Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SRAB JB

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha, Pengetua SMK SERI BADONG, PUAN HASHIMAH BUNTI ISHAK

Yang Dihormati, Penolong kanan PENTADBIRAN EN AZAMN BIN ABDULAH

Yang Dihormati,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. MUSLAN BIN ABDUL RAHMAN

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PN AZIBAH BT MAT YAZIB

Penyelaras Program Hari Sukan Negara PN UMMU KULSUM BIN SHAPIE Guru-guru serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT, SALAM KEDAH AMAN MAKMUR- HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN


KEDAH..

Berkhasiat sungguh air halia,

Dimasak dengan air telaga,

Beriadah bersukan amalan mulia,

Badan sihat tentu bertenaga.

Dewan Terbuka tersergam Indah,

Pada tengah hari yang terik ini,

SENAMROBIK sudah BERMAIN PN SUDAH,

Berkumpul semua untuk majlis penutup sekarang ini.

Alhamdulillah, izinkan saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Ilahi kerana dengan limpah
dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul di ……………………u, pada tengah hari yang
terik ini bagi melaksanakan Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah Hari Sukan Negara Peringkat
SMK SERI BADONG PADA TAHUN 2016 

Kain cindai bawa berjalan,

Buat mengibas nyamuk dan agas,

Rajin dan tabah dalam bersukan,

Minda cerdas, jasmani cergas.


Untuk pengetahuan semua guru dan murid, Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari
Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu
inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’
(Sporting Nation). Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan
rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat
Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding
dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan
aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat
Malaysia.

Oleh itu, sekolah kita tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Sukan Negara ini. Pada pagi tadi,
pelbagai aktiviti sukan telah kita adakan seperti senam aerobic, merentas desa,perlawanan bola
jaring dan perlawanan bola tampar.

Kalau pergi ke tanjung keramat,


Anak manis jangan di angkat.
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tanpa membuang masa lagi, bagi memberkati majlis, majlis menjemput Ustaz Ghozahar Bin Ghozi
untuk membacakan doa…dipersilakan.

****BACAAN DOA***

Amin,amin ya Rabbal Alamin.

Terima kasih kepada Ustaz Ghozahar Bin Ghozi atas bacaan doa itu tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Seterusnya, Majlis dengan takzimnya menjemput Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu
Johor Bahru, Puan Hajah Zainab binti Harun diiringi oleh Puan Hajah Farizah Binti Niat untuk
memberikan ucapan. Dipersilakan.

***UCAPAN GB***

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi.
Berkebaya batik berwarna merah,

Diserikan dengan permata berlian,

Tibalah masa penyampaian hadiah,

Atlet teruja menunggu giliran.

Kini, tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini iaitu acara penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Puan Hajah Zainab binti Harun, diiringi Puan Hajah Farizah
binti Niat untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah..Dipersilakan.

*******PENYAMPAIAN HADIAH****

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas menyempurnakan acara
penyampaian hadiah ITU TADI.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada tengah hari ini.
Majlis diakhiri dengan SERANGKAP PANTUN.

Mancis digores menyala api,


Sinar kilauan menyambar para.
Walau SPTS berakhir di sini,
Semangat kesukanan terus membara.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Sekian terima kasih.

***tasbih kifarah dan surah al asr.

Anda mungkin juga menyukai