Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar cemerlang sama dirai,
Agar terlaksana wawasan negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera.
Yang Berusaha En Safiee Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6
Yang Dihormati En Saharudin Bin Saliken, Penolong Kanan Kurikulum SK Bandar T6,
Yang Dihormati En Nor Azlin Bin Mohamed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bandar T6,
Yang Dihormati Pn Fatimatuzzahrah binti Roslan, Penolong Kanan Kokurikulum SK Bandar T6,
Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sidang hadirin sekalian, pada pagi Ahad yang penuh barakah ini, warga SK Bandar T6 berasa
amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan HEM SK
Bandar T6 bagi tahun 2018.

Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari segala aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Pada pagi yang mulia ini, murid-
murid SK Bandar T6 yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi
kepemimpinan dan keperibadian akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak
sekolah.

Sidang hadirin yang dihormati,


Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi maka majlis dengan bangganya
menjemput En Safiee Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6 untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah ucapan En Safiee Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah
Kecemerlangan HEM SK Bandar T6 tahun 2018.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia, YDP PIBG SK Bandar T6 untuk
menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM
SK Bandar T6. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.


___________________________kerana sudi menyampaikan ucapannya yang penuh
bermakna dan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.”
Sidang hadirin sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan HEM SK Bandar T6 Tahun 2018. Bagi menyempurnakannya, pihak majlis
dengan berbesar hati menjemput En Safiee Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6 diiringi oleh
En Nor Azlin Bin Mohamed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bandar T6untuk ke pentas
utama bagi menyampaikan anugerah. Penyampaian anugerah dimulakan dengan
Anugerah____________________________________________________.

Penerima anugerah ini ialah__________________________________________.

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Safiee Bin Kassim, Guru
Besar SK Bandar T6 kerana sudi menyampaikan anugerah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat
itu lumrah kehidupan, begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk ditelan, tapi kaki
tetap mengorak jalan, selagi hayat dikandung badan.

Hari Anugerah Kecemerlangan HEM 2018 hampir sampai ke penghujungnya. Ucapan terima
kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SK Bandar
T6, saya memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai