Anda di halaman 1dari 2

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rawang telah menganjurkan


perkhemahan unit beruniform pada 18hb hingga 20 Mei 2017. Perkhemahan
tersebut telah diadakan di Taman Rimba Templer, Rawang. Perkhemahan ini
disertai oleh 72 orang ahli pengakap, PBSM, Pandu Puteri dan TKRS dan 12
orang guru penasihat.

Objektif perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan


mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam
kalangan peserta. Pada pukul 12 tengahari, para peserta perkhemahan
bergerak diri sekolah denramah yang dengan menaiki bas. Mereka tiba di
tapak perkhemahan pada pukul 5 petang. Para komandan memberikan taklimat
mendirikan khemah.

Setelah menguruskan diri, pserta perkhemahan telah menikmati juadah


minum petang yang disediakan oleh guru-guru. Pada waktu malamnya, kami
mendengar ceramah yang disampaikan oleh ASP Varatha Rajan dari PDRM.

Aktiviti-aktiviti yang menarik seperti kembara malam, pertandingan


memasak, kawad kaki, bergotong-royong, meredah kampung dan senam robik
telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut. Penyampaian hadiah
telah dijalankan semasa Majlis Perasmian Penutupan. Guru Besar telah
menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang. Semua peserta berpuas
hati kerana memperolehi pengalaman yang amat berharga.

Laporan Disediakan Oleh, 27 MEI 2017


ARUMUGAM
(ARUMUGAM A/L GOVINDASAMY)
Setiausaha,
Pengakap Malaysia.
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rawang.
Selangor.
Catatan Perhimpunan Sekolah
Isnin, 25 Jun 2017

7.20 pagi: Semua murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan.

7.25 pagi: Semua murid beratur mengikut kelas dan guru-guru duduk di atas

pentas.

7.30 pagi: Murid-murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor,

lagu sekolah dan Lagu “Aku Negaraku” dengan iringan muzik.

7.40 pagi: Ketua Pengawas melafazkan Rukun Negara.

7.45 pagi: Guru Bertugas memberikan ucapan dan mengumumkan

pengumuman.

7.50 pagi: Murid-murid menyampaikan persembahan di atas pentas.

7.52 pagi: Guru Bahasa Malaysia memperkenalkan kosa kata bersama contoh.

7.55 pagi: Guru Besar menyampaikan ucapan.

8.00 pagi: Perhimpunan sekolah tamat. Murid-murid masuk ke kelas

masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai