan taklimat
bagi program yang akan berlangsung hari ini.

SENAMROBIK HARI SUKAN NEGARA


LARIAN CERIA 1000 LANGKAH

Majlis penyampaian sijil & hadiah pencapaian sukan peringkat MSSD, MSSN
Sabah Guru dan Murid. Majlis dengan ini menjemput
__________________________________________________________________________________
untuk menyampaikan sijil dan hadiah buat para atlit SKL.

SESI BERGAMBAR JAMUAN RINGAN Bersurai

Anda mungkin juga menyukai