Anda di halaman 1dari 2

Bahagian C [25 markah]

Sekolah kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan baru-baru ni. Ceritakan
pengalaman kamu semasa temasya sukan itu berlangsung.

Pada 25 Mei 2017, hari Khamis, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan
tahunan. Sukan tahunan ini diadakan di sekolah saya. Murid-murid dibahagikan ke
dalam empat rumah sukan yang berbeza iaitu rumah merah, rumah biru, rumah
kuning dan rumah hijau. Saya merupakan ahli rumah sukan __________.

Sebelum hari sukan diadakan, semua guru dan murid sibuk membuat
persiapan. Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.
Beberapa buah khemah juga telah didirikan. Para peserta berlatih dengan
bersungguh-sungguh untuk memungut pingat emas dalam acara yang disertai.

Pada awal pagi, murid-murid dan ibu bapa datang awal ke sekolah dengan
membawa makanan, minuman dan bekas makanan masing-masing. Pada pukul 8
pagi, semua guru, ibu bapa dan murid berkumpul di gelanggang untuk membuat
senamrobik. Selepas itu, acara-acara sukan pun bermula.

Pelbagai acara sukan telah diadakan. Antaranya ialah lompat tinggi, lompat
jauh, lumba lari, tarik tali dan sebagainya. Acara lari berganti-ganti menjadi acara
kemuncak hari sukan. Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan
penamat. Para penonton bersorak untuk memberikan sokongan kepada peserta
pasukan masing-masing. Suasana di padang riuh-rendah dan meriah.

Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Rumah hijau telah
muncul sebagai juara. Hendry telah dipilih sebagai olahragawan manakala Gloria
dipilih sebagai olahragawati. Guru besar menyampaikan pingat kepada para
pemenang. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati
murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.

Selepas majlis penyampaian hadiah tamat, guru-guru, ibu bapa dan murid-
murid bekerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah. Sebelum pulang, kami
diagihkan hadiah di khemah rumah sukan masing-masing. Walapun penat, saya
tetap berasa gembira.
Pertandingan dimulakan dengan acara untuk murid-murid pra sekolah. Antara acara
yang dijalankan adalah seperti lari pecut dan lari berganti-ganti. Seorang murid
terjatuh semasa berlumba lari. Guru segera memapahnya ke bilik rawatan.
Pertandingan diteruskan dengan acara lari pecut dan lari berganti-ganti untuk murid-
murid tahap satu dan tahap dua. Saya turut mengambil bahagian dalam acara
_______. Saya berasa sangat cemas sebelum bertanding. Saya berlari dengan
sepantas mungkin dan akhirnya saya mendapat tempat _________.

Anda mungkin juga menyukai