Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PINTAS

BEAUFORT

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI GURU


PERINGKAT SEKOLAH 2017

TARIKH:
23 & 25 MEI 2017

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN PINTAS BEAUFORT

DISEDIAKAN OLEH:
RAHEMAH SEGAE
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2017

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

1.0 PENGENALAN

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan
guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah
bagi, maka lahirlah warga Negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu
membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada
tahun ini iaitu Guru Pembina Negara Bangsa . Kerjaya suci dan murni seorang guru
sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam
agama Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama
selepas kedua ibu bapa.Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Kelab
Guru SK. Pintas Beaufort turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru
peringkat sekolah.

2. .0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2017 adalah untuk meraikan
dan membalas jasa guru-guru SK PINTAS di samping dapat mengeratkan hubungan
silaturahim di antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru SK PINTAS sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2017.

3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-
murid SK PINTAS

3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru

3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan
murid SK PINTAS.

3.5 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan pelajar

4.0 TEMA

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

5.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT

Tarikh : 23 & 25 MEI 2013


Hari : SELASA DAN KHAMIS
Masa : 7.00 pg 12.30 tengah hari
Tempat : PADANG, GELANGGANG DAN DEWAN SK PINTAS
6.0 PENGANJUR

6.1 Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sokongan SK PINTAS BEAUFORT

7.0 KEWANGAN

7.1 Anggaran Perbelanjaan

PERBELANJAAN JUMLAH

Cenderahati ( Anugerah Guru )

RM 5 x 19 orang guru RM 95.00

Jamuan

RM 5 x 30 RM 150.00

Hadiah pemenang

RM 10.00 x 3 RM 30.00

JUMLAH RM 175.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Tabung Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sokongan

8.2 MAKEP

8.3 SUMBANGAN HAMPER


1. PIBG 2 Hamper
2. SEKOLAH 2 Hamper
3. KANTIN 2 Hamper
4. EN. JAMALUDIN AJAK 1 Hamper

9.0 TENTATIF PROGRAM

- Seperti di lampiran A dan B


10.0 PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017 Sk. Pintas ini dapat mencapai objektif terutama bagi
meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga SK Pintas. Diharapkan program
ini dapatdijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang padu dari semua
pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

(Rahemah Segae ) ( Puan Rozita Salleh )


Penyelaras GPK Pentadbiran
Majlis Sambutan Hari Guru
SK Pintas Beaufort

Diluluskan oleh :

(Puan Norsingsang Insim)


Guru Besar
SK Pintas Beaufort.
JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Pn. Norsingsang Insim


Pengerusi : Pn. Rozita Salleh
Naib Pengerusi 1 : En. Jamaludin Ajak
Naib Pengerusi 2 : En. Yusup Muslin
Penyelaras : Pn. Rahemah Segae
Setiausaha : Pn. Jumaidah Said
Bendahari : Pn. Suriyani Maarop

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengacara Majlis Back drop


Menyediakan Skrip Juruacara Majlis Puan Suriyani
Melatih Murid Untuk Menjadi Juruacara Puan Rozita Salleh
Cik Siti Esah Abdullah Cik Norilah Bauk

P.A Sistem Buku Program


En Suhaimi Pn. Nurul Habibah
En. Kifflee

Dokumentasi Hadiah
Puan Rahemah Puan Nurul Habibah
Puan Jumaidah Puan Saripah
Puan Jumaidah

Persembahan Guru Permainan


Cik Siti Esah En. Yusup Muslin
Puan Nortadiah CIk Noryuzawanah
CIk Siti Esah

Bacaan Doa Jamuan


En. Yusup Muslin Puan Salamah
Puan Alinah
Puan Afnah
Puan Azliah
Puan Hafizah

Kawalan Murid
Puan Suriyani
Cik Noryuzawanah
Cik Siti Esah Abdullah
Puan Rahemah Segae
LAMPIRAN A

BIL MASA ATUR CARA 23 Mei 2017 CATATAN


1 7.00 pagi Senamrobik Semua guru di gelanggang

2 8.00 pagi Bola Jaring Ninja


- Petanque
- Sukaneka
Warga Pintas
- Rebut Kerusi dengan iringan muzik
- Acara Khas Hari Guru

3 10.00 pagi Rehat

4 10.30 Pagi Perlawanan Dart antara Pasukan Warga pintas


LAMPIRAN B

BIL MASA ATUR CARA 25 Mei 2017 CATATAN


1 7.00 pagi Semua guru Gelanggang Sekolah Semua Guru di hadapan
Sesi bergambar Murid duduk mengikut kelas
masing-masing
Berkumpul dalam dewan
2 Bacaan doa Ustaz mohd yusup
Nyanyian lagu : Semua guru & murid sedia
3 -Negaraku berdiri untuk menyanyi
-Sabah Tanah Airku dengan iringan muzik
Ucapan Wakil Murid
4
5
Ucapan Guru Besar Pn. Norsingsang Insim
6 Bacaan Ikrar
-En. Jamaludin Ajak Dengan iringan semua guru

7 Nyanyian Lagu Guru Malaysia


Lagu Tema Semua Guru

8 Penyampaian Hadiah Permainan


Penyampaian Anugerah Guru Warga Pintas

Karaoke / Persembahan Guru


9 Semua guru dan staff
Jamuan Ringan
10 Jamuan makan Warga Pintas
Bersurai
11 12.30 pm
Lirik Lagu " Guru Pembina Negara Bangsa"

Bersedia melangkah megah


Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi

Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa


Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa


Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa


Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Lirik Lagu " Kami Guru Malaysia"

Kami guru Malaysia


Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka


Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi


Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

IKRAR GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung


Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
SK PINTAS BEAUFORT

Sekian terima kasih

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Saya yang menurut perintah

RAHEMAH SEGAE
Penyelaras Hari Guru
SK. Pintas Beaufort.

Anda mungkin juga menyukai