Anda di halaman 1dari 27

PROSIDING

SEMINAR PASCASISWAZAH PENDIDIKAN BAHASA MELAYU &


PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU
KALI KEEMPAT, 2015

5 - 8 Mac 2015
IPG Kampus Batu Lintang
Kuching, Sarawak

Anjuran

Pelajar Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu &


Pelajar Sarjana Pendidikan Kesusasteraan Melayu
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Dengan kerjasama

Jabatan Pengajian Melayu


IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak
ii

PROSIDING
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu &
Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat, 2015
5-8 Mac 2015
IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak

Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan ulang mana-mana bahagian artikel/bab/ilustrasi, ilustrasi dan


isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada
elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapatkan
keizinan bertulis dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

ISBN: 983-2267-49-2

Editor
Zamri Mahamod
Yahya Othman
Layang Ugek
Suraya Hanis Ilias
Rohaida Mazlan

Susun Atur Huruf: Zamri Mahamod


Huruf: Verdana 9, 10, 11, 12, 14

Diterbitkan oleh:
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 2015
iii

Editor

Zamri Mahamod
Yahya Othman
Layang Ugek
Suraya Hanis Ilias
Rohaida Mazlan
iv

KATA PENGANTAR PENASIHAT

SEBUTIR KATA SEINDAH BICARA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, prosiding


seminar kali keempat ini berjaya diterbitkan. Untuk seminar kali ini, sebanyak
27 kertas kerja dibentangkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kertas
kerja dibentangkan oleh pelajar Doktor Falsafah yang membentangkan kertas
kerja peringkat Usulan, Kemajuan dan Pemantapan. Seramai tiga orang
pensyarah IPG Kampus Batu Lintang turut membentangkan kertas kerja.
Manakala seramai 11 pelajar Sarjana Pendidikan membentangkan dapatan akhir
kajian dan cadangan projek penyelidikan.
Semua kertas kerja yang dibentangkan meliputi pelbagai tajuk. Kajian
yang dibuat pula dijalankan di pelbagai peringkat, iaitu dari peringkat prasekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Kajian yang dibuat adalah pelbagai tempat seperti ada yang dibuat di
Semenanjnung, Srawak dan Brunei. Semua kajian adalah berkaitan dengan
pendidikan Bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu, Prasekolah, Kurikulum,
Pendidikan Khas dan juga Sukan. Kesemua pelajar ini diselia oleh Dr. Zamri, Dr.
Jamaludin dan Dr. Yahya.
Pada tahun ini, seminar ini diadakan di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching
Sarawak. Seminar ini adalah kerjasama pintar antara pelajar Pascasiswazah
Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan dengan kerjasama Jabatan
Pengajian Melayu, IPG Kampus Batu Lintang. Kerjasama pintar ini memboleh
pelajar dan pensyarah kedua-dua institusi berkongsi hasil penyelidikan yang
boleh dimanfaatkan dalam pendidikan.
Seminar ini juga merupakan satu platform kepada pelajar Sarjana
Pendidikan Bahasa Melayu dan pelajar Sarjana Pendidikan Kesusasteraan Melayu
untuk bergraduat. Melalui seminar, pelajar akan membentangkan kertas kerja
dan menerbitkan dalam prosiding.
Akhir kata, tahniah saya ucapkan atas kejayaan Urus Setia menjayakan
seminar ini di IPG Kampus Batu Lintang. Hasil prosiding yang diterbitkan dapat
dijadikan panduan kepada pelajar bidang Pendidikan Bahasa Melayu dan
Pendidikan Kesusasteraan Melayu sebagai sumber rujukan utama dalam
pengajian mereka.

Sekian Terima Kasih

Prof. Dr. Zamri Mahamod


Penasihat
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan
Melayu Kali Keempat, 2015.
v

KATA PENGANTAR PENGERUSI

SETITIS TINTA SEULAS BICARA

Alhamdulillah dengan izin-Nya, prosiding ini dapat dihasilkan dengan jayanya.


Prosiding ini merupakan himpunan koleksi penyelidikan yang dibentangkan oleh
para pelajar Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Pengajian Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan
juga pensyarah IPG yang sambung belajar secara eksekutif di Fakulti Pendidikan
UKM.
Seminar ini merupakan seminar bahasa kali keempat ini adalah dengan
kerjasama antara pelajar pascasiswazah bidang Pendidikan Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Batu
Lintang, Sarawak.
Kerjasama pintar antara pelajar dan pensyarah Fakulti Pendidikan UKM
dengan pensyarah dan IPG Kampus Batu Lintang dapat membantu
memperkasakan Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan Kesusasteraan Melayu,
Kurikulum dan lain-lain bidang pendidikan. Kerjasama pintar ini bukan hanya
boleh dibuat dalam bentuk seminar, tetapi juga boleh dilaksanakan dalama
bentuk penerbitan, penyelidikan dan sebagainya.
Diharapkan seminar bersama ini dapat diteruskan pada masa akan
datang. Prosiding yang dihasilkan pula dapat dijadikan panduan kepada para
pelajar dalam mencari sumber baharu untuk membuat rujukan terutamanya
dalam bidang Bahasa Melayu.

Sekian dan terima kasih.

Layang Ugek
Pengerusi
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan
Melayu Kali Keempat, 2015
vi

KATA PENGANTAR SIDANG EDITOR

Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan


Melayu Kali Keempat, 2015 ini diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Batu Lintang, Sarawak. Seminar kali ini bertemakan Memperkasakan
dan Melestarikan Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dalam
Mentransformasikan Pendidikan Negara ini julung kali diadakan di Kuching
Sarawak. Seminar ini adalah dengan kerjasama antara pelajar pascaiswazah
Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesusasteraan Melayu dengan IPG
Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.
Seminar ini diadakan pada 5 hingga 8 Mac 2015 di IPG Kampus Batu
Lintang. Melalui seminar, para pelajar pascasiswazah diberi peluang untuk
mengelolakan seminar ini sehingga berjaya dengan nasihat daripada pensyarah.
Dengan mengelolakan sendiri seminar ini, para pelajar dapat memupuk
semangat kerjasama dan saling membantu dalam memastikan aktiviti seminar
berjalan dengan lancar.
Bagai pelajar-pelajar Doktor Falsafah, sebanyak 15 kertas kerja
diterbitkan dalam prosiding ini. Peringkat penyelidikan pelajar-pelajar Doktor
Falsafah ini ialah Usulan, Kemajuan dan pemantapan. Bagi peringkat Usulan,
pelajar-pelajar Doktor Falsafah ini akan cuba mempertahankan cadangan Usulan
mereka sebelum dibenarkan membentangkan Usulan di Seminar Siswazah Fakulti
Pendidikan pada Mac atau Mei nanti. Bagi pelajar yang membentangkan
Kemajuan pula, mereka hanya melaporkan dapatan kajian yang telah dijalankan.
Manakala pelajar yang membentangkan Pemantapan, mereka akan
membentangkan hasilkan kajian dari awal hingga tamat kajian dibentangkan.
Bagi pelajar Sarjana Pendidikan pula, sebanyak 11 kertas kerja diterbitkan
dalam prosiding ini. Sebanyak enam kertas kerja berbentuk hasil penyelidikan.
Manakala selebihnya lima kertas kerja berbentuk proposal penyelidikan. Pelbagai
tajuk kajian yang dibuat. Ada kajian berkaitan pedagogi, penggunaan ICT seperti
web 2.0, blog dan sebagainya. Ada juga pelajar yang mengkaji kemahiran
berfikir aras tinggi guru dan pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Kesemua kajian pelajar Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu ini boleh dijadikan
sumber rujukan dalam bidang Bahasa Melayu.
Kesimpulannya, Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
Melayu dan Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat 2015 ini merupakan
himpunan penyelidikan bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.
Prosiding ini sesuai dijadikan sumber rujukan pelajar Sarjana Pendidikan Bahasa
Melayu, guru-guru Bahasa Melayu, pendidik guru Bahasa Melayu dan sebagainya
yang terlibat secara langsung dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Sekian dan terima kasih.

Sidang Editor
Prof. Dr. Zamri Mahamod
Dr. Yahya Othman
Layang Ugek
Suraya Hanis Ilias
Rohaida Mazlan
vii

ATUR CARA PEMBENTANGAN

Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu &


Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat, 2015

MASA NAMA DAN TAJUK TINDAKAN

2.30 – Pendaftaran Peserta Urus Setia


3.00 ptg

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR


3.00 – Bacaan Doa
3.30 ptg En. Abd. Halid Zakaria

Ucapan Penasihat Seminar Juruacara:


Prof. Dr. Zamri Mahamod Rozaiman
Makmun
Perasmian Seminar
YBhg. Tuan Haji Awang Hambali Haji Awang
Hamdan
Pengarah IPG Kampus Batu Lintang

Penyampaian Cenderahati kepada


Pengarah IPGBL

Sesi Bergambar dengan Pengarah IPGBL

SESI SELARI 1 BILIK


SEMINAR 1
3.30 – Pembentang 1: Aliza Ali
3.50 ptg Pembangunan, Penilaian dan Kesahan Kandungan
Modul Pengajaran dan Pembelajaan Berasaskan
Pendekatan Bermain Bagi Kemahiran Bahasa
Kanak-Kanak Prasekolah

3.50 – Pembentang 2: Ong Sze Chong


4.10 ptg Ciri Keperibadian dan Motivasi Guru Cemerlang Pengerusi:
Sekolah Menengah di Negeri Sarawak Aliza Ali

4.10 – Pembentang 3: Siti Salwa Atan


4.30 ptg Pedagogi Abad 21 Berbasiskan Rangkaian
Sosial Google Plus dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
viii

4.30 – Pembentang 4: Wan Dyarudin Wan Mustappa


4.50 ptg Penggunaan Teknik Membaca SQ3R dalam
Pengajaran Kefahaman Membaca di Sekolah
Menengah

4.50 – Pembentang 5: Rozaiman Makmun


5.10 ptg Model Amalan TPPK Guru dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Kesusasteraan Melayu

5.10 – Pembentang IPGBL 6: Candrawati Ibrahim


5.30 ptg Hubungan Orientasi Matlamat dan Motivasi
terhadap Penyertaan Pencapaian Atlet Sukan Bola
Sepak Remaja Sarawak

SESI SELARI 2 BILIK


SEMINAR 2
3.30 – Pembentang 7: Ab. Halid Zakaria
3.50 ptg Keberkesanan Pembelajaran Maya VLE Frog dalam
Pengajaran Karangan Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

3.50 – Pembentang 8: Norhasmi Othman


4.10 ptg Penggunaan VLE Frog dalam Pengajaran Bahasa
Melayu

4.10 – Pembentang 9: Siti Nurliyana Ab. Halim


4.30 ptg Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Pengerusi:
terhadap KBAT dalam Pembelajaran Pemahaman Rahimah
Bacaan Sabtu

4.30 – Pembentang 10: Nasyimah Ismail


4.50 ptg Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar
terhadap KBAT dalam Pembelajaran Komponen
Sastera Bahasa Melayu (Komsas)

4.50 – Pembentang 11: Zatil Hidayah Ahmad


5.10 ptg Tahap Penggunaan Pelajar terhadap Aplikasi Web
2.0 dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

5.10 – Pembentang 12: Norshihan Omar


5.30 ptg Keberkesanan Penggunaan VLE Frog dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Jenis
Pendapat

REHAT/RIADAH
ix

SESI SELARI 3 BILIK


SEMINAR 1
8.30 – Pembentang 13: Rahimah Sabtu
8.50 mlm Pelaksanaan Program I-Think dalam Pembelajaran
Komsas di Sekolah Menengah

8.50 – Pembentang 14: Celinea Lasan


9.10 mlm Pendekatan Bersaling dalam Pengajaran
Kemahiran Membaca Bahasa Melayu bagi
Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi:
Kajian Kes Murid Peribumi Bidayuh di Sarawak Pengerusi:
Wan
9.10 – Pembentang 15: Nur Ain Elzira Abdullah Dyaurudin
9.30 mlm Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional Wan
(Professional Learning Community – PLC) Guru Mustappa
Bahasa Melayu untuk Pengajaran Murid Gagagl
Lulus (Galus)

9.30 – Pembentang 17: Nur Aishah Abdullah


9.50 mlm Strategi Pengajaran Ejaan Berkesan untuk
Murid Disleksia

9.50 – Pembentang IPGBL 18: Pati Alap


10.10 mlm Strategi Pelaksanaan Metakognitif dalam Bacaan
Teks Bahasa Iban

10.10 – Pembentang IPGBL 19: Derrick Warren


10.30 mlm Saging
Pengaruh Sosio-Budaya Komuniti Iban dan
Hubungannya dengan Komitmen dalam Pelajaran

MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR


10.30 mlm Ucapan Ketua Jabatan Pengajian Melayu/
Wakil IPGBL
Juruacara:
Ucapan Penutupan Seminar Rozaiman
Prof. Dr. Zamri Mahamod Makmun

Penyampain Cenderahti kepada Ketua Jabatan


Pengajian Melayu/Wakil IPGBL

11.00 mlm Bersurai/Aktiviti Bebas


x

KANDUNGAN
PROSIDING SEMINAR PASCASISWAZAH PENDIDIKAN BAHASA MELAYU &
PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU KALI KEEMPAT, 2015

Kata Pengantar Penasihat Seminar iv

Kata Pengantar Pengerusi Seminar v

Kata Pengantar Sidang Editor vi

Atur Cara Pembentangan Kertas Kerja Seminar vii

Profisien Murid dalam Kemahiran Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran 1


Zamri Mahamod

Pembangunan, Penilaian dan Kesahan Kandungan Modul Pengajaran 9


dan Pembelajaan Berasaskan Pendekatan Bermain Bagi Kemahiran
Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah
Aliza Ali & Zamri Mahamod

Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah terhadap Penerapan 25


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpusatkan Pelajar 45


dalam Membentuk Kemahiran Insaniah Pelajar
Alizah Lambri & Zamri Mahamod

Pedagogi Abad 21 Berbasiskan Rangkaian Sosial Google Plus dalam 57


Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Siti Salwa Atan & Zamri Mahamod

Pelaksanaan Program I-Think dalam Pembelajaran Komsas di Sekolah 65


Menengah
Rahimah Sabtu & Zamri Mahamod

Model Amalan TPPK Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran 77


Kesusasteraan Melayu
Rozaiman Makmun & Zamri Mahamod

Penggunaan VLE Frog dalam Pengajaran Bahasa Melayu 97


Norhasmi Othman & Jamaludin Badusah

Ciri Keperibadian dan Motivasi Guru Cemerlang Sekolah Menengah di 115


Negeri Sarawak
Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah
xi

Penggunaan Teknik Membaca SQ3R dalam Pengajaran Kefahaman 131


Membaca di Sekolah Menengah
Wan Dyarudin Wan Mustappa, Zamri Mahamod & Yahya Othman

Faktor Budaya yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu 145


Pelajar Asing di IPT Malaysia
Sharala A/P Subramaniam, Zamri Mahamod & Siti Saniah Abu Bakar

Strategi Pengajaran Penulisan dalam Kalangan Guru Novis Sekolah 159


Rendah
Suraya Hanis Ilias & Zamri Mahamod

Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar terhadap Kemahiran Berfikir 181


Aras Tinggi dalam Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu
Nasyimah Ismail & Zamri Mahamod

Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning 195


Community – PLC) Guru Bahasa Melayu untuk Pengajaran Murid Gagal
Lulus (Galus)
Nur Ain Elzira Abdullah, Zamri Mahamod & Nur Aishah Abdullah

Pendekatan Bersaling dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa 213


Melayu bagi Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kajian Kes
Murid Peribumi Bidayuh di Sarawak
Celinea Lasan & Zamri Mahamod

Keberkesanan Pembelajaran Maya (VLE FROG) dalam Pengajaran 227


Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Ab. Halid Zakaria & Jamaludin Badusah

Strategi Pelaksanaan Metakognitif dalam Bacaan Teks Bahasa Iban 247


Pati Alap

Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar terhadap Kemahiran Berfikir 261


Aras Tinggi dalam Pembelajaran Pemahaman Bacaan
Siti Nurliyana Ab. Halim & Zamri Mahamod

Teknik Visual-Ikon dalam Pengajaran Kemahiran Menulis Ayat Mudah 279


Murid Pemulihan Khas
Nurul Nabihah Ishak & Zamri Mahamod

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kesusasteraan Melayu: Peranan 299


Guru
Noor Syazwani Roni & Zamri Mahamod
xii

Keberkesanan Penggunaan VLE Frog dalam Pengajaran dan Pembelajaran 311


Karangan Jenis Pendapat
Norshihan Omar & Jamaludin Badusah

Tahap Penggunaan Pelajar terhadap Aplikasi Web 2.0 dalam Pembelajaran 329
Bahasa Melayu
Zatil Hidayah Ahmad & Jamaludin Badusah

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Bukan 341


Melayu
Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Zamri Mahamod

Keberkesanan Peta Pemikiran I-Think Dalam Penguasaan Kemahiran 353


Menulis Karangan Naratif Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman

Strategi Pengajaran Ejaan Berkesan untuk Murid Disleksia 365


Nur Aishah Abdullah, Safani Bari, Noraini Abdullah &
Nur Ain Elzira Abdullah

Hubungan Orientasi Matlamat dan Motivasi terhadap Penyertaan 381


Pencapaian Atlet Sukan Bola Sepak Remaja Sarawak
Candrawati Ibrahim

Pengaruh Sosio-Budaya Komuniti Iban dan Hubungannya dengan 391


Komitmen dalam Pelajaran
Derrick Warren Saging

Senarai Ahli Jawatankuasa 411


FAKTOR BUDAYA YANG MEMPENGARUHI STRATEGI
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR ASING
DI IPT MALAYSIA

Sharala A/P Subramaniam


s.sharala@yahoo.com

Zamri Mahamod
d-zam@ukm.edu.my

Siti Saniah Abu Bakar


saniah@fbk.upsi.edu.my

ABSTRAK: Kajian ini memerihalkan pengaruh budaya dalam strategi


pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Tujuan kajian ini ialah untuk
mengenal pasti faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
Melayu pelajar asing berdasarkan negara asal mereka. Kaedah kuantitatif
berbentuk kajian kes digunakan bagi menjawab soalan kajian. Instrumen soal
selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Seramai 300 orang pelajar asing
yang mewakili enam buah negara telah dipilih sebagai responden kajian. Data
soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran
bahasa Melayu pelajar asing berdasarkan negara Nigeria, Indonesia, Iraq dan
Libya ialah memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.
Faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar
China pula menggunakan strategi mendengar dengan teliti cara guru bertutur
dalam bahasa Melayu semasa pembelajaran berlangsung, manakala faktor
budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar Iran
pula melibatkan diri dengan aktiviti kelas secara aktif.

ABSTRACT: This study describes the influence of culture in the Malay language
learning strategies for foreign speakers. The purpose of this study was to identify
cultural factors that influence the Malay language learning strategies of foreign
students based on their country of origin. Quantitative case study method is used
to answer research questions and questionnaires were used to collect data. A
total of 300 foreign students representing six countries were selected as
respondents, were asked on which language learning strategies used by them.
The data gathered was analyzed to answer research questions. The results
showed that cultural factors affecting the Malay language learning strategies of
foreign students by country Nigeria, Indonesia, Iraq and Libya are attentive when
teachers teach in the classroom. Cultural factors that influence the Malay
language learning strategies of Chinese students used a strategy of listening
carefully to the way teachers speak the Malay language while learning take place,
146 Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Kali Keempat, 2015

while the cultural factors that influence the Malay language learning strategies
Iranian students engage actively in class activities.

PENGENALAN

Kemasukan pelajar asing daripada merata benua yang datang untuk melanjutkan
pengajian di Malaysia membantu menaikkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa dunia yang berpotensi tinggi. Ini kerana subjek Bahasa Melayu menjadi
subjek yang wajib diambil oleh pelajar asing seperti yang terdapat dalam Akta
Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Tujuan utama
kerajaan mewajibkan pelajar asing mengambil subjek ini adalah bagi
membolehkan pelajar asing berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan
persekitaran di Malaysia. Dalam hal ini, strategi pembelajaran bahasa bermaksud
cara yang digunakan oleh pelajar asing ini untuk menguasai bahasa Melayu. Oleh
sebab ini adalah subjek yang wajib kepada pelajar asing, mereka perlu sedar
tentang faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu
bagi memudahkan proses pembelajaran mereka.
Menurut Ellis (1994), perbezaan individu dan situasi dan faktor sosial
dianggap faktor yang paling berpengaruh dalam pemilihan SPB. Perbezaan
individu terdiri daripada kepercayaan, pernyataan afektif, faktor pelajar dan
pengalaman pelajar.
Situasi dan faktor sosial pula terbahagi kepada bahasa sasaran, latar
pembelajaran, budaya, jenis tugasan dan jantina. Dalam pembahagian ini
pengkaji telah memilih faktor yang dianggap penting dalam mempengaruhi SPB
iaitu faktor budaya. Budaya dikenali sebagai peranan individu dalam kehidupan
seharian. Lebih kepada sikap dan kelakuan individu. Menurut Brown (1994),
budaya adalah sebahagian daripada bahasa dan bahasa adalah sebahagian
daripada budaya. Kedua-duanya saling berkait dan tidak boleh dipisahkan tanpa
menjejaskan kesignifikanan salah satu daripadanya. Budaya juga lebih
menekankan keharmonian dan menghormati pihak berautoriti yang boleh
mempengaruhi cara pembelajaran pelajar (Lin & Yi, 1997). Budaya juga mampu
menjadikan sebahagian pelajar mengambil pendekatan pembelajaran yang aktif
dan sebahagian pula boleh menjadi pasif. Budaya juga salah satu pemboleh ubah
yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan SPB (Griffiths, 2003; Macaro,
2001; Mohamed Amin, 1996). Berdasarkan kajian ini pengkaji ingin melihat
pengaruh budaya dalam strategi pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar
asing yang berlainan budaya berdasarkan negara.

PERNYATAAN MASALAH

Terdapat beberapa kajian tentang SPB yang dijalankan oleh pengkaji tempatan
tetapi fokus kajiannya adalah terhadap bahasa lain. Antara pengkajinya ialah
Roslina (1999), Anida (2003), Neo (2005) dan Suzana (2005) yang telah
menjalankan kajian terhadap bahasa Jepun, bahasa Arab, dan bahasa Sepanyol.
Hanya beberapa orang pengkaji seperti Fai’zah, Zamri dan Mohamed Amin
(2009) dan Yong, Siti Saniah, Chan dan Vijayaletchumy (2009); dan Yong, Siti
Saniah, Chan dan Vijayaletchumy (2010a dan 2010b) yang pernah menjalankan
tentang SPB terhadap pelajar asing di IPT. Namun, kajian-kajian tersebut masih
tidak dapat menggambarkan pengaruh faktor budaya dalam strategi
pembelajaran bahasa yang digunakan dalam kalangan pelajar asing.
Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod & Siti Saniah Abu Bakar 147

Di samping itu, Azman dan Goh (2010) dalam kajiannya tentang


Pembelajaran Bahasa Asing di IPT:Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa
Mandarin dan Bahasa Perancis menyatakan bahawa pembelajaran bahasa
sasaran tidak harus dipisahkan daripada pembelajaran budaya bahasa sasaran
tersebut. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar UITM yang mengambil subjek
Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Hasil
kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar dalam pembelajaran bahasa asing
dipengaruhi oleh banyak faktor iaitu dalaman dan luaran. Menurut pengkaji,
kajian yang berkaitan dengan faktor budaya amat kurang kerana kebanyakkan
kajian sekarang hanya memberi tumpuan kepada aspek-aspek fonologi, leksikal
dan sebagainya.
Pengkaji yang seterusnya ialah Manfred (2008) yang telah mengkaji
tentang strategi pembelajaran bahasa pelajar Cina yang mempelajari bahasa
Inggeris sebagai bahasa asing. Seramai 10 orang pelajar Cina yang mempelajari
bahasa Inggeris di Hong Kong telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian
menunjukkan bahawa minat pelajar dalam mempelajari bahasa Inggeris adalah
sangat rendah. Menurut Manfred (2008), budaya ialah faktor yang memainkan
peranan penting dalam strategi pembelajaran bahasa Inggeris. Menurut beliau
juga faktor budaya sahaja yang boleh menentukan tingkah laku pelajar dalam
pembelajaran bahasa. Beliau juga mencadangkan supaya para guru mewujudkan
kesedaran terhadap pelajar tentang SPB dan juga tentang faktor-faktor yang
berpengaruh dalam SPB. Kajian ini hanya berfokus kepada pelajar Cina yang
mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing.

TUJUAN KAJIAN

Mengenal pasti pengaruh faktor budaya dalam strategi pembelajaran bahasa


Melayu pelajar asing yang berlainan budaya berdasarkan negara.

SOALAN KAJIAN

Adakah faktor budaya mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu


pelajar asing yang berlainan budaya berdasarkan negara?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan memandangkan belum ada kajian seumpamanya yang


dibuat tentang pengaruh faktor budaya dalam strategi pembelajaran bahasa
Melayu pelajar asing yang berlainan budaya berdasarkan negara yang melibatkan
pelajar asing di IPTA dan IPTS. Kajian ini sangat penting kerana dapat memberi
manfaat yang sangat berguna kepada pensyarah bahasa Melayu, pelajar-pelajar,
pihak universiti serta Kementerian Pengajian Tinggi. Hasil kajian ini diharap dapat
membantu pensyarah memperbaiki kaedah pengajaran. Di samping pelajar asing
dapat memilih SPB yang sesuai untuk mempelajari bahasa Melayu.
Hasil kajian ini boleh menjadi panduan kepada pensyarah-pensyarah
universiti sama ada di IPTA atau IPTS dalam usaha memperbaiki kelemahan
kaedah pengajaran bahasa Melayu. Di samping itu, kajian ini juga sangat
berguna kepada pelajar asing. Hal ini demikian kerana melalui dapatan kajian
148 Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Kali Keempat, 2015

yang diperoleh, pelajar asing diharapkan dapat mengenal pasti strategi


pembelajaran bahasa yang sesuai dan diminati berdasarkan budaya mereka
semasa mempelajari bahasa Melayu. Usaha begini akan meningkatkan lagi
keberkesanan proses pembelajaran bahasa Melayu.
Kajian ini juga dapat memberi gambaran kepada pihak universiti untuk
merancang kursus yang bersesuaian dengan pelajar asing yang berlainan budaya
dalam membantu mereka agar dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Kajian SPB ini bukan sahaja mendatang kebaikan kepada guru, pelajar dan pihak
universiti, tetapi juga kepada pihak kementerian pengajian tinggi yang terlibat
secara langsung dengan pendidikan bahasa Melayu. Dalam hal ini, SPB dalam
kalangan pelajar asing perlu diberi keutamaan. Dengan pengenalpastian SPB
pelajar asing yang sesuai berdasarkan budaya mereka, pihak kementerian
pengajian tinggi dapat membantu pelajar asing yang belajar di Malaysia dalam
mempelajari Bahasa Melayu dengan melatih guru-guru yang mengajar Bahasa
Melayu.
Kesimpulannya, penggunaan SPB yang sesuai dapat membantu pelajar
asing mencapai kecemerlangan dalam bahasa Melayu. Banyak kajian lepas telah
membuktikan bahawa SPB membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Sebagai
rumusan, pengkaji berpendapat kajian pengaruh faktor budaya dalam SPB
Melayu dapat memberi banyak kebaikan kepada semua pihak terutamanya guru,
pelajar, pihak universiti dan kepada kementerian pengajian tinggi.

KAJIAN LITERATUR

Kajian yang mengkaji SPB terhadap pelajar asing yang belajar di IPT pula adalah
Fa’izah, Zamri dan Mohd. Amin (2009), Yong, Chan, Siti Saniah (2009); dan Yong
et. al (2010a dan 2010b). Namun kajian yang mengkaji tentang faktor budaya
dalam pemilihan SPB masih lagi kurang dalam penyelidikan bahasa Melayu di
Malaysia. Terdapat banyak kajian yang dilakukan oleh para pengkaji tempatan
dan pengkaji luar negara berkaitan dengan SPB. Manakala, aspek kajian mereka
lebih berfokus kepada pelajar sekolah menengah, pelajar sekolah rendah, pelajar
tempatan yang belajar di IPT dan strategi pembelajaran bahasa asing.
Kajian tentang faktor budaya dalam SPB yang digunakan oleh pelajar
asing yang berlainan budaya berdasarkan negara mereka masih belum banyak
dijalankan. Hasil daripada tinjauan yang dibuat daripada kajian literatur
menunjukkan bahawa kajian berkaitan SPB bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar asing amat sedikit. Sedangkan kajian telah membuktikan bahawa SPB
yang digunakan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
asing, iaitu pelajar asing boleh mendapatkan sedikit sebanyak informasi tentang
pengaruh budaya dalam mempelajari bahasa serta cadangan bagaimana
mempelajari bahasa-bahasa baru. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan untuk
mengenal pasti pengaruh faktor budaya dalam Strategi Pembelajaran Bahasa
(SPB) yang digunakan oleh pelajar asing.
Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod & Siti Saniah Abu Bakar 149

METODOLOGI

Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah tinjauan berasaskan reka bentuk
kuantitatif. Kajian ini dimulakan dengan memilih dan menetapkan sampel dan
lokasi kajian. Beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti
Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) Universiti iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Islam Antarabangsa Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (IIC) telah dipilih sebagai lokasi kajian berdasarkan persampelan
selesa atau convenient sampling.

Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian kecil-kecilan sebelum menjalankan kajian


sebenar. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan
item-item yang terdapat dalam soal selidik. Pengkaji telah memilih 30 pelajar
asing dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Multimedia (MMU)
dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sebagai responden untuk menjalankan
kajian rintis. Data kajian rintis yang diterima dianalisis dengan menggunakan
Perisian Statistical Package for Social Science SPSS dengan mengambil kira
Indeks Kebolehpercayaan Pekali CronbachAlpha. Nilai alpha yang diperoleh ialah
0.854. Menurut Sekaran (2003), jika nilai Cronbach Alpha kurang daripada 0.60,
dianggap kebolehpercayaan rendah dan tidak diterima. Manakala, jika nilai Alpha
pada lingkungan 0.60 hingg 0.80 pula, boleh diterima pakai.

Kajian Sebenar

Setelah kajian rintis mendapat kesahan dan kebolehpercayaan tinggi, pengkaji


mula menjalankan kajian sebenar dengan proses pengumpulan data. Data
dikumpul dengan menggunakan 300 set soal selidik melalui kaedah kuantitatif.
Disebabkan oleh terdapat beberapa set soal selidik yang tidak dijawab dengan
lengkap, maka hanya 173 set soal selidik sahaja yang dapat digunakan sebagai
sampel kajian sebenar.

Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap 300 pelajar asing yang sedang belajar di institusi
pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. Antara IPT yang terlibat ialah Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga
Nasional (UNITEN), Kolej Islam Antarabangsa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(IIC). Responden kajian terdiri daripada 124 orang pelajar lelaki dan 49 orang
pelajar perempuan yang menetap di sekitar lokasi kajian. Lingkungan umur
responden adalah di antara bawah 18 hingga 27 ke atas yang berasal daripada
Nigeria, Iran, Indonesia, China, Iraq dan Libya. Sampel kajian ini dipilih sebagai
150 Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Kali Keempat, 2015

wakil populasi pelajar asing yang mempelajari bahasa Melayu di institusi


pengajian tinggi awam dan swasta. Kajian tinjauan ini dilaksanakan melalui
instrumen soal selidik.
Responden kajian terdiri daripada 124 orang pelajar lelaki dan 49 orang
pelajar perempuan yang menetap di sekitar lokasi kajian. Lingkungan umur
responden adalah di antara bawah 18 hingga 27 ke atas yang berasal daripada
Nigeria, Iran, Indonesia, China, Iraq dan Libya.

Alat Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik.


Soal selidik ini terdiri daripada soalan tertutup yang menggunakan skala likert 4
mata yang perlu diisi oleh responden. Jadual 1 menunjukkan skala pengukuran
yang digunakan dalam kajian ini bagi mengumpulkan data untuk mengetahui
pengaruh budaya dalam SPB yang digunakan oleh pelajar asing. Soal selidik ini
juga mengandungi item berkaitan maklumat demografi responden yang
merangkumi maklumat tentang jantina, umur, negara asal, nama universiti, jenis
universiti, bahasa pertuturan, tahun pengajian dan tahap pengetahuan dalam
bahasa Melayu.

Jadual 1. Skala likert bagi Bahagian 1

Bil. Skala Nilai Skala


1. Amat Tidak Setuju 1
2. Tidak Setuju 2
3. Setuju 3
4. Amat Setuju 4

Penganalisisan Data

Data yang diperoleh melalui set item soal selidik direkodkan dan diproses
menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Kaedah statistik digunakan iaitu Statistik
deskriptif (Deskriptive Statistics). Menurut Azizi Yahaya et.al.(2007:190),
statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan maklumat ataupun data yang
diperoleh bagi populasi dan sampel. Statistik deskriptif juga digunakan untuk
mengira min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk. Menurut Ahmad Atory
Hussain (2004:35), min bagi satu skor dihitung dengan menambah semua skor
dan dibahagikan hasilnya dengan bilangan skor-skor itu. Simbolnya ialah:

iaitu,

X̅ = Min sampel
∑X = Jumlah skor Min
N = Jumlah bilangan skor-skor

Ini bermakna, statistik deskriptif digunakan untuk mengkaji pengaruh


faktor budaya dalam SPB yang digunakan oleh pelajar asing berdasarkan negara.
Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod & Siti Saniah Abu Bakar 151

Menurut Nik Mohd Rahimi (2005), nilai min 1.00 hingga min 2.33
dikategorikan sebagai min tahap rendah, nilai min 2.34 hingga min 3.67
dikategorikan sebagai min tahap sederhana dan nilai min 3.68 hingga min 5.00
dikategorikan sebagai min tahap tinggi seperti yang terdapat dalam Jadual 2
berikut:

Jadual 2:Tahap Penilaian Min

Nilai Min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Sumber diperoleh daripada Nik Mohd Rahimi (2005)

KERANGKA TEORI

Rajah 1 menerangkan kerangka teori yang digunakan sebagai sandaran dalam


kajian ini iaitu kajian tentang pengaruh faktor budaya dalam strategi
pembelajaran bahasa Melayu. Model yang digunakan adalah Model Pemilihan
Strategi Pembelajaran Bahasa Pelajar Asing (Model Pemilihan SPBPA) yang telah
diadaptasi daripada model strategi pembelajaran bahasa yang telah
diperkenalkan oleh Ellis (1994).

SITUASI DAN FAKTOR SOSIAL

 Budaya

 Jenis Strategi Pembelajaran Bahasa


 Kuantiti Penggunaan SPB

PENILAIAN

Kadar Penggunaan SPB

Rajah 1. Model Pemilihan Strategi Pembelajaran Bahasa Pelajar Asing


[Diubah suai daripada Ellis (1994)

Dalam kajian ini, pengkaji melihat situasi dan faktor sosial dari segi
budaya iaitu nilai min bagi strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh
pelajar asing yang berlainan budaya berdasarkan negara. Menurut Ellis (1994),
pelajar perlu mempunyai sikap yang positif terhadap budaya bahasa sasaran.
Budaya sasaran hanya akan wujud apabila pelajar tersebut mempunyai minat
dalam mempelajari bahasa sendiri. Ellis (1994) telah membahagikan budaya
pembelajaran bahasa kepada empat bahagian yang penting iaitu, bilingual
152 Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Kali Keempat, 2015

tambahan, bilingual pengurangan, semilingualisme dan monolingual. Bilingual


tambahan bermaksud pelajar menguasai kedua-dua budaya bahasa sendiri
mahupun bahasa sasaran. Mereka boleh menguasai lebih daripada satu bahasa
dengan mengenal pasti budaya masing-masing.
Bilingual pengurangan pula bermaksud pelajar akan menggunakan budaya
bahasa sendiri untuk mempelajari bahasa sasaran. Ini disebabkan oleh pelajar
menganggap budaya sendiri dengan budaya bahasa sasaran adalah sama. Ini
akan membawa kegagalan kepada pelajar dengan melupakan bahasa sendiri.
Apabila pelajar mempunyai sikap negatif terhadap bahasa sendiri bermaksud
mereka tidak boleh menguasai bahasa sasaran. Ini disebut sebagai
semilingualisme iaitu pelajar akan menghadapi masalah dalam menguasai kedua-
dua bahasanya. Monolingual bermaksud walaupun pelajar mempunyai sikap
positif terhadap bahasa sendiri tetapi masih tidak boleh menguasai bahasa
sasaran. Ini disebabkan oleh pelajar tidak mengetahui tentang budaya bahasa
sasaran. Pengetahuan tentang budaya bahasa sasaran akan membantu pelajar
untuk mempelajari bahasa sasaran tersebut.

Jadual 3: Sikap Pelajar Terhadap Budaya

Sikap Terhadap
Budaya Asli Budaya Sasaran

Bilingual tambahan + +
Bilingual pengurangan _ +
Semilingualisme _ _
Monolingual + _

(Sumber : Rod Ellis, 1994)


Kata Kunci: + = Sikap yang positif
- = Sikap yang negatif

Bagi menjalankan kajian ini pengkaji telah memilih faktor budaya kerana
menurut Kamarul (2009), bahasa adalah sebahagian daripada budaya dan
budaya adalah sebahagian daripada bahasa dan faktor budaya mempengaruhi
pelajar dalam pemilihan SPB. Justeru, model SPB Ellis telah diubah suai
mengikut tujuan kajian pengkaji bagi menjalankan kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Data soal selidik yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian


Statistical Package For Science (SPSS) versi 17.0 dan nilai min dan sisihan piawai
yang diperolehi digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Setelah
menganalisis data berdasarkan SPSS menunjukkan bahawa nilai min bagi
strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar asing bagi negara
Nigeria, Indonesia, Iraq dan Libya ialah lebih kepada strategi memberi sepenuh
perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas iaitu dengan nilai min masing-
masing menunjukkan min tertinggi. Manakala, strategi yang paling kerap
digunakan oleh pelajar China pula, mendengar dengan teliti cara guru bertutur di
dalam kelas dan pelajar Iran menggunakan strategi melibatkan diri secara aktif
di dalam kelas.
Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod & Siti Saniah Abu Bakar 153

Walaupun penggunaan strategi yang sama, namun budaya pembelajaran


mereka berbeza antara satu sama lain. Budaya pembelajaran pelajar Nigeria
ialah mereka lebih mengutamakan pembelajaran di dalam kelas dan aktif dalam
aktiviti kelas, budaya pembelajaran pelajar Indonesia ialah mereka jarang
bekerjasama dengan rakan sekelas dan jika mereka terlibat dalam kerja
kumpulan pun mereka memastikan ahli yang lain dalam kumpulan tersebut dari
Indonesia juga. Budaya pembelajaran pelajar Iraq pula mereka lebih berminat
mengetahui budaya bahasa sasaran sebelum terlibat dalam proses pembelajaran
dan budaya pembelajaran pelajar Libya lebih kepada pembelajaran secara
praktikal seperti strategi mencuba untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan
membuat terjemahan dan sebagainya. Budaya pembelajaran pelajar China pula,
mereka sangat suka kerja kumpulan dan mendengar dengan teliti semasa guru
mengajar dan yang terakhir sekali ialah budaya pembelajaran pelajar Iran adalah
mereka lebih gemar melibatkan diri dalam proses pembelajaran dalam kelas
berbanding melibatkan diri dalam aktivi luar dan pelajar Iran suka mempelajari
bahasa baharu tanpa mengetahui budaya bahasa sasaran. Hal ini menunjukkan
bahawa budaya pembelajaran pelajar memang dipengaruhi oleh SPB.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Nigeria, Indonesia, Iraq dan Libya
memilih strategi memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam
kelas dan strategi banyak tanya guru mendapat nilai min yang paling tinggi.
Seterusnya, pelajar asing daripada China lebih banyak menggunakan strategi
mendengar dengan teliti cara guru menyebut perkataan dalam bahasa Melayu
semasa pembelajaran berlangsung. pelajar Iran memilih strategi melibatkan diri
dengan aktiviti kelas secara aktif.
Pelajar asing dari Nigeria, Indonesia, Iraq dan Libya, mereka lebih gemar
menggunakan strategi memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar di
dalam kelas kerana sumber utama pelajaran yang boleh mereka peroleh ialah
daripada guru yang mengajar mereka di dalam kelas. Jika kita melihat budaya
pelajar asing ini, didapati bahawa pelajar Nigeria lebih mengutamakan
pembelajaran di dalam kelas dan aktif dalam aktiviti kelas berbanding di luar
kelas. Ini kerana, menurut K.S. Ariyo (2010) dalam kajiannya terhadap pelajar
Nigeria menyatakan bahawa budaya pelajar Nigeria dalam mempelajari bahasa
ialah mereka lebih mengutamakan pembelajaran di dalam kelas dan aktif dalam
kelas. Ini menunjukkan bahawa pelajar Nigeria mengaplikasikan budaya
pembelajaran di negara asal mereka semasa mempelajari bahasa Melayu di
Malaysia.
Pelajar Indonesia juga bertindak menumpukan sepenuh perhatian semasa
guru mengajar di dalam kelas dan jarang bekerjasama dengan rakan sekelas dan
jika mereka terlibat pun dalam kerja kumpulan mereka memastikan ahli yang
lain dalam kumpulan tersebut dari Indonesia juga. Menurut Nanden (2004),
dalam kajiannya tentang budaya pembelajaran pelajar Indonesia menyatakan
bahawa pelajar Indonesia jarang bekerjasama dengan rakan sekelas dan jika
mereka terlibat dalam kerja kumpulan pun mereka memastikan ahli yang lain
dalam kumpulan tersebut dari Indonesia juga. Jadi tanpa berbual dengan rakan
154 Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Kali Keempat, 2015

kelas yang lain mereka lebih menumpukan perhatian terhadap subjek yang
dipelajari.
Pelajar Iraq juga lebih berminat menumpukan sepenuh perhatian semasa
guru mengajar di dalam kelas. Menurut Ahmed Qadoury (2011) dalam kajiannya
tentang SPB pelajar Iraq, menyatakan bahawa budaya pembelajaran pelajar Iraq
ialah mereka lebih berminat mempelajari bahasa baru dengan menumpukan
sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Ini kerana pelajar Iraq cuba
mengetahui budaya bahasa sasaran dan mengaplikasikan dalam proses
pembelajaran di dalam kelas, selain daripada meminta kawan untuk menjelaskan
perkara yang kurang difahami di dalam kelas.
Pelajar Libya memberi sepenuh perhatian di dalam kelas, mendengar
dengan teliti, serta menterjemahkan apa-apa yang didengar dalam bahasanya
sendiri. Menurut Faraj (2004), pembelajaran autonomi mempengaruhi budaya
orang Libya seperti kata pepatah Arab ‘sekiranya kamu mahukan sesuatu itu
berjalan sempurna, lakukanya sendiri’. Oleh itu dapat dilihat bahawa budaya
orang Libya yang lebih kepada pembelajaran secara individu untuk dapat ilmu
secara terus daripada pengajar yang mengajar di dalam kelas. Walau
bagaimanapun, mereka mempunyai inisiatif untuk menterjemahkan apa-apa
yang didengar dalam bahasa mereka sendiri. Menurut Benson (2001), pelajar
yang bersifat autonomi mempunyai inisiatif dalam pembelajaran mereka.
Manakala pelajar China lebih banyak menggunakan strategi mendengar
dengan teliti cara guru menyebut perkataan dalam bahasa Melayu semasa
pembelajaran berlangsung. Ini kerana pelajar China mempunyai masalah untuk
menyebut perkataan dalam bahasa Melayu akibat daripada pengaruh bahasa
ibundanya sendiri (Siti Saniah, 2011). Dalam kajian yang dijalankan oleh Awang
Sariyan (2011) pula mendapati bahawa di Republik China, pelajar China
dipengaruhi oleh bahasa kebangsaan mereka, iaitu bahasa Mandarin yang
berlainan dalam aspek sistemnya berbanding dengan bahasa Melayu, baik aspek
fonologi mahupun aspek tatabahasanya. Disebabkan sebutan dan kemahiran
bertutur menjadi masalah utama para pelajar China ini dalam menguasai bahasa
Melayu, maka mereka bertindak untuk mendengar teliti cara penyebutan bahasa
Melayu dengan betul oleh pensyarah di dalam kelas (Siti Saniah, 2011). Menurut
Zhenhui pula (2006), pelajar dari China mempunyai motivasi yang tinggi dan
sentiasa belajar keras untuk mencapai kejayaan.
Pelajar Iran pula lebih banyak memilih strategi melibatkan diri dengan
aktiviti kelas secara aktif. Menurut Morteza dan Somaye (2010), budaya
pembelajaran pelajar Iran ialah mereka lebih gemar melibatkan diri dalam proses
pembelajaran di dalam kelas berbanding melibatkan diri dalam aktivi di luar
kelas. Menurut beliau juga, pelajar Iran suka mempelajari bahasa baharu apabila
mereka minat dengan cara pengajaran guru di dalam kelas dan lebih
mengharapkan aktiviti-aktiviti yang baru di dalam kelas. Ini menunjukkan
suasana bilik darjah dan cara pengajaran guru juga dapat mempengaruhi pelajar
dalam mempelajari bahasa baru.
Hasil keseluruhan daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan
pensyarah amat penting. Ahli-ahli pendidikan bersetuju tentang besarnya
pengaruh guru ke atas pelajar, sama ada dari segi pencapaian, sikap, aspirasi
dan motivasi (Kamsiah Abdullah, 2000:140). Selain itu, Awang Sariyan
(2011:23) menjelaskan bahawa pengajar yang berkesan dalam program
pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing ialah pengajar yang bersedia
memahami latar sosiobudaya, sistem nilai dan sistem bahasa ibunda pelajarnya.
Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod & Siti Saniah Abu Bakar 155

Dengan adanya pengetahuan asas tentang pelajar-pelajar ini maka memudahkan


proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

KESIMPULAN

Pengaruh faktor budaya dalam strategi pembelajaran bahasa yang digunakan


oleh pelajar asing berlainan budaya berdasarkan negara menunjukkan
perbezaan. setiap pelajar daripada berlainan negara menunjukkan budaya
pembelajaran yang berbeza dan budaya tersebut mempengaruhi pelajar dalam
pemilihan SPB.

RUJUKAN

Abu Talib Abdullah. (1998). Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di
Kalangan Pelajar Tingkatan 4, Daerah Johor Bahru (Tesis sarjana).
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ahmed Qadoury Abed. (2011). Teacher’s Awareness of Second Language
Learning Strategies Adopted and Used by Their Students: A
Questionnaire. Theory and Practice in Language Studies, 1(3), 205-218.
Anida Abdul Rahim. (2003). Strategi Pembelajaran Bahasa Arab di Kalangan
Pelajar Melayu (Tesis sarjana). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Amali Ahmad Khair. (2007).Comparison Between Competent and Basic English
Language Learners Using Cognitive And Affective Learning Strategies.
Disertasi Sarjana. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Awang Sariyan. (2011). Pendidikan Bahasa Melayu dalam Pembentukan Jati Diri
Bangsa: Pengajaran Seni Bahasa untuk Penghayatan Bahasa Kepada
Pelajar Asing. Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri Terangganu dan Dewan Bahasa dan PustakaWilayah
Timur (14 – 16 Mac 2011).
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim
Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori,
Analisisdan Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Snd. Bhd.
Azlin Mazniwati Mohamed Azhari. (2000). English Language Learning Strategy
Used by Form 4 Students of Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru
Bangi, Selangor. Bangi: UKM.
Azman Che dan Goh. (2010). Situasi Pembelajaran Pelajar Asing di Institut
Pengajian Tinggi: Perbandingan antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin
dan Bahasa Perancis. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher
Education, 2(2), 9-21.
Benson, P. (2001). Teaching and Research Autonomy in Language Learning.
Harlow, England: Pearson Education Limited.
Brown, H.D. (1994). Teaching by Principles: An Interactive Approach to Language
Pedagogy. Asian Journal of English Language Teaching, 8, 117-123.
Che Suriyati Che Awang. (2000). Language Learning Strategies Employed by
University Students: A Preliminary Study. Bangi: UKM.
Ellis, R. (1994). The Study of Second Language Acquisition. Oxford: Oxford
University Press.
156 Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Kali Keempat, 2015

