Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI KEMBARA

UNIT BERUNIFORM AMBILAN JUN 2014 INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS (IPGKIK) TAHUN 2016

TARIKH : 13 April 2017


HARI : Khamis
MASA : 9.30 am- 2.30 pm
TEMPAT : Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Pada 13 April 2017, iaitu bersamaan dengan hari Khamis, seramai 52 orang
siswa pendidik kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun
2014 telah menjalankan aktiviti kembara. Kami dikehendaki untuk mendaki Gunung
Angsi berketinggian 825 meter. Pensyarah yang mengiringi pendakian kami adalah
seramai 3 orang iaitu Puan Mazanah, Encik Teo dan Encik Kahar. Semasa pendakian
ini, pengarah Dr Suhaimi b Ali juga turut memberi sokongan kepada kami dengan
mengikuti pendakian ke Gunung Angsi.

Sebelum pendakian bermula, kami dikehendaki untuk membayar permit


sebanyak RM 5 setiap seorang. Pendakian bermula pada pukul 9.30 pagi. Sebelum
pendakian bermula, kami telah diberi taklimat tentang pantang larang yang perlu
dipatuhi serta peralatan yang perlu dibawa semasa mendaki. Kami juga telah dsusun
mengikut uni masing-masing dimana Unit Beruniform Pengakap berada dihadapan,
diikuti dengan Pandu Puteri dan yang terakhir adalah Persatuan Bulan Sabit Merah.
Bagi unit beruniform Pandu Puteri, mereka telah disediakan coklat bagi setiap seorang
untuk memberi tenaga semasa pendakian.

Semasa mendaki juga, kami dikehendaki untuk mengenal pasti beberapa jenis
flora dan fauna yang terdapat di Gunung Angsi. Banyak hidupan dan tumbuh-
tumbuhan yang baru telah dijumpai.

Kami tiba dipuncak tepat pada jam 11.45 minit pagi. Namun, terdapat juga
beberapa siswa guru yang lain tiba ke puncak lambat bersama beberapa orang
pensyarah. Setibanya di puncak, kami berehat sambil menikmati keindahan alam serta
mengambil gambar kenangan. Kami menuruni Gunung Angsi pada jam 1 tengahari.
Semasa menuruni Gunung Angsi ini, terdapat seorang siswa dari Pandu Puteri telah
terseliuh buku lali. Alhamdulillah dengan bantuan dari rakan pandu puteri yang lain
serta bantuan dari Puan Mazanah semuanya berjalan dengan lancar. Siswa pendidik
berjaya sampai ke bawah pada jam 2.30 petang.
Laporan Disediakan oleh ,

Setiausaha
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 2017,
IPG Kampus Ilmu Khas.
LAMPIRAN

Sepanjang perjalanan Peserta berehat di puncak


mendaki gunung

Pengarah turut serta dalam Peserta perkhemahan


aktiviti kembara bergambar

Berehat di puncak gunung Bergambar bersama


pengarah

Anda mungkin juga menyukai