Anda di halaman 1dari 196

Tinta

Editor
Norliza Jamaluddin
Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli
Tinta

Editor
Norliza Jamaluddin
Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli

Fakulti Bahasa & Komunikasi


Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak
2023
ePenerbitan Pertama 2023
©Fakulti Bahasa & Komunikasi, UPSI

Hak Cipta Terpelihara.


Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian,
artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Fakulti Bahasa & Komunikasi .

Diterbitkan di Malaysia oleh:


Fakulti Bahasa Dan Komunikasi
Bangunan IPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
KANDUNGAN

Sekapur Sireh vii


Seulas Pinang xi
Prakata xiii

Trend dan Perkembangan Terkini dalam Pengajaran dan 1


pembelajaran Bahasa Melayu
Norliza Jamaludin

Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran 27


dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Aplikasi Teori
Ekologi Bronfenbrenner
Dahlia Janan

Tumbuhan Ubatan Orang Melayu, Etnobotani 43


dan Pengekalan Jati Diri
Nor Nafizah Mohd Noor

Keindahan Bahasa dalam Pantun Melayu 85


Nik Safiah Karim

Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu 97


Menggunakan Khasiat Buah-buahan dalam Ilmu Perubatan
Salmah Jan Noor Muhammad

Denyut Jantungku Berdebar, Bagaimanakah Cara 121


Mengajarkan Karangan yang Sebenar?
Norfaizah Abdul Jobar & Nur Farahkhanna Mohd Rusli
vi • Kandungan

Keterjalinan Bahasa dan Budaya dalam Pengajaran 141


dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli

Komunikasi, Interaksi dan Penglibatan 159


Antara Guru-Pelajar dalam Pendidikan
Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin
& Farah Fazlinda Mohammad
SEKAPUR SIRIH

Puan Norhayati Awang


Pengarah Pusat
Pusat Bahasa Melayu Singapura
Akademi Guru Singapura
Kementerian Pendidikan Singapura

Assalammualaikum Wr Wb,

Segala puji dan syukur saya panjatkan atas penerbitan Tinta Bahasa
ketiga oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) sempena Program Penyerapan Guru-Guru
Kanan dan Peneraju Bahasa Melayu dari Singapura pada tahun
ini. Seperti yang kita maklum, Program Penyerapan ke UPSI telah
ditunda semenjak pandemik COVID-19 melanda dunia. Pada tahun
ini setelah keadaan bertambah baik, Pusat Bahasa Melayu Singapura
(MLCS) telah mengorak langkah untuk meneruskan Program
Penyerapan ini dengan beberapa penyesuaian. Dengan menuil
penggunaan ICT, maka lahirlah buat julung-julung kalinya Program
E-Penyerapan bagi Para Guru Kanan dan Guru Peneraju Bahasa
Melayu yang dilaksanakan secara dalam talian.
viii • Sekapur Sirih

Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada pihak


UPSI atas kerjasama yang diberikan kepada MLCS sehingga
terlaksananya Program E-Penyerapan ini. Terima kasih juga kepada
semua pensyarah yang akan berkongsi pengetahuan dan berkongsi
kemahiran dan pengalaman luas mereka dengan para guru dari
Singapura. Ucapan penghargaan saya juga kepada Jawatankuasa
Kerja dari pihak UPSI yang telah bertungkus-lumus untuk sama-
sama merancang dan menjayakan program penyerapan ini. Sokongan
yang diberikan amat kami hargai.
Seperti penerbitan Tinta Bahasa yang sebelumnya, Tinta
Bahasa ketiga ini juga akan memberikan banyak manfaat kepada
kedua-dua pihak UPSI dan MLCS terutamanya kepada para peserta
yang mengikuti program ini. Tinta Bahasa ketiga yang diterbitkan
bukan sahaja sebagai wahana ilmu yang dihasilkan oleh para ilmuan
yang mapan dari Malaysia tetapi juga sebagai jambatan ilmu yang
menghubungkan Guru Kanan dan Guru Peneraju Bahasa Melayu
Singapura yang mengikuti Program Penyerapan dengan para
pensyarah FBK di UPSI. Antara kandungan Tinta Bahasa ketiga
yang dibincangkan adalah dari pelbagai aspek dan isu bahasa serta
cabaran yang dihadapi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu dalam abad ke-21. Selain itu, Tinta Bahasa ketiga
juga mencakupi aspek kesusasteraan, peradaban, budaya, nilai
dan pedagogi yang dibincangkan secara tuntas secara dua hala.
Diharapkan Tinta Bahasa ketiga akan memperkaya pengetahuan
para peserta program penyerapan di samping menjana perbincangan
yang meluas dan mendalam dengan para ilmuan mapan dan para
guru dari Malaysia.
Akhir kalam, semoga Program E-Penyerapan bagi Guru Kanan
dan Guru Peneraju Bahasa Melayu Singapura ini akan mengukuhkan
lagi hubungan antara MLCS dengan UPSI yang sememangnya sudah
pun terjalin.
Sekapur Sirih • ix

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Wassalam.

Puan Norhayati Awang


Pengarah Pusat
Pusat Bahasa Melayu Singapura
Akademi Guru Singapura
Kementerian Pendidikan Singapura
SEULAS PINANG

Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura


Muhammad
Dekan
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Malaysia

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Segala puji dan syukur diucapkan kepada Ilahi atas limpah dan
kurnia-Nya yang mengizinkan buku Tinta Bahasa diterbitkan lagi
pada tahun ini. Melalui Program Penyerapan Guru Singapura 2023,
termeterailah ikatan perhubungan dua institusi, iaitu Pusat Bahasa
Melayu Singapura (MLCS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Program yang melibatkan guru Bahasa Melayu Singapura,
pensyarah UPSI dan tokoh bahasa di Malaysia ini dilaksanakan
dengan jayanya sehingga mampu menjadi jendela perantara antara
MLCS dengan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK).
Saya berasa bersyukur dan gembira kerana Program Penyerapan
Guru Singapura dapat diteruskan lagi pada tahun 2023 ini, sekali
gus membuka ruang untuk menerbitkan buku Tinta Bahasa buat
kali yang ketiga. Buku Tinta Bahasa juga meneruskan konsep yang
xii • Seulas Pinang

sama, iaitu memuatkan artikel-artikel bidang bahasa, pendidikan,


dan budaya Melayu yang juga menjadi topik perbincangan dalam
kuliah pendek yang diadakan dalam program kali ini.
Diharapkan ilmu yang disajikan dalam buku Tinta Bahasa ini
memberi ilmu pengetahuan dan maklumat baharu bukan sahaja
kepada peserta Program Penyerapan Guru Singapura, tetapi juga
kepada semua pelajar, pengkaji, dan pencinta bahasa Melayu di
seluruh dunia.
PRAKATA

Buku Tinta Bahasa ini diterbitkan untuk kali ketiga pada tahun
2023. buku ini ditulis oleh beberapa orang penulis berkaitan bidang
kepakaran masing-masing. Isu utama yang dibincangkan adalah
berkaitan masyarakat Melayu dari aspek pendidikan, keistimewaan
dan kearifan masyarakat Melayu serta komunikasi dalam pendidikan.
Norliza Jamaludin dalam “Trend dan Perkembangan
Terkini dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu”
membincangkan penggunaan data bahasa pengkomputeran dalam
pengajaran bahasa. Data yang dijadikan bahan pengajaran dan
pembelajaran ini merupakan bahan yang tulen sifatnya, bersaiz besar
dan dalam bentuk elektronik. Bahan seperti ini wajar digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata dan tatabahasa
kerana data korpus pengkomputeran mampu memberikan maklumat
tentang bahasa secara mendalam seperti maklumat yang berkaitan
dengan perkataan yang lazimnya hadir bersama-sama sesuatu
kata dan menjelaskan kepelbagaian aspek bahasa yang dipelajari.
Tambahan pula, penggunaan data korpus dapat menjelaskan
perbezaan bagi kata yang hampir sama seperti pondok dan dangau.
Jika berdasarkan intuisi, aspek ini sukar hendak diperjelas. Yang
menariknya, penggunaan data korpus seperti ini memberi autonomi
kepada pelajar. Pelajar tidak lagi menjadi pelajar yang pasif tetapi
menjadi penyelidik pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dahlia Janan dalam “Pendekatan, Kaedah dan Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Aplikasi Teori
Ekologi Bronfenbrenner” menjelaskan konsep yang boleh
diguna pakai untuk mengajarkan Bahasa Melayu. Persoalan yang
diutarakan berkaitan penggabungan teknik, strategi dan pendekatan
yang terbaik semasa mengajar. Perbincangan yang padat berkenaan
xiv • Prakata

topik ini membolehkan guru dan pembaca melakukan penilaian


yang terbaik dalam usaha memilih pendekatan, teknik dan strategi
mengajar yang berkesan. Penulis juga mengetengahkan aplikasi teori
Ekologi Bronfenbrenner merancang pengajaran dan pembelajaran.
Secara amnya, perancangan dalam melaksanakan pengajaran perlu
didasarkan dengan pemahaman yang kukuh melibatkan pemilihan
kaedah, strategi dan pendekatan agar mencapai objektif yang
diinginkan.
Nor Nafizah Mohd Noor dalam “Tumbuhan Ubatan Orang
Melayu, Etnobotani dan Pengekalan Jati Diri” mengulas berkenaan
pengamalan herba dalam kalangan orang Melayu hingga berupaya
mempengaruhi jati diri mereka. Penghuraian menyentuh berkenaan
Etonobotani iaitu, pengetahuan tradisi orang Melayu berkaitan
sumber ubatan dan makanan. Perbincangan juga berfokus kepada
tumbahan herba yang dijadikan sumber makanan, dengan
menerangkan secara khusus ciri morfologi, anatomi tumbuhan
serta kegunaannya. Pengkelasan lebih daripada 10 jenis tumbuhan
herba ini memberi input kepada pembaca tentang keunikan herba
yang juga boleh dijadikan sumber pendapatan selain sebagai simbol
pengekalan jati diri orang Melayu.
Seterusnya, Nik Safiah Karim dalam “Keindahan Bahasa
dalam Pantun Melayu” membincangkan bentuk, struktur dan aspek
keindahan pantun Melayu. Dari segi bentuk, pantun boleh terdiri
daripada dua, empat, enam, lapan atau sepuluh baris. Bagaimanapun,
bentuk yang lazim ialah empat baris. Dari segi binaan pula, pantun
terdiri daripada pembayan gdan maksud. Kedua-duanya mempunyai
hubungan yang erat antara satu sama lain. Dari sudut bahasa,
keindahan pantun diserlahkan menerusi aspek irama dan bunyi,
jumlah suku kata, gambaran daripada pembayang dan maksud.
Eratnya hubungan antara manusia dengan alam sekeliling, kerap
kali tumbuhan dan haiwan dijadikan unsur yang digunakan dalam
pantung. Dari sudut mesej yang disampaikan, sebahagian besar
pantun disampaikan untuk tujuan percintaan, diikuti dengan budi,
nasihat dan teka-teki.
Salmah Jan Noor Muhammad dalam “Keistimewaan dan
Kearifan Masyarakat Melayu Menggunakan Khasiat Buah-buahan
Prakata • xv

dalam Ilmu Perubatan” bercerita tentang menghuraikan buah-


buahan yang menjadi intipati utama dalam perubatan Melayu.
Tujuh jenis buah yang dibincangkan, iaitu buah anggur, badam, ceri,
delima, limau, pinang dan pisang. Buah-buahan ini digunakan dalam
perubatan Melayu kerana kemampuannya untuk menyembuhkan
penyakit. Dalam Bustan al-Salatin Bab Tujuh dijelaskan khasiat
buah-buahan ini. Misalnya, buah anggur dikatakan berkhasiat
dalam menguatkan urat badan dan dapat menambah tenaga selain
mencantikkan kulit serta menghilangkan kahak. Sementara buah
badam pula mampu menembunkan tubuh, menghilangkan batuk
serta senak hati. Khasiat buah-buahan ini dapat dibuktikan menerusi
perubatan moden kerana jika dari segi perubatan, kandungan buah-
buah tersebut amat sesuai rawatan bagi penyakit yang disarankan.
Rumusannya, masyarakat Melayu arif dalam ilmu kesihatan diri.
Berdasarkan penelitian dan pengamatan terhadap tumbuh-tumbuhan
yang ada di sekeliling, khasiat buah-buahan dapat dikenal pasti bagi
mengubati penyakit seseorang.
Norfaizah Abdul Jobar dan Nur Farahkhanna Mohd Rusli dalam
“Denyut Jantungku Berdebar, Bagaimanakah Cara Mengajarkan
Karangan yang Sebenar?” menjelaskan pendekatan, teknik dan
kaedah yang boleh diaplikasikan dalam mengajarkan isi karangan
terutama untuk murid bahasa kedua. Penggemblengan idea yang
dihasilkan oleh penulis ini membantu guru dan juga murid untuk
merancang teknik yang sesuai dalam mengajarkan dan belajar
menulis dalam Bahasa Melayu. Tambahan pula, dalam bab ini
disertakan juga satu formula binaan isi yang boleh dijadikan panduan
untuk membantu guru dan murid membina tautan ayat yang lebih
sistematik dan berkesan. Penglahiran idea yang berkoheren dan
berkohesi melalui formula yang dinamakan ASJaBaK5 berupaya
menyelesaikan isu berkaitan bina ayat yang tersusun. Rumusnya,
pengaplikasian idea ini boleh dijadikan landasan untuk guru,
murid dan pembaca lain umumnya bagi meningkatkan kefahaman
serta menambah penghayatan berkenaan penulisan karangan yang
berkualiti.
Selanjutnya, Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli dalam “Keterjalinan
Bahasa dan Budaya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
xvi • Prakata

Melayu” menceritakan tentang hubungan antara bahasa dan


budaya. Kedua-dua aspek ini saling bertautan dan perlu disatukan
semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penulis
membincangkan tentang konsep budaya menurut pemikiran Barat
dan pemikiran Melayu. Pengaruh budaya terhadap bahasa juga turut
dibincangkan seperti pengaruh budaya terhadap perbendaharaan
kata, pengaruh budaya terhadap kemahiran mendengar dan pengaruh
budaya terhadap menterjemah. Penulis turut mengemukakan kerangka
budaya dan empat kaedah pengajaran budaya dalam pengajaran
bahasa Melayu. Rumusannya, kefahaman dan penghayatan yang
baik terhadap budaya dapat membantu penguasaan bahasa dalam
kalangan pelajar.
Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin dan Farah Fazlinda dalam
“Komunikasi, Interaksi dan Penglibatan Antara Guru-Pelajar dalam
Pendidikan” menjelaskan berkenaan ciri komunikasi yang penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan komunikasi perlu
menjadi asas dalam proses Pdp guru dan murid. Bab buku ini juga
menjelaskan kaedah yang terbaik untuk membentuk komunikasi
positif. Penulis juga menjelaskan elemen komunikasi terkini era
digital yang perlu diberikan perhatian. Pengaplikasian ICT berupaya
membentuk komunikasi yang positif namun perlu dikawal agar
tidak memudaratkan. Keupayaan guru, murid serta pembaca dalam
memahami entri komunikasi dalam persekitaran kita mampu
membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Norliza Jamaluddin dan Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli


Tanjung Malim, Perak
1
Trend dan Perkembangan Terkini
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu

Norliza Jamaluddin
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGENALAN

Dalam dekad kebelakangan ini, cara membantu pelajar belajar


bahasa yang berkesan adalah dengan menggunakan data bahasa yang
autentik. Di Barat, bentuk pengajaran seperti ini telah berlangsung
sejak akhir 1990-an lagi dan kini bentuk pengajaran seperti ini
menjadi trend dalam pengajaran bahasa, terutamanya pengajaran
kosa kata dan tatabahasa. Sebelum ini, pengajaran bahasa lebih kerap
dilaksanakan dengan cara memberikan percontohan dan kemudian
pelajar diminta membuat generalisasi. Pengajaran yang dilaksanakan
secara induktif ini telah menimbulkan cabaran besar bagi guru
bahasa. Alat tradisional (seperti buku teks, kamus serta rujukan
buku) dan intuisi guru tidak dapat melaksanakan bentuk pengajaran
ini sepenuhnya. Oleh itu, linguistik korpus boleh digunakan untuk
membantu guru dan pelajar bahasa mengajar dan belajar secara
berkesan dan merumuskan pola tatabahasa dan penggunaan sesuatu
2 • Tinta Bahasa: Siri 3

kosa kata. Selain itu, aktiviti pengajaran bahasa berasaskan korpus


boleh memenuhi keperluan pelajar pada kecekapan yang berbeza
tahap. Pelajar juga boleh menggunakan korpus untuk meneroka
data bahasa yang tulen dan merungkai persoalan mereka tentang
penggunaan bahasa dengan lebih bebas dan mereka mempunyai
autonomi terhadap bahasa yang dipelajari.
Bagi guru, korpus ialah bahan bantu mengajar yang berkualiti
tinggi kerana pelbagai aktiviti dapat disesuaikan dengan bantuan data
korpus. Selain itu, korpus juga boleh membantu guru menggalakkan
pembelajaran aktif dan berpusatkan pelajar. Bagi pelajar, mencari
perkataan dalam kamus boleh menyusahkan dan memakan masa.
Dengan bantuan teknologi korpus, pelajar melibatkan diri dalam
lebih cepat terhadap aspek bahasa yang dipelajari dan pengalaman
pembelajaran bahasa yang diperoleh adalah lebih cekap. Selain itu,
pelajar dapat menikmati pengalaman hands-on, iaitu pelajar boleh
menggunakan inisiatif sendiri untuk mencari dan belajar daripada
contoh bahasa yang digunakan oleh penutur asli. Dalam pengajaran
yang biasa, lazimnya pengajaran dikuasai guru dan pelajar hanyalah
“duduk dan mendengar” sebagai aktiviti utama. Berbanding korpus,
dengan jumlah pelajar yang sesuai, interaksi dalam kalangan pelajar
dapat diwujudkan, iaitu pelajar berpeluang dalam membincangkan
aspek bahasa yang dipelajari dan hal ini secara tidak langsung dapat
merangsang minat pelajar terhadap pelajaran ketika itu.

BAHAN AUTENTIK DALAM PENGAJARAN BAHASA

Sejak sekian lama, pakar dalam pedagogi bahasa menekankan


kepentingan penggunaan teks tulen (teks autentik) sebagai cara untuk
meningkatkan kecekapan komunikatif pelajar. Walaupun ada dalam
kalangan guru yang berpandangan bahawa kemahiran bahasa perlu
diajar selain daripada kebergantungan terhadap teks namun banyak
kajian menunjukkan bahawa teks mampu menyediakan konteks
yang bermakna kepada pelajar dalam meningkatkan kemahiran
bahasa mereka. Sebenarnya dalam kurikulum bahasa, amalan
menjadikan teks sebagai salah satu sumber utama dalam pengajaran
Trend dan Perkembangan Terkini... • 3

bahasa telah lama berlangsung. Misalnya bahan sastera telah lama


dijadikan bahan bacaan tambahan kepada pelajar untuk meluaskan
pengetahuan bahasa mereka. Trend ini sebenarnya telah mengarah
kepada penggunaan teks (sastera) autentik yang telah dimulakan
sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah.
Oleh itu, guru yang mengajar bahasa perlulah bijak memilih
bahan yang autentik sebagai bahan sokongan bagi pengajaran bahasa.
Pemilihan dan pengumpulan teks untuk dijadikan bahan pengajaran
ini dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya berdasarkan senarai
buku yang diperoleh daripada bookfinder atau subject guide to
childeren’s books in print atau menerusi buku-buku yang memenangi
anugerah buku terbaik atau karya terbaik (Beaty, 1997; Eldredge,
1995; Jacobs & Tunnell, 1996; Lima & Lima, 1998). Dalam
kebanyakan keadaan, guru akan mengumpulkan bahan bacaan
berdasarkan pengalaman mereka sendiri terhadap sesuatu bahan
bacaan. Terdapat guru yang menjadikan bahan bacaan yang disukai
oleh mereka bagi genre-genre tertentu sebagai bahan sokongan.
Oleh itu, mereka cenderung untuk memperkenalkan bahan bacaan
ini kepada pelajar mereka. Misalnya, Kane (1997) mengumpulan
ayat yang autentik (untuk dijadikan ayat contoh dalam pengajaran
tatabahasa) daripada buku-buku sastera yang dibacanya dan ada juga
yang diambil daripada hasil tulisan pelajar yang baik.
Walau teks autentik digunakan, tetapi guru masih tidak
mengetahui kesesuaian sesuatu bahan dengan keupayaan dan
minat pelajar. Salah satu cara yang sering digunakan ialah formula
kebolehbacaan bagi menilai tahap kesukaran sesuatu teks. Dua aspek
yang paling asas dalam kebolehbacaan ialah menilai kesukaran
sesuatu bahan bacaan dari segi kepanjangan ayat dan kepanjangan
perkataan. Bagaimanapun, faktor-faktor lain yang mempengaruhi
kebolehbacaan seperti minat pelajar sukar diukur menerusi formula
ini. Tambahan pula, dalam mengajar tatabahasa misalnya, kandungan
tatabahasa yang terdapat dalam sesebuah teks sukar ditemui menerusi
pembacaan terhadap sesuatu teks. Hal ini menunjukkan bahawa
guru memerlukan bahan autentik yang lain agar dapat membekalkan
maklumat yang diperlukan. Hunston (1995) mencadangkan data
korpus pengkomputeran kerana data korpus mampu menjelaskan
aspek bahasa yang diperlukan dengan contoh yang pelbagai.
4 • Tinta Bahasa: Siri 3

DATA KORPUS

Menurut Reppen (2010), korpus ialah koleksi teks yang bersaiz


besar, yang terdiri daripada data bahasa semulajadi dan disimpan
secara elektronik. Koleksi bahasa yang bersaiz besar ini boleh
terdiri daripada teks lisan dan teks bertulis yang merupakan bahasa
penggunaan sebenar penutur jati bahasa berkenaan dan disusun
secara sistematik mengikut prinsip tertentu serta disimpan dalam
bentuk elektronik. Data bahasa ini boleh diakses bagi mendapatkan
aspek-aspek bahasa yang diperlukan. Pelbagai genre teks boleh
disusun menjadi korpus termasuklah akhbar, media sosial seperti
facebook, twitter, youtube, whatapps, atau teks yang terdiri daripada
novel, ucapan, skrip drama, majalah, hasil tulisan pelajar, surat,
buku, syarahan, dan memo.
Dari segi penjenisan, terdapat data korpus umum dan khusus.
Data korpus umum ialah data korpus yang mewakili sesuatu bahasa
secara keseluruhannya. Contohnya data korpus yang dibangunkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh itu, data korpus ini terdiri
daripada data tulisan yang merangkumi pelbagai jenis teks, seperti
buku, bahan ilmiah, akhbar, majalah, bahan sastera, prosiding dan
efemeral. Data korpus seperti ini dapat mewakili perlakuan bahasa
yang digunakan oleh sesuatu komuniti bahasa. Sementara data
korpus khusus ialah data korpus yang berfokus kepada aspek-aspek
tertentu bahasa, misalnya tertumpu kepada bahasa yang digunakan
dalam bidang perundangan atau bidang ekonomi atau bidang politik,
iaitu data bahasa bagi laras tertentu.
Dari segi jenis bahasa pula, ada data korpus yang terdiri daripada
data tulisan sahaja dan ada data korpus yang memuatkan bahasa
lisan. Contoh data korpus lisan ialah London-Lund Corpus of Spoken
English (Aijmer dan Altenberg, 1996:1). Bagaimanapun, kebanyakan
data korpus terdiri daripada gabungan data lisan dan tulisan seperti
British National Corpus dan Bank of English. Di samping itu, ada
data korpus yang terdiri daripada satu bahasa sahaja, iaitu ekabahasa
seperti data korpus di Dewan Bahasa dan Pustaka. Data korpus neka
bahasa pula ialah data korpus yang terdiri daripada dua bahasa atau
lebih. Contohnya data korpus CQPWeb yang dibangunkan oleh
Trend dan Perkembangan Terkini... • 5

Universiti Lancaster terdiri daripada pelbagai bahasa seperti bahasa


Inggeris, bahasa Arab, bahasa Asian – bahasa Melayu, Hindi, Bali,
Minang, Jawa dan Mandarin.
Dari segi saiz, terdapat data korpus yang datanya ditambah
dari semasa ke semasa dan dinamakan sebagai data korpus terbuka.
Oleh itu, saiz data korpus ini sentiasa meningkat dan tidak terhad.
Data korpus ini yang turut dikenali sebagai monitor corpus kerap
digunakan dalam bidang perkamusan. Data korpus seperti ini
mampu merekodkan bahasa dalam konteks semasa sehingga dapat
memperlihatkan varian makna yang semakin bertambah akibat
daripada perkembangan semasa. Contohnya data korpus yang
dibangunkan dengan berasaskan data daripada media sosial seperti
facebook, twitter atau blog, dapat menunjukkan percambahan makna
yang berkembang dari semasa ke semasa terutamanya dalam bentuk
metafora. Misalnya, pembaris bukan sekadar menunjukkan makna
alat yang digunakan untuk mengukur tetapi juga merujuk kepada
orang yang lurus. Data korpus tertutup pula ialah data korpus yang
mempunyai saiz tertentu dan saiz ini tidak boleh ditambah. Data
korpus seperti ini biasanya digunakan dalam penyelidikan linguistik.
Bagi bahasa Melayu, data korpus sedia ada yang boleh dimuat
turun ialah untuk penyelidikan dan pengajaran bahasa ialah:

i. Data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka yang terdiri daripada


130 juta kata (http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp);

Rajah 1 Menu Utama Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka


6 • Tinta Bahasa: Siri 3

ii. Data Korpus CQPWeb (https://cqpweb.lancs.ac.uk/) yang


dibangunkan oleh Universiti Lancaster. Data ini terdiri daripada
data wikipedia berbahasa Melayu;

Rajah 2 Menu Utama Data Korpus CQPWeb

iii. Data Korpus Malay Concordance Project (https://mcp.anu.edu.


au/) oleh Universiti Kebangsaan Australia yang terdiri daripada
sastera lama.