Fa’izah Abd. Manan, Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (2009).
Penyelidikan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Asing
dalam Kalangan Pelajar Luar Negara. Prosiding Seminar Pendidikan
Serantau Ke‐4 2009. 259-268.
Griffiths, C. (2003). Language learning strategy use and proficiency: The
relationship between patterns of reported language learning strategy
(LLS) use by speakers of other languages (SOL) and proficiency with
implications for the teaching/learning situation (Tesis Ph.D.). University of
Auckland, New Zealand.
Junaidah Abuhairah Habu. (2006). Strategi pembelajaran Bahasa Jepun Di
Kalangan Pelajar Berpendidikan Melayu Dan Pelajar Berpendidikan Cina.
Disertasi Sarjana. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
K.S. Ariyo. (2010) A Study of the Language Learner Strategies Adopted by
Nigerian Students. Pakistan Journal of Social Sciences, 7(6), 433-
436.
Kamarul Shukri dan Mohamed Amin Embi. (2010). Strategi Pembelajaran
Bahasa. Penerbit Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamsiah Abdullah. (2000). Sikap, Penguasaan dan Penggunaan Bahasa Melayu di
Singapura. Singapura : Angkatan Sasterawan 50.
Khairul. (2004). Persepsi Terhadap Strategi Belajar Bahasa yang Digunakan Oleh
Pelajar Sekolah Menengah Indonesia Mengikut Jantina dan Bidang Kajian
Serta Kaitannya Dengan Prestasi Pencapaian Bahasa Inggeris. Tesis
Master. Universiti Putra Malaysia.
Lin, J. G., & Yi, J. (1997). Asian international students adjustment: Issues and
program
suggestions. College Student Journal, 31, 473-479.
Macaro, E. (2001). Learning Strategies in Foreign and Second Language
Clasroom. London and New York: Continuum.
Manprit Kaur & Mohamed Amin. (2011). Language Learning Strategies Employed
by Primary School Students. European Journal of Educational Studies, 3
(3).
Mohamed Amin Embi. (1996). Language Learning Strategis Employed by
Secondary School Students English as a Foreign Language In Malaysia.
Tesis Dr.Fal. School of Education, University of Leeds.
Mohd Nazali Abu Bakar, Mohamed Amin Embi & ZamriMahamod. (1999).
Hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu
dengan pembolehubah jantina, etnik, pencapaian bahasa dan status
sosioekonomi pelajar. Jurnal Teknologi,31 (E): 43-62. Penerbitan
Universiti Teknologi Malaysia.
Neo Swee Leng. (2005). Strategi pembelajaran bahasa: Satu kajian di kalangan
pelajar bahasa Sepanyol di Universiti Malaya (Tesis Sarjana). Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Rashidah. (2004). The Language Learning Strategies of Low Achievers of English
as a Second Language in Malaysia. Tesis Dr.Falsafah. University Putra
Malaysia.
Radha Nambiar, Noraini Ibrahim & Pramela Krish, (2008). Penggunaan Strategi
Pembelajaran Bahasa dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal e-
Bangi. Jilid 3, Bilangan 3, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod & Siti Saniah Abu Bakar 157

Rosemala Ismail. (2008). Factors Affecting Less Proficient Esl Learners’ Use Of
Strategies For Language And Content Area Learning. PhD Thesis.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Roslina Mamat. (1999). Strategi komunikasi pertuturan dalam Bahasa Jepun di
kalangan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala
Lumpur (Dissertation M.M.L.S). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Roswati, Radhiah dan Noor Haslina. (2007). Kepelbagaian Strategi Pembelajaran
Tulisan Asas Bahasa Jepun (Hiragana): Satu Kajian Deskriptif. 3L Journal
of Language Teaching, Linguistics and Literature,Vol 13.
Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach
(Fourth Edition). Kundli: John Wiley & Sons.
Shirley Sharmini. (2008). A Study on the Use of Language Learning Strategies
After Strategy Training Among Form Four ESL Students: A Case Study.
Tesis Master. Universiti Sains Malaysia.
Siti Saniah Abu Bakar. (2011). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar
Asing di Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan
Pembudayaan ke VII.(SAL PBM VII), 455-463.
Supian Mohd Noor. (2003). Strategi Pemerolehan Ayat Satu Dasar (Tesis PhD).
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Suriya N. Mustapha. (2001). Strategi Pembelajaran Biologi dalam kalangan
pelajar Tingkatan 4: Satu tinjauan (Latihan ilmiah). Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Suzana Ismail. (2005). Communication Strategies in Japanese Language
Interactions among Malay Students at the University of Malaya
(Dissertation M.M.L.S.). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar dan Chan Tze-Haw. (2009). Strategi
Pelajar Antarabangsa Belajar Bahasa Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi.
Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education;
Join Conference UPI & UPSI. Bandung, Indonesia.
Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar, Chan Tze-Haw dan Vijayaletchumy a/p
Subramaniam. (2010a). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam
Kalangan Mahasiswa Antarabangsa: Konteks Malaysia, Seminar
International Bahasa, Sastra, Pengajaran Bahasa dan Sastra dan
Budaya,2 Jun 2010, Balai Bahasa Provinci Sumatera Selatan.
Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar, Chan Tze-Haw dan Vijayaletchumy a/p
Subramaniam. (2010b). Strategi Pelajar Antarabangsa Belajar Bahasa
Melayu di Institusi Pengajian Tinggi . The 4th International Conference on
Teacher Education; Teacher Education in Developing National Characters
and Cultures. Jakarta: Universiti Pendidikan Indonesia.
Yong Zaharah Mohd Taridi. (1999). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Tiga
Buah Sekolah Menengah di Kawasan Taiping, Perak: Satu Tinjauan Awal.
Bangi: UKM.
Zamri Mahamod. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2005). Penggunaan strategi
pembelajaran bahasa untuk menguasai kemahiran membaca. Jurnal
158 Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu
Kali Keempat, 2015

Teknologi, 42 (E) Jun, 1-18. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi


Malaysia.
Zhenhui Rao. (2006). Understanding Chinese Students' Use of Language Learning
Strategies from Cultural and Educational Perspectives. Journal of
Multilingual and Multicultural Development. 27(6).

Anda mungkin juga menyukai