Anda di halaman 1dari 6

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,


Sudah lebih 58 tahun sejak kalimah ‘Merdeka’ dilaungkan secara rasminya di tanahair kita yang
tercinta. Pada zaman kita mencapai kemerdekaan, gelombang kebebasan dan keyakinan diri yang
baru ini juga turut dirasai di banyak negara-negara lain yang turut merdeka dari belenggu kuasa
penjajah.

   Mungkin ada dalam kalangan kita yang akan berhujah bahawa Malaysia mempunyai kelebihan
kerana kita berada di Asia, rantau yang paling dinamik di dunia dari segi perkembangan ekonomi
masa kini. Intipatinya, kita boleh berbangga dengan pencapaian kita setakat ini. Perjalanan kita masih
jauh. Kita boleh berbangga dengan pencapaian kita dan pada masa yang sama dengan rendah
diri akui bahawa banyak yang perlu kita lakukan lagi. Untuk kita berbangga dengan apa yang telah
kita capai dan rendah diri untuk mengakui banyak lagi yang kita perlu lakukan untuk meneruskan
kejayaan. 

 Para hadirin yang saya hormati sekalian,


 
Bagaimanakah kita sampai ke tahap pencapaian sekarang? Dan apa lagi yang perlu kita
lakukan untuk benar-benar menghayati semangat Merdeka? Perjalanan kita selama 61 tahun yang
sudah bukanlah satu yang berlaku secara kebetulan. Kita tidak sampai di sini hanya dengan
bergantung harap kepada nasib semata-mata. Kita sampai di sini dengan perancangan yang teliti. Kita
berada di sini disebabkan usaha-usaha dan nilai-nilai yang dipegang oleh tokoh-tokoh negarawan,
pegawai-pegawai kerajaan dan ketua-ketua komuniti yang terdahulu.

Saudara-saudari sekalian,

Selepas 61 tahun Merdeka, dan dikatakan berjaya, namun masih banyak lagi yang sedang kita
usahakan – umpamanya Wawasan 2020, memperkasa ekonomi Bumiputera dan pelbagai lagi.
Jangan sekali-kali kita tersilap anggapan – memikirkan oleh kerana usaha-usaha kita selama ini telah
membawa kejayaan, maka kita boleh meneruskan dengan usaha-usaha yang sama.  Strategi-strategi
yang kita gunakan sebelum ini bagi mengurangkan tahap kemiskinan dan meningkatkan pendapatan
per kapita tidak akan membantu kita untuk melakukan lonjakan yang seterusnya.
aspirasi Negara,

Tuan-tuan dan Puan-puan,


Merdeka bukan sahaja apa yang kita capai pada 31 Ogos 1957 atau yang kita raikan setiap 31
Ogos atau 16 September. Amat benar apa yang disajakkan Tun Mahathir, “Rupanya selain
memerdekakan, mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara.” Merdeka adalah apa yang kita perlu
semai dan semat dalam hati dan minda kita, setiap hari, untuk terus maju sebagai seorang individu
dan sebagai sebuah Negara berdaulat. Objektif kita tetap sama, tidak pernah berubah. Matlamat
kemerdekaan adalah untuk membina sebuah negara Malaysia yang berdaulat lagi kompetitif yang
boleh bersaing dalam pelbagai bidang dan setanding dengan yang terbaik di peringkat global.

Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


KEMERDEKAAN
Yang berusaha Guru Besar, Puan Norsingsang insim, guru-guru penolong kanan, para guru dan
warga sekolah sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk pidato saya pada hari ini ialah
“Kemerdekaan”.

Para hadirin sekalian,

Negara kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kini pada tahun 2018, negara kita telah
menyambut sambutan hari kemerdekaan bagi kali yang ke-61. Berkat dan usaha negarawan kita
yang banyak berjasa itulah yang harus kita sanjungi. Rakyat Malaysia haruslah bersama-sama
memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita mesti sanggup berbuat apa sahaja untuk negara
sehingga ke titiisan darah yang terakhir. 

Selain itu, negara kita maju dalam pelbagai bidang seperti perindustrian,pertanian dan
perhubungan. Ini jugalah yang menarik perhatian penjajah untuk menjajah negara kita. Kita juga
harus memupuk rrasa cinta dan bertuah kerana dapat tinggal di negara yang aman dan berdaulat ini.

Hadirin sekalian, 

Rakyat Malaysia juga mesti hidup harmoni, bersatu-padu dan memupuk semangat muhibah
di dalam diri. Kedatangan penjajah ke negara kitalah yang menyebabkan rakyatnya berpecah-belah.
Hal ini demikian yang menyebabkan negara kita dijajah oleh kuasa luar.

Sebagai rakyat yang patuh akan Rukun Negara, kita hendaklah bersama-sama berganding
bahu membangunkan negara daripada dijajah kembali. Dengan cara yang berikut jugalah akan
memupuk semangat cinta akan negara di kalangan penduduk berbilang kaum seperti Melayu, Cina,
India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

Hadirin yang dihormati,

Kesimpulannya, negara kita akan terus makmur jika kita hidup aman harmoni. Kita hendaklah
terus menyayangi akan negara kita selari dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu “1
Malaysia Menjana Transformasi”.

Sekian, terima kasih.


PIDATO  :  SEJAUH MANAKAH PENCAPAIAN MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN?

“Ting! Ting! Ting!.” Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunnya bendera Union Jack
diiringi dengan laungan “Merdeka!!! Merdeka!!!Merdeka!!!” oleh perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat kukuh dalam
sanubari setiap rakyat Tanah Melayu.  Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari.
Bukan sekadar ingin menghibur hati, tetapi untuk membawa anda semua untuk sama-sama kita
menyelami, mendalami dan berkongsi mauduk  bicara yang berbunyi :“Sejauh manakah
pencapaian Malaysia Selepas Kemerdekaan.”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sekalung apreasiasi saya hulurkan buat saudari pengerusi majlis, kombinasi intelektual
kehakiman bervisi, penjaga masa yang setia dengan bibit-bibit minit, dif-dif kehormat yang
disanjungi seterusnya hadirin-hadirat yang dikasihi. 

Saya kecilkan definisi dengan menumpu sekitar persoalan pencapaian Malaysia selepas lebih 50
tahun kemerdekaan. Frasa capai atau pencapaian mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru adalah
bermaksud prestasi. Tuntasnya, definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop prestasi
Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun 1957.

Sidang Pendengar Yang Setia,

Atas kata bicara “Kestabilan ekonomi negara yang jauh lebih baik selepas kemerdekaan“
adalah hujah saya yang pertama. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan
sekitar tahun 80-an mencatatkan perkembangan positif yang dimangkinkan dengan
pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter makro ekonomi negara. Pertumbuhan
yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia mengalami transformasi iaitu daripada
bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu bentuk ekonomi yang pantas menuju ke
taraf negara perindustrian. Justeru, peningkatan ini menunjukkan bahawa negara kita kian
menampakkan perkembangan yang positif dalam bidang ekonomi.

Hadirin hadirat sekalian,

Meniti hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “Integrasi masyarakat majmuk yang
semakin utuh”. Dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh penjajah British telah
merosakkan kesatuan tiga kelompok bangsa yang mendiami Tanah Melayu ketika itu. Justeru,
pelbagai program dan dasar telah dirangka oleh pihak kerajaan dalam memastikan integrasi
kaum dapat dieratkan. Dasar Wawasan Negara, konsep Sekolah Integrasi dan dasar pembawaan
konsep “1Malaysia” adalah bertepatan dengan penyatuan masyarakat majmuk dalam negara kita
pada hari ini. Sidang dewan yang budiman,

Meniti kata kunci saya yang ketiga “Perkembangan sektor pendidikan yang lebih baik
berbanding 52 tahun yang lalu”, adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan prestasi
negara pada hari ini. Jika dahulu kebanyakan masyarakat Tanah Melayu buta huruf namun, pada
hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia sehingga mampu
mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

Kesimpulannya, prestasi Malaysia adalah jauh lebih baik jika dilihat dari sudut ekonomi,
pendidikan, integrasi kaum dan kemampuan rakyat. Dalam pidato saya pada kali ini, suka saya
cadangkan supaya kita menetapkan satu matlamat. Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian
budaya masyarakat. Agama perlu disemat. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman yang
berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya warga dewan
sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato
saya pada hari ini.

 Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa,  1Malaysia bolehlah ditakrifkan
sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula
bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk  kemenangan ataupun hasil yang
diperoleh. Aspirasi ini adalah  untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap
kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

            Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah lahir


daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan agama dan akar
budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang sama iaitu Rukun
Negara.Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan satu bangsa
Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan persaudaraan.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

            Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati,
kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Pelancong dan
pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang  berintegriti tinggi. Kini, Malaysia menerokai bidang
sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano. Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf
ekonomi negara menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah  dengan negara
lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

            Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat
nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan
iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun
Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat nasionalisme.

     Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.


Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati dan
dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan yang
diteruskan dalam 1Malaysia..Saya menyeru tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian
berpegang pada konsep 1Malaysia agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.’
           
Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.
           Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan Salam 1 malaysia.

Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunnya bendera Union Jack diiringi dengan
laungan “Merdeka!!! Merdeka!!!Merdeka!!!” oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang
Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat kukuh dalam
sanubari setiap rakyat Tanah Melayu.  .  Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara peneraju
majlis,  barisan panel kehakiman, dif-dif kehormat yang disanjungi, seterusnya, hadirin hadirat yang
saya hormati.  

Hadirnya saya, hadirnya saya disini adalah untuk menyampaikan pidato yang berbunyi 61Tahun
Merdeka : Bangsa Malaysia Terus Perkasa.
Putra-putri anak merdeka,

Frasa Bangsa  Malaysia merujuk kepada penyatuan kaum-kaum yang ada di Malaysia seperti
Melayu, Cina dan India, manakala Terus Perkasa. saya takrifkan sebagai kejayaan dan kemampuan
dalam mendepani cabaran sepanjang 61 tahun kita merdeka dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
Secara tuntasnya, pidato saya pada hari ini akan melihatkan pencapaian Bangsa Malaysia dalam
pelbagai bidang dan kejayaan-kejayaan ini terus diperkasakan dari dulu, kini dan selamanya.  

Putera-Puteri anak pertiwi,

Pertama, Ilmu diperkasa, mentaliti diperkaya. Menurut Nelson Mandela, Mantan Presiden


Afrika Selatan, ilmu merupakan senjata paling berkuasa untuk mengubah dunia. Senjata yang boleh
mengubah perspektif manusia dan  membuka mata dunia. Misalnya, perkembangan dan pembudayan
ilmu telah berlaku secara intensif di malaysia. Jika dahulu kebanyakan masyarakat Tanah Melayu
buta huruf namun, pada hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia sehingga
mampu mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan.  

Kedua, ekonomi dijana, rakyat sejahtera. Sehingga detik ini, bangsa malaysia terus memacu
ekonomi malaysia dengan jayanya. Strategi ekonomi yang mantap telah direncana semata-mata untuk
kesejahteraan bersama. Empat tonggak transformasi ekonomi telah dirangka, khas untuk
pembangunan negara yang tercinta. Sedarkah anda, sejak dari penubuhan Malaysia pada tahun 1963,
pelbagai inisiatif telah dijalankan. Kita telah berusaha menaikkan taraf ekonomi rakyat.

Hadirin Hadirat sekalian,

Ketiga, rakyat bersatu, perpaduan terbina. Tun Dr mahathir Mohamad pernah berkata, Manusia yang
lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya
perpaduan. Pada setiap hari, kita tidak akan pernah lekang daripada disemai bibit-bibit perpaduan
dalam lubuk hati kita. Gagasan 1 Malaysia, yang menekankan elemen perpaduan, telah diperkenalkan
dan menjadi buat mulut seluruh rakyat Malaysia. Kini, sekalian rakyat mempunyai satu haluan, satu
tujuan.

Anak-anak bangsaku,

Saya dapat menyimpulkan bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.
Nilai-nilai keperkasaan dan kegemilangan masih utuh mendasari bangsa Malaysia. Ayuhlah anak-
anak bangsaku, kita kita kibarkan potret kegemilangan Malaysia selagi hayat dikandung badan.
Sekian, Salam Bangsa Malaysia Perkasa, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh.
uesday, August 28, 2012
PIDATO ERTI MERDEKA KEPADA GENERASI MUDA

Kemerdekaan sesebuah negara pada amnya bererti kebebasan daripada belenggu penjajahan. Negara
memiliki kedaulatan pemerintahan, wilayah dan keselamatan demi kebajikan, kelangsungan, kemajuan,
kemakmuran, kesejahteraan, pembangunan dan pertumbuhan yang bakal dikecapi oleh rakyat jelata
seluruhnya. Sesebuah negara yang merdeka diterajui oleh para pemimpin yang amanah dan adil, tanpa
berlaku penindasan dan pengkhianatan terhadap kepercayaan yang disandarkan oleh rakyat jelata.

