Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN DAN MOTIVASI DIRI MURID TAHUN ENAM 2017

13 MEI 2017 14 MEI 2017


13 Mei 2017 ( Sabtu)
Pada 5.15 petang semua murid terlibat dengan aktiviti Slot 5 iaitu Explore Race. Aktiviti
ini memerlukan semua murid untuk menyelesaikan beberapa soalan dan tugasan dalam
bentuk kumpulan. Setiap kumpulan perlu melengkapkan beberapa tugasan sehingga ke
tugasan yang terkahir dan guru yang ditugaskan untuk menjaga checkpoint terakhir akan
memastikan kumpulan tersebut telah melengkapkan kesemua tugasan dengan menunjukkan
bukti tandatangan guru-guru pada setiap checkpoint. Pada 6.30 petang, semua murid telah
pulang ke bilik masing-masing untuk persiapan diri. Setelah selesai dengan persiapan diri,
semua murid berkumpul di dewan makan untuk sesi makan malam pada pukul 7.00 petang.
Setelah selesai dengan makan malam, semua murid bergerak ke surau pada pukul 7.30
petang untuk program seterusnya iaitu solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yassin dan
seterusnya solat Isyak.

Pada 9.00 malam, semua murid bergerak ke dewan tertutup untuk Slot 6 iaitu ceramah
motivasi. Penceramah jemputan ialah ___________________________________ dari
________________. Setelah selesai dengan sesi ceramah motivasi, semua murid berkumpul
di dewan makan untuk sesi makan lewat malam pada pukul 10.30 malam. Pada 11.30 malam,
semua murid bergerak ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri dan tidur.

14 Mei 2017 ( Ahad)


Aktiviti pada hari Ahad dimulakan dengan Qiamullail, solat Subuh dan seterusnya
kuliah Subuh oleh beberapa cikgu yang terlibat. Setelah selesai dengan persiapan diri, semua
murid berkumpul di dewan makan untuk bersarapan pada pukul 7.30 pagi. Lengkap dengan
bahan dan peralatan, semua murid telah bersedia untuk menjalankan aktiviti Slot 9 iaitu jungle
trekking. Beberapa orang guru dan ranjer hutan telah bersama murid-murid sepanjang aktiviti
jungle trekking dijalankan. Setelah selesai dengan sesi jungle trekking, semua murid bergerak
ke bilik masing-masing untuk persiapan diri dan berkemas. Pada 11.15 pagi, semua murid
berkumpul di dewan makan untuk sesi makan tengahari.

Setelah tiba sesi penutup, Puan Ramlah Binti Arshad selaku pengerusi program
menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua guru yang terlibat dan harapan terhadap
semua murid Tahun 6 yang terlibat. Pada pukul 11.30 pagi, semua guru dan murid bertolak
ke Sekolah Kebangsaan Permatang To Jaya. Pada pukul 1.00 tengahari, semua murid
selamat tiba di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai