Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

MAJLIS PERSARAAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

“Sanjungan Budi, Kilauan Bakti”


SMK SERI BADONG 2018

1.0 PENGENALAN

Majlis Persaraan adalah aktiviti yang dijalankan setiap kali ada warga sekolah yang bersara
dari perkhidmatan di sekolah ini sama ada guru mahu pun staf sekolah. Melalui aktiviti yang
dijalankan, ia merupakan satu acara bagi menghargai warga kerja yang telah lama berkhidmat di
sekolah dan diberikan penghargaan untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah bahawa
perkhidmatan mereka telah berakhir. Melalui program yang dijalankan, ia dapat memupuk sifat
menghargai orang lain, mengambil tahu dan meraikan seseorang pada hari yang istimewa agar
menjadi kenangan terakhir di sekolah dengan cara yang dikenang sepanjang masa. Berdasarkan
kepada dasar yang diperkenalkan oleh KPM mengenai Dasar Warga Emas Negara (DWEN) mengenai
warga emas yang masih boleh menyumbang kepada komuniti untuk diberikan penghargaan dan
pengiktirafan, diharapkan majlis ini dapat memberikan impak kepada golongan muda agar sentiasa
bekerja dengan tekun dan ikhlas agar sentiasa menjadi contoh agar diri dihargai sehingga ke hari
terakhir perkhidmatan mereka. Malah mereka juga masih boleh memberi sumbangan kepada
komuniti walaupun mereka sudah bersara.

2.0 NAMA PROGRAM

“Sanjungan Budi, Kilauan Bakti”

3.0 OBJEKTIF

i. Agar dapat meraikan guru yang bersara dengan penghormatan dari warga sekolah.
ii. Agar guru yang bersara dapat berkongsi pengalaman kepada warga sekolah untuk dijadikan
panduan dan ikhtibar.

4.0 TARIKH/ HARI

20 September 2018

Khamis

5.0 TENTATIF PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN A

6.0 AHLI JAWATANKUASA

RUJUK LAMPIRAN B
7.0 ANGGARAN KEWANGAN

RUJUK LAMPIRAN C

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar majlis persaraan ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ingin
dicapai.

Disediakan oleh,

..............................................................

(SITI NOR ADHA IDAYU BINTI MAHMUD)

Diluluskan oleh,

.....................................................

(HASHIMAH BINTI ISHAK)

Pengetua

SMK Seri Badong.


LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM

MAJLIS PERSARAAN “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti”

11.10 pg. Guru dan murid berkumpul di Dewan Al Biruni

Para jemputan mengambil tempat di Dewan Al Biruni

11.30 pg. Ketibaan yang diraikan Tuan Haji Mokhtar bin Shoib

11.40 pg. Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat

12.00 tgh hr. Aluan Pengerusi Majlis

Ucapan - wakil pelajar

- wakil guru

- YDP PIBG
- Pengetua
Tayangan multimedia

Ucapan Tuan Haji Mokhtar bin Shoib

Upacara memotong kek

Penyampaian Hadiah

1.20 tgh hr. Sesi fotografi

1.30 tgh r. Sesi ‘Send Off / Lambaian Akhir’

1.40 tgh hr. Jamuan di kantin

2.30 ptg. Majlis bersurai

LAMPIRAN C
KEWANGAN PROGRAM

MAJLIS PERSARAAN “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti”

PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH


KELAB GURU & RM 1200 BANNER 1 RM 80
STAF
PENGURUS RM 200 PENTAS KHAS 1 SET RM 200
KANTIN
SEWA KERETA 1 RM 300
JAMUAN 80 X RM 7.00 RM 560
KEK 1 RM 200
HADIAH 1 RM 160
KERTAS KAD 20 RM 20
JEMPUTAN
JUMLAH RM 1 400 JUMLAH RM 1 400
KERTAS KERJA
MAJLIS PERSARAAN
“Sanjungan Budi, Kilauan
Bakti”

SEMPENA PERSARAAN
TUAN HAJI MOKHTAR BIN SHOIB
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK SERI BADONG

Anda mungkin juga menyukai