Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SRAB JB

Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru, Puan
Hajah Zainab binti Harun,
Yang Dihormati, Guru Penolong kanan 1, Puan Hajah Farizah Binti Haji Niat,
Yang Dihormati, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Abd Hadi bin Amar
Yang Dihormati, En. Kassim bin Sarjo,
Penyelaras Program Hari Sukan Negara. En. Nazib bin Kasman,
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum WBT, Salam 1 Malaysia, Salam Muafakat Johor dan Salam
Sehati Sejiwa.

Berkhasiat sungguh air halia,


Dimasak dengan air telaga,
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Dewan Terbuka tersergam Indah,


Pada tengah hari yang terik ini,
Merentas desa sudah, bola jaring dan bola tampar pun sudah,
Berkumpul semua untuk majlis penutup sekarang ini.

Alhamdulillah, izinkan saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Ilahi


kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul
di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru, pada tengah
hari yang terik ini bagi melaksanakan Majlis Penutupan dan Penyampaian
hadiah Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor
Bahru bagi tahun 2016.

Kain cindai bawa berjalan,


Buat mengibas nyamuk dan agas,
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda cerdas, jasmani cergas.

Untuk pengetahuan semua guru dan murid, Hari Sukan Negara telah di
isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia
dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi
ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara
Bersukan (Sporting Nation). Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam
usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas
dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan
masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50
hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup
cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar
penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Oleh itu, sekolah kita tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Sukan Negara ini.
Pada pagi tadi, pelbagai aktiviti sukan telah kita adakan seperti senam aerobic,
merentas desa,perlawanan bola jaring dan perlawanan bola tampar.

Kalau pergi ke tanjung keramat,


Anak manis jangan di angkat.
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Tanpa membuang masa lagi, bagi memberkati majlis, majlis menjemput Ustaz
Ghozahar Bin Ghozi untuk membacakan doadipersilakan.
****BACAAN DOA***
Amin,amin ya Rabbal Alamin.
Terima kasih kepada Ustaz Ghozahar Bin Ghozi atas bacaan doa itu tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Seterusnya, Majlis dengan takzimnya menjemput Guru Besar Sekolah Rendah


Agama Bersepadu Johor Bahru, Puan Hajah Zainab binti Harun diiringi oleh Puan
Hajah Farizah Binti Niat untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.
***UCAPAN GB***
Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian hadiah,
Atlet teruja menunggu giliran.

Kini, tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini iaitu acara penyampaian
hadiah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Hajah
Zainab binti Harun, diiringi Puan Hajah Farizah binti Niat untuk menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah..Dipersilakan.
*******PENYAMPAIAN HADIAH****
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas
menyempurnakan acara penyampaian hadiah ITU TADI.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada tengah hari ini. Majlis diakhiri dengan SERANGKAP PANTUN.
Mancis digores menyala api,
Sinar kilauan menyambar para.
Walau SPTS berakhir di sini,
Semangat kesukanan terus membara.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Sekian terima kasih.
***tasbih kifarah dan surah al asr.

Anda mungkin juga menyukai