Rajah 3 Menu Utama Data Korpus Malay Concordance Project


Trend dan Perkembangan Terkini... • 7

Bagi kegunaan guru, data korpus sedia ada ini boleh digunakan
untuk tujuan pengajaran bahasa Melayu. Menerusi data korpus ini,
baris-baris konkordans boleh dimuat turun untuk tujuan pengajaran
bahasa Melayu seperti pengajaran kosa kata dan tatabahasa.

KONKORDANS

Konkordans ialah baris petikan penggunaan sesuatu kata daripada


sekumpulan data korpus, dengan kata yang hendak dikaji diletakkan
di tengah-tengah baris. Kata yang diteliti ini diistilahkan sebagai kata
kunci atau kata nodus. Dalam setiap baris konkordans, kata nodus
ini mempunyai lingkungan teksnya yang tersendiri dan menerusi
baris konkordans yang dijana, kepelbagaian lingkungan teks yang
hadir bersama-sama kata nodus ditunjukkan. Hal ini disebabkan
konkordans merupakan himpunan kata yang melingkungi sesuatu
kata nodus. Baris konkordans ini membentuk indeks pengabjadan
untuk semua perkataan dan menerusi baris konkordans ini konteks
kewujudan sesuatu kata dapat ditunjukkan. Dengan kata yang lebih
mudah, konkordans ialah indeks. Contohnya adalah seperti yang
berikut.

Jadual 1 Baris Konkordans *main*

, pandangan dunia dan nilai memainkan fungsi kawalan sosial . /p>


yang sama . /p> p> p> Kebanyakan agama di
dunia
dalam beberapa pemain - pemain muzik yang
persidangan dan kelas termashyur . Pada musim
pakar yang diadakan oleh panas tahun
bunyi bergerak dengan baik memainkan peranan dalam pandu arah
dalam air , bunyi didengari paus . Sebagai contoh ,
manusia kedalaman
8 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kejayaan dari pertandingan permainan ini , membenarkan FIFA


ini , bergabung dengan untuk serius pertimbangkan
profail dari , buat kali
. /p> p> Kemudahan /p> p> Permainan kanak - kanak /p> p>
Balapan /p> p> Taman Bulatan kasut roda /p> p>
Thailand merupakan finalis pemain naturalisasi . Bahkan kedua
yang tidak menggunakan - dua jurulatih negara
khidmat jurulatih import & merupakan bekas
in Barcelona , Spain . /p> bermain watak seorang wanita
p> Sibel Kekilli akan Yahudi muda dalam
perjalanan ke kem
konsentrasi
yang telah dipakejkan memainkan peranan sebagai Dennis
dalam bentuk DVD. Pada Buggit menerusi filem
2001 beliau Lasse Hallstrom “ The
…permainan video dan permainan video , animasi dan filem
sehingga model aksi . Gempak merupakan
berasaskan komik, majalah komik
seringkali disingkatkan permainan video Sony .
sebagai “ PS2 “ merupakan
konsol
Potter and the Sorcerer ‘ s pemain cadangan dan ketika Harry
Stone Alicia adalah menyertai pasukan, Alicia
telahpun menjadi
kemudahan lain kepada permainan kanak - kanak , telefon
pengunjung seperti surau , awam dan pelbagai lagi .
kantin , taman
yang telah dipakejkan memainkan peranan sebagai Dennis
dalam bentuk DVD . Pada Buggit menerusi filem
2001 beliau Lasse Hallstrom “ The

Contoh ini merupakan carian kata yang dilakukan dengan


menggunakan kad bebas (wild card *main*). Carian seperti ini
dilakukan untuk meneliti kata terbitan bagi kata dasar main. Format
KWIC (Key Word In Context) digunakan secara menyeluruh bagi
baris-baris konkordans. Format ini membantu guru atau pelajar
Trend dan Perkembangan Terkini... • 9

bahasa untuk melihat kehadiran setiap kata dengan konteks


penggunaannya. Melalui format ini, bentuk kata yang diteliti hadir
di tengah-tengah setiap baris konkordans. Bagi membezakan dan
menunjukkan kata yang dikaji dengan kata lain di sekitarnya, maka
diwujudkan ruang di kedua-dua belah sisi kata tersebut dengan kata
yang diteliti ditebalkan cetakannya. Bagi memudah dan penelitian
secara tuntas dapat dilakukan, baris konkordans diisih, iaitu dengan
melakukan isihan terhadap kata nodus mengikut urutan abjad. Isihan
baris konkordans boleh melibatkan isihan tengah, kanan atau kiri. Isih
tengah bererti kata kunci disusun mengikut urutan abjad, manakala
bagi isih kiri, perkataan sebelum kata kunci disusun mengikut urutan
sama ada urutuan kata pertama, kedua dan seterusnya. Begitu juga
dengan isih kanan. Oleh itu, bentuk baris konkordans yang baharu
adalah seperti Jadual 2 di bawah:

Jadual 2 Isihan Nodul Baris Konkordans *main*

Konteks di kiri nodus NODUS Konteks di kanan nodus


dalam permainan atau bermain . “ Surf and Turf “ akhirnya
dihadiahkan sesama rakan - disertakan dalam versi
rakan yang turut
Dia sudah keluar . /p> p> c bermain. /p> p> 3 . Contoh /p> p>
. Mereka sedang a.
tetapi malas . /p> p> Dia bermain . /p> p> Bagaimanapun
tidak belajar , tetapi , penggantian “ bukan “
dengan
English ! di saluran Astro memainkan watak sebagai seorang
TVIQ , dia guru Bahasa Inggeris dari
United Kingdom.
pelajaran mereka , dan memainkan watak sebagai seorang
dalam drama Soffiya pula remaja perempuan yang
, Tiz mempunyai banyak
masalah dan
remaja yang memberontak . memainkan watak utama dalam Emily
Moretz juga telah the Strange . Projek
tersebut telah
10 • Tinta Bahasa: Siri 3

Dunia FIFA 2014 . Setiap pemain dan tiga daripadanya


skuad terdiri daripada 23 merupakan penjaga gol .
orang
Dalam Kejohanan Piala pemain dari Austria telah mewakili
Dunia 1938 , beberapa pasukan Jerman selepas
orang Austria dimasukkan ke
Nasir Daud sebagai pemain pemain dram , diiringi oleh
gitar bes dan Yazid Ahmad Celestino ( papan nada )
selaku dan
tendangan Tun Besar . /p> permainan sepak raga kurang dikenali
p> Pada masa ini , ramai.
Transformers adalah siri permainan robot yang terkenal di
kartun animasi dan juga seluruh dunia . Moto utama
alat siri
Rujukan /p> p> Tic - tac - permainan pensil dan kertas untuk dua
toe ialah sebuah pemain , X dan O.

Berdasarkan kepada Jadual 2 ini dapat ditunjukkan bentuk


terbitan bagi kata nodus *main*, iaitu “bermain, memainkan,
pemain dan permainan”. Setiap contoh kata terbitan itu, diberikan
ayat contoh bagi menjelaskan konteks penggunaan setiap kata.
Dalam Jadual 2 ini, isihan dilakukan terhadap kata nodus kerana
kata nodus ini mempunyai kata dasar yang sama tetapi berbeza dari
segi imbuhannya. Oleh itu, untuk memudahkan penelitian, maka
isihan dilakukan terhadap kata nodus. Isihan kata nodus ini juga
membolehkan penelitian terhadap baris konkordans dapat dilakukan
dalam jumlah yang banyak. Konkordans yang diteliti bukan sahaja
melibatkan beberapa baris, tetapi boleh melibatkan puluhan,
ratusan atau ribuan baris. Menerusi data korpus, bentuk indeks
yang ditunjukkan oleh data korpus telah memudahkan penelitian
terhadap perilaku sesuatu kata nodus. Dalam pengajaran bahasa,
penentuan bentuk nodus yang dipilih adalah berdasarkan aspek yang
ingin diajarkan. Dalam bab ini, dua aspek yang dibincangkan, iaitu
pengajaran dan pembelajaran kosa kata dan tatabahasa.
Trend dan Perkembangan Terkini... • 11

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOSA KATA

Umumnya, terdapat dua pendekatan dalam pengajaran perbendaharaan


kata, iaitu pendekatan eksplisit (explisit learning) dan pendekatan
pembelajaran sampingan (incidental learning). Pendekatan eksplisit
ialah pendekatan yang memfokuskan pembelajaran perbendaharan
kata secara khusus, manakala pembelajaran sampingan ialah
pembelajaran kosa kata yang bergantung kepada sejauh mana
pendedahan pelajar terhadap penggunaan sesuatu kata seperti
menerusi pembacaan atau daripada komunikasi lisan. Sökmen
(1997) menyatakan bahawa pendedahan terhadap perbendaharaan
kata yang banyak boleh membantu pelajar memahami sesuatu
bahasa dengan baik. Menurut Cameron (2000), seorang guru boleh
membantu pelajar mengingati sesuatu perkataan dalam jangka yang
lama dengan cara:

1. Pembelajaran secara tematik.


Pengajaran perbendaharaan kata mengikut tema tertentu.
Contohnya tema majlis hari raya, tema sambutan tahun
baharu atau tema hari kebangsaan. Tema yang khusus ini akan
menghasilkan perbendaharaan kata dalam lingkungannya.
Contohnya dalam tema hari raya, perbendaharaan kata
seperti berkunjung, bermaaf-maafan, juadah, ketupat
atau rendang merupakan antara perbendaharaan kata yang
digunakan.

2. Perkaitan bentuk keseluruhan dangan bahagian-bahagiannya.


Menerusi kriteria ini, pokok misalnya akan mewujudkan
perkataan lain yang seperti daun, buah, batang, akar dan
ranting.

3. Hierarki atau tatatingkat perkataan.


Kriteria ini melibatkan perbendaharaan kata secara
bertatatingkat yang melibatkan bentuk umum sehingga
khusus. Contohnya dalam bidang pemakanan akan wujud
12 • Tinta Bahasa: Siri 3

kata makanan, buah-buahan atau limau yang menunjukkan


perbendaharaan kata umum kepada bentuk yang khusus
dalam kategori yang sama.

4. Hubungan kata antonim atau sinonim


Pembelajaran kosa kata melibatkan hubungan makna yang
bertentangan atau yang sama makna. Misalnya kosa kata
tinggi dan rendah, kurus dan gemuk, pandai dan cerdik, baik
dan bagus.

5. Kategori ad-hoc
Kategori ini lazimnya melibatkan perkara tertentu yang
dilakukan oleh seseorang. Contohnya alatan untuk
berkhemah akan menimbulkan pembelajaran tentang
perkataan khemah, teropong, sungai, pancing, unggun api,
hidangan ringkas dan berenang.

White (1988) pula mencadangkan tujuh kriteria dalam


menentukan pemilihan dalam perbendaharaan kata yang perlu diajar,
iaitu:

1. Frekuensi
Perkataan yang lazim digunakan perlulah dipilih dan
diperkenalkan kepada pelajar. Walau bagaimanapun,
terdapat kesukaran untuk menentukan kata yang kerap
digunakan. Di samping itu, kata yang kerap digunakan
lazimnya mempunyai pelbagai makna. Oleh hal yang
demikian, justifikasi diperlukan untuk memilih kata yang
mendukung makna yang sesuai dengan tahap pelajar.

2. Liputan Perkataan
Perkataan yang mempunyai liputan yang lebih luas
hendaklah dijelaskan terlebih dahulu. Contohnya rumah
yang membawa maksud kediaman perlu diperkenalkan
terlebih dahulu berbanding perkataan apartmen, banglo,
pondok, teratak, flat, kondo, istana, dan mahligai.
Trend dan Perkembangan Terkini... • 13

3. Julat Perkataan
Perkataan yang mempunyai julat yang lebih tinggi perlu
diperkenalkan berbanding kata yang memiliki julat yang
lebih kecil. Hal ini bermaksud, kata yang lazimnya ditemui
dalam pelbagai genre teks lebih diutamakan kata yang hanya
hadir dalam teks tertentu. Contohnya perkataan cantik yang
boleh ditemui dalam teks umum seperti majalah, buku dan
media sosial lebih diutamakan berbanding perkataan sohor
kini yang merujuk kepada media sosial.

4. Ketersediaan Kata
Perkataan yang biasa digunakan oleh penutur asli perlulah
dipilih dan diperkenalkan kepada pelajar tanpa mengira
kekerapan kewujudan kata tersebut. Contohnya: ayam, ikan,
atau nasi.

5. Kebolehan untuk kata tersebut dipelajari


Kata yang mudah untuk dipelajari lebih utama untuk
diperkenalkan daripada kata yang sukar dipelajari. Hal ini
berkaitan juga dengan kepanjangan dan kekompleksian kata
tersebut.

6. Kata yang relevan


Perkataan yang sesuai dengan konteks pelajar dalam sesuatu
situasi. Contohnya perkataan yang melibatkan konteks
persekolahan seperti bilik darjah, buku teks, jadual waktu,
perpustakaan.

7. Minat
Perkataan yang menjadi minat pelajar terhadap sesuatu
perkara atau bidang hendaklah diperkenalkan bagi
membolehkan pelajar memahami kata yang digunakan
dalam bidang yang diminatinya. Contohnya perkataan yang
sering digunakan oleh pelajar dalam kehidupan sehariannya
yang kerap menggunakan media sosial seperti perkataan
tular, swafoto, kata pikat, warga maya atau perkataan yang
melibatkan aspek makanan, pakaian, hiburan atau sukan.
14 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kriteria yang disarankan akan dicapai dengan jaya dengan


melakukan pembacaan luas yang merupakan pendekatan incidental.
Hal ini disebabkan bacaan luas boleh meningkatkan pengetahuan
pelajar terhadap sesuatu kosa kata. Semakin luas pembacaan
seseorang, semakin banyak kosa kata yang diketahuinya. Menurut
Schmitt (2000), wacana tulisan menyediakan peluang yang lebih
banyak untuk memahami dan mengetahui sesuatu perbendaharaan
kata.

Of course, many words can be learnt incidentally through verbal


exposure, but considering that spoken discourse is associated
with more frequent words and lower type-token ratios than written
discourse, ... it would be optimistic to expect to learn a wide
vocabulary from only spoken discourse. Written discourse, on the
other hand, tends to use a wider variety of vocabulary, making it a
better resource for acquiring a broader range of words.

Walau bagaimanapun, pendedahan terhadap bahasa Melayu


khususnya dalam kalangan pelajar yang persekitarannya tidak
menggalakkan, pembelajaran secara incidental merupakan cabaran
yang besar. Agak sukar untuk pelajar mendapatkan bentuk penggunaan
sebenar sesuatu kosa kata. Sebagai pilihan, guru boleh memberikan
pendedahan data korpus kepada pelajar. Hal ini disebabkan data
korpus menawarkan pembelajaran kosa kata dengan lebih mendalam
dan dapat memberikan bentuk penggunaan sebenar sesuatu kosa
kata. Pengajaran kosa kata tidak lagi dalam bentuk tunggal, iaitu satu
demi satu perkataan tetapi melibatkan gugusan kosa kata. Gugusan
kata ini dapat membantu pelajar memahami bentuk lazim kehadiran
sesuatu kata dengan kosa kata yang lain (cth. Aijmer, 1998; Cowie,
1998; Glaser, 1998; Howarth, 1996; 1998) yang diistilahkan sebagai
item leksikal atau prefabricated language. Pembelajaran kosa kata
tidak lagi berdasarkan gerak hati guru atau buku teks tertentu tetapi
berdasarkan bentuk yang penggunaan bahasa yang tulen. Menerusi
data korpus, baris-baris konkordans dapat memberikan maklumat
yang banyak tentang kosa kata.
Trend dan Perkembangan Terkini... • 15

Misalnya pengajaran bentuk sinonim. Menerusi pengajaran


kosa kata seperti ini, pelajar didedahkan dengan bentuk kata yang
hampir sama maknanya tetapi mempunyai penggunaan yang
berbeza. Misalnya kosa kata yang merujuk tempat tinggal manusia.
Menerusi data korpus, guru boleh memaparkan kosa kata digunakan
bagi menjelaskan tempat berteduh masyarakat Melayu yang secara
tidak langsung dapat menggambarkan status dan jenis kediaman
mereka. Contohnya: rumah, dangau, pangsapuri, istana, mahligai
dan pondok.
Yang berikut merupakan beberapa contoh baris konkordans
bagi kosa kata yang digunakan untuk merujuk tempat berteduh
masyarakat Melayu.

Kata kunci : rumah

“Di Indonesia, bukan rumah ada telefon


semua
Darus semakin jarang rumah, ada saja halnya di luar ...
duduk di
orang Monaco membina rumah, di kawasan tinggi
Sebelum sampai di rumah, dia terus menuju ke pasar ...
... berkumpul di rumah ibu atau di rumah adik ibu,
Sukarni di USJ, ...

Kata kunci : dangau

Dia kelihatan duduk di dangau di tengah sawah mereka


sambil ...
Dia pernah terjumpa Sipeni dangau durian di hilir Kampung
di Sebiris, ...
Sawah yang ada dangau itu dipunyai oleh Tuk
Deris.
16 • Tinta Bahasa: Siri 3

Terhendap-hendap dia dangau kebun itu.


ketika mendekati
... dan isterinya sudah dangau tempat berteduh dan
sampai ke berhenti rehat.

Kata kunci : pangsapuri

Puri Casablanca, Jakarta pangsapuri 37 tingkat tempat


Selatan, penginapan saya ...
Pangsapuri Sunflower pangsapuri bernilai RM80,000 yang
Garden adalah satu-satunya menyediakan kolam ...

... dikemas”, berjaya pangsapuri dua bilik di Ampang,


mengubah suasana dalaman Selangor ...
... akan membabitkan pangsapuri empat tingkat di kawasan
pembinaan 4,000 unit seluas ...
... Homes Sdn Bhd itu pangsapuri satu bilik pada harga
menawarkan RM52,900 ...

Kata kunci : istana

... hairan anak raja2 yang istana baginda itu.


di-dalam
... Mohamad di Balai istana berkenaan sebagai
Santapan DiRaja penghargaan kerajaan
Selangor ...
Malah gambar serangan ke istana Czar Russia dalam filem
atas October ...
Penari-penari terdiri istana dan mereka dilatih dengan
daripada dayang-dayang sewajarnya.
... temasya dengan segala istana dan penjaga istana dengan
dayang-dayang segala bunyi-bunyian ...
Trend dan Perkembangan Terkini... • 17

Kata kunci : mahligai

... rupanya dan pintunya mahligai baginda itu, diperbuatnya


mengadap kepada daripada emas ...
... bangun daripada tempat mahligai di-hadapi oleh tuan puteri
peraduan di-dalam ketujoh ...
... taman itu pula ada sa- mahligai juga di-perhias dengan
buah emas yang
... sampai-lah Sheikh Abdul mahligai raja itu, dan melihat-lah
Samad ka-bawah akan ...
... oleh orang besar2 akan mahligai tempat tuan puteri kedua
istana dengan

Kata kunci : pondok

Keadaan pondok berbumbung dan


berdinding zink yang ...
... Razali Harun, 38, tinggal pondok berdindingkan buluh dan
di beratapkan rumbia ...
... bahan mengajar yang pondok bertiang batang pokok dan
menarik, sebaliknya beratap
... Ilham, 2, tinggal dalam pondok berukuran dua kali 10
sebuah meter.
... berjalan menyusuri batas pondok buruk di pinggir sawah.
menuju ke

Baris-baris konkordans ini dapat memberikan maklumat


kepada pelajar berkaitan kepelbagaian jenis tempat berteduh dalam
masyarakat Melayu. Perbezaan ini dapat dilihat menerusi perkataan
yang hadir bersama-sama kata nodus. Misalnya, istana merupakan
tempat tinggal bagi kerabat diraja apabila adanya perkataan penari,
dayang, anak raja dan baginda; sementara pondok merupakan
kediaman yang ditempati oleh golongan yang kurang berkemampuan.
Ini ditunjukkan menerusi kata berbumbung, berdinding zink, buluh
atau atap rumbia. Perkataan yang hadir di sekeliling kata nodus atau
18 • Tinta Bahasa: Siri 3

dikenali sebagai kolokasi amat membantu pelajar untuk memahami


sesuatu kata dengan mendalam. Di sinilah pelajar dengan pelajar
dan guru dengan pelajar boleh membincangkan sesuatu kosa kata.
Jika pengajaran biasa, setiap kosa kata lazimnya diberikan satu ayat
contoh dan pelajar sekadar memahami penggunaan kosa kata sahaja.
Bagi menguji kefahaman mereka terhadap sesuatu kosa kata,
guru boleh mengajukan soalan dengan menggunakan maklumat
daripada data korpus. Contohnya:

Isi tempat kosong yang sesuai bagi ayat di bawah:

1. Dia duduk di ___________ anaknya di Kemaman.


2. Enam blok ____________ 18 tingkat di kawasan itu telah
dijual.
3. Pak Mail membersihkan ____________ di tengah
bendangnya.
4. Batuk datuknya menggegarkan __________ buluh yang
usang itu.
5. Raja Abdullah telah membuat __________ baharu yang
sangat besar.

Di samping itu, data korpus juga dapat menunjukkan gugusan


kata yang hadir bagi sesuatu kosa kata. Misalnya bagi kosa kata
rumah, dapat dijelaskan kepada pelajar gugusan kata yang lazim:

Gugusan Kata rumah


rumah awam rumah kelamin rumah panjang
rumah banglo rumah kerajaan rumah pekerja
rumah batu rumah awam rumah perlindungan
rumah berkembar rumah kongsi rumah pusaka
rumah bujang rumah kos rendah rumah rehat
rumah kampung rumah kos sederhana rumah sewa
rumah kayu rumah mayat rumah sukan
rumah kebajikan rumah murah rumah teres
rumah kedai rumah pangsa rumah tumpangan
Trend dan Perkembangan Terkini... • 19

Berdasarkan kepada gugusan kata ini, pelajar juga boleh diminta


membuat ayat berdasarkan contoh baris konkordans yang diberikan.

Bina ayat bagi frasa kata yang berikut:

1. rumah awam
2. rumah berkembar
3. rumah kongsi
4. rumah sukan
5. rumah teres
6. rumah pusaka

TATABAHASA

Dalam hierarki tatabahasa, tiga komponen utamanya ialah


perkataan, ayat dan wacana. Guru yang mengajar tatabahasa sering
kali berhadapan dengan sikap kurang minat pelajar terhadap mata
pelajaran ini kerana wujudnya anggapan bahawa tatabahasa sebagai
subjek yang membosankan dan sukar. Walaupun, kandungan mata
pelajaran tatabahasa sentiasa diperkemaskan dan diperbaharui
selaras dengan perkembangan linguistik semasa tetapi sukar untuk
memotivasi pelajar terhadap mata pelajaran ini. Hal ini disebabkan
tatabahasa yang penuh dengan rumus berkaitan struktur, bentuk atau
jenis kata, frasa dan ayat menjadikan pengajaran tatabahasa sesuatu
yang menjemukan. Pelajar sekadar menghafal formula dan sukar
untuk mengaitkan formula ini dengan penggunaan bahasa sebenar
sehingga bentuk “matematik” ini mematikan minat untuk pelajar
terus mempelajari tatabahasa.
Kelas menjadi bosan kerana pelajar sentiasa diajukan dengan
soalan apakah golongan kata bagi sesuatu perkataan, apakah kata
nama, apakah fungsi kata kerja dan bentuk-bentuk latihan lain yang
terlalu terbatas dan rigit bagi memenuhi aspek tatabahasa. Pengajaran
tatabahasa seperti ini sekadar memanipulasi kebolehan pelajar tetapi
tidak dapat mengetahui pengetahuan bahasa sebenar pelajar (Thakur,
V dan Rahma Ibrahim, 2015). Oleh hal yang demikian, pengajaran
20 • Tinta Bahasa: Siri 3

tatabahasa perlu diubah dan diselaraskan dengan teknologi semasa


yang boleh menyediakan dan membantu pelajar memahami struktur
bahasa tabii, seperti yang dikata oleh Ellis (2004), iaitu natural
developmental route to learning.
Di Barat, penggunaan data korpus dalam pengajaran tatabahasa
di sekolah dan di institusi pengajian tinggi telah berlangsung sejak
dua dekad yang lalu (Johns, 1986; Romer, 2006 dan Chambers,
2007) dan jumlah ini semakin meningkat seperti yang dikatakan oleh
Chambers (2007), iaitu “consultation of corpora by learnes appears
to be increasing in higher education”. Di Sweden dan beberapa
tempat yang lain di barat, pengajaran tatabahasa berasaskan data
korpus telah dilaksanakan terutama bagi pelajar sekoah menengah
dan telah mula dipraktikkan di peringkat sekolah rendah (Vannestal,
M. E. dan Han Lindquist, 2008).
Kaedah berasaskan data korpus ini amat bertepatan dengan
pengajaran abad ke-21 kerana pelajar bertindak sebagai penyelidik
bahasa dalam setiap sesi pengajaran tatabahasa dan tidak sekadar
sebagai pendengar yang pasif. Tambahan pula, pendekatan ini
merupakan pendekatan induktif, iaitu pendekatan yang meneliti
aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam data bahasa tanpa
dijelaskan terlebih dahulu rumus atau formula bahasa.
Berbanding pendekatan tradisional, pelajar hanya menerima
aturan-aturan tatabahasa dengan percontohan daripada ayat-ayat
buatan. Contohnya dalam mengajar penjodoh bilangan, lazimnya
pelajar didedahkan dengan bentuk-bentuk penjodoh bilangan bahasa
Melayu dan diberikan makna bagi penjodoh bilangan tersebut.
Misalnya keping untuk benda yang nipis, biji untuk benda yang
bulat dan kecil, helai untuk benda yang nipis dan lembut, dan buku
untuk benda yang berbongkah. Lazimnya, guru juga memberikan
contoh perkataan yang boleh digunakan dengan penjodoh bilangan
seperti keping – papan, gambar; biji - durian, tembikai; helai – baju,
kertas dan seterusnya. Justeru, pelajar sekadar menghafal penjodoh
bilangan dan kata nama yang sesuai digandingkan dengannya.
Dalam pengajaran berasaskan data korpus, guru terlebih
dahulu memberikan baris konkordans kepada pelajar untuk diteliti.
Contohnya baris konkordans dengan kata nodus biji:
Trend dan Perkembangan Terkini... • 21

…lada merah dipotong serong biji bawang besar- dipotong bulat


2
RM1 cili kering 5 biji bawang besar 3 ulas bawang
putih 4
... ng merah, dipotong dadu, 8 biji bawang merah kecil 4 ulas
... sak 1 camca bawang putih 3 biji bawang besar 3 biji cili
Benggala
... mayonis Lady’s Choice 21 biji bawang merah, dicincang 2 biji
telur, dipukul
Di-Sabah biji buah koko ada juga di-eksepot
ke luar negeri.
ki ra-kira 5-10 saat kedudukan biji buah catur yang diambil
25 daripada permainan
… membaziran kerana biji buah nangka hanya dianggap
sebelum ini sebagai bahan buangan
… ke pinggan anda tulang biji buahan atau yang
ikan, seumpamanya
Bersamanya pula dibuat tiga biji gasing, sebiji daripadanya lebih
besar daripada
satu botol susu segar dan dua biji gelas
Dua biji gong tembaga di dalam
kepalanya dipalu dengan

Oleh itu, berdasarkan kepada kata yang berkolokasi ini, guru


boleh meminta pelajar untuk membuat kesimpulan jenis atau bentuk
kata nama yang sesuai untuk digandingkan dengan biji dan pelajar
misalnya boleh menyimpulkan bahawa kata nama yang sesuai
untuk biji ialah kata nama yang umumnya bersaiz agak kecil, dan
lazimnya berbentuk bulat. Berdasarkan penjelasan pelajar ini, guru
boleh memaparkan beberapa baris konkordans lain dan meminta
pelajar untuk melakukan analisis. Di sini, pelajar boleh melakukan
perbandingan antara beberapa penjodoh bilangan yang lain, misalnya
helai dan das. Contoh konkordans adalah seperti yang berikut:
22 • Tinta Bahasa: Siri 3

Baris Konkordans Helai

Turut dijumpai pakaian kalis helai pakaian kalis kimia dan satu
api, dua beg…
Tony menjahit beberapa helai pakaian Muslim.
Chiang Chiin dihadiahkan 80 helai persalinan oleh Maharaja
China.
Paling sedikitnya memotong helai rambut.
tiga
Ia dianyam dengan helai ribon menyerupai gambaran
menggunakan dua jantung.
Gambarajah ini menunjukkan helai sel lutsinar, setiap satunya
bagaimana dua tertulis satu watak yang
berlainan
bertahallul iaitu bercukur atau helai selepas itu , segala larangan
mengunting rambut sekurang - dalam Ihram menjadi halal.
kurangnya 3
beberapa lapis kot luar dan helai selimut. Serangan diteruskan
tidur dengan dua hingga empat tanpa menghiraukan moral
tentera. /p>
Saiful membawa dua helai seluar jenama Levi ‘ s.
Satu helai tuala mandi.
Enam helai tuala muka
50 juta helai wang kertas RM50 baru yang
pertama…

Baris Konkordans Das

Ketika dalam perbincangan , das tembakan meriam .


mereka terdengan berdas -
Istiadat pertabalan dimulakan das tembakan meriam .
dengan sembilan
Tujuh das tembakan meriam dilepaskan .
Trend dan Perkembangan Terkini... • 23

ejen komunis melepaskan das tembakan mortar ke pangkalan.


beberapa
Polis melepaskan beberapa das tembakan sehingga dia …
Tentera mampu melepaskan das tembakan ke arah tentera
berdas - berkuda…
Para pelaku telah melepaskan das tembakan terhadapnya …
33
Polis terpaksa melepaskan das tembakan untuk mempertah-
sembilan ankan diri
Seorang koperal melepaskan das tembakan untuk mempertah-
dua ankan diri
Seorang saksi mengaku das tembakan yang begitu dekat
terdengar 10 dengan...
Polis melepaskan satu das tembakan yang menembusi
rusuk…
Force Z melepaskan tembakan das torpedo tetapi tidak mengena
5 sasaran .

Seperti yang dilakukan terhadap konkordans biji, guru boleh


melakukan hal yang sama bagi konkordans helai dan das. Oleh itu,
menerusi konkordans yang diberikan ini, empat elemen yang boleh
dijelaskan oleh pelajar ialah:

i. urutan perkataan yang hadir bersama-sama kata nodus


ii. kata yang boleh berkolokasi dengan sesuatu penjodoh
bilangan
iii. bentuk penjodoh bilangan sama ada bersifat tunggal atau
terdiri daripada gugusan atau sekumpulan kata nama.
iv. rumusan tentang bentuk dan jenis kata nama yang boleh
digandingkan dengan sesuatu penjodoh bilangan.

Pengajaran bahasa berasaskan konkordans bukan sahaja


meneliti bentuk penjodoh bilangan yang berbeza, tetapi guru atau
pengajar boleh menjelaskan perbezaan antara kata nama yang
24 • Tinta Bahasa: Siri 3

sama tetapi berbeza sifat dan bentuknya apabila hadir bersama-


sama penjodoh bilangan yang berbeza. Contoh buah durian boleh
dibezakan bentuknya dengan jelas menerusi penjodoh bilangannya.
Yang berikut merupakan contoh yang diambil daripada data korpus:

• Pembeli hanya dapat makan beberapa ulas durian yang


dibeli.
• Ann memilih sebiji durian yang baik isinya lalu memakan
seulas dua.
• Sebelum tidur aku menghabiskan sebiji durian, kebetulan
ayah membeli selonggok durian petang itu.
• Anggota penguat kuasa merampas sebakul durian sebelum
beredar dari situ.

Berdasarkan kepada contoh ini, seseorang yang mempelajari


bahasa Melayu dapat didedahkan dengan penjodoh bilangan yang
berbeza bagi menggambarkan bentuk kata nama dengan lebih
tepat. Penggunaan ulas misalnya dapat menunjukkan bahawa yang
diperkatakan ialah isi durian, manakala biji merujuk kepada buah
durian secara keseluruhan sementara bakul dan longgok merujuk
kepada bentuk jamak atau sekolompok buah durian yang tidak
diketahui bilangannya secara tepat.

KESIMPULAN

Penggunaan data korpus dalam pengajaran kosa kata dan tatabahasa


penting kerana pelajar didedahkan dengan data tulen, dalam skala
yang besar dan pengajaran berbantukan komputer. Data yang tulen
dan skala besar ini membolehkan pelajar menganalisis bahasa
dari segi sturktur, pola, makna, fungsi dan idiom sebenar yang
digunakan oleh penutur natif daripada sejumlah data yang besar
saiznya. Penggunaan data berbantukan komputer pula menjadikan
pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih menarik dengan pelajar
Trend dan Perkembangan Terkini... • 25

bukan sahaja menerima segala maklumat yang diberikan oleh guru,


tetapi pelajar menjadi penyelidik bahasa dan mempunyai autonomi
dalam memperkatakan sesuatu aspek bahasa. Dalam jangka masa
yang panjang, pengajaran berbantukan data korpus ini dapat
meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk terus meneroka
aspek bahasa.
Bahkan kajian yang dijalankan di Barat telah menunjukkan
bahawa pelajar amat suka belajar menggunakan data korpus. Pelajar
merasakan bahawa data korpus merupakan bahan yang baik untuk
mereka mempelajari kosa kata dan tatabahasa, pengajaran menjadi
sesuatu yang menyeronokkan, mereka dapat memahami aspek
yang diajarkan dengan lebih baik dan mereka diberi peluang untuk
memperkatakan sesuatu aspek bahasa dengan lebih bebas. Di Barat
dan beberapa negara Asia yang lain seperti Jepun, turut menggunakan
data korpus bukan sahaja untuk pengajaran di peringkat pengajian
tinggi tetapi turut digunakan di sekolah sama ada sekolah menengah
mahu pun rendah.

RUJUKAN

Boulton, A. (2016). Integrating corpus tools and techniques in ESP courses.


ASp, 69, 111-135.
Braun, S. (2005). From pedagogically relevant corpora to authentic
language learning contents. ReCALL, 17(2), 47-64.
Chambers, A. (2007). Popularising corpus consultation by language learners
and teachers. In Tenorio, E. H., Quereda, l., & Santana, J. (Eds.),
Corpora in the foreign language classroom (pp. 3-16). Amsterdam,
New York: Rodopi.
Hirata, E. (2011). An Investigation Into The Potential of A Corpus-
Influenced Syllabus For Primary English Literacy Education in Japan.
PhD Thesis. University of Birmingham.
Johns, T. (1986). Micro-concord: A language learner’s research tool.
System, 14(2), 151-162.
26 • Tinta Bahasa: Siri 3

Johns, T. (1991). Should you be persuaded. Two samples of data-driven


learning materials. English Language Research Journal (New Series),
4, 1-16.
Jones, C., & Waller, D. (2015). Corpus linguistics for grammar: A guide for
research. New York: Routledge.
Sinclair, J. (Ed.) (2004). How to use corpora in language teaching.
Amsterdam: John Benjamins.
Smart, J. (2014). The role of guided induction in paper-based data-driven
learning. ReCALL, 26(2), 184-201.
2
Pendekatan, Kaedah dan Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu: Aplikasi Teori Ekologi
Bronfenbrenner
Dahlia Janan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGENALAN

Pembelajaran idalah fenomena kompleks yang melibatkan proses


penemuan, inkuiri dan aktiviti kolobrasi yang diupayakan oleh
bahasa. Bahasa pula terdiri daripada sistem simbol yang saling
berkait dan dikawal oleh peraturan yang digunakan untuk mewakili,
dan meneroka sesuatu makna. Bahasa idalah perwakilan identiti
peribadi yang jelas dan penting untuk membentuk hubungan
interpersonal, memahami situasi sosial, meluaskan pengalaman dan
membuat refleksi pemikiran dan tindakan.
Pembelajaran bahasa idalah proses aktif yang bermula sejak
lahir dan berterusan sepanjang hayat. Pelajar mempelajari bahasa
semasa mereka menggunakannya untuk menyampaikan fikiran,
perasaan, dan pengalaman mereka, wujudkan hubungan dengan ahli
keluarga dan rakan-rakan.
28 • Tinta Bahasa: Siri 3

Pengajaran dan pembelajaran bahasa menawarkan kepada


guru peluang untuk meneroka cara bahasa dipelajari dan cara
diajar dengan berkesan. Seorang guru bahasa yang perihatin
tentang pengajarannya perlu memikirkan soalan-soalan yang dapat
membantu mereka memperkaya pengajaran mereka. Antara soalan
tersebut adalah seperti yang berikut:

• Apakah isu atau teori yang mendasari pengajaran dan


pembelajaran bahasa?
• Apakah amalan dan pilihan pengajaran yang timbul daripada
pelbagai kerangka bahasa?
• Apakah persamaan dan perbezaan pemerolehan bahasa
pertama dan pembelajaran bahasa kedua?
• Apakah faktor psikologi utama yang mempengaruhi
pemerolehan bahasa?
• Apakah peranan yang harus dimainkan oleh pengajaran
tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa?
• Bagaimanakah pelajar bahasa dapat mengembangkan
kemahiran yang diperlukan untuk menyatakan identiti dan
niat dalam bahasa sasaran?
• Bagaimanakah pelajar bahasa boleh menjadi komunikator
silang budaya yang lebih berkesan?
• Bagaimanakah ragam bahasa serantau dipelajari dan apakah
tempatnya dalam konteks bilik darjah?
• Bagaimanakah gaya dan strategi pembelajaran memberi
kesan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa?
• Bagaimanakah penglibatan dalam teater dan aktiviti seni
pedagogi yang lain dapat mengembangkan kemahiran
bertulis dan lisan dalam bahasa kedua?
• Apakah peranan guru dalam bilik darjah bahasa?
• Bagaimanakah kaedah pengajaran bahasa berkembang
untuk mencerminkan perubahan dalam masyarakat dan
aliran pemikiran yang lebih luas?
• Apakah cara yang paling berkesan untuk mengajar pelajar
bahasa cara bercakap, mendengar, membaca dan menulis?
Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran... • 29

• Bagaimanakah budaya boleh disepadukan dengan paling


berkesan ke dalam kurikulum bahasa?
• Dalam cara apakah sumber majmuk guru dan pelajar boleh
menyokong pengajaran dan pembelajaran bahasa?
• Bagaimanakah teknologi dapat memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa?
• Bagaimanakah penilaian bilik darjah dan ujian piawai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa?

Berdasarkan soalan-soalan yang tersenarai didapati bahawa


proses pengajaran dan pembelajaran bahasa sebenarnya sangat
kompleks. Oleh yang demikian, pendekatan kaedah dan teknik
pengajaran yang pelbagai diperlukan bagi memastikan penyampaian
guru adalah pada tahap maksimum.

PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK


PENGAJARAN BAHASA

Istilah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran


mempunyai pelbagai interpretasi namun demikian secara umumnya
makna bagi setiap elemen tersebut dibincangkan secara mendalam
oleh dua tokoh, iaitu [1] dan [2].

Teori bahasa
Pendekatan
Teori pembelajaran
Rancangan keseluruhan untuk
penyampaian bahasa yang
Model
Kaedah teratur dengan tiada bahagian
Antony
yang bercanggah dan semuanya
berasaskan pendekatan yang dipilih
Pelaksanaan sebenar dalam bilik
Teknik
darjah bahasa
30 • Tinta Bahasa: Siri 3

Teori bahasa
Pendekatan
Teori pembelajaran
Objektif
Jenis sukatan pelajaran
Model
Jenis aktiviti
Richards Reka bentuk
Kaedah Peranan Pelajar
and
Peranan Guru
Rodgers
Peranan bahan
Teknik
Prosedur Amalan
Tingkah laku

Berdasarkan pecahan model [1] and [2] dapat disimpulkan


kepelbagaian interpretasi yang timbul adalah disebabkan proses
pengkategorian yang berbeza berdasarkan sudut pandangan yang
berbeza. Dalam hal ini tiada model yang betul mahupun yang salah.
Pekara yang lebih baik difokuskan idalah keupayaan kedua-dua
model ini mentafsir setiap elemen dalam penyampaian pengajaran
guru bahasa. Untuk memahami model [1] and [2] ini, pendekatan,
kaedah, dan teknik dihuraikan secara lanjut. Pendekatan merujuk
kepada perkara berkaitan teori asas untuk mengajar bahasa, iaitu satu
set andaian yang berkaitan dengan sifat bahasa dan sifat pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Kaedah pula bermakna satu rancangan
yang menyeluruh bagi pengajaran bahasa yang teratur berdasarkan
pendekatan yang dipilih. Teknik bermaksud strategi yang digunakan
untuk mencapai objektif.

PENDEKATAN

Berdasarkan bahagian terdahulu kita sedia maklum pendekatan ialah


satu cara melihat pengajaran dan pembelajaran. Asas bagi mana-
mana pendekatan pengajaran bahasa ialah pandangan teori berkaitan
sesuatu bahasa dan cara perkara itu boleh dipelajari. Pendekatan
Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran... • 31

menimbulkan kaedah, iaitu cara mengajar sesuatu bahasa dengan


menggunakan pelbagai aktiviti. Pendekatan mengajar turut
berkembang selaras dengan perkembangan semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran bahasa adalah
seperti yang berikut:

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Induktif

Terawal dikenali dengan pendekatan tradisional ini antaranya ialah


Pendekatan Lisan atau Pengajaran Bahasa Berasaskan Situasi
manakala pendekatan yang lebih terkini dikenali Pendekatan
Komunikatif.

Pendekatan Lisan atau Pengajaran Bahasa Berasaskan


Situasi

Pendekatan Lisan atau Pengajaran Bahasa Berasaskan Situasi berkait


rapat dengan pandangan yang menyatakan bahawa bahasa adalah
berstruktur. Pandangan ini menganggap bahasa sebagai sistem
yang berstruktur yang berkait dengan unsur-unsur untuk mengekod
makna. Matlamat utama pendekatan struktur adalah untuk mengajar
empat kemahiran asas bahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Hal ini juga memperluas perbendaharaan kata pelajar,
menambah baik dan membetulkan tabiat pertuturan pelajar.
Berdasarkan [2], ciri-ciri utama pendekatan ini adalah seperti yang
berikut:

1. Pengajaran bahasa bermula dengan bahasa pertuturan.


Bahan adalah diajar secara lisan sebelum disampaikan
dalam bentuk tulisan.
32 • Tinta Bahasa: Siri 3

2. Bahasa sasaran ialah bahasa yang digunakan dalam bilik


darjah.
3. Perkara baharu dalam bahasa diperkenalkan dan dipraktikkan
mengikut situasi.
4. Prosedur pemilihan perbendaharaan kata adalah diikuti
untuk memastikan perbendaharaan kata am yang penting
dikuasai.
5. Aras kesukaran tatabahasa adalah mengikut prinsip bentuk
mudah hendaklah diajar sebelum yang kompleks.
6. Membaca dan menulis diperkenalkan setelah asas leksikal
dan tatabahasa yang mencukupi dikuasai.

Menurut Frisby (1957) dalam [2] pemeringkatan penyampaian


pengajaran bahasa bagi Pengajaran Bahasa Berasaskan Situasi
adalah seperti yang berikut:

Sentence pattern Vocabulary


1st lesson This is . . . book, pencil, ruler,
That is . . . desk
2nd lesson These are . . . chair, picture, door,
Those are . . . window
3rd lesson Is this…? Yes it is. watch, box, pen,
Is that…? Yes it is. Blackboard

Penjelasan oleh [2] berkaitan Pengajaran Bahasa Berasaskan


Situasi ini walaupun berasaskan pengajaran bahasa Inggeris, prinsip
pendekatannya turut dilaksanakan dalam penyampaian pengajaran
bahasa Melayu. Pemeringkatan pengajaran tatabahasa bermula
dengan memperkenalkan terlebih dahulu golongan kata nama
sebelum memperkenalkan golongan kata kerja dan diikuti kata
adjektif dan kata sendi.
Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran... • 33

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Komunikatif adalah berdasarkan idea bahawa


pembelajaran bahasa akan berjaya diperoleh melalui komunikasi
makna sebenar. Pelajar yang terlibat dalam komunikasi sebenar
akan menggunakan strategi semula jadi mereka untuk pemeroleh
bahasa yang hendak digunakan dan ini akan membolehkan mereka
belajar menggunakan bahasa tersebut. Beberapa ciri Pendekatan
Komunikatif bahasa adalah seperti yang berikut:

1. Bahasa ialah satu sistem pengungkapan makna.


2. Fungsi utama bahasa adalah membolehkan interaksi dan
komunikasi.
3. Struktur bahasa mencerminkan fungsi dan kegunaan
komunikasi.
4. Unit utama bahasa bukan sekadar ciri struktur dan tatabahasa
tetapi juga berkaitan kategori fungsinya dan komunikasi
yang bermakna.

Antara aktiviti pengajaran berasaskan Pendekatan Komunikatif


ini ialah main peranan, temu bual, kerja kumpulan dan pelbagai
aktiviti yang membolehkan pelajar berinteraksi secara aktif.

KAEDAH

Kaedah ialah rancangan untuk menyampaikan bahan bahasa yang


akan dipelajari dan harus berdasarkan pendekatan yang dipilih.
Bagi membolehkan sesuatu pendekatan diterjemahkan kepada
kaedah, sistem pengajaran mesti direka bentuk dengan mengambil
kira objektif pengajaran/pembelajaran, cara kandungan dipilih dan
disusun, jenis tugasan yang perlu dilaksanakan, peranan pelajar dan
peranan guru. Antara kaedah mengajar bahasa yang utama adalah
seperti yang berikut:
34 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kaedah Langsung

Kaedah Langsung juga dikenali sebagai kaedah Lisan atau Natural.


Hal ini berdasarkan penglibatan aktif pelajar dalam kedua-dua
kemahiran mendengar dan bertutur dalam situasi harian yang
realistik. Proses ini terdiri daripada pemerolehan struktur tatabahasa
dan kosa kata secara beransur-ansur. Pelajar digalakkan untuk
berfikir dalam bahasa sasaran dan bukannya menterjemah. Mereka
mendengar dan menggunakan bahasa itu sebelum melaksanakan
penulisannya.
Kaedah Langsung memberi pelajar keupayaan untuk
berkomunikasi dengan cepat kerana mereka digalakkan untuk
menjadi kreatif semasa melakukan latihan. Setakat ini, kaedah
langsung memungkinkan keupayaan untuk memahami perkara
yang orang lain katakan kepada seseorang individu disamping
membangunkan keupayaan mereka untuk bercakap. Kaedah ini
menjadi pilihan untuk meyampaikan pengajaran apabila hadirnya
guru secara langsung. Kemahiran bertutur dan mendengar adalah
sangat dititikberatkan.

Kaedah Terjemahan Tatabahasa

Kaedah ini berkembang daripada kaedah tradisional mengajar


Latin dan Yunani. Kaedah ini berdasarkan analisis bahasa bertulis
menggunakan latihan terjemahan, pemahaman bacaan dan tiruan
bertulis teks. Pembelajaran terutamanya melibatkan penguasaan
peraturan tatabahasa dan hafalan senarai kosa kata.
Kaedah ini juga memerlukan pelajar menghabiskan banyak
masa untuk memahami struktur bahasa. Kemahiran mendengar dan
bertutur agak terpinggir disebabkan banyak masa dihabiskan untuk
memahami struktur bahasa. Namun demikian pemahaman struktur
ini membantu kemahiran membaca dan terutamanya kemahiran
menulis. Memahami struktur berguna dalam membaca dan
khususnya dalam penulisan. Tatabahasa dan kosa kata ditekankan
sepanjang masa. Kaedah ini menjadi pilihan apabila matlamat pelajar
Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran... • 35

adalah untuk mencapai tahap tinggi dalam kemahiran menulis dan


keupayaan membaca dalam bahasa asing, berbanding mendengar
dan bertutur.

Kaedah Audio-Lingual
Kaedah pengajaran kendiri ini juga dikenali sebagai kaedah Aural-
Oral. Pembelajaran adalah berdasarkan pengulangan dialog dan
frasa tentang situasi setiap hari. Frasa ini ditiru, diulang dan digerudi
untuk menjadikan respons automatik. Membaca dan menulis kedua-
duanya ialah peneguhan berkaitan perkara yang diamalkan oleh
pelajar.
Kaedah Audio-Lingual juga membolehkan pelajar berkomunikasi
dengan cepat tetapi dalam julat yang terhad, iaitu dalam bentuk
pengulangan. Hal ini meningkatkan pemahaman hanya jika penutur
menggunakan frasa yang sudah dipelajari oleh mereka. Kemahiran
membaca adalah terhad, dan pemahaman tentang cara menggunakan
bahasa adalah sangat terhad. Kaedah ini sesuai apabila apabila
ketiadaan guru.

STRATEGI

Strategi ialah perkara yang kita fikirkan, keputusan yang mengarahkan


tindakan kepada sesuatu rancangan yang kita fikirkan. Strategi
pengajaran merujuk kepada kaedah, teknik, prosedur dan proses
yang digunakan oleh guru semasa pengajaran. Secara amnya diakui
bahawa strategi pengajaran ialah multidimensi dan keberkesanannya
bergantung kepada konteks hal ini diaplikasikan. Strategi pembelajaran
pula ialah cara seseorang individu mengatur dan menggunakan
sesuatu set kemahiran tertentu untuk mempelajari kandungan atau
menyelesaikan tugasan lain dengan berkesan dan cekap sama ada di
sekolah atau dalam persekitaran bukan akademik [3].
Pelbagai strategi pembelajaran hadir sejak dahulu lagi dan
sentiasa berubah atau diperbaik bersesuaian dengan peredaran masa.
Walaupun perubahan yang pesat berlaku dalam sistem pendidikan,
36 • Tinta Bahasa: Siri 3

strategi pengajaran yang sedia ada masih boleh digunakan. Namun


demikian demi menyahut cabaran pada masa hadapan strategi baharu
kini mengambil tempat demi mengubah persekitaran pendidikan
bagi memacu prestasi akademik yang lebih baik. Antara perubahan
strategi pengajaran yang paling ketara adalah penggunaan startegi
Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Perubahan strategi yang
kerap digunakan dalam bilik darjah adalah seperti yang berikut:

Bilik Darjah Flip/Berbalik

Salah satu startegi yang popular sejak beberapa tahun kebelakangan


ini ialah Bilik Darjah Berbalik, iaitu pendekatan pedagogi yang
menyarankan elemen tradisional pelajaran yang diajar oleh guru
diterbalikkan dengan cara bahan pembelajaran utama dipelajari
oleh pelajar di rumah dan kemudian dibincangkan dan diselesaikan
kefahaman berkaitan dengannya di dalam bilik darjah. Objektif
utama strategi ini adalah untuk mengoptimumkan masa dalam kelas
dengan mendedikasikan masa yang ada untuk memenuhi keperluan
khas setiap pelajar individu dalam mengerjakan tugas tertentu.

Pembelajaran Berasaskan Projek

Dengan kehadiran teknologi maklumat dan komunikasi baharu


ke alam pendidikan, strategi pengajaran baharu atau versi baharu
strategi sedia ada perlulah disemak dan dikemas kini supaya
sealiran dengan generasi digital yang muncul. Salah satu startegi
yang paling banyak digunakan dalam kelas pada masa kini ialah
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Pada dasarnya, PBL
membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran
utama melalui pembangunan projek yang bertindak balas kepada
masalah kehidupan sebenar. Bermula daripada masalah konkrit,
bukannya model teori, kita akan dapat melihat peningkatan ketara
dalam keupayaan pelajar untuk mengekalkan pengetahuan serta
peluang untuk membangunkan kecekapan yang kompleks seperti
pemikiran kritis, komunikasi, kerjasama atau penyelesaian masalah.
Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran... • 37

Pembelajaran Koperatif

“Kita akan lebih kuat apabila kita bersama-sama”. Konsep ini secara
mudah mendefinisikan pembelajaran koperatif. Kaedahnya guru
mengumpulkan pelajar bersama-sama dalam proses pembelajaran
dan dengan aktiviti bersama ini memberi impak kepada pembelajaran
secara positif. Penyokong model ini percaya bahawa bekerja dalam
kumpulan meningkatkan perhatian, penglibatan dan pemerolehan
pengetahuan oleh pelajar. Ciri utamanya ialah disusun berdasarkan
pembentukan kumpulan 3-6 orang, iaitu, setiap ahli mempunyai
peranan tertentu dan untuk mencapai objektif perlu berinteraksi dan
bekerja secara terkoordinasi. Dalam konteks pembelajaran koperatif,
matlamat akhir sentiasa akan dicapai apabila setiap ahli berjaya
melaksanakan tugas mereka. Sebaliknya, pembelajaran individu
membuatkan pelajar menumpukan perhatian untuk mencapai
objektif mereka tanpa perlu bergantung kepada rakan sekelas mereka
yang lain.

Gamifikasi

Gamifikasi ialah penyepaduan mekanikanisma permainan dan


dinamika dalam persekitaran yang tidak menarik telahpun
diamalkan sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, sejak beberapa
tahun kebelakangan ini, dan terutamanya disebabkan oleh evolusi
permainan video, fenomena itu telah mengumpulkan dimensi yang
tidak pernah berlaku sebelum ini. Hal ini telah menjadi salah satu
trend semasa dan juga masa hadapan, iaitu industri EdTech yang
banyak diperkatakan. Trend ini telah disatukan dengan peningkatan
kemasukan gamifikasi dalam kurikulum sekolah dan dianggarkan
bahawa kemasukan ini akan terus berkembang pada masa hadapan.
38 • Tinta Bahasa: Siri 3

Teori Ekologi Bronfenbrenner

“Jika kita nak ubah tingkah laku, kita perlu mengubah persekitaran”
[4]. Teori Sistem Ekologi menerangkan pembangunan manusia
melalui prisma, iaitu saling hubungan alam sekitar dan kesannya
pada daya yang secara langsung mempengaruhi pertumbuhan
psikologi [4]. Melalui kajian ekologi pembangunan manusia, saintis
sosial berusaha untuk menerangkan dan memahami cara seseorang
individu berinteraksi dengan sistem yang saling berkaitan dalam
individu tersebut persekitaran [5]. Teori ini mewakili konvergensi
biologi, psikologi, dan sains sosial. Menurut Bronfenbrenner [4],
pembangunan manusia adalah melalui hasil interaksi antara manusia
dengan persekitarannya. Perubahan perlu melalui pengalaman dan
berkekalan supaya pembangunan berlaku [4].
Pembangunan ialah hasil daripada hubungan antara manusia
dengan persekitaran mereka. Kita tidak boleh menilai perkembangan
kanak-kanak hanya dalam persekitaran terdekat mereka sahaja. Kita
mesti juga mengkaji interaksi antara persekitaran yang lebih besar,
iaitu proses kanak-kanak itu berkembang. Untuk melaksanakan
perkara ini kita perlu fikirkan cara dunia di sekeliling kanak-kanak
membantu atau menghalang perkembangan mereka. Terdapat lima
lapisan perhubungan yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak, iaitu:

1. Sistem Mikro: Hubungan dengan jaringan langsung dengan


kanak-kanak
2. Sistem Meso: Rangkaian antara hubungan sistem mikro
kanak-kanak
3. Sistem Ekso: Struktur yang menyebabkan kanak-kanak itu
tidak mempunyai hubungan langsung
4. Sistem Makro: Konteks budaya
5. Sistem Krono: Corak persekitaran
Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran... • 39

Lima cadangan cara hubungan rumah dan sekolah boleh


bekerjasama untuk pembangunan positif, iaitu:

1. Kanak-kanak mesti mempunyai interaksi bersama jangka


panjang yang berterusan dengan orang dewasa yang
dicirikan oleh kasih sayang dan sokongan tanpa syarat.
2. Hubungan kanak-kanak dengan orang dewasa menyediakan
corak hubungan interpersonal dengan semua hubungan
mereka dengan kanak-kanak yang lain. Keyakinan daripada
perhubungan ini membolehkan kanak-kanak meneroka dan
berkembang dalam aktiviti lain pula.
3. Interaksi dengan orang dewasa lain membolehkan kanak-
kanak membina hubungan yang lebih positif dalam
hubungan mereka dengan orang dewasa.
4. Hubungan utama kanak-kanak dengan orang dewasa
bertambah baik dengan pertukaran dua hala yang berulang
dan kompromi bersama.
5. Kepentingan peranan hubungan antara kanak-kanak dan
orang dewasa ini memerlukan sokongan masyarakat.

Berdasarkan Teori Ekologi Bronfenbrenner ini kita sedar


bahawa amalan dalam bilik darjah perlulah dikaitkan secara rapat
dengan sistem ekologi kanak-kanak itu sendiri. Perancangan
Pendekatan, Kaedah dan Strategi pembelajaran tidak akan berjaya
sepenuhnya jika kita memahami keadaan seseorang murid dan cara
mereka berfungsi dalam sistem ekologinya. Guru perlu memahami
sistem ekologi murid mereka adalah berbeza antara satu sama lain.
Oleh yang demikian guru perlu peka dalam merancang Pendekatan,
Kaedah dan Strategi yang dapat memenuhi keperluan murid. Antara
langkah yang boleh dilaksanakan adalah seperti yang berikut:
40 • Tinta Bahasa: Siri 3

Teori Sitem Ekologi Pengajaran dan Pembelajaran


Sistem Mikro: Pendekatan: Pendekatan Komunikatif
Hubungan dengan - komunikasi makna sebenar
jaringan langsung
dengan kanak-kanak. Kaedah: Kaedah Audio-Lingual
Sistem Meso: - pengulangan dialog dan frasa
Rangkaian antara tentang situasi setiap hari
hubungan sistem
mikro kanak-kanak Strategi: Pembelajaran Koperatif
- Kita akan lebih kuat apabila kita
Sistem Ekso: Struktur bersama-sama
yang menyebabkan
kanak-kanak itu tidak
mempunyai hubungan
langsung
Sistem Makro:
Konteks budaya
Sistem Krono: Corak
persekitaran

Perbincangan:

Adakah guru perlu sentiasa merancang pengajaran dan


pembelajarannya berdasarkan Teori Sistem Ekologi?

RUJUKAN

Anthony, Edward M. 1963. Approach, Method, and Technique. English


Learning. 17: 63-67. Ann Arbor: University of Michigan Press.
Richards, Jack C. and Theodore S. Rodgers (1986). Approaches and
methods in language. Cambridge University Press, Cambridge.
Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran... • 41

Kline, F. M., Deshler, D. D., & Schumaker, J. B. (1992). Implementing


learning strategy instruction in class settings: A research perspective. In
M. Pressley, K. R. Harris, & J. T. Guthrie (Eds.), Promoting academic
competence and literacy in school (pp. 361–406). Academic Press.
Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development:
Experiments by nature and design. Harvard University Press.
Bronfenbrenner, U. (1983a). Beyond policies without people: An ecological
perspective on child and family policy. In. E. Zigler, S. Kagan, & E.
Klugman (Eds.) Children, families, and government: Perspectives on
American social policy (p. 393-414). Cambridge University Press.
3
Tumbuhan Ubatan
Orang Melayu, Etnobotani
dan Pengekalan Jati Diri
Nor Nafizah Mohd Noor
Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGENALAN

Jati Diri orang Melayu dipengaruhi oleh bahasa, adat, budaya,


tradisi dan juga agama yang menjadikannya suatu identiti yang
unik, istimewa dan kukuh. Amalan herba ubatan dalam kehidupan
orang Melayu sebagai sumber makanan dan perubatan juga
menjadi penyumbang kepada pembinaan jati diri orang Melayu.
Jika disebut kunyit, halia, lengkuas, serai sudah menjadi sinonim
dalam penyediaan makanan orang Melayu. Wanita selepas bersalin
pula sering dikaitkan dengan penggunaan kacip fatimah, legundi,
kunyit, halia dan pelbagai jenis temu dan halia lain dalam penjagaan
kesihatan wanita dalam pantang dan bayi yang baharu dilahirkan.
Perubatan Melayu banyak direkodkan dalam kitab tib dalam
tulisan Jawi sejak berkurun yang lalu. Kajian terhadap manuskrip
atau tib perubatan Melayu ini dapat memberikan kefahaman yang
mendalam tentang falsafah dan jati diri bangsa Melayu khususnya
44 • Tinta Bahasa: Siri 3

dalam perubatan bagi melihat elemen-elemen yang boleh disokong


dengan kajian saintifik dan menolak telahan mengatakan perubatan
Melayu hanya merupakan satu kepercayaan mistik dan tahyul oleh
sesetengah pengkaji Barat. Selepas kedatangan Islam, sumber
ilmu dirangka secara sistematik dan ciri saintifik sesuatu ilmu atau
bukti sains dapat dihuraikan dalam masyarakat Melayu dan diberi
justifikasi sebab musababnya secara logik dan saintifik.
Walau bagaimana pun fokus utama bab ini adalah untuk
meneroka beberapa herba yang biasa digunakan dalam kehidupan
seharian atau etnobotani dalam masyarakat Melayu. Etnobotani
bermaksud pengetahuan tradisi yang dimiliki orang Melayu dalam
memanipulasi tumbuhan sebagai sumber ubatan dan makanan dalam
menjaga kesihatan. Kefahaman tentang morfologi dan antomi serta
kegunaan tumbuhan ini dapat memberi keupayaan untuk mengecam
dan membezakan identifikasinya. Secara tidak langsung, tumbuhan
ini diberi nilai dan dihargai serta dapat memberi kesedaran tentang
kebergantungan masyarakat Melayu terhadap herba-herba ini.
Malahan penggunaan herba ini masih diteruskan dan digunakan
masyarakat di rantau ini disebabkan keberkesanannya dalam
merawat berbagai-bagai masalah kesihatan. Tambahan pula, dengan
berkembangnya kajian saintifik terhadap kandungan dan manfaat
herba, penggunaan herba bukan sekadar diteruskan malah telah
banyak dikomesialkan.
Huraian ringkas tentang ciri morfologi dan anatomi tumbuhan
herba ini akan dibincangkan, nama tempatan dan saintifik serta
pengkelasannya. Kegunaan ubatan tumbuhan herba ini akan
diberikan sebagai panduan umum melalui rujukan, pembacaan,
‘cakap mulut’ daripada pengamal ubatan herba dan amalan sendiri
yang turut disokong dengan maklumat kajian saintifik bagi kandungan
fitokimia dan bahan aktifnya. Fokus utama ialah tumbuhan herba
yang digunakan sebagai sumber makanan harian dan juga tumbuhan
herba yang diamalkan sebagai ubatan dalam merawat pelbagai
penyakit termasuk penyakit berkaitan sistem dalaman manusia
seperti darah tinggi, kencing manis, kanser dan masalah jantung.
Terdapat juga herba yang digunakan dalam merawat penyakit
luaran seperti penyakit kulit, menyembuhkan luka dan rawatan
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 45

rambut juga herba sebagai sumber rawatan wanita di dalam pantang.


Walau bagimanapun, rincian herba ini sukar dikategorikan kerana
kebanyakannya adalah sumber makanan harian yang juga digunakan
sebagai sumber ubatan.

TUMBUHAN HERBA SEBAGAI MAKANAN HARIAN

Tumbuhan herba banyak digunakan sebagai sumber makanan harian


contohnya seperti kunyit, halia, lengkuas, daun kesum, bunga kantan
dan ulam-ulaman. Tumbuhan herba ini banyak digunakan dalam
masakan dan juga sebagai ulam-ulaman. Selain sebagai sumber
makanan, herba mempunyai khasiat ubatan. Perincian herba ini
dijelaskan dalam perbincangan yang berikut.:

KUNYIT

Nama tempatan : Kunyit


Nama saintifik : Curcuma longa L
Famili : Zingiberaceae
46 • Tinta Bahasa: Siri 3

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Kunyit merupakan tumbuhan herba monokot, berbatang hijau dan


lembut. Daunnya berurat selari dan mempunyai midrib yang jelas,
berbentuk oblong lansiolat kepada ovat lansiolat, panjang dan tirus
di hujung daun serta mempunyai aroma. Pelepah daunnya tersusun
membaluti bahagian tangkainya dan membentuk batang tumbuhan.
Daunnya juga beraroma. Keratan rentas rizomnya menunjukkan isi
yang berwarna kuning jingga pekat. Jambak bunga (infloresen) jenis
terminal, brakta bahagian atas berwarna putih yang kadangkalanya
berwarna hijau. Brakta bahagian bawah berwarna hijau muda.
Floretnya mempunyai korola berwarna putih, bibir berwarna putih
dengan jalur kuning.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daunnya yang beraroma boleh menambah keenakan makanan dalam


masakan. Selalunya daun kunyit ditaburkan di atas rendang yang
telah pekat dan juga dalam masakan lemak. Rhizomnya digunakan
sebagai bahan utama dalam mengoreng ikan, ayam, daging dan
makanan laut. Rizomnya juga digunakan sebagai bahan untuk
merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit perut, sebagai bahan
stimulasi, merawat jangkitan salur kencing, luka dan rheumatism.
Kunyit mempunyai nilai antibakteria dan antioksidan dan digunakan
juga dalam penjagaan kulit dan kosmetik.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Bahan aktif seperti


α-tumeron dan linalool.
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 47

HALIA

Nama tempatan : Halia/Halia makan


Nama saintifik : Zingiber officinale Roscoe
Famili : Zingiberaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Halia merupakan tumbuhan herba monokot parenial yang mempunyai


batang horizontal yang dipanggil rizom. Daunnya berurat selari
dan mempunyai tulang daun yang jelas. Pelepah daunnya tersusun
berselang seli di sepanjang batang utama, tidak mempunyai tangkai
(sessil) dan pelepah daun membaluti bahagian batang. Daunnya
ialah daun ringkas, peruratan yang selari, mempunyai tulang daun,
bentuk yang panjang serta tirus di bahagian hujung dan pangkal
daun. Jambak bunga jenis radikal, elleptik dan brakta berwarna hijau;
korola floret berwarna kuning, berbibir ungu berbintik krim dengan
unjuran anter berwarna ungu pekat. Pembiakannya selalunya secara
aseksual, iaitu melalui rizom. Rizomnya bercabang-cabang dan
apabila dikerat, rizomnya berwarna putih krim. Rizonmya beraroma
dan bau halia agak kuat.
48 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Halia digunakan secara meluas sebagai bahan perasa dalam masakan,


minuman dan ubatan. Halia boleh membantu dalam melegakan
perut daripada ketidakselesaan, kembung dan angin. Caranya adalah
dengan meminum air rebusan atau diracik dan dimakan sebagai ulam.
Halia boleh dijadikan param, iaitu dengan cara halia ditumbuk lumat
dan dipupuk pada bahagian badan untuk membuang angin daripada
badan dan memberi kelegaan terhadap gigitan serangga berbisa.
Halia ini amat baik dalam memberi kesan aromaterapi.

Kandungan bahan aktif/ fitokimia: Minyak meruap seperti


Zingiberene dan E’E-α-farnesene.

LENGKUAS

Nama tempatan : Lengkuas


Nama saintifik : Alpinia galanga (L.) Willd.
Famili : Zingiberaceae
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 49

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Herba monokot berbatang lembut. Daunnya ringkas, mempunyai


urat selari dan tulang daun yang jelas. Daunnya juga sessil dan
pelepah daunnya tersusun berselang seli sepanjang batang. Susunan
inilah yang menjadi batang utama. Bentuk daunnya tirus di bahagian
apeks (hujung) dan pangkal. Pokoknya kelihatan seperti pokok halia,
tetapi saiznya lebih besar. Pembiakan aseksual melalui rizomnya
adalah sangat mudah. Rizomnya berwarna keputihan dan beraroma.
Bunganya merupakan jambak bunga berwarna putih. Buahnya
berwarna hijau.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Rizomnya digunakan sebagai perisa makanan dan mempunyai


aroma yang enak. Rizom merupakan ramuan penting dalam
masakan masyarakat Melayu, contohnya dalam masakan rendang
juga masakan yang lain. Rizom lengkuas juga merupakan ramuan
yang digunakan untuk mandian wanita yang baru sahaja bersalin dan
menjadi ubat bagi penyakit kulit. Air rebusan rizom juga digunakan
sebagai penawar kembung perut, sengal-sengal tulang dan pemanas
badan.

Kandungan bahan aktif / fitokimia: Bahan aktif lengkuas adalah


seperti flavonoid galangin dan phenylpropanoid 1’-acetoxychaovicol
acetate
50 • Tinta Bahasa: Siri 3

KANTAN

Nama tempatan : Kantan


Nama saintifik : Etlingera elatior (Jack) R.M.Sm.
Famili : Zingiberaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok bunga kantan merupai pokok lengkuas tetapi saiznya jauh


lebih besar dan boleh tumbuh tinggi melebihi 5 meter. Daunya
merupakan daun ringkas, berbentuk tirus di hujung dan pangkal.
Daunnya juga sessil dan pelepahnya membaluti batang secara
berselang seli. Seperti halia dan lengkuas, pelepah daun inilah yang
membentuk batang utama. Pokok bunga kantan ini boleh dibezakan
daripada lengkuas kerana bahagian margin daunnya yang kelihatan
berombak. Jambak bunganya berwarna merah jambu dengan
bunga sebenarnya (floret) adalah kecil dan keluar daripada brakta
jambak bunga. Kudup bunganya berwarna lebih cair. Buahnya pula
berwarna hijau.
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 51

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Kudup bunga kantan ini selalunya digunakan dalam masakan dan


memberikan perasa yang unik dan sedap terutamanya dalam masakan
seperti asam pedas, asam rebus, laksa, nasi kerabu dan nasi ulam.
Bunga kantan juga boleh dimakan mentah sebagai ulam-ulaman dan
dipercayai memberi kesan awet muda. Air rebusan hirisan batangnya
boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Flavonoids


(quercetin dan kaempfrol), terpenoids, saponins, tannins, dan
karbohidrat

PANDAN

Nama tempatan : Pandan


Nama saintifik : Pandanus amaryllifolius Roxb.
Famili : Pandanaceae
52 • Tinta Bahasa: Siri 3

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok pandan merupakan pokok berdahan rendah namun mampu


untuk tumbuh hingga mencapai ketinggian 2 hingga 4.5 m. Daunya
bersusun secara berpilin, berbentuk tirus memanjang dan permukaan
daunya berlipat. Keratan rentas daunnya berbentuk seperti huruf ‘W’
jika diterbalikkan. Daun pokok ini juga mempunyai bau unik dan
aromatik yang boleh membangkitkan selera. Bunga bagi pokok ini
belum diteliti memandangkan bunganya hanya wujud apabila pokok
ini dalam keadaan berketinggian 2 hingga 4 meter.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Air yang diperolehi daripada daun pokok ini digunakan untuk


menambah aroma dan perisa pada makanan khususnya makanan
tradisional seperti nasi lemak, kuih, kek dan manisan. Daunnya
tidak dimakan dan lazimnya akan dikeluarkan sebelum masakan
dihidangkan. Air daripada daun pokok ini juga ditambah sebagai
perisa tambahan pada minuman seperti teh dan sebagainya. Daunnya
juga dipercayai boleh digunakan untuk menghilangkan sakit sendi.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: 2- acetyl-1-


pyrroline (2AP)
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 53

PUDINA

Nama tempatan : Pudina


Nama saintifik : Mentha arvensis L. / Mentha x piperita L
Famili : Lamiaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan:

Pudina merupakan pokok herba dikotiledon yang rendah, tumbuh


ke atas dan kebiasaannya digunakan dalam masakan dan minuman
harian manusia. Pokok ini lazimnya tumbuh setinggi 12-24 cm dari
muka bumi. Daunnya mempunyai warna hijau cerah, berbentuk
ringkas, membujur dan bahagian sisi daun bergigi dari pucuk
ke tangkai. Daun ini menghasilkan aroma yang segar apabila
dilumatkan. Tumbuhan ini boleh dikenali melalui susunan daunnya
yang berbentuk setentang dan mempunyai batang bersegi. Jambak
bunga pokok ini berbentuk pancang dan berwarna ungu ke merah
jambu. Pudina mudah dibiakkan melalui keratan batang.
54 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun pudina yang beraroma ini banyak diguna pakai dalam


kehidupan seharian terutamanya dalam masakan seperti nasi beriani.
Daunnya seringkali digunakan dalam minuman seperti teh pudina.
Selain dari itu, daun pudina juga seringkali dijadikan sebagai ulam-
ulaman. Pudina juga merupakan salah satu bahan yang digunakan
untuk membuat laksa dan perasa tambahan untuk kuih, kek dan
gula-gula. Minyak pati bagi pokok ini digunakan secara meluas di
dalam produk penjagaan badan seperti ubat gigi, sabun dan shampoo.
Minyak pudina digunakan untuk melegakan sakit otot, sakit kepala
dan belakang.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Menthol, menthone,


menthyl acetate, 1,8-cineole, limonene, beta-pinene dan beta-
caryophyllene.

SERAI

Nama tempatan : Serai


Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf
Famili : Poaceae
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 55

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Serai merupakan tumbuhan monokotiledon merenek yang


mempunya batang pseudo, iaitu pelepah-pelepah daunnya tumbuh
secara bertindih dan rapat. Daunnya panjang dan tirus serta
bertekstur kesat. Bahagian sisi daun tumbuhan ini runcing dan boleh
mengakibatkan luka. Daun tumbuhan ini menghasilkan bau seakan-
akan buah limau jika dilumatkan. Infloresen atau jambak bunga bagi
tumbuhan ini berjuntai dan bewarna coklat.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun serai yang aromatik seringkali digunakan dalam masakan untuk


menambah perasa dan memberikan bau yang lebih enak. Daun ini
selalunya dijadikan bahan masakan untuk makanan berkuah seperti
asam pedas, tomyam, rendang dan lain lain. Pudina juga digunakan
untuk menghilangkan bau hanyir dalam masakan. Pokok serai juga
merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam minuman segar
seperti teh serai, air limau serai dan banyak lagi. Rebusan pokok
serai boleh digunakan sebagai mandian dalam merawat demam
kuning, rebusan batang serai boleh menurunkan paras kolesterol,
melancarkan perkumuhan dan menghilangkan bau badan.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Citral


56 • Tinta Bahasa: Siri 3

SIREH

Nama tempatan : Sireh


Nama saintifik : Piper betle L.
Famili : Piperaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok sireh merupakan pokok jenis memanjat dan berbatang lembut.


Daunnya bewarna hijau cerah dan berkilat. Pokok ini mudah dikenali
melalui daunnya yang berbentuk hati dan bersusun berselang seli
sepanjang batang yang bewarna oren kemerah-merahan. Nodnya
boleh mengeluarkan akar untuk tujuan memanjat. Bunganya tumbuh
antara nod, berbentuk seperti ekor kucing dan berwarna putih.
Bunganya dalam bentuk jambak bunga, halus dan tidak mempunyai
kelopak dan ranggi.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun sireh merupakan makanan tradisi yang dimakan dengan


buah pinang oleh masyarakat Melayu dan India. Sireh mempunyai
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 57

bau herba yang seringkali digunakan dalam jamu. Daun sireh


digunakan untuk merawat bisul dan kayap. Rebusan daunnya boleh
meghilangkan bau badan, mulut dan keputihan. Daun sireh juga
digunakan untuk rawat kembung perut dan hernia bayi baru lahir.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Hydroxychavicol,


eugenol dan asid galik

KADUK

Nama tempatan : Kaduk


Nama saintifik : Piper sarmentosum Roxb.
Famili : Piperaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok kaduk mempunyai rupa yang hampir sama dengan pokok


sireh dari segi bentuk daun dan warnanya. Namun begitu, pokok
ini boleh dibezakan dengan daun sireh melalui urat daunnya yang
lebih ketara berbanding daun sireh. Daunnya juga menghasilkan bau
lada yang agak kuat jika dilumatkan. Berbeza dengan pokok sireh
58 • Tinta Bahasa: Siri 3

yang memanjat, pokok ini kebiasaanya akan menjalar hanya pada


permukaan tanah dan akan menindih antara satu sama lain. Jambak
bunga jenis spika dan berada dalam keadaan tegak dan terdiri
daripada sejumlah bunga putih yang tidak mempunyai ranggi. Bunga
betina dan bunga jantan tumbuh secara berasingan pada pucuk yang
berbeza dan boleh dibezakan melalui saiz. Bunga betina bagi pokok
ini tumbuh lebih panjang daripada bunga jantan.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Masyarakat di Malaysia menggunakan daun ini sebagai salah satu


bahan masakan untuk gulai siput dan udang bakar. Daun ini juga
kebiasaanya digunakan sebagai ulam-ulaman. Selain daripada itu,
daun daripada pokok kaduk digunakan dalam ubat ubatan tradisional
Melayu. Kaduk dipercayai mampu untuk melegakan pelbagai jenis
penyakit seperti batuk, selesema dan asma. Caranya adalah dengan
meminum jus yang diperbuat daripada daun kaduk. Akarnya juga
digunakan bagi tujuan yang sama

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Amides, alkaloids,


flavonoids, tannins, saponins, glikosid, terpenoids dan kompaun
fenolik.
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 59

BUNGA TELANG

Nama tempatan : Bunga Telang


Nama saintifik : Clitoria ternatea L.
Famili : Leguminosae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan:

Pokok ini dari keluarga legum jenis memanjat. Tangkai daunya


bersusun secara selang seli manakala dedaun pokok ini dalam
susunan bertentang. Daunnya majmuk dengan 5-7 anak daun yang
berbentuk membujur dan nipis. Bunga bagi pokok ni daripada
jenis bunga tunggal, bewarna biru terang yang cantik. Bunganya
berbentuk rama-rama dan bercorong, bewarna putih ke biru dari
pangkal ke ranggi.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Pokok ini terkenal dengan bunganya yang boleh dijadikan sebagai


bahan pewarna dalam masakan dan seringkali digunakan oleh
masyarakat Kelantan dalam menghasilkan makanan tradisi mereka,
iaitu nasi kerabu. Selain itu, bunga telang juga merupakan salah
60 • Tinta Bahasa: Siri 3

satu bahan pewarna dalam minuman seperti air lemon bunga telang.
Bunga ini dipercayai boleh mengurangkan risiko untuk mendapat
penyakit diabetes.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: α-amylase and


α-glucosidase

CEKUR

Nama tempatan : Cekur


Nama saintifik : Kaempferia galanga L.
Famili : Zingiberaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Cekur merupakan tumbuhan yang tidak mempunyai batang dan


hidup pada permukaan tanah. Daunnya jenis melebar dan tumbuh
secara padat antara satu sama lain. Daunnya berbentuk memanjang
dan pucuk daunnya berbentuk akuminat. Permukaan daun bagi
pokok ini berbulu halus pada bahagian bawah. Jejambak bunga bagi
pokok ini terdiri daripada 10 hingga 12 bunga putih berbentuk tiub.
Rizomnya pula bewarna putih kekuningan dan menghasilkan aroma
seperti kapur barus.
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 61

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Pokok ini kebiasaannya hanya digunakan pada bahagian rizom.


Rizom pokok ini digunakan untuk menghasilkan tonik (jamu)
yang akan diberikan kepada wanita yang baru bersalin bagi
mempercepatkan pengecutan rahim. Cekur juga digunakan sebagai
bahan bagi melegakan sakit tekak dan merawat jeragat.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Ethyl


p-methoxycinnamate

SELASIH

Nama tempatan : Selasih


Nama saintifik : Ocimum basilicum L.
Famili : Lamiaceae
62 • Tinta Bahasa: Siri 3

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Batang pokok ini bersegi dan mengeluarkan aroma yang unik.


Daunnya berbentuk eliptik dan sisinya mempunyai gigi haluis
yang berjarak antara satu dengan yang lain. Bunganya berbentuk
infloresens dan pucuk bunga bagi pokok ini bewarna ungu. Bunga
selasih halus dan bewarna putih. Bentuk bunga mempunyai dua
bahagian, iaitu bahagian “bibir” atas dan “bibir” bawah. Bibir
bunga bahagian bawah kebiasaanya lebih besar daripada bibir bunga
bahagian atas. Stamen bunga ini bewarna putih dan lebih panjang
daripada bibir bunga atas pokok tersebut.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Masyarakat Melayu menjadikan biji daripada pokok selasih ini


sebagai penambah bahan dalam minuman segar. Selain itu, daun
pokok selasih juga digunakan di dalam masakan asam pedas
ikan patin untuk menghilangkan hanyir masakan tersebut. Selain
daripada makanan dan minuman, biji selasih juga digunakan untuk
menghasilkan pencuci mulut seperti puding. Selasih dipercayai
mampu untuk melegakan masaalah pencernaan seperti sembelit dan
cirit birit.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Linalool dan


kompaun fenolik.
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 63

PEGAGA

Nama tempatan : Pegaga


Nama saintifik : Centella asiatica (L.) Urb.
Famili : Apiaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan:

Pokok ini merupakan pokok dari jenis hidrofit yang biasanya


dijumpai pada kawasan berair. Daunnya dari jenis daun ringkas,
berbentuk kordat dan mempunyai sisi daun yang bergigi berbentuk
cekung. Bunganya pula adalah daripada jenis infloresens, bewarna
ungu muda ke merah jambu.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun pegaga dipercayai merupakan salah satu bahan yang terkenal


digunakan dalam masakan harian rakyat Melayu seperti contoh
masakan ayam masak lemak pegaga, gulai udang sayur pegaga
dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga, pegaga dijadikan sebagai
64 • Tinta Bahasa: Siri 3

makanan ulam-ulaman mentah dan juga gorengan. Pegaga juga


dijadikan sebagai jus minuman yang dipercayai mengandungi pelagai
khasiat seperti mengawal paras gula dalam darah, menyembuhkan
luka dan meningkatkan fungsi kognitif.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Pentacyclic


triterpenes, asiaticoside, madecassoside, asiatic dan asid madecassic

KESUM

Nama tempatan : Kesum


Nama saintifik : Persicaria minor (Huds.) Opiz
Famili : Polygonaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok herba renek ini mampu mencapai ketinggian 0.30m.


Batangnya berwarna kemerah-merahan. Daunnya berbentuk seperti
tombak dan bewarna hijau serta mempunyai urat yang bewarna
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 65

kemerah merahan. Bahagian tepi daun dan urat daun ini disertai
bulu bulu halus. Bunganya dalam bentuk infloresens dan berbentuk
pancang bewarna putih ke merah jambu.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun kesum ini digunakan secara turun temurun dalam masakan


Melayu. Daun ini kebiasaannya ditambah ke dalam masakan bagi
mendapatkan aroma dan rasa yang unik seperti di dalam masakan
kuah laksa dan asam pedas. Air rebusan daun kesum dipercayai
boleh membantu masaalah pencernaan.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Alkaloids dan


tannins

BANGUN – BANGUN

Nama tempatan : Bangun – bangun


Nama saintifik : Plectranthus amboinicus (Lour.) Spreng.
Famili : Lamiaceae
66 • Tinta Bahasa: Siri 3

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1m dan berpotensi


untuk menjadi pokok menjalar atau memanjat. Pokok ini menyerupai
pokok pudina, namun batang pokok ini mempunyai lebih banyak
bulu dari pokok pudina. Daunya berbentuk seperti segi tiga dan
bersaiz lebih besar daripada pudina. Bahagian bawah daun ini
mempunyai banyak bulu berkelenjar. Bunganya dalam bentuk
infloresens dan kebiasaannya mempunyai hingga 20 kuntum bunga
pada satu pucuk bunga. Bunganya bewarna putih ke ungu ke merah
jambu. Seperti kebiasaan pokok dari keluarga Lamiaceae, bunganya
mempunyai “bibir” atas dan “bibir” bawah. Bibir atas bunga tersebut
mempunyai corak bewarna ungu ke merah jambu dan bahagian bibir
bawah tidak mempunyai corak dan bewarna putih. Stamen pokok ini
lebih panjang daripada “bibir” atas.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Pokok bangun bangun kebiasaannya digunakan dalam masakan


sebagai penambah perasa. Bangun-bangun juga digunakan sebagai
makanan ulaman. Pucuk daun daripada pokok ini merupakan salah
satu bahan untuk ramuan sambal tempoyak. Daun herba ini juga
seringkali dikaitkan dengan ibu mengandung untuk membantu
membanyakkan lagi susu badan.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Carvacrol, thymol,


γ-terpinene, α-terpineol dan p-cymene
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 67

TUMBUHAN HERBA UBATAN

LEMUNI/LEGUNDI

Nama tempatan : Lemuni / Legundi


Nama saintifik : Vitex trifolia L.
Famili : Lamiaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok renek ini mampu mencapai ketinggian 3 hingga 8m. Daunya


berbentuk majmuk dan dalam susunan bertentangan. Setiap tangkai
daun pokok ini mempunyai 3 hingga 5 daun dalam bentuk elips.
Bahagian bawah daun pokok ini dipenuhi bulu bewarna putih.
Bunganya berbentuk infloresens jenis panikel dan panjangnya boleh
mencapai 16 hingga 18 cm. Setiap kuntum bunga pada panikel
tersebut berukuran lebih kurang 0.3 hingga 0.5 mm. Bunga bagi
pokok ini juga mempunyai 5 lobus.
68 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun pokok ini terbukti mempunyai komponen aktif antaranya


rotundinal, a cycloterpene aldehyde yang dapat membantu mencegah
kanser. Daun pokok ini juga dapat membantu dalam aktiviti
antimalaria dan mengelakkan kerosakan hati daripada berlaku. Buah
daripada pokok ini dapat membantu untuk mengurangkan bengkak,
sakit dan mengelakkan sakit demam. Secara tradisional, daun pokok
ini juga diguna untuk merawat cacing dalam perut, bintik-bintik
merah dan juga sakit sendi tulang.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Rho-hydroxybenzoic


acid, beta-sitosterol, beta-sitosterol-3-O-glucoside, casticin dan
3,6,7-trimethylquercetagetin

KACIP FATIMAH

Nama tempatan : Kacip Fatimah


Nama saintifik : Labisia pumila (Blume) Fern.-Vill.
Famili : Primulaceae
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 69

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok herba renek ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian


0.5m. Berbatang halus dan tidak bercabang, mempunyai daun jenis
ringkas bewarna hijau, bersusun berselang seli pada batang dan
berbentuk lanseolat. Daunya juga bersaiz besar dan boleh mencapai
sehingga 25 x 7 cm. Bahagian sisi daun pokok ini bergigi berbentuk
cekung. Daun muda herba renek ini bewarna hijau kehitaman dan
mempunyai sisi daun bewarna merah. Bunganya bewarna putih
ataupun ungu dan mempunyai 5 ranggi. Bunganya bersusun pada
pucuk bunga (infloresens) dan boleh mencapai 7 hingga 8 cm
panjang.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun rebusan kacip fatimah digunakan untuk memperbaiki kesihatan


wanita seperti contoh masalah haid, luka daripada proses peranakan
dan juga mempercepatkan proses kelahiran. Kacip Fatimah juga
terbukti dalam membantu meregangkan dan memperbaiki otot, buah
dada dan vagina. Ekstrak daun ini mengandungi pelbagai komponen
fenolik.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Pyrogallol, gallic


asid/methyl gallate, dan asid caffeic; apigenin, quercetin, myricetin,
kaempferol, catechin, epigallocatechin, naringin, dan rutin
70 • Tinta Bahasa: Siri 3

TEMULAWAK

Nama tempatan : Temulawak


Nama saintifik : Curcuma zanthorrhiza Roxb.
Famili : Zingiberaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Herba monokot parennial ini berbatang lembut dan tumbuh secara


berumpun. Berdaun ringkas, peruratan selari dan mempunyai tulang
daun yang jelas. Daunnya berbentuk tirus dan panjang dengan
pelepah daunnya tersusun di kanan dan kiri membentuk batang.
Bahagian tengah daun sepanjang tulang daun kelihatan garisan
berwarna merah ungu dan bersaiz lebih besar boleh mencapai 2
meter. Ciri dauna ini memudahkannya dibezakan daripada kunyit
dan temu manga. Rizomnya berwarna kuning jingga dan mempunyai
bau tersendiri. Jambak bunga berwarna hijau dan merah jambu di
bahagian apeks, floret (anak bunga) berwarna kuning dan coklat
merah dibahagian tengah.
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 71

Kegunaan dalam makanan dan Ubatan

Rebusan rizom temulawak boleh digunakan sebagai sumber ubatan


bagi mengubati kelesuan, demam, sengal-sengal badan dan selsema
kanak-kanak. Rizom juga dimakan sebagai ulam bagi tujuan awet
muda. Temu lawak ini merupakan antara ramuan utama dalam
penjagaan wanita yang baru lepas bersalin untuk kesegaran badan.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Xanthorrhizol

TEMU PAUH

Nama tempatan : Temu Pauh


Nama saintifik : Curcuma amada Roxb.
Famili : Zingiberaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Morfologi temu pauh juga merupakan herba monokot parenial


yang berbatang lembut dan tumbuh berumpun. Daunnya Panjang
dan tirus di hujung dan pangkal daun. Terdapat garisan berwarna
ungu sepanjang tulang daunnya. Pelepah daun selalunya 5-7 helai
72 • Tinta Bahasa: Siri 3

bersusun di kanan dan kiri membentuk batang utama. Rizomya


berwarna kuning cair dan mempunyai bau seperti mangga. Jambak
bunga muncul daripada batang berasingan, brakta hujung berwarna
merah jambu keunguan dan puith kehijauan di pangkal. Floret
berwarna putih dan bibirnya putih dengan garisan kekuningan.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Rizom dan bunganya boleh dimakan sebagai ulam untuk buang angin
dalam badan, awet muda dan melangsingkan badan. Temu mangga
juga merupakan ramuan dalam penjagaan wanita lepas bersalin,
rizom dikisar dan diminum bersama madu untuk mengecutkan
rahim. Rizom dan daunnya digunakan untuk mengubati demam
panas, kelesuan dan dan sengal-sengal badan juga selsema.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Myrcene dan


B-pinene.

LEMPOYANG HITAM

Nama tempatan : Temu Pauh


Nama saintifik : Zingiber zerumbet (L.) Roscoe ex Sm.
Famili : Zingiberaceae
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 73

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Herba monokot perennial berbatang lembut merupai halia. Daunnya


panjang dan tirus dan lebih besar daripada halia dan tersusun
melekap di kanan kiri membentuk batang utama yang berwarna
keunguan apabila matang. Jambak bunga jenis radikal, (brakta)
berwarna merah kehitaman dan floret berwarna krim kekuningan,
bibirnya berwarna kuning pucat engan bitnik kecoklatan. Buahnya
berbentuk kapsul dan berwarna merah apabila masak.

Kegunaan dalam makanan dan Ubatan:

Rebusan rizom digunakan sebagai bahan dalam penjagaan wanita


yang baru lepas bersalin bagi kesihatan rahim dan urat saraf. Rizomnya
juga digunakan untuk mengurangkan sakit perut, kembung perut dan
menambah selera makan. Lempoyang hitam ini juga digunakan bagi
merawat resdung, rheumatoid, penyakit kardiovaskular, sakit kepala
juga sebagai antioksida dan antiradang.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Zerumbone,


α-humulene dan sabinene.
74 • Tinta Bahasa: Siri 3

BONGLAI

Nama tempatan : Bonglai


Nama saintifik : Zingiber montanum (J.Koenig) Link ex
A.Dietr
Famili : Zingiberaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan:

Bonglai ialah herba monokot parenial yang juga mempunyai


morfologi seperti halia, lengkuas dan lempoyang. Peruratan daunnya
selari dan mempunyai tulang daun. Daunnya lebih panjang dan tirus
di hujung dan pangkal, bersaiz lebih besar daripada halia. Rizomnya
berwarna kuning pucat, bersaiz lebih besar halia dan mempunyai
aroma yang kuat. Jambak bunga berwarna kuning pucat, berbentuk
tiub dan mempunyai 3 lobus.

Kegunaan dalam makanan dan Ubatan:

Rebusan rizom: buang angin, sengal tulang, asthma, rawat cacing


gelang dan menguruskan badan. Rebusan daun dan rizom digunakan
sebagai mandian untuk memanaskan badan dan penawar sakit sendi.
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 75

Sama seperti lempoyang, bonglai juga merupakan antara ramuan


utama dalam perawatan wanita selepas bersalin. Rizom yang
ditumbuk lumat sesuai disapu ke perut bagi merawat bengkak rahim
dan juga sebagai bahan ubat periuk. Daunnya juga boleh merawat
bisul dan luka.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Sabinene,


γ-terpinene α-terpinene, terpinen-4-ol

KEEMBUNG

Nama tempatan : Bonglai/Bolai kuning/Bolai putih


Nama saintifik : Impatiens balsamina L.
Famili : Balsaminaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan:

Keembung merupakan herba dikotiledon berbatang lembut. Daunnya


jenis ringkas, berurat jejala tersusun secara berselang di sekeliling
batang. Daunnya lanceolat dan meruncing di hujung dan di pangkal.
Tepi daunnya bergerigi. Bunganya pelbagai warna merah, putih,
76 • Tinta Bahasa: Siri 3

ungu dan merah jambu. Buahnya berwarna hijau, berbulu lembut


dan meruncing ke hujung. Keembung merupakan sejenis tumbuhan
yang meletup dan terbuka apabila matang dengan membebaskan biji
benih.

Bahan aktif: 2—4 metoksi-naftol-kuinon dan ada juga bahan


antibakteria yang lain.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan:

Daun keembong sangat mujarab untuk merawat kuku cagu atau


cekam. Daunnya diramas dan dipupurkan pada jari yang cagu atau
luka. Pupukan bunganya juga dapat merawat kesan gigitan serangga
selepas bisa dikeluarkan.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Coumarins,


quinones, tannins, flavonoids, saponins, scopoletin, steroids dan
triterpenoid

MISAI KUCING

Nama tempatan : Misai Kucing


Nama saintifik : Orthosiphon aristatus (Blume) Miq.
Famili : Lamiaceae
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 77

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan:

Pokok herba ini boleh mencapai ketinggian hingga 2 m. Batangnya


jenis halus, keras dan bercabang. Daunya jenis ringkas, bersusun
secara bertentangan dan mempunyai sedikit bulu halus pada
permukaan atas dan bawah. Daun bagi pokok ini bebentuk lanseolat
dengan bergigi bahagian sisi daun. Bunganya pula berbentuk
infloresens dan boleh mencapai hingga 20 cm panjang. Seperti
kebiaasan pokok Lamiaceae, bunganya mempunyai 2 bibir, bahagian
atas dan bahagian bawah bewarna putih. Pengecaman pokok ini
agak mudah kerana bunganya mempunyai stamen yang panjang
yang boleh mencapai 6 cm dan berbentuk seakan-akan misai kucing.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun dari pokok ini kebiasaannya direbus dan dicampurkan ke


dalam air minuman seperti teh. Herba ini dipercayai mampu untuk
mengurangkan masaalah berat badan dan masaalah berkaitan dengan
kulit

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Asid ursolik dan


asid oleanolic
78 • Tinta Bahasa: Siri 3

SAMBUNG NYAWA

Nama tempatan : Sambung Nyawa


Nama saintifik : Gynura procumbens (Lour.) Merr.
Famili : Compositae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok ini merupakan pokok herba parenial yang berketinggian


1 hingga 3 m. Batangnya lembut dan mempunyai bintik-bintik
berwarna ungu. Pokok ini mudah untuk dikenali melalui warna
daunya yang unik. Pada bahagian permukaan atas daun pokok ini
bewarna hijau muda manakala permukaan bawah daun brewarna
keunguan. Bahagian tepi daun pokok ini juga bergigi halus. Daun
pokok ini berbentuk oval ke lansiolat. Pangkal daun berbentuk
attenuat dan pucuk daun berbentuk akut. Bunganya halus
dalam bentuk infloresens bewarna oren ke kuning kuningan dan
menghasilkan bau yang agak kurang harum.
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 79

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Daun dari pokok ini kebiasaannya dimakan sebagai ulam. Daun


pokok ini juga direbus dan diminum airnya. Sabung nyawa dipercayai
mampu untuk merendahkan darah tinggi dan mengelakkan penyakit
seperti diabetes.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: flavonoids dan


glikosaid.

HEMPEDU BUMI

Nama tempatan : Hempedu Bumi


Nama saintifik : Andrographis paniculata (Burm.f.) Nees
Famili : Acanthaceae

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan:

Pokok ini boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian 0.5m. Batangnya


mempunyai 4 sisi dan tidak mempunyai bulu halus. Daunnya
berbentuk ovat ke lansiolat dan brewarna hijau muda ke hijau tua.
80 • Tinta Bahasa: Siri 3

Bunga bagi pokok ini agak unik kerana hampir menyerupai bunga
dari keluarga Lamiaceae. Bunga dari pokok ini dari jenis infloresens
dan mempunyai dua bibir, bibir atas dan bibir bawah. Namun begitu,
berbeza dari Lamiaceae, bibir atas bagi pokok ini mempunyai
saiz lebih lebar dari bibir bawah. Bibir atas bunga pokok ini juga
bercabang tiga dan mempunyai corak bewarna ungu, manakala bibir
bahagian bawah mempunyai bintik juga bewarna ungu.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Secara tradisional, daun pokok ini ditumbuk lumat dan diletakkan


pada tempat luka. Pokok ini juga dipercayai mampu untuk merawat
demam, darah tinggi dan bagi sistem penghadaman seperti cirit birit.
Caranya adalah dengan merebus daun pokok ini dan diminum airnya.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Andrographolide


(AG)

DUKUNG ANAK

Nama tempatan : Dukung Anak


Nama saintifik : Phyllanthus niruri L.
Famili : Phyllanthaceae
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 81

Ciri Morfologi dan Anatomi Tumbuhan

Pokok herba kerdil ini hanya mampu mencapai ketinggian 10 hingga


50 cm. Daunya walaupun seakan bunga majmuk namun sebenarnya
dari jenis daun ringkas. Pada peringkat awal pertumbuhan, daun
dari batang akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan
ranting dan memberi gambaran seakan daun majmuk. Daunya halus
dan berbentuk eliptik dan bewarna hijau. Oleh kerana daunya halus,
tetulang daun dan urat daun tidak dapat dilihat dengan jelas. Pada
bahagian pangkal daun akan terdapat bunga-bunga halus berwarna
kehijauan yang memberi gambaran seperti mendukung anak.

Kegunaan dalam Makanan dan Ubatan

Pokok ini secara tradisional digunakan sebagai ubat bagi penyakit


yang berkaitan dengan jaundis dan buah pinggang. Caranya adalah
dengan mengambil keseluruhan pokok tersebut bersama akarnya
dan direbus. Airnya diminum.

Kandungan bahan aktif / Kompaun fitokemikal: Flavonoids,


alkaloids dan terpenoids

PENUTUP

Tumbuhan herba yang telah dibincangkan adalah sebahagian kecil


sahaja khazanah tanaman ubatan orang Melayu. Masih banyak yang
boleh dibincangkan dan didokumenkan sebagai sumber rujukan
masyarakat umum dan generasi akan datang. Dokumentasi herba
dan manfaatnya dalam perubatan amat penting kerana secara tidak
langsung kearifan orang Melayu terhadap ilmu perubatan berasaskan
herba dapat ditonjolkan. Bahkan, dokumentasi herba juga dapat
memperlihatkan sumber makanan berkhasiat dalam kalangan orang
Melayu. Sebagai masyarakat Melayu, kita seharusnya berbangga
82 • Tinta Bahasa: Siri 3

dan berusaha mendalami ilmu ini. Amalan herba ubatan sebagai


penawar berbagai penyakit dan makanan penjagaan kesihatan harian
juga telah menjadi tradisi dan menyumbang kepada pengekalan jati
diri Melayu yang beridentiti tersendiri dan unik.

RUJUKAN

Adfa M. 2006. 6-Metoksi, 7-hidroksi kumarin dari daun pacar air (Impatiens
balsamina Linn.). Jurnal Gradien 2 (2): 183-186.
Anita Tamta, Om Prakash, H. Punetha & A.K. Pant | John Spencer (Reviewing
Editor) (2016) Chemical composition and in vitro antioxidant potential
of essential oil and rhizome extracts of Curcuma amada Roxb, Cogent
Chemistry, 2:1
Ashaari NS, Mohamad NE, Afzinizam AH, Ab. Rahim M-H, Lai
KS, Ong Abdullah J. (2021) Chemical Composition of Hexane-
Extracted Plectranthus amboinicus Leaf Essential Oil: Maximizing
Contents on Harvested Plant Materials. Applied Sciences. 11(22):10838.
Bagalkotkar, G., Sagineedu, S. R., Saad, M. S., & Stanslas, J.
(2006). Phytochemicals from Phyllanthus niruri Linn. and their
pharmacological properties: a review. The Journal of pharmacy and
pharmacology, 58(12), 1559–1570.
Bylka, W., Znajdek-Awiżeń, P., Studzińska-Sroka, E., & Brzezińska, M.
(2013). Centella asiatica in cosmetology. Postepy dermatologii i
alergologii, 30(1), 46–49.
Chen, X. K., & Ge, F. H. (2014). Zhong yao cai = Zhongyaocai = Journal
of Chinese medicinal materials, 37(4), 616–620.
Devkota HP, Paudel KR, Hassan MM, Dirar AI, Das N, Adhikari-Devkota
A, Echeverría J, Logesh R, Jha NK, Singh SK, Hansbro PM, Chan Y,
Chellappan DK, Dua K. (2021). Bioactive Compounds from Zingiber
montanum and Their Pharmacological Activities with Focus on
Zerumbone. Applied Sciences. 11(21):10205.
Escher, G. B., Marques, M. B., do Carmo, M., Azevedo, L., Furtado,
M. M., Sant’Ana, A. S., da Silva, M. C., Genovese, M. I., Wen, M.,
Zhang, L., Oh, W. Y., Shahidi, F., Rosso, N. D., & Granato, D. (2020).
Clitoria ternatea L. petal bioactive compounds display antioxidant,
Tumbuhan Ubatan Orang Melayu... • 83

antihemolytic and antihypertensive effects, inhibit α-amylase and


α-glucosidase activities and reduce human LDL cholesterol and DNA
induced oxidation. Food research international (Ottawa, Ont.), 128,
108763.
Filip S (2017) Basil (Ocimum basilicum L.) a Source of Valuable
Phytonutrients. Int J Clin Nutr Diet 3: 118.
Gao, S., Liu, G., Li, J., Chen, J., Li, L., Li, Z., Zhang, X., Zhang, S.,
Thorne, R. F., & Zhang, S. (2020). Antimicrobial Activity of
Lemongrass Essential Oil (Cymbopogon flexuosus) and Its Active
Component Citral Against Dual-Species Biofilms of Staphylococcus
aureus and Candida Species. Frontiers in cellular and infection
microbiology, 10, 603858.
Ghasemzadeh, A., Jaafar, H.Z.E., Rahmat, A. (2015). Secondary metabolites
constituents and antioxidant, anticancer and antibacterial activities
of Etlingera elatior (Jack) R.M.Sm grown in different locations of
Malaysia. BMC Complement Altern Med 15, 335
Halijah Ibrahim, Khalijah Awang, Nor Azah Mohamad Ali, ri Nurestri
Abd. Malek, Ibrahim Jantan, Devi Rosmy Syamir, Norsita Tohar &
Ahmad Nazif Aziz. 2008. Selected Malaysian Aromatic Plants and
their Essential Oil Components.University of Malaya. Kuala Lumpur.
Jabatan Perhutanan Negeri Perak Darul Ridzuan. 2012. Herba Khazanah
Hutan Negeri Perak. Percetakan Zainon Kassim Sdn Bhd.
Kim, M. B., Kim, C., Song, Y., & Hwang, J. K. (2014). Antihyperglycemic
and Anti-Inflammatory Effects of Standardized Curcuma xanthorrhiza
Roxb. Extract and Its Active Compound Xanthorrhizol in High-Fat Diet-
Induced Obese Mice. Evidence-based complementary and alternative
medicine : eCAM, 2014, 205915. https://doi.org/10.1155/2014/205915
Mohiuudin, E & Akram, M & Naveed, Akhtar & Asif, Muhammad & Shah,
Pervaiz & Saeed, Tariq & Mahmood, Arshad & Malik, Nadia. (2011).
Medicinal potentials of Alpinia galanga. Journal of medicinal plant
research. 5. 6578-6580. 10.5897/JMPR11.525.
Musa Yaakob, Azimah Abd. Kadir dan Zaharah Hasan. 2009. Tumbahan
Ubatan Popular di Malaysia. Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI). Kuala Lumpur
Nguyen, LTT, Nguyen, TT, Nguyen, HN, Bui, (2020). QTP. Simultaneous
determination of active compounds in Piper betle Linn. leaf extract
and effect of extracting solvents on bioactivity. Engineering
Reports. 2:e12246.
Noraida Arifin. 2005. Penyembuhan Semulajadi Dengan Herba. PTS.
84 • Tinta Bahasa: Siri 3

Ong Hean Chooi. 2006. Sayuran; Khasiat Makanan dan Ubatan. Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Pisol Maidin. (2013). Ilmu Anatomi dan Fisiologi dalam Kitab Bustan
al-Salatin. Dalam Rahimah A.Hamid, Mohd Kipli Abdul Rahman &
Nazarudin Zainun (Ed), Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara
Meneliti Khazanah Sastera, Bahasa dan Ilmu (hlm180- 192)
Schmidt, E., Bail, S., Buchbauer, G., Stoilova, I., Atanasova, T., Stoyanova,
A., Krastanov, A., & Jirovetz, L. (2009). Chemical composition,
olfactory evaluation and antioxidant effects of essential oil from
Mentha x piperita. Natural product communications, 4(8), 1107–1112.
Tan, H. L., Chan, K. G., Pusparajah, P., Lee, L. H., & Goh, B. H.
(2016). Gynura procumbens: An Overview of the Biological
Activities. Frontiers in pharmacology, 7, 52. https://doi.org/10.3389/
fphar.2016.00052
Tiwari, Dr & Talreja, Shreya. (2020). Medicinal and Pharmacological
importance of Vitex trifolia: A Review. Research Journal of
Pharmaceutical, Biological and Chemical Sciences. 11. 9-13. 10.33887/
rjpbcs/2020.11.5.2.
4
Keindahan Bahasa dalam
Pantun Melayu
Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

MUKADIMAH

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

PANTUN JUALAN

Yang berikut ialah pantun yang dijual kepada para peserta. Para
peserta boleh mengemukakan pantun belian masing-masing pada
akhir pembentangan.
86 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kelapa puan kelapa bali,


Kelapa tua di tepi telaga;
Wahai tuan bijak bestari,
Apakah falsafah hidup anda?

BEBERAPA CIRI UTAMA PANTUN MELAYU

Bagi memulakan pembentangan ini, di bawah dipertutunkan ciri-ciri


utama pantun Melayu.

BENTUK PANTUN

Pantun dapat terdiri daripada dua baris, empat baris, enam baris,
lapan baris, 10 baris, dan seterusnya. Namun, yang lazim ialah
pantun empat baris.

Contoh:

(1) Banyak udang banyak garam,


Banyak orang banyak ragam.

(2) Arak-arak kelapa puan,


Tidak puan kelapa bali;
Harap hati kepada tuan,
Tidak tuan siapa lagi.

(3) Apa diharap padi seberang,


Entah berderai entah tidak,
Entah dimakan pipit melayang.
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.
Keindahan Bahasa dalam Pantun Melayu • 87

STRUKTUR BINAAN PANTUN

Dari segi struktur binaan, pantun terdiri daripada pembayang


maksud dan maksud. Kedua-dua struktur ini mempunyai kaitan,
iaitu perkaitan antara pembayang maksud dengan maksud. Kaitan
kedua-dua bahagian ini amat erat.

Contoh:

(i) Pembayang maksud : Ada budi ada batas,

Maksud : Ada budi ada balas

(ii) Pembayang maksud : Di sana padi di sini padi,


Padi sawah dari seberang;

Maksud : Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna bernama orang.

Perhatikan juga contoh (1) – (3) dalam para (1) di atas.

ASPEK KEINDAHAN DALAM PANTUN

Yang berikut ialah beberapa aspek keindahan dalam pantun.

(a) Kepelbagaian Bentuk

Pertama ialah keindahan dari segi kepelbagaian bentuknya,


yakni dua baris, empat baris, enam baris dan seterusnya,
seperti yang dapat dilihat dalam contoh-contoh di atas.
Setiap bentuk mempunyai ciri-ciri keindahan tersendiri.
88 • Tinta Bahasa: Siri 3

(b) Binaan

Keindahan dari segi binaan dapat dilihat dari segi


pembahagian pantun kepada dua bahagian utama, iaitu
pembayang maksud dan maksud. Dua binaan ini kekal
sebagai struktur asas sesebuah pantun, tidak kira berapa
baris binaannya.

(c) Hubungan Erat Pembayang Maksud dan Maksud.

Wujudnya hubungan yang erat antara kedua-dua bahagian


pantun ini, iaitu pembayang maksud dan maksud. Dari
satu segi ialah hubungan erat yang wujud antara latar yang
disediakaan oleh pembayang maksud dengan maksud yang
tergambar dalam dua baris akhir pantun. Dari segi yang lain
pula ialah maksud yang tergambar dalam dua baris akhir,
yang secara langsung atau tidak langsung mempunyai kaitan
dengan pembayang maksud.
Mengikut Za’ba, pembayang maksud ialah kulit pantun,
yang bertujuan untuk menyediakan orang tentang isinya.
Pembayang maksud lazimnya indah, kata Za’ba lagi.
Maksud pula ialah isi pantun sebenar sesebuah pantun; isi
pantun membawa pelbagai makna, terutama buah fikiran
yang indah-indah serta pelbagai jenis pengajaran.
Pembayang maksud menjadi indah kerana diambl
daripada sumber alam yang amat dekat dengan manusia.
Wilkinson pula mengatakan bahawa, “The first pair of lines
should represent a poetic thought with its beauty veiled;
while the second pair should give the same thought in all its
unveiled beauty.”
Keindahan Bahasa dalam Pantun Melayu • 89

Di bawah ialah beberapa contoh pantun yang indah; perhatikan


binaan pembayang maksud dan maksud setiap pantun.

Contoh:

(4) Buah pauh dari permatang,


Dibawa dengan putik kelubi;
Dari jauh saya datang,
Bertemu tuan yang baik budi.

(5) Bunga melati bunga di darat,


Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

(6) Permata jatuh di rumput,


Jatuh di rumput gilang;
Kasih umpama embun di hujung rumput,
Datang matahari hilang.

LATIHAN A

Bina DUA pembayang maksud, satu berlatarkan suasana alam secara


am, yang kedua berlatarkan Singapura.

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN

Dengan keindahan bahasa dimaksudkan rasa estetika yang tinggi


yang dilahirkan melalui penggunaan bahasa yang baik dan indah.
90 • Tinta Bahasa: Siri 3

Yang berikut dibincangkan beberapa keindahan bahasa dalam


pantun.

(a) Aspek irama dan bunyi

Dalam antun empat baris, keindahan tercapai melalui persamaan


bunyi pada hujung baris yang berbentuk a b a b.

Contoh:
(7) Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Demikian juga, terdapat persamaan bunyi di tengah baris pantun,


di samping di hujung baris.

Contoh:
(8) Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

(b) Aspek jumlah suku kata

Keindahan juga tercapai melalui jumlah suku kata yang


wujud dalam sesebuah pantun. Dalam setiap baris terdapat
4 perkataan, yang terdiri pula antara 7 - 12 suku kata. Setiap
pantun lazimnya patuh pada jumlah suku kata ini.

Contoh:
(9) Nyiur gading tinggi menjulang, (9)
Masak ketupat berisi inti; (10)
Buah delima di dalam cawan. (10)
Hancur daging berkisar tulang, (9)
Belum dapat belum berhenti, (9)
Hendak bersama dengan tuan. (9)
Keindahan Bahasa dalam Pantun Melayu • 91

(c) Aspek gambaran yang ditimbulkan.

Keindahan pantun juga dihasilkan melalui gambaran yang


ditimbulkan dalam pembayang maksud dan maksud. Apabila
berpantun, orang Melayu menggunakan alam persekitaran
sebagai latar, dengan gunung-ganang dan hutan rimbanya, serta
juga cara hidup berkampung halaman.

Apa pantun yang menggunakan tumbuh-tumbuhan dalam


pembayang maksud.

Contoh:
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;

Ada juga pantun yang menggunakan haiwan yang menyerlahkan


keindahan pantun. Gambaran haiwan ini menjelaskan eratnya
hubungan dengan alam sekeliling.

Contoh:
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman;

Dalam maksud pula terdapat gambaran kasih sayang:

Contoh:
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Di samping itu, gambaran kekecewaan juga dimuatkan dalam


pantun

Contoh:
Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari.
92 • Tinta Bahasa: Siri 3

ASPEK MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN

(i) Sebahagian besar pantun Melayu merupakan pantun percintaan,


yang berfungsi sebagai saluran untuk menyampaikan rasa kasih
sayang dan kemesraan.

Contoh:
(10) Orang Cina pulang ke China,
Sampai ke China lima belas hari;
Makan tak kenyang tidur tak lena,
Teringatkan tuan setiap hati.

(11) Buah berangan masaknya merah,


Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa tahu.

(ii) Banyak juga pantun yang menekankan kepentingan berbudi.

Contoh:
(12) Anak haruan lima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

(13) Bila memandang ke muka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

(iii) Banyak juga yang berbentuk nasihat.

(14) Sebab pulut santan binasa,


Sebab mulut badan binasa.
Keindahan Bahasa dalam Pantun Melayu • 93

(15) Menanam bunga di dalam pasu,


Bunga melati dan bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kalau nanti binasa badan

(iv) Tidak kurang juga ialah pantun teka-teki dan pantun jenaka.

(a) Pantun teka-teki:


(16) Kalau ada tembak kencana,
Gunung Daik boleh didaki;
Kalau tuan bijak laksana,
Apa binatang keris di kaki.

(17) Walau dibungkus bukan kirim,


Sudah takdir Tuhan yang satu;
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu.

(b) Pantun jenaka:


(18) Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Engkau tak hendak aku tak ingin.

(19) Timang tinggi-tinggi,


Sampai cucur atap;
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.
94 • Tinta Bahasa: Siri 3

LATIHAN B

Bagi setiap pantun berikut, buat analisis dari segi:

• Binaan pantun
• Mesejnya
• Rima dan irama

(20) Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

(21) Puas saya bertanam ubi,


Nanas juga dipandang orang;
Puas saya menabur budi,
Emas juga dipandang orang.

(22) Anak punai anak merbah,


Hinggap di tanggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hati orang.

LATIHAN C

Sediakan pembayang maksud/maksud bagi pantun-pantun berikut.

(i) ……………………………………
…………………………………..;
Jangan ikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
Keindahan Bahasa dalam Pantun Melayu • 95

(ii) ………………………………………..,
………………………………………..;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

(iiI) Bintang barat terbit petang,


Bintang timur terbit pagi;
………………………………………..
………………………………………..

(iv) Hari-hari pergi ke kebun,


Menanam jagung dan ubi;
………………………………………..,
………………………………………..

RUJUKAN

Daillie, Francois-Rene, 1988. Alam Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Akmal Wan Semara, 2005. Unsur Puitika dalam Puisi Melayu
Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wilkinson, R.J. & R.O. Winstedt, 1961. Pantun Melayu (cet. ke-3).
Singapura: Malaya Publishing House.
Zainal Abidin Bakar, 1991. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
5
Keistimewaan dan Kearifan
Masyarakat Melayu Menggunakan
Khasiat Buah-Buahan dalam Ilmu
Perubatan
Salmah Jan Noor Muhammad
Universiti Putra Malaysia

PENGENALAN

Ilmu perubatan dalam manuskrip Melayu adalah antara pustaka


pengetahuan yang dideskripsikan secara detail oleh pengarang
tentang bahan-bahan bersama-sama dengan khasiatnya untuk
merawat sesuatu penyakit. Ilmu ini memberi banyak manfaat kepada
masyarakat bukan sahaja pada masyarakat zaman silam malahan
masyarakat moden juga dapat menikmatinya. Justeru itu, manuskrip
Melayu dalam genre ini perlu ditelaah secara rapi agar faedah
daripadanya dapat diketengahkan selain dilestari dan seterusnya
diadunkan bersama-sama dengan perubatan moden. Hal ini selari
dengan pendapat H.C Loir dan Oman Fathurrahman (1999) yang
menyatakan bahawa:
98 • Tinta Bahasa: Siri 3

“Barang siapa mudah akrab dengan dunia manuskrip, akan dapat


dengan jelas mengetahui bahawa naskhah itu mengandungi
kekayaan informasi yang berlimpah-limpah.”

Ilmu perubatan dikenali juga sebagai ilmu “tib”. “Tib” berasal


daripada perkataan Arab, iaitu ubat, tukang ubat (tabib), atau surat
ubat (wasfatu ‘t-tabib). Institusi pengajian Melayu di seluruh dunia
mengenali manuskrip genre ini sebagai kitab tib. Namun begitu,
terdapat juga nama lain yang diperoleh bagi mewakili manuskrip
genre perubatan, misalnya kitab rejang, kitab mujarabat, kitab tajul
muluk, kitab raksi, ubat tradisional, kitab ubat tradisional. Harun
Mat Piah (2006) menyatakan ilmu perubatan merupakan salah satu
bidang yang amat penting kepada setiap kelompok masyarakat di
dunia ini.
Menelusuri koleksi manuskrip perubatan Melayu, dianggarkan
sebanyak 40 buah koleksi manuskrip kitab tib dalam simpanan
Perpustakaan Negara Malaysia dan lebih daripada 80 buah manuskrip
perubatan yang direkodkan di seluruh dunia (Mastika, 2021). Kitab
tib Melayu dalam simpanan Perpustakaan Negara Malaysia adalah
dalam bentuk puisi dan juga prosa. Antaranya:

a. Syair Laksana Kita (MSS 2509)


b. Hikayat Nurul-Lisan Menjawab Masalah (MSS 179)
c. Kitab Tib Pontianak (MSS 2219)
d. Kitab Tib (MSS 747)
e. Kitab Tib (MSS 758)
f. KitabTib (MSS 1078)
g. Kitab Tib (MSS 1470)
h. Kitab Tib (MSS 759)

Sementara koleksi di luar negara:

a. Kitab Tib (OR. 1714) - Leiden University, Netherlands


b. Kitab Tib (SOAS 3936) – School of Oriental and African
Studies, United Kingdom.
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 99

Selain itu, pada tahun 2016, kitab tib juga telah diiktiraf sebagai
Seni Warisan Negara di bawah kategori ‘Warisan Bahasa dan
Persuratan’. Daya penarik pada manuskrip perubatan bukan sahaja
tertumpu pada isi kandungannya semata-mata tetapi juga pada
bentuk fizikalnya yang pelbagai. Antara yang dapat dinyatakan di
sini ialah bentuk buku, daun lontar dan papan.

Gambar 1 Bentuk Fizikal Kitab Tib


Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia
100 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kearifan dan keistimewaan masyarakat Melayu dalam ilmu


kesihatan diri terserlah apabila membincangkan khasiat bahan yang
digunakan dalam perubatan dan mencari tahu punca penyakit yang
dialami oleh individu secara teliti. Salah satu aktiviti yang dilakukan
oleh perawat adalah dengan melakukan proses diagnosis, iaitu
mengenal pasti sesuatu penyakit dengan melihat tanda perubahan
pada anggota badan pesakit seperti pada kulit, mata, permukaan lidah
dan melakukan pemeriksaan pada denyutan nadi pesakit. Kadangkala
proses ini dicatatkan turut mendapat bantuan daripada kuasa ghaib
atau kaedah yang dipanggil ‘menurun’. Setelah mengetahui punca
penyakit, perawat akan mengaplikasi beberapa teknik perawatan
seperti kaedah bekam dan urutan serta dikaitkan dengan elemen
semula jadi tubuh manusia, iaitu panas, hangat, kering dan sejuk.
Lazimnya, dalam membicarakan jenis penawar, bahan-bahan
yang digunakan tidak bersifat tunggal namun memerlukan kombinasi
adunan bahan-bahan perubatan lain. Aspek ini sangat menarik untuk
diketengahkan sebagai suatu kajian rentas jenis flora dan tindakan
tersebut seakan-akan melakukan eksperimen dalam bidang sains
bahan. Campuran adunan tersebut perlu sesuai dengan penyakit
yang ingin dirawat bagi mengelakkan sebarang kemudaratan.
Selain itu, terdapat juga sukatan waktu yang dirujuk pada waktu
solat seperti sebelum subuh, selepas waktu zuhur dan waktu asar.
Sementara kaedah sukatan dapat dikenal pasti melalui penggunaan
istilah seperti ‘seruas telunjuk’, dan ‘segenggam harat’. Ukuran
dan timbangan pula mengikut jumlah dan berat bahan-bahan yang
digunakan oleh perawat bagi mengubati penyakit. Pesakit juga
diminta untuk tidak melanggar pantang larang yang telah ditetapkan
kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu
tersebut.
Manuskrip perubatan Melayu sangat menarik untuk dikaji kerana
terdapat beberapa pecahan topik yang boleh diteliti. Abdul Samad
Ahmad (1983) telah menulis buku yang bertajuk Warisan Perubatan
Melayu. Beliau menggunakan manuskrip Ilmu Tabib bertarikh
1288 Hijrah sebagai bahan kajian dan memfokuskan kepada khasiat
tumbuh-tumbuhan. Kajian berkaitan manuskrip perubatan diteruskan
oleh Harun Mat Piah, iaitu seorang pengkaji prolifik dalam bidang
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 101

ini. Beliau sangat aktif menghasilkan dan menerbitkan kajian dalam


bentuk penulisan buku dan artikel serta membentang kertas kerja
untuk berkongsi maklumat kegeniusan masyarakat Melayu. Antara
hasil kajian beliau ialah Kitab tib: ilmu perubatan Melayu (2019),
Kitab Tib Muzium Terengganu: Edisi Dan Huraian Teks (2017),
Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan Negara Malaysia: Kajian Teks
Dan Suntingan (2014) dan Kitab Tib: Sumber Dan Perbahanan
Dalam Ilmu Perubatan Melayu (2006). Kebanyakan hasil dapatan
beliau memfokuskan kepada petua, khasiat bahan dan juga kaedah
rawatan.
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Nurul Wahidah
Fauzi (2012) telah menganalisis Kitab Tib Pontianak dari aspek
pengaruh Islam dalam perubatan Melayu tradisional. Hasil dapatan
menunjukkan bahawa pengaruh Islam dapat dikaitkan dengan
faktor pemilihan masa, hari, dan arah serta penekanan adab semasa
proses mendapatkan tumbuh-tumbuhan untuk penyembuhan.
Abdul Razak Karim (2017) pula menggunakan Kitab Tib MS
115 Koleksi Perpustakaan Universiti Malaya, Kitab Tib MLZ 62
Koleksi Buton, Sulawesi Tenggara, Kitab Tib MSS 2115 Koleksi
Perpustakaan Negara Malaysia, Kitab Tib CL.SJJ.2011 62 Koleksi
Surau Calau, Padang dan Kitab Tib MSS 2219 Koleksi Perpustakaan
Negara Malaysia. Beliau memfokuskan rawatan perubatan yang
menggunakan kaedah rawatan sendiri, iaitu DIY (Do It Yourself)
sebagai tanda keintelektualan masyarakat Melayu dalam menangani
jenis penyakit.
Indirawati Zahid et.al (2019) pula menumpukan makna denotatif
kata kerja dan hubungan leksikal kata kerja yang digunakan dalam
Kitab Tib Muzium Terengganu: Edisi dan Huraian Teks. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa terdapat kata kerja yang kurang aktif
dan makna kata yang tidak lagi digunakan dalam bahasa moden
dari sudut semantik leksikal manakala hubungan leksikal kata kerja
memperlihatkan makna kata yang terdapat pada Kamus Dewan turut
digunakan pada bahan kajian.
Berdasarkan kajian lepas, trend menunjukkan bahawa manuskrip
perubatan dapat dikaji dari pelbagai sudut dan bukan sahaja
berfokuskan kepada perbincangan perubatan semata-mata. Tidak
102 • Tinta Bahasa: Siri 3

dinafikan, manuskrip Melayu sememangnya menyediakan ruang


pengkajian yang tidak bersasar kepada bidang tertentu sahaja. Oleh
itu, dalam penulisan ini, akan membincangkan tentang keistimewaan
dan kearifan tempatan masyarakat Melayu dengan menggunakan
khasiat buah-buahan dalam ilmu perubatan. Perbincangan ini
juga akan merungkaikan khasiat dan kaedah rawatan penyakit
berdasarkan buah-buahan dalam manuskrip yang mencatatkan rekod
tentang perubatan Melayu. Bahan kajian yang akan digunakan ialah
Bustan al-Salatin Bab Tujuh: pada fasal ketiga dan juga Kitab Tib
Versi Manuskrip Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif utama dalam penulisan ini, iaitu:

a. Mengenal pasti buah-buahan yang digunakan dalam manuskrip


Melayu terpilih.
b. Menganalisis khasiat dan kaedah rawatan yang digunakan
berdasarkan buah-buahan sebagai bahan perawatan penyakit.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah kepustakaan dan analisis kandungan akan digunakan


dalam kajian ini. Terdapat empat tatacara yang digunakan iaitu
tahap memilih, mengumpul, menganalisis dan merumus data. Pada
tahap memilih data, pemilihan bahan-bahan kajian dititikberatkan,
iaitu bahan yang berkaitan dengan perubatan tradisional. Pada
tahap pengumpulan data, penelitian akan dilakukan terhadap bahan
yang bersesuaian dengan objektif kajian. Setiap pembacaan akan
dicatatkan. Sementara itu, pada tahap analisis data, perkara yang
difokuskan adalah menganalisis maklumat yang berkaitan dengan
topik kajian.
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 103

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Haliza Mohd. Riji (2005) menyatakan bahawa terdapat dua falsafah


utama dalam perubatan Melayu, iaitu: “pencegahan lebih utama
daripada mengubati penyakit’ dan “bagi setiap penyakit ada ubatnya”.
Falsafah ini berkaitan dengan sikap mengambil berat masyarakat
Melayu tentang penjagaan kesihatan diri dan gemarkan perkongsian
ilmu antara satu sama lain. Pada mulanya, ilmu ini diturunkan secara
lisan, namun atas dasar tanggungjawab, ilmu perubatan tersebut
telah ditulis oleh pengarang agar dapat dimanfaatkan dan tidak
hilang begitu sahaja tanpa warisan.
Masyarakat Melayu mencatatkan bahan yang digunakan dalam
perubatan Melayu terdiri daripada alam flora dan fauna. Namun
begitu, bahan yang dominan digunakan adalah yang berasaskan flora
ataupun tumbuh-tumbuhan. Hashim Musa dan Salmah Jan Noor
Muhammad (2011) menyatakan tumbuh-tumbuhan atau flora adalah
anugerah Allah yang amat berharga kepada manusia yang paling
mujarab mengubati penyakit. Kategori tumbuh-tumbuhan ialah buah-
buahan, daun, rizom, rempah-ratus dan bunga. Dalam penulisan ini,
hanya jenis buah-buahan sahaja yang akan dibincangkan.
Buah-buahan termasuk dalam kategori flora dan berperanan
menyegarkan badan dan memudahkan proses pencernaan makanan.
Keistimewaan buah-buahan dalam menyembuhkan pelbagai penyakit
dapat dikenalpasti oleh masyarakat Melayu melalui pemerhatian dan
pengalaman sendiri. Kehebatan masyarakat Melayu dalam hal ini
diakui oleh Mohd Koharuddin (2003), yang menyatakan bahawa
masyarakat Melayu mempunyai ilmu pengetahuan dalam merawat
penyakit dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan.
Ong Hean Chooi (2004) menyatakan buah-buahan ialah sumber
penting pelbagai bahan yang diperlukan oleh tubuh seseorang,
terutamanya karbohidrat, mineral dan vitamin. Kandungan
nutrien yang terdapat di dalam buah mampu menyumbang kepada
perkembangan kesihatan manusia. Menurut Steven T. Yen, et.al
(2011) buah-buahan merupakan salah satu kunci kepada pencegahan
penyakit yang baik kerana buah-buahan kaya dengan vitamin C
104 • Tinta Bahasa: Siri 3

dan mempunyai kandungan kalori yang rendah, nutrien dan serat


pemakanan yang baik. Sementara itu, Eizah Mat Hussain (2019)
berpendapat bahawa buah-buahan digunakan sebagai sumber
makanan dan penjanaan pendapatan oleh masyarakat Melayu.
Melalui penelitian terhadap bahan kajian, terdapat beberapa
buah yang menjadi intipati utama yang digunakan dalam perubatan.
Antaranya:

a. Buah Anggur
b. Buah Badam
c. Buah Ceri
d. Buah Delima
e. Buah Limau
f. Buah Pinang
g. Buah Pisang

a. Buah Anggur

Buah anggur ialah antara buah terbaik dan menjadi pilihan sebagai
pelengkap makanan. Buah anggur terbahagi kepada tiga jenis,
iaitu anggur hijau, anggur merah dan anggur hitam. Nama saintifik
bagi buah anggur ialah Vitis Vinifera (Ong Hean Chooi, 2004).
Menurut Muhammad (2006), khasiat buah anggur adalah untuk
melancarkan dan menyeimbangkan proses penghadaman selain
dapat membersihkan darah. Setiawan Dalimartha dan Felix Adrian
(2013) pula menyatakan bahawa buah anggur mengandungi zat gizi
dan digunakan sebagai detoks selain bertindak sebagai diuretik untuk
menambah aliran kencing, dapat menghentikan darah, dijadikan
sebagai antioksidan dan antikanser serta memperkuatkan tubuh
badan untuk melawan penyakit terutamanya gangguan yang terjadi
pada saluran pencernaan dan hati.
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 105

Gambar 2 Buah anggur

Jika meneliti Bustan al-Salatin Bab Tujuh (selepas ini BSBT),


pembaca akan menemui khasiat buah anggur. Pertama, adalah untuk
menguatkan urat badan yang dapat menambahkan tenaga. Kedua,
mencantikkan kulit badan dan, ketiga ialah dapat menghilangkan
kahak.

Makan oleh kamu zabib (anggur), serta ucap oleh kamu


Dengan Bismillahirahmanirrahim, sebaik makanan zabit.
Iaitu memberi kuat akan segala urat dan menghilangkan
balgham dan mengelokan warna badan.
(BSBT:130)

Keabsahan khasiat anggur yang terdapat dalam BSBT


turut diakui dalam perubatan moden. Ong Hean Chooi (2004)
berpendapat bahawa anggur yang dimakan atau dibuat jus minuman
mampu merawat penyakit batuk yang membawa kepada lendir dan
kahak seperti yang dicatatkan dalam BSBT. Hal ini kerana anggur
mengandungi banyak fosforus, mineral , vitamin A, dan polifenal
yang dapat dijadikan sebagai agen penyah virus. Pengambilan
buah anggur setiap hari akan dapat mengurangkan risiko kanser,
menstabilkan darah, menurunkan kadar kolestrol dan, dapat
membakar lemak (Sabda. S, 2013).
106 • Tinta Bahasa: Siri 3

b. Buah Badam

Nama saintifik bagi buah badam ialah Prunus dulcis. Herbst


(2001) menyatakan badam ialah ‘rumah kuasa’ pemakanan. BSBT
mencatatkan bahawa memakan buah badam adalah sangat penting
bagi individu yang mempunyai keperluan untuk menambahkan
berat badan. Selain itu, badam juga digunakan untuk menghilangkan
batuk dan merawat sakit atau pedih ulu hati.

Faedahnya, menembunkan tubuh dan menghilangkan batuk.


Lagi menghilangkan senak hati
(BSBT:130).

Gambar 3 : Buah Badam

Batuk ialah tindak balas untuk menyingkirkan kuman dan benda


asing. Namun begitu, jika batuk berlangsung secara berterusan akan
mengganggu salur pernafasan dan juga boleh membawa kepada
radang paru-paru (pneumonia). Pedih ulu hati pula adalah disebabkan
oleh asid perut yang mengganggu kawasan bawah esofagus (http://
www.myhealth.gov.my). Pedih ulu hati yang berlaku dengan kerap
boleh menyebabkan masalah yang serius dan memerlukan perhatian
perubatan yang khusus. Justeru itu, BSBT telah menganjurkan kaedah
perawatan kepada pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan sakit
batuk. Apabila pesakit mengalami pedih ulu hati dan mengalami
masalah batuk, maka disarankan untuk mencampurkan buah badam
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 107

dengan air mawar. Insya-Allah, dengan izin-Nya, penyakit tersebut


akan segera hilang. Air mawar ialah cecair yang diperbuat daripada
air dan kelopak mawar dan mempunyai sifat-sifat antiseptik.

Dan merasa sakit, apabila sedikit dicampurkan dengan air


mawar.
(BSBT : 130)

Kearifan masyarakat Melayu dalam mengetahui khasiat buah


badam ini dapat dikaitkan melalui penelitian kandungan terhadap
buah badam. Menurut Zubaidi Ahmad (2019) buah badam
mengandungi antioksida, vitamin B dan vitamin E yang berfungsi
sebagai ejen anti radang. Anisah Barakbah (2007) pula menambah
khasiat buah badam dapat memberi kecergasan otak dan juga
kesegaran kulit.

c. Buah Ceri

Menurut Setiawan Dalimartha dan Felix Adrian (2013), buah ceri


bermanfaat sebagai penghias makanan dan juga bergizi tinggi serta
penyembuh kepada penyakit gout.

Gambar 4 Buah Ceri

Dalam BBST, khasiat buah ceri dibahagikan mengikut jenisnya.


Menurut pengarangnya, ceri terbahagi kepada dua, iaitu ceri hitam
108 • Tinta Bahasa: Siri 3

dan manis. Ceri hitam berfungsi untuk: menghancurkan kahak dan


menghancurkan angin dalam badan. Selain itu, ceri hitam juga dapat
mematikan cacing (gelang-gelang) dalam perut, menyembuhkan
selesema serta menyembuhkan individu yang terkena racun ikan dan
juga penyakit kusta (kedal anjingan).

Faedahnya, menghancurkan segala balgham dan angin lagi


menghilangkan kedal anjingan dan mengeluarkan gelang-
gelang dan menghilangkan selesema dan akan tuba ikan dan
lagi banyak manfaatnya.
(BSBT : 125)

Ceri manis pula bermanfaat sebagai penawar kepada sakit perut,


menguatkan penglihatan dan melancarkan proses haid wanita.

Khasiat ceri manis:

Faedahnya, menghilangkan senak dan menerangkan


mata lagi mengeluarkan kumuh dan darah haid dan
menyembuhkan sakit perut.
(BSBT : 125)

d. Buah Delima

Firman Allah yang menyebutkan tentang buah delima adalah seperti


ayat al-Quran yang berikut:

ٌ ۚ ‫فِ ْي ِه َما فَا ِكهَةٌ َّونَ ْخ ٌل َّو ُر َّم‬


‫ان‬
Yang bermaksud: Di dalam kedua surga itu ada buah-buahan, kurma dan
delima
(Surah al-Rahman, ayat 68)
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 109

Dalam BSB7 turut menyatakan bahawa buah delima ialah buah


dari syurga. Buktinya:

“Yang delima itu, daripada buah kayu syurga. Ingat-ingat


kamu supaya tiada disekutui oleh syaitan akan kamu pada
memakan dia. Dan ucap oleh kamu Bismillahirahmanirrahim.
Tiada syaitan itu membencanai suatu yang tersebut itu, atas
nama Allah Ta‘ala.”
(BSBT:131)

Gambar 5 Buah Delima

Kita sebagai hamba-Nya sangat beruntung dapat menikmati


khasiatnya semasa berada di dunia. Khadher Ahmad, et.al (2016)
menyatakan buah delima adalah antara buah yang bersifat serba
boleh. Ini kerana kandungan antioksida yang tinggi, maka buah ini
dapat membantu tubuh badan melawan pelbagai penyakit. Eizah Mat
Hussain (2019) pula berpendapat bahawa kelebihan buah delima juga
terdapat pada biji buah delima yang boleh dijadikan batu permata
dan dipercayai ada kaitannya dengan unsur mitos. Selain itu, melalui
pengamatan, buah delima sering kali dihubungkan dengan elemen
kecantikan dalam masyarakat Melayu.

Buah delima sama ada yang manis atau pun yang masam
digunakan untuk menyembuhkan penyakit safrawi (penyakit
yang berkaitan dengan hempedu dan limpa) dan kuku yang
penyek (pipih).
110 • Tinta Bahasa: Siri 3

Makan oleh kamu delima. Dari kerana, bahawasanya ia


menyamankan perut.
(BSBT:131)

Kitab Tib Versi Muzium Terengganu (Selepas ini KTVMT)


mencatatkan bahawa buah delima berkhasiat untuk merawat
penyakit seperti: a) penyakit kulit ayam (Keratosis Pilaris), b) sakit
gigi, c) sakit mata, d) penyakit singa (sifilis), e) kayap, f) demam
kepialu dan, g) sakit sendi tulang. Justeru itu, terdapat beberapa
rawatan bagi mencegah penyakit tersebut. Dalam rawatan ini, buah
delima bukan bersifat tunggal tetapi diadun bersama-sama dengan
bahan lain untuk menambahkan lagi khasiatnya.
KTVMT juga menerangkan cara untuk mengenal pasti tanda
pada seseorang yang terkena penyakit kayap, iaitu perut akan berasa
pedih, tidak dapat bernafas dengan baik dan nafas mulut berbau.

Gambar 6 Sakit Kayap


http://www.myhealth.gov.my/kayap/

Kaedah perawatan bagi penyakit kayap ialah pesakit perlu


mengupas buah delima dan mengambil bahagian kulitnya sahaja.
Lalu dicampurkan dengan cendana janggi dan belerang. Campurkan
kesemua bahan tersebut dan masukkan air. Setelah itu, gaulkannya
sehingga sebati dan rendam semalaman. Setelah itu, diberi minum
kepada pesakit. Insya-Allah dengan izinNya, penyakit tersebut akan
sembuh.
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 111

Sebagai lagi ubat kayap di dalam perut maka ambil kulit


delima dan cendana janggi dan belerang bang, maka asah
dengan air bermalam beri minum, afiat.
(KTVMT: 26)

Secara keseluruhannya, sebiji buah delima mendatangkan


manfaat yang banyak kepada pesakit. Hal ini sudah dikenal pasti
awal dan membuktikan kearifan masyarakat Melayu dalam
menentukan kesesuaian bahan dalam perubatan. Bagri, et al. (2009)
telah melakukan kajiannya terhadap khasiat buah delima. Hasilnya,
menunjukkan bahawa bunga delima dapat digunakan untuk merawat
penyakit kronik yang disebabkan kegagalan metabolisma glukosa
dalam badan dan sebagai pencegahan awal penyakit diabetes.

e. Buah Limau

Terdapat pelbagai jenis dan fungsi buah limau, iaitu dapat dijadikan
sebagai perasa makanan, sebagai hiasan dan juga perubatan. Dalam
bab ini, dibincangkan buah limau nipis dan buah limau purut yang
sangat sinonim dengan amalan perubatan masyarakat Melayu.

i. Buah Limau Nipis


Dalam kepercayaan animisme, limau nipis digunakan untuk
mengusir kuasa ghaib dan begitu juga dalam ilmu persilatan
digunakan sebagai antara bahan dalam upacara perlimau.
Menurut Nazarudin Zainun dan Mohamad Omar Bidin (2017),
limau nipis juga digunakan sebagai penghalau kuasa ghaib. Hal
ini demikian kerana kuasa ghaib seperti makhluk jin sangat
takut dengan bahan berasid. Oleh itu, buah limau nipis dijadikan
sebagai antara ramuan mandi bunga bagi mengelakkan gangguan
kuasa ghaib seperti sihir dan juga untuk membersihkan dalaman
dan luaran tubuh.
112 • Tinta Bahasa: Siri 3

Gambar 7 Limau Nipis

KTVMT mencatatkan bahawa masyarakat Melayu menggunakan


buah limau nipis untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan
kerongkong. Frasa yang digunakan ialah, perah, giling, mesrakan,
dan minum sebagai tindakan yang perlu diambil oleh pesakit. Cara
rawatannya seperti petikan di bawah:

Ambil limau nipis yang masak sebutil, maka perah, ambil


airnya. Maka air gula batu kira-kira manis air limau itu,
maka giling lumat-lumat, maka mesrakan dengan limau
itu, maka minum pagi-pagi. Inilah ubat batuk serta dahak
dan kering serta parau suara. afiat.
(KTVMT: 136)

Secara ringkasnya, langkah-langkah perawatan untuk sakit


batuk, berkahak dan suara serak ialah:
a. perahkan terlebih dahulu buah limau nipis dan ambil air
perahannya sahaja.
b. ambil gula batu dan gilingkannya sehingga halus.
c. sebatikan gula batu dengan air perahan limau nipis
d. minum pada waktu pagi.

Kemujaraban buah limau nipis dalam ilmu perubatan Melayu


telah dibuktikan menerusi kajian saintifik yang dilakukan oleh
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 113

Shamsul Khamis (2003) dan Sabda. S (2013). Hasil kajian tersebut


menunjukkan bahawa limau nipis mampu menyembuhkan sakit
tekak, melegakan radang mulut dan sakit kerongkong. Khasiat
tersebut telah dibuktikan kebenarannya terlebih dahulu melalui
perbuatan masyarakat Melayu yang telah menjadikan bahan ini
sebagai antara bahan yang sangat berkhasiat, bukan sahaja kepada
sakit kerongkong semata-mata tetapi juga digunakan dalam banyak
hal. Hal ini bermakna, masyarakat Melayu adalah masyarakat yang
cakna dengan kelebihan sesuatu bahan yang berada di sekeliling
mereka.

ii. Buah Limau Purut


Limau purut diyakini sangat bermanfaat untuk kecantikan
kulit. Menurut Nazarudin Zainun (2015) buah limau purut ialah
sejenis buah berasid dan minyak yang terhasil daripadanya
dapat menghilangkan bau badan dan jika dimasukkan ke dalam
air mandian akan dapat melembutkan kulit.

Gambar 8 Limau Purut

Azimah Abd Kadir, et.al (2018) juga mengakui tentang


khasiat yang diperoleh daripada buah limau purut. Selain dapat
menghilangkan bau badan, air perahan dan daun buah limau purut
dapat dijadikan sebagai pewangi rambut dan perasa makanan.
Che Husna Azhari (1997) pula menyatakan buah limau purut juga
dijadikan sebagai agen pengilat untuk kain batik.
114 • Tinta Bahasa: Siri 3

Dalam KTVMT mencatatkan bahawa buah limau purut berfungsi


untuk menyembuhkan sakit badam urat. Sakit badam urat ini dapat
diumpamakan seperti sakit kulit atau sakit kulit ayam.

Gambar 9 Sakit badam urat


https://banjarmasin.tribunnews.com/

Bagi mengubati penyakit tersebut, memerlukan bahan lain


sebagai bahan campuran seperti bawang putih, jintan, daun susu
harimau, dan cendana. Sukatan dan timbangan bahan-bahan yang
diperlukan ialah: a) tujuh butir putik limau purut, b) tiga labu bawang
putih, c) kedua sepengapit jintan, d) segenggam daun susu harimau
dan, e) air cendana. Kaedah penyembuhannya ialah giling semua
bahan-bahan tersebut sehingga hancur dengan halus bersama-sama
dengan air cendana dan air kosong. Selepas itu, urut pada bahagian
yang sakit. Insya-Allah, dengan izin-Nya akan sembuh.

Sebagai lagi ubat badam urat, ambil putik limau purut tujuh
butir dan bawang putih tiga labu dan jintan kedua sepengapit
dan daun susu harimau segenggam erat, giling lumat-lumat
dengan air cendana maka hancurkan dengan air, maka urut
pada segala tubuhnya yang sakit, afiat.
(KTVMT:400)
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 115

f. Buah Pinang

Buah Pinang atau dikenali sebagai faufal dalam bahasa Arab juga
disenaraikan sebagai buah-buahan yang bermanfaat kepada anggota
badan. Menurut Ayob Ismail (2006) buah pinang dapat merawat
penyakit demam malaria, berak berdarah, kencing berdarah, sakit
perut dan juga penyakit beri-beri. Nama saintifik bagi pinang
ialah Areca Catechu. Dalam bahasa Hindi, pinang dipanggil supari
manakala bahasa Malayalam dipanggil adakka atau adekka.
Sri Lanka pula mengenali pinang sebagai puvak, di Thailand
dipanggil mak dan masyarakat Cina memanggilnya dengan pin-lang
(https://www.pnm.gov.my/sirihpinang/sp-pinang.htm)

Gambar 10 Buah Pinang

Dalam BSBT, dinyatakan bahawa pinang bermanfaat untuk


menguatkan gigi dan menyembuhkan sakit mata. Kaedah untuk
menyembuhkan sakit mata ialah dengan mengetuk buah pinang
secara lunak atau lembut lalu dijadikan sebagai celak pada mata
(BSBT:129). Manuskrip KTVMT turut menyatakan keistimewaan
buah pinang terutamanya pinang tua adalah untuk menguatkan
gigi, merawat penyakit mata dan juga hati. Langkah-langkah untuk
menyembuhkan penyakit tersebut ialah : a) masukkan buah pinang
ke dalam suatu bekas cawan atau botol, b) bersihkan buah dan
lecekkannya dan, c) sapukan pada kawasan yang sakit.
116 • Tinta Bahasa: Siri 3

Bagi mengubati penyakit mata yang berselaput, KTVMT


mencatatkan bahawa buah pinang mesti digunakan bersama-sama
dengan sabun. Caranya, gaulkan secara perlahan-lahan kedua-dua
bahan tersebut, lalu titikannya sebanyak satu atau dua kali ke dalam
mata yang berselaput.

Sebagai lagi ubat titik mata berselaput maka ambil sabun


dan air pinang muda, maka dimesrakan dengan air pinang
itu sudah itu. Maka titikkan pada mata barang sekali atau
dua kali; sudah itu maka bubuh barang ubat yang patut.
(KTMT: 92)

g. Buah Pisang

Ong Hean Chooi (2004) menyatakan buah pisang mengandungi


bahan kimia yang boleh merangsang otot licin di dalam usus
badan manusia. Selain itu, vitamin C pada buah pisang baik untuk
kesihatan kulit, menguatkan gigi dan menyembuhkan luka. Hal ini
turut dinyatakan pada manuskrip BSBT (halaman:130). Buah pisang
bermanfaat untuk menambahkan air mani dan mengeluarkan kotoran
dalam badan.

Gambar 11 Buah Pisang


Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 117

Jika seseorang memakan buah pisang dalam kuantiti yang


banyak dalam satu hidangan, buah pisang akan bertindak balas pada
sistem pencernaan individu tersebut. Selain itu, sekiranya individu
menghadapi sakit senak perut, tindakan yang perlu diambil adalah
mencampurkan buah pisang dengan air madu. Insya-Allah, senak
perut akan beransur pulih.

KESIMPULAN

Kearifan masyarakat Melayu dalam mengetahui dan mengaplikasikan


buah-buahan dalam ilmu perubatan jelas tercatat pada manuskrip
kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat jenis buah-
buahan seperti buah anggur, badam, ceri, delima, limau pinang, dan
pisang yang memberi khasiat keistimewaan penyembuhan terhadap
penyakit yang menimpa sama ada di luar mahupun dalaman anggota
badan manusia. Penyakit yang dikenal pasti adalah seperti sakit
di bahagian perut dan juga kerongkong. Selain itu, dengan adanya
kaedah penyembuhan yang dibimbing oleh perawat, maka pesakit
dapat melakukannya secara berdikari. Antara tindakan tersebut
seperti menggiling, menggaul dan merendam. Manakala frasa yang
ditemui dalam ukuran dan sukatan ialah segenggam dan sepengapit.
Penentuan ini adalah bagi memastikan bahan-bahan yang digunakan
adalah sesuai dan mujarab melawan penyakit.
Kearifan masyarakat Melayu terserlah dalam pengunaan buah-
buahan kerana kehidupan seharian mereka yang terlibat dengan
pertanian dan penternakan serta pergi ke hutan untuk mendapatkan
kayu api dan juga keperluan sara hidup. Melalui pemerhatian
dan pengalaman, masyarakat Melayu berjaya mengasimilasi dan
mengadaptasi khasiat buah-buahan untuk meningkatkan tahap
kesihatan keluarga dan orang sekeliling. Dengan adanya kajian
ini, diharapkan akan dapat menyedarkan masyarakat untuk terus
menyelongkar kajian tentang ilmu perubatan Melayu.
118 • Tinta Bahasa: Siri 3

RUJUKAN

A.Samad Ahmad. (1988). Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ab Razak Ab Karim. (2017). D.I.Y. (Do It Yourself) dalam Perubatan
Melayu: Kegeniusan Masyarakat Melayu Klasik. Dlm. Prosiding
Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara
Malaysia.
Anisah Barakbah. (2007). Ensiklopedia perbidanan Melayu sebuah
perbendaharaan ilmu perubatan dan penjagaan kesihatan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Ayob Ismail. (2006). Tumbuhan Herba Sumber Perubatan Tradisional
yang Hebat. Petaling Jaya: Golden Book Centre.
Azimah Abd Kadir, Rosnani Abd Ghani, Wan Khairul Anuar Wan Ali,
Mohd. Rani Awang, Nurul Najwa Zaini & Faqhrul Radzi Zulkafley.
(2018). Spesies Tumbuhan Herba dan Rempah Ratus Taman Botani
Perdana. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Bagri, P., Ali, M., Aeri, V., Bhowmik, M., & Sultana, S. (2009). Antidiabetic
effect of Punica granatum flowers: effect on hyperlipidemia, pancreatic
cells lipid peroxidation and antioxidant enzymes in experimental
diabetes. Food and Chemical Toxicology, 47(1), 50-54.
Che Husna Azhal. 1997. Teknologi Warna Alam Melayu. Akademika, 51,
53-63.
Eizah Mat Hussain. 2019. Simbol dan Makna dalam Pantun Melayu. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid & Nurul Wahidah Fauzi. 2012.
Perubatan Melayu Tradisional: Kitab Tibb Pontianak. Jurnal Al-
Tamaddun, 7(1) 2012, 149-162.
Haliza Mohd. Riji.(2005). Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Harun Mat Piah. (2006). Kitab Tib–Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia
Hashim Musa & Salmah Jan Noor Muhammad. (2011). Bustan Al-Salatin:
Bahan-Bahan dan Rawatan Penyakit Tradisional. Jurnal Filologi
Melayu, (18): 26-38.
Henri Chamber–Loir, dan Oman Fathurrahman. (1999). Khazanah
Naskhah. Jakarta:Yayasan Obor Indonesia.
Herbst, S. T. (2001). The New Food Lover’s Companion: Comprehensive
Definitions of Nearly 6,000 Food, Drink, and Culinary Terms. Barron’s
Keistimewaan dan Kearifan Masyarakat Melayu.. • 119

Cooking Guide. Hauppauge, NY: Barron’s Educational Series.


Khadher Ahmad, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah
Abd Razzak, Mohd Asmadi Yakob, Nurulwahidah Fauzi, Khalijah
Awang, Rozana Othman & Mohd Farhan Md Ariffin. (2016). Kajian
Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Penyelidikan Berkaitan
Delima: Ke Arah Penyelidikan Terkini Dalam Bidang Pengajian Islam.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, (13): 1-32.
Mastika. (2021). KITAB TIB – Di dalamnya tercatat rahsia ilmu perubatan
Melayu zaman dahulu. https://utusantv.com/2021/03/18/kitab-tib-di-
dalamnya-tercatat-rahsia-ilmu-perubatan-melayu-zaman-dahulu/
Mohd Koharuddin Mohd Balwi. (2003). Ketamadunan Melayu dan Sains:
Satu Analisis Awal Ke Atas Pencapaian Masyarakat Melayu Dalam
Bidang Sains. Jurnal Teknologi, 39(E), 47–61.
Muhammad, M. H. M. (2006). Al-Thimar wa al-Asyab al-Waridah fi Al-
Qur’an al-Karim wa al-Sunnah al-Nabawiyyah. Iskandariyyah: Dar
al-Nada
Nazarudin Zainun (ed.). (2015). Antropologi Dan Sejarah Dalam Kearifan
Tempatan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nazarudin Zainun & Mohamad Omar Bidin. (2017). Pelestarian Silat
Melayu antara Warisan dengan Amalan. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Ong Hean Chooi. (2004). Buah: Khasiat Makanan & Ubatan. Kuala
Lumpur: Utusan Publication.
Sabda. S. (2013). 202 Khasiat Herba: Kaedah Alternatif Rawat Penyakit.
Shah Alam:Grup Buku KarangKraf Sdn. Bhd.
Setiawan Dalimartha dan Felix Adrian. (2013). Fakta Ilmiah Buah &
Sayur. Jakarta: Penebar Plus.
Shamsul Khamis. (2014). Pengetahuan Tradisional Berkaitan Tumbuhan
Ubatan Di Kalangan Masyarakat Kampung di Semenanjung Malaysia.
Dlm Seminar Pemuliharaan & Pemerkasaan Pengetahuan Tradisi (hlm.
6–10). Kepong: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Steven T. Yen,Andrew K.G. Tan,Rodolfo M. (2011). Determinants of
fruit and vegetable consumption in Malaysia: an ordinal system
approach. Australian Journal of Agricultural and Resource Economics,
Australian Agricultural and Resource Economics Society, 55(2):1-18.
Zubaidi Ahmad. (2019). Lapan Khasiat Badam untuk Sihat. http://
drzubaidi.com/blog/lapan-khasiat-badam-untuk-sihat/.
6
Denyut Jantungku Berdebar,
Bagaimanakah Cara Mengajarkan
Karangan yang Sebenar?
Norfaizah Abdul Jobar
Nur Farahkhanna Mohd Rusli
Universiti Pendidikan Sultan Idris

‘Guru selalunya gagal mengajarkan dan menerangkan kepada


pelajar cara untuk menyusun atur maklumat dalam penulisan
supaya menjadi ayat yang bersistematik’
(Fries, 1997)

DEFINISI KARANGAN

Proses menulis merupakan aspek terpenting dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Dengan demikian, guru
dan pelajar perlu memahami proses dalam memulakan penulisan,
aktiviti yang terlibat serta kemahiran yang diperlukan untuk menulis.
Hal ini demikian kerana menulis merupakan kegiatan penghasilan
simbol grafik yang disusun atur untuk menjadi perkataan, yang
seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks
yang lebih luas, penulisan diibaratkan wacana lengkap bermaklumat
dan berada pada hierarki tertinggi.
122 • Tinta Bahasa: Siri 3

Berdasarkan pengertian daripada Kamus Dewan (2005), karangan


bermaksud gubahan, ikatan, rekaan dan susunan. Karangan juga
merupakan hasil daripada gabungan kepandaian atau kemahiran
mengubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata
dan seterusnya dijadikan ayat lengkap. Hal ini turut dinyatakan oleh
Za’ba (1965) sebagai ;

“mengarang itu ertinya membuat beberapa ayat yang


saling berhubungan dengan betul dan menceritakan sesuatu
perkara. Tiap-tiap ayat itu dijadikan daripada beberapa
perkataan yang tersusun dengan betul pula hingga cukup
memberi faham akan maksud yang disebutkan itu”.