Setelah lebih 400 tahun dijajah silih berganti oleh kuasa asing, negara kita mula mengecapi kemerdekaan
dengan turunnya bendera Union Jack, dan berkibar megah bendera kebangsaan yang kini dikenali sebagai
Jalur Gemilang. Teriakan keramat merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957, iaitu 55 tahun yang lalu, ialah
kemuncak kemenangan yang telah dirintis sekian lama oleh pejuang-pejuang yang kental seperti Dato'
Sagor di Pasir Salak, Dol Said di Negeri Sembilan, Mat Kilau di Pahang, Tok Kenali di Kelantan, Abdul
Rahman Limbong di Terengganu dan banyak lagi. Bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu atau
Malaya, pembentukan negara Malaysia telah bertambah kukuh menerusi kemasukan Sabah dan Sarawak
pada 16 September 1963, walaupun negara telah kehilangan Singapura dua tahun kemudian.

Generasi yang sempat menyaksikan peristiwa bersejarah kemerdekaan negara 55 tahun yang lalu kita
sudah meniti usia emas, 60-an dan 70-an, selain telah ramai yang telah tiada lagi bersama generasi
pascamerdeka. Orang-orang muda dan pelajar remaja hanya menelusuri kisah dan sejarah kemerdekaan
negara menerusi pembelajaran di bilik darjah, pembacaan dan paparan media yang lain. Namun,
semangat patriotik atau cinta negara hendaklah sentiasa bersemi kerana jika cuai, leka dan alpa, tidak
mustahil bahawa sejarah pahit penjajahan secara fizikal akan berulang tanpa diduga, moga dijauhkan
oleh Allah.

Walaupun penjajah telah lama pergi, hakikatnya berlaku pula penjajahan bentuk baharu yang lebih
dahsyat, iaitu penaklukan minda, psikologi, budaya, cita rasa dan cara berfikir. Mentaliti penjajah Barat
berjaya dikekalkan menerusi rasa kagum yang keterlaluan terhadap apa-apa sahaja yang datang daripada
bangsa bekas penjajah, termasuk sikap, bahasa, fesyen, makanan dan jenama. Sebaliknya, masih ada
perasaan rendah diri terhadap segala yang berasal dari punca tempatan, termasuk dalam urusan
penggunaan barang dan perkhidmatan.

Generasi muda hendaknya tidak hanya taksub terhadap citra hiburan dan sukan yang dijaja oleh kuasa
besar bekas penjajah, tetapi berusaha untuk bersaing dengan kelompok remaja terbaik mereka dari segi
ilmu pengetahuan, kemahiran, kepimpinan, inovasi, kreativiti dan reka cipta yang termaju. Walaupun
dari segi pencapaian teknologi, negara kita mungkin ketinggalan 50 tahun di belakang, kita mesti mesti
mula mengorak langkah dengan cepat dan teratur supaya dapat mengejar mereka. Dalam kata lain,
tahap daya saing generasi muda kita mesti digembleng ke tahap optimum supaya suatu hari kelak negara
kita akan lebih dihormati dan disegani, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan entiti politik,
ekonomi dan sosial yang telah lama meniti kematangan.

Semangat kemerdekaan yang meluap-luap perlu dilengkapkan dengan pengisian erti kemerdekaan yang
tepat. Sumbangan generasi muda antara lain ialah kesungguhan dalam meningkatkan akses ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang menjurus terhadap proses penjanaan modal insan minda kelas
pertama acuan sendiri. Generasi muda harus sentiasa bersiap sedia menempuh cabaran dan pancaroba
dalam persekitaran yang sentiasa mengalami perubahan yang begitu pesat.

Nikmat kemerdekaan yang paling unggul ialah pembebasan daripada perhambaan sesama manusia,
sebaliknya hanyalah pengabdian kepada Yang Maha Esa, min 'ibadati'i-'ibad, ila 'ibadati'-llah. Marilah
kita berdoa agar nikmat kemerdekaan negara yang kita kecapi selama ini akan berterusan. Selamat
menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-55.

Merdeka, merdeka, merdeka!


Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 4:19 AM

Reactions: 
 

1 comment:

Anda mungkin juga menyukai