Anda di halaman 1dari 6

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2013/2014 Laporan Program Kecemerlangan UPSR 2013

LAPORAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2013

Pada tarikh 29 30 Jun 2013 yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2013/2014, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek telah menganjurkan satu Program Kecemerlangan UPSR 2013 di bawah kelolaan Biro Akademik. Program ini telah dipengerusikan oleh saudara Muhammad Syafiq bin Norazami selaku Naib Yang Dipertua 1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014. Di bawah kepimpinan beliau, ketua dan penolong bagi Biro Akademik telah mengambil alih tugas sebagai orang penting sepanjang perlaksanaan Program Kecemerlangan UPSR ini berlangsung.

Program ini telah disertai hampir seramai 174 orang peserta termasuklah beberapa orang anak pensyarah dan kakitangan staf IPG Kampus Pendidikan Teknik dan juga pelajarpelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Program ini adalah anjuran bersama antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014 dan juga Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi yang telah merangka dan menentukan tarikh, masa dan tempat bagi pengelolaan Program Kecemerlangan UPSR 2013 ini.

Pada hari pertama bersamaan dengan 29 Jun 2013 iaitu hari Sabtu, para pelajar membuat sesi pendaftaran sekitar pukul 8.30 pagi di kawasan hadapan dewan kuliah. Taklimat telah dberikan oleh pengerusi program, saudara Syafiq kepada pelajar tentang peraturan-peraturan di asrama dan sepanjang berada di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Kemudiannya, sekitar pukul 10.00 pagi, setelah selesai minum pagi, penceramah bagi subjek Bahasa Inggeris telah hadir dan telah menyampaikan bengkel beliau kepada pelajar sehinggalah ke pukul 12.30 tengah hari. Para pelajar berasa sangat teruja mendengar taklimat dan bengkel teknik menjawab soalan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris.

Setelah selesai slot yang pertama, para pelajar beratur mengikut barisan dan bergerak menuju ke cafeteria untuk menjamah hidangan tengahari sambil membawa bagasi

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2013/2014 Laporan Program Kecemerlangan UPSR 2013

masing-masing kerana selepas makan tengah hari, mereka akan bergerak ke kawasan asrama perempuan iaitu di blok FB. Mereka akan ditempatkan seramai 4 orang untuk 1 bilik. Pada sesi petangnya pula, bengkel diteruskan lagi pada pukul 2.00 petang untuk subjek bahasa Malaysia. Bengkel diteruskan sehinggalah pada pukul 4.30 petang. Banyak input dan ilmu yang dicurahkan oleh tuan penceramah pada petang tersebut.

Seusai itu, para pelajar pulang ke asrama untuk menunaikan solat fardhu asar dan kemudiannya bersama-sama dengan JPP, kesemua mereka bergerak ke kawasan hadapan dewan serbaguna untuk sesi riadah bersama saudara Shamyr dan juga saudari Fransisca. Para pelajar dilihat seronok menjalani slot riadah bersama para JPP. Selepas penat beriadah, sekitar jam 6.30 petang, para pelajar diarahkan untuk terus bergerak ke cafeteria untuk menikmati sajian makan petang pula. Selesai itu, mereka pulang ke asrama dan melakukan hal-hal peribadi seperti mandi, solat dan lain-lain.

Pada malam tersebut, mereka telahpun solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di surau blok tutorial. Sementara menunggu azan Isyak, para pelajar telah mendengar satu tazkirah yang dberikan oleh saudara Safuan, 6 PISMP Pra Sekolah. Para pelajar sangat teruja dan seronok mendengar tazkirah yang disampaikan kerana penuh dengan nilai-nilai murni dan gaya penyampaiannya yag penuh dengan unsur kecindan dan bersahaja. Program pada malam itu diteruskan lagi dengan bengkel teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Matematik oleh seorang penceramah. Bengkel diakhiri pada pukul 10.30 malam dan selepas itu, para pelajar bergerak ke kafatera sekali lagi untuk menjamu minum malam dan seterusnya tidur di bilik masing-masing dan bersedia untuk hari esoknya pula.

Pada keesokan harinya, para pelajar akan menjalani slot bengkel teknik menjawab soalan yang terakhir. Pada pagi tersebut, subjek yang telah dikelolakan adalah subjek Sains. Rupa-rupanya, tuan penceramah itu juga seorang bekas pelatih guru di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Beliau sangat berbakat dan tidak lokek dengan ilmu untuk dicurahkan kepada anak-anak murid itu semua. Selepas slot tersebut, satu slot khas yang telah dirancang khas oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014 buat para pelajar

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2013/2014 Laporan Program Kecemerlangan UPSR 2013

untuk menyedarkan mereka bahawa tarikh peperiksaan semakin hampir dan mereka perlu mempunyai gol masing-masing untuk berjaya di dalam UPSR dan mencapai 5A.

Beberapa aktiviti kesedaran diri telah dilakukan seperti menunjukkan beberapa video sedih tentang pengorbanan ibu bapa, seterusnya sesi nasihat dan tips kepada pelajar untuk menghadapi UPSR yang telah disampaikan oleh saudara Ahmad Azrul Arefe, Yang Dipertua Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014. Suasana penuh syahdu dan bergenangan airmata apabila melibatkan ibu bapa, para pelajar penuh rasa keinsafan berjanji untuk membuat yang terbaik di dala UPSR bagi tahun 2013 dan membalas jasa kedua ibu bapa mereka yang banyak berkorban untuk mereka dan melihat mereka Berjaya. Sekitar jam 12.30 tengah, majlis penutupan telah dilaksanakan oleh pensyarah penasihat JPP iaitu Dr. Mohamed Nazul bin Ismail dan upacara penyampaian cenderahati kepada dua-dua pihak. Maljis itu juga turut diserikan lagi dengan kehadiran Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Seroja, Puan Hajah Noredzan binti A Bakar. Majlis bersurai selepas makan tengah hari dan selepas sesi menangkap gambar bersama-sama. Sekian.

Yang menjalankan tugas, .. (INTAN SYAFINAZ BINTI OTHMAN) Setiausaha, Program Kecemerlangan UPSR 2013, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2013/2014 Laporan Program Kecemerlangan UPSR 2013

LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2013

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2013/2014 Laporan Program Kecemerlangan UPSR 2013

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2013/2014 Laporan Program Kecemerlangan UPSR 2013

Anda mungkin juga menyukai