Anda di halaman 1dari 4

SMK DATUK HAJI ABDUL WAHAB,

31100 SUNGAI SIPUT (U),


PERAK

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS


SEKOLAH & PEMBIMBING
RAKAN SEBAYA (PRS)

TAHUN 2020
ANJURAN BERSAMA:
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MAJLIS BELIA DAERAH SUNGAI SIPUT
1.0 PENDAHULUAN
Kepemimpinan ialah keupayaan, kebolehan dan pencapaian sebagai pemimpin. Keupayaan
memimpin perlu ada pada setiap individu yang bergelar pemimpin. Kursus Kepemimpinan pelajar
merupakan salah satu program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama lembaga pengawas yang disesuaikan khusus untuk pemimpin pelajar yang terdiri
daripada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas. Maka, kem kepemimpinan ini diharap
dapat melahirkan pemimpin remaja yang mempunyai penghargaan kendiri yang positif, mempunyai
perasaan, cita-cita, bertanggungjawab dan berinspirasi untuk membangunkan dan memajukan diri
sesuai dengan kehendak diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai
pemimpin.
2.2 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan motivasi diri pelajar bagi melahirkan pemimpin
remaja yang berkualiti dan berwawasan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Murid berkeupayaan mengenali dan memperkembangkan bakat kepemimpinan dalam diri
mereka.
3.2 Murid berkebolehan mengenal persepsi dan nilai diri serta individu lain dalam komuniti.
3.3 Murid mendapat pengetahuan dan kemahiran tentang pendekatan teknik kepemimpinan yang
berkesan.

4.0 SASARAN
Seramai 30 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan 58 orang Lembaga Pengawas.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


5.1 Tarikh : 15 hingga 16 Februari 2020 (2 Hari 1 Malam)
5.2 Masa : 7.30 Pagi (15.2.2020) – 1.00 Petang (16.2.2020)
5.3 Tempat : SMK Datuk Haji Abdul Wahab, Sungai Siput (U), Perak.

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penaung : Tn Haji Zakaria Bin Jaafar (Pengetua)
Penasihat : En. Nadarajah Gopal (PK HEM)
En. Suntharalinggam Munusamy (PK Pentadbiran)
Pn. Norizah Bt. Mohamed Ramli (PK Kokurikulum)
En. Vengadesarao A/L Sorosoo (PK Pendidikan Khas)
Penyelaras : Pn. Revathy a/p Chandra Sekaran (Guru Pengawas)
Setiausaha : Pn. Retnadeve Raman (Kaunselor)
Bendahari : Pn. Nuraziana Bt. Mohd Azaiddin (Kaunselor)
AJK : Pn. Nurul Asfa Irwani Bt. Mohd Azizuddin (Buku Program)
Pn. Nurul Asfa Irwani bt Mohd Azizuddin (Jamuan)
En. Ganesh a/l Sabapathy Munusamy (Penginapan)
En. Letchumanar a/l Narayanasamy (Keselamatan)
En. Sabaruddin bin Mohd Noor (Disiplin)
Pengawas Sekolah (PA Sistem)
7.0 TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA (15 FEBRUARI 2020)

Waktu Aktiviti

7.30 pagi Pendaftaran


7.45 pagi Taklimat Kem
8.30 pagi Sesi Zumba

8.30 pagi Modul 1 : Ice Breaking / Team Development

10.30 pagi Minum Pagi


11.00 pagi Modul 2 : Explorace Challenge

1.00 petang Solat/ Makan Tengah hari

2.00 petang Modul 3 : Team Presentation


4.30 petang Minum petang / Solat

5.30 petang Modul 4 : Preparation Talent Night

7.00 petang Persiapan Diri/ Solat/ Makan Malam


8.30 malam Modul 5 : Talent Night
11.00 malam Minum Malam / Tidur

HARI KEDUA (16 FEBRUARI 2020)

5.30 pagi Persiapan Diri/ Solat


7.00 pagi Sesi Zumba

8.00 pagi Sarapan

8.30 pagi Modul 6 : Creative Leader


11.00 pagi Kemas tempat penginapan dan berkumpul di dewan

Majlis Penutup
-Ucapan Tetamu Jemputan
12.00 t/hari -Pemberian Hadiah
-Anugerah Pemimpin
-Bersurai
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN DAN SUMBER KEWANGAN

Sumber Jumlah
Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah
Kewangan Keseluruhan
Minum pagi RM 264
RM3 x 88

Makan t/hari RM 616


RM7 x 88

Minum petang RM 264


RM3 x 88
Makanan dan
Duit Kantin
1 Minuman RM 2 288 .00
Makan malam RM 616
RM7 x 88

Minum malam RM 264


RM3 x 88

Sarapan RM264
RM3 x 88

JUMLAH KESELURUHAN RM 2 288.00

9.0 PENUTUP
Kem kepimpinan ini sudah pasti akan mencapai matlamat dan objektifnya, dengan adanya
komitmen dan kerjasama yang padu dari semua pihak. Melalui program ini juga diharap dapat
melahirkan pemimpin sekolah yang cemerlang.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

........................................ ....................................... ........................................


(NURUL ASFA IRWANI) (NADARAJAH GOPAL) (TN. HAJI ZAKARIA BIN
Guru Lembaga Pengawas PK Hal Ehwal Murid JAAFAR)
SMK Datuk Haji Abdul Wahab SMK Datuk Haji Abdul Pengetua
Wahab SMK Datuk Haji Abdul Wahab

Anda mungkin juga menyukai