Dalam erti kata lain, dalam proses menghasilkan sebuah karangan


pelajar seharusnya melalui beberapa langkah pemikiran sebelum
menulis dengan baik. Pemikiran tersebut merangkumi proses berfikir
sebelum menulis, semasa dan proses pemikiran selepas menulis.
Selain itu, karangan juga diertikan sebagai pengemukaan perasaan
dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang telah diberikan
oleh guru. Oleh yang demikian, pelajar perlu peka dengan arahan
yang diberikan oleh guru bagi melahirkan penulisan yang terarah.
Namun begitu, terdapat perbezaan definisi karangan oleh
Lado (1964), yang menegaskan bahawa karangan bukanlah hasil
kepandaian atau kemahiran menggubah atau menyusun kata-kata dan
ayat sahaja tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta
yang terdapat dalam pemikiran pengarang melalui alat komunikasi
yang dinamakan bahasa. Pandangan ini sesuai dengan Chomsky
(1965), yang telah memberikan penekanan perlunya pemikiran
dalam kemahiran menggubah atau menyusun kata-kata dan ayat
dalam sesebuah wacana lengkap atau karangan. Penulisan karangan
juga boleh diertikan sebagai keupayaan daya cipta idea, cara berfikir
dan menyusun perkataan serta mengorganisasikannya dalam bentuk
perenggan untuk kefahaman penerima teks atau pembaca.
Di samping itu, karangan juga didefinisikan sebagai teks
deskriptif adalah suatu yang menggambarkan suatu objek dengan
mengungkapkan rincian khusus yang ditimbulkan. Hal ini akan
Denyutan Jantungku Berdebar... • 123

menjadikan pembaca seolah-olah ikut merasakan atau menyaksikan


sesuatu yang digambarkan tersebut sehingga dapat menghidupkan
kesan dan daya khayal mendalam kepada si pembaca (Tyas et. al
2019).
Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan dapatlah dijelaskan
bahawa karangan ialah satu gubahan jalinan perasaan, fikiran,
idea dan maklumat yang dilahirkan melalui penulisan dan juga
lisan berdasarkan topik-topik tertentu yang boleh distrukturkan
kefahamannya secara berpusat. Penstrukturan ini mampu
diterjemahkan melalui pendekatan yang berkesan dan sistematik
dengan pemahaman berkaitan sistem penulisan yang dirancang oleh
pelajar (Abdul Jobar, 2017). Hal ini dikatakan demikian kerana
penulisan karangan dirujuk sebagai keupayaan pemikiran yang
merangkumi proses mekanikal justeru pelajar dan guru memerlukan
kefahaman dalam penguasaan alat dan teknik untuk mengungkapkan
pemikiran tersebut.

PEMERENGGANAN

Bagi menghasilkan penulisan karangan yang sistematik, proses


membina perenggan amat penting. Berdasarkan Kamus Dewan
(2005), perenggan bermaksud batas, perhinggaan, sempadan,
bahagian daripada muka atau bab. Di sini jelas menunjukkan
bahawa perenggan merupakan pengasingan yang perlu dilakukan
dalam menghasilkan penulisan karangan agar mudah difahami oleh
pembaca.
Selain itu, perenggan dalam penulisan karangan difahami
sebagai sejumlah ayat yang mengandungi maklumat yang relevan
mengenai topik utama yang dihasilkan dalam bentuk ayat idea atau
fakta yang dijelaskan oleh penulis (Bram, 1995). Hal ini bermakna
perenggan wujud dalam satu ayat yang ditakrifkan sebagai ayat
topik atau tema yang selanjutnya diikuti dengan ayat huraian,
ayat contoh dan ayat kesimpulan topik. Tujuannya adalah untuk
mengembangkan perenggan menjadi satu konsistuen lengkap dan
difahami oleh pembaca.
124 • Tinta Bahasa: Siri 3

Oleh hal yang demikian, usaha untuk memulakan penulisan


perlu bermula dengan bahagian yang mendukungnya sebagai
satu unit lengkap. Komponen penting dalam unit pemerengganan
yang pertama ialah pendahuluan/pengenalan yang bernas dan
mengandungi idea yang jelas kerana lazimnya pendahuluan
diperikan sebagai daya penghuraian yang mampu mempengaruhi
pembaca. Secara amnya, unit pendahuluan karangan sering
disampaikan dengan mengetengahkan ayat topik/tema, huraian
sokongan berdasarkan tema dan ayat persoalan serta ayat fokus
tema. Dengan itu, pendahuluan yang berkesan mesti menjadi daya
penarik, menyampaikan maklumat latar dan mengemukakan ayat
tema. Sesuai dengan fungsinya sebagai pengemuka maklumat awal
skop penulisan maka pendahuluan yang mantap mesti memiliki
daya saing dalam mempengaruhi perhatian penerima teks untuk
meneruskan bacaan.
Seterusnya, penulisan karangan yang menarik perlu
menyampaikan isi kandungan yang bersistem dan menggunakan
bahasa yang gramatis. Aspek isi yang dinyatakan dalam membina
penulisan digalakkan merangkumi ciri relevan dan susunan yang
jelas manakala aspek bahasa pula meliputi pemilihan kata, ayat dan
olahan yang sesuai dengan aras. Selain itu, perenggan isi juga dikenal
pasti sebagai asas yang memenuhi keseluruhan penulisan yang perlu
mengemukakan idea utama dan memiliki penjelasan idea dalam
perenggan tersebut. Sebuah perenggan isi karangan yang berkesan
juga harus merangkumi aspek bahasa yang bersatuan, tidak meleret
dan memiliki keupayaan untuk merumus idea secara jelas (Reid,
2000; Butt, 2000). Ciri ini penting untuk menjelaskan keseluruhan
idea yang digarap dalam penulisan agar sampai kepada pembaca.
Sehubungan dengan itu, amat penting bagi guru mengajarkan
cara menyusun isi mengikut keteraturan bagi menambahkan
pertalian antara isi dengan tajuk (Adas & Bakir, 2014). Perkara
ini mampu digembleng melalui penelitian dalam tingkat ayat lebih
besar melibatkan analisis struktur pewacanaan yang dihasilkan oleh
pelajar. Dengan ini dapat digeneralisasikan bahawa perenggan
isi yang mantap mesti memperlihatkan makna yang jelas, huraian
yang berkaitan dan sokongan maklumat yang berkesan dalam usaha
menyampaikan isu yang diberikan.
Denyutan Jantungku Berdebar... • 125

Makna umum perenggan penutup/kesimpulan pula, merupakan


unit yang perlu dipenuhi dengan ayat sama ada penyataan semula
atau pengelasan idea utama, boleh juga diletakkan harapan dan
saranan terhadap keseluruhan penulisan karangan yang telah
ditulis. Selain itu, penutup juga memuatkan rumusan bagi semua isi
yang diperkatakan dan berperanan memberitahu pembaca bahawa
karangan telah tiba ke penghujung. Hal ini membolehkan penulis
memuatkan pendirian berkaitan isu yang dibincangkan. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa, perenggan kesimpulan merangkumi
penjelasan berkenaan pandangan umum dan kehendak penulis
berkaitan penulisan yang telah disampaikan dan perenggan ini
perlu disudahi dengan teknik yang mampu menyentuh perasaan
penerima teks.
Kesimpulannya, dalam proses membina dan menghasilkan
penulisan yang berkesan, penulis perlu memahami pelbagai
tingkat kemahiran bagi melahirkan idea dalam bentuk ayat yang
memiliki makna bersepadu dengan tajuk yang dinyatakan. Dengan
itu, pengajaran karangan sebaik-baiknya memberikan tumpuan
pada keperluan pelajar untuk mempelajari kemahiran atau strategi
sebelum, semasa dan selepas menulis. Sehubungan dengan itu, amat
penting bagi guru mengajarkan cara menyusun pendahuluan, isi
dan kesimpulan mengikut keteraturan agar mampu memperkukuh
pertalian antara setiap perenggan yang terhasil dengan keserasian
tajuk.

PENGAJARAN KARANGAN

Pengajaran karangan memerlukan pengaplikasian prosedur dalam


langkah, teknik, kaedah dan pendekatan. Kombinasi ini perlu
digembleng bersama-sama dan difahami oleh guru bagi memastikan
penyampaian pengajaran berada pada tahap maksimum. Guru
perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam pendidikan negara
terutama generasi alaf baru. Kepelbagaian teknik pengajaran
perlu disuaikan dengan murid, persekitaran serta kemudahan yang
tersedia. Rajah 1 berikut menjelaskan perkaitan antara pendekatan,
teknik dan kaedah.
126 • Tinta Bahasa: Siri 3

Rajah 1 Perkaitan Pendekatan, Teknik, Kaedah

Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah


yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas
(Kamus Dewan, 2005). Dalam konteks pendidikan, konsep
pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Hal ini bermakna
pendekatan merujuk kepada cara sesuatu topik diajarkan untuk
mencapai objektifnya. Tujuan adalah untuk memudahkan murid
menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Dengan adanya pendekatan, guru berupaya membina pandangan
asas yang boleh dijadikan pegangan.
Menurut pendapat Anthony(1963) pula, pendekatan ialah
set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Kita dapat
rumuskan bahawa pendekatan disandarkan kepada teori, model
dan prinsip. Contohnya daripada mudah kepada susah dan daripada
umum kepada spesifik. Antara contoh pendekatan pengajaran ialah
pendekatan berpusatkan murid, berpusatkan guru, pendekatan
koperatif dan pendekatan bermain sambil belajar. Guru perlu bijak
memilih pendekatan pengajaran yang bersesuai dengan tahap murid.
Dalam bab ini penulis akan memfokuskan pendekatan dalam menulis
karangan pada bahagian seterusnya.
Denyutan Jantungku Berdebar... • 127

Teknik merupakan satu kemahiran untuk melaksanakan


penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar. Guru perlu meneliti
cara penyampaian yang sesuai dengan pelajarnya agar penanggapan
pelajar mencapai matlamat pengajaran. Kepelbagaian langkah yang
digunakan oleh guru menjadikan pengajaran itu lebih bermakna dan
menyeronokkan. Tujuan pemilihan teknik yang sesuai adalah bagi
memastikan pelajar berminat dan bermotivasi untuk belajar. Antara
contoh teknik yang boleh diamalkan dalam pengajaran penulisan
karangan ialah ;

i. Teknik sumbang saran. Teknik ini merupakan aktiviti


perbincangan, iaitu ahli dalam kumpulan mengemukakan
seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu
masalah. Teknik ini sesuai dijalankan untuk mengumpul
idea karangan daripada pelajar.
ii. Teknik perbincangan, iaitu proses komunikasi aktif yang
melibatkan guru dan murid. Perbincangan berupaya
merangsang interaksi antara murid secara bermakna. Teknik
ini berupaya mengembangkan daya pemikiran pelajar agar
matang berhujah. Guru boleh menjalankan aktiviti ini
semasa membincangkan idea karangan secara individu/
berpasangan atau berkumpulan.
iii. Teknik Bercerita. Teknik ini melibatkan aktiviti
menceritakan semula peristiwa yang dibayangkan, kisah
sebenar atau didengari daripada orang lain. Teknik ini
berupaya meningkatkan kemahiran bertutur di samping
mengembangkan kemahiran mendengar. Guru boleh
mengadakan aktiviti bercerita dan meminta pelajar menulis
pengalaman mereka sebagai sebuah karangan lengkap.
iv. Teknik Demontrasi atau tunjuk cara merupakan teknik
pengajaran yang memerlukan guru menunjukkan contoh
kepada pelajar. Teknik ini melibatkan kedua-dua pihak. iaitu
guru dan murid melakukan aktiviti secara bersama-sama.
Dalam pengajaran karangan guru boleh menunjukkan cara/
kaedah penulisan berformula dan meminta pelajar menulis
bersama-sama.
128 • Tinta Bahasa: Siri 3

Kaedah ialah merupakan cara yang digunakan untuk


mengelolakan, mengendalikan dan menggunakan teknik pengajaran
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
bermakna tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran difahami sebagai kaedah.
Kaedah mesti melibatkan tindak balas bersama antara guru dengan
murid. Berikut merupakan contoh kaedah yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran penulisan karangan ;

i. Kaedah Latih Tubi Kaedah latih tubi bertujuan untuk


menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada
murid tentang sesuatu pembelajaran agar mereka berupaya
memperingati maklumat itu semula apabila disuruh
berbuat demikian. Dalam pembelajaran penulisan guru
boleh meminta murid menulis karangan berulang-ulang
berdasarkan formula yang telah ditetapkan. Namun perlu
diingatkan bahawa kaedah ini mungkin akan membosankan
jika dilakukan secara berterusan.
ii. Kaedah Eksplorasi – Penemuan Kaedah ini bertujuan untuk
meningkatkan pembelajaran pelajar melalui penemuan
kendiri. Pelajar dibenarkan meneroka persekitaran
berdasarkan kemampuan diri. Dalam pengajaran penulisan
karangan guru boleh memberikan kebebasan pelajar menulis
karangan berdasarkan tajuk yang diminati dengan membawa
mereka ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan
tambahan.
iii. Kaedah Lawatan Kaedah ini merupakan cara pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan berdasarkan perancangan
awal, iaitu guru membawa pelajar meneroka keadaan
sebenar. Contohnya, lawatan ke Zoo Negara, Muzium
atau Perpustakaan Negara. Kaedah ini boleh diaplikasikan
dalam penulisan karangan dengan menerapkan teknik
menulis laporan lawatan atau menulis karangan berdasarkan
pengalaman sebenar yang dialami. Namun perlu diingatkan
bahawa guru dan murid mesti merancang secara sistematik
sebelum lawatan diadakan.
Denyutan Jantungku Berdebar... • 129

PEDEKATAN DALAM PENULISAN KARANGAN

Pendekatan Proses
Pendekatan proses menekankan proses dalam menghasilkan
karangan. Pendekatan ini tidak meneliti hasil penulisan yang ditulis
oleh pelajar. Proses yang diteliti dimulai dengan proses menulis draf,
menyemak dan membincangkannya. Penulis perlu menguasai aspek
format, penggunaan tatabahasa, kemahiran bahasa dan struktur ayat
yang baik.

Pendekatan Komunikatif
Pendekatan berasaskan bahasa sebagai alat komunikasi. Pengajaran
kemahiran menulis berlaku dalam situasi komunikasi sebenar seperti
penggunaan dialog, ceramah dan pidato sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, segala kesalahan bahasa yang berlaku
semasa menulis tidak diambil serius kerana proses penulisan adalah
bebas / tidak terikat.

Pendekatan Terkawal
Pendekatan ini mencadangkan penulisan didasari peringkat-
peringkat tertentu. Secara umumnya terdapat lima peringkat
penulisan dan pendekatan ini, iaitu peringkat meniru dan menyalin,
peringkat mengingat kembali, peringkat menggabungkan, peringkat
penulisan berpandu, peringkat penulisan bebas.

Pendekatan Bebas
Pendekatan ini memerlukan guru memberikan latihan penulisan
yang kerap kepada pelajar. Latihan-latihan ini berperanan sebagai
alat yang akan membantu pelajar menguasai kosa kata, format, gaya
penulisan, tatabahasa dan pemeranggan yang tepat. Berdasarkan
pendekatan ini terdapat tiga langkah utama dalam proses menulis
pramenulis, membuat rangka dan draf, menyemak dan memeriksa
kembali.
130 • Tinta Bahasa: Siri 3

PERINGKAT MENULIS

Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis, iaitu;

Rajah 2 Peringkat Menulis (Sumber: diubah suai Yusof, M. 2004)

Peringkat Pramenulis
Pada peringkat ini pelajar melakukan persediaan secara mekanikal
seperti penggunaan alat tulis, menyenaraikan idea, memahami soalan
serta melakukan pembacaan/mencari bahan sesuai. Pendekatan yang
sesuai perlu dititikberatkan semasa peringkat ini bagi memastikan
hala tuju penulisan terarah. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
keselesaan awal serta gambaran yang jelas berkenaan isu yang
hendak dikarang.

Peringkat Penulisan
Pada peringkat ini, setelah pelajar dalam keadaan selesa, mempunyai
idea untuk menulis pelajar boleh membina kerangka seterusnya
menghubungkan sebagai ayat lengkap. Dalam peringkat ini pelajar
perlu membina perkataan, frasa dan format yang sesuai dengan
Denyutan Jantungku Berdebar... • 131

kehendak soalan. Penetapan tema, pengenalan, isi dan kesimpulan


perlu dilakukan dengan teliti agar tidak tersasar daripada soalan.
Tujuannya adalah untuk memberi perincian, penjelasan serta
sokongan berkaitan isu yang ditulis.

Peringkat Pelengkap
Pada peringkat ini pelajar melakukan pemerhatian dan penyemakan
ejaan, tanda baca, frasa, format dan pemerengganan. Proses ini
memerlukan ketelitian dan masa mesti diperuntukan bagi memastikan
semakan dilakukan secara sistematik. Tujuannya adalah untuk
memperbaik penulisan yang telah dilakukan agar mudah difahami
serta mendapat markah yang sepatutnya.

CIRI-CIRI KARANGAN MANTAP

Proses menulis merupakan aspek terpenting dalam PdP Bahasa


Melayu di sekolah. Dalam peringkat pendidikan di sekolah
menengah, ciri karangan yang berkesan haruslah memenuhi
kriteria yang termaktub dalam skema permarkahan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Antara kriteria yang menjadi rujukan
utama pemeriksaan penulisan karangan pelajar ialah penggunaan
pelbagai jenis kata/laras yang sesuai, idea yang relevan, ejaan yang
betul, olahan menarik, wacana lengkap dan berkesinambungan dan
penggunaan gaya bahasa yang pelbagai.
Dalam memulakan penulisan berikut merupakan beberapa
ciri-ciri penulisan yang boleh dijadikan panduan semasa menulis.
Kaedah 5K boleh diamalkan oleh guru dan pelajar untuk menulis
karangan, iaitu:

1. Ketetapan idea
Karangan yang ditulis mestilah menepati kehendak dan arahan
soalan. Hal ini bagi memastikan idea yang hendak disampaikan
mempunyai arah tuju yang sesuai. Bagi binaan isi sebaik-baiknya
132 • Tinta Bahasa: Siri 3

3-4 isi dalam sesebuah penulisan karangan bergantung kepada


tujuan dan arahan yang dinyatakan. Cara yang boleh dipraktikan
bagi memastikan idea tidak terpesong adalah dengan membina
kerangka karangan, peta minda atau draf awal.

2. Koheren dan Kohesi


Koheren dimaksud sebagai perkaitan idea atau kesinambungan
idea yang akan menghasilkan karangan yang bermutu. Oleh itu,
sebagai guru dan pelajar perlu memastikan idea keseluruhan
karangan, huraian dan mesej mudah difahami pembaca.
Karangan perlu mempunyai idea yang berkaitan antara satu
sama lain dan diolah berdasarkan urutan sesuai. Urutan atau
pertautan idea ini dikenali sebagai kohesi.

3. Kejelasan
Pemilihan kata dan ayat hendaklah jelas dan mudah difahami.
Kata yang dipilih dan diolah mesti sesuai dengan arahan yang
dikemukakan atau sesuai dengan aras soalan. Selain itu, penulis
perlu mengelakkan penggunaan kosa kata atau ejaan yang
salah bagi meminimumkan pemotongan markah. Di samping
itu, sekiranya penulis mengaplikasikan unsur keindahan
bahasa, pastikan tidak lewah atau melebihi keperluan hingga
mengganggu maksud yang hendak disampaikan.

4. Kematangan
Persembahan bahasa yang sesuai dengan aras penulisan akan
menunjukkan kematangan karangan. Oleh itu, usur tatabahasa
seperti penggunaan tanda baca, ejaan, imbuhan, variasi ayat dan
kosa kata amat ditekankan. Selain itu, keseimbangan olahan
ayat dalam pemerengganan karangan juga termasuk dalam unit
pendahuluan dan penutup boleh mempamerkan kematangan
karangan.
Denyutan Jantungku Berdebar... • 133

5. Kreativiti
Karangan yang bermutu mestilah diolah secara kreatif dan
menarik. Karangan akan lebih berkesan jika calon meletakkan
atau melibatkan diri secara langsung dalam karangan tersebut.
Penulis juga digalakkan menyelitkan unsur peribahasa,
pujangga, pantun, sajak atau penggunaan dialog dalam karangan
selain mengaplikasikan pelbagai jenis ayat dalam penulisan. Hal
ini membantu dalam menjadikan penulisan tidak bosan dibaca.

MODEL RANTAIAN IDEA

Penulisan sebuah karangan secara umumnya perlu mempamerkan


susunan yang lengkap dan memiliki pemerenggan yang teratur.
Perenggan tersebut mestilah terdiri daripada pendahuluan, isi dan
penutup. Setiap perenggan boleh disusun seperti rajah 3 berikut:

Pendahuluan: perenggan pertama yang bertugas sebagai pengemuka


tema/tajuk karangan. Pendahuluan perlu ditulis jelas, sampai
maksudnya, menggunakan ayat yang pelbagai, mengutarakan isu
dibincangkan dan terarah.

Isi : perenggan kedua hingga ketiga atau keempat yang bertugas


sebagai penghurai tema. Bahagian ini perlu dimanfaatkan sebaiknya
kerana mewakili 70%-80% markah atau fokus utama bacaan.

Kesimpulan : perenggan keempat atau kelima yang bertugas sebagai


perumus tema. Oleh itu, bahagian perlu dimanfaatkan sebaiknya
dengan membina konklusi yang bersepadu terhadap tema yang
dibincangkan.
134 • Tinta Bahasa: Siri 3

Rajah 3 Ikatan Penulisan Karangan

Dalam bahagian ini dijelaskan berkenaan model rantaian idea


yang bersesuaian untuk diajarkan kepada pelajar bukan penutur
natif bagi membina isi dalam penulisan karangan. Kebiasaan yang
dilaksanakan oleh guru bakal memberi impak kepada pelajar agar
dapat menguasai kaedah penulisan yang berkesan. Latih tubi berkala
harus dititikberatkan kepada pelajar bukan penutur natif terutama
untuk membina penulisan yang berkesan.

a. Penulisan Isi
Apakah fungsi bahagian isi?

• Sebagai pengembang isu/tema/topik.


• Sebagai ruang untuk membahaskan isu/tema/topik.
• Sebagai pengemuka fakta/pandanga/contoh.
• Sebagai badan utama tegaknya karangan.

Bagi membina isi aspek yang perlu dititikberatkan seperti teknik


untuk mengembangkan idea utama yang dipilih. Contoh yang biasa
ditulis dengan memasukkan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan
ayat kesimpulan. Jadual 1 merupakan model penulisan ASJaBaK5
untuk membina isi karangan.
Jadual 1 Teknik ASJaBaK5 untuk Membina Isi

A S JaBa K4+1
(K1) (K4)
Ayat Kesan/Mengapa Kesimpulan
Jawapan
Ayat + (FOKUS (K2) (K5)
Soalan + ISI ? +
(TEMA) TEMA + Konklusi Positif Kata
Bagaimana
ISI) (K3) Peribahasa /
Konklusif Negatif Pujangga
Umum men- Oleh itu, Persoalan yang Sebagai (K1) Ekoran (K4)
getahui bahawa …(Fokus sering timbul pendefinisian daripadanya,…… Intihanya,….
.....(FOKUS Tema) ialah apakah yang nyata,
TEMA)… perlu adalah makna… … maksudnya ialah… (K2) Sekiranya, *(K5)Persis
di-perjelaskan dengan … (ISI)..? (MAKSUD)… (jika perkara ini dapat peribahasa/
dalam wacana (ISI).... perlu) direalisasikan pujangga,…
ini agar tidak maka…..(NILAI)
menjadi isu Sebagai
men-guggat *(K3) Namun begitu,
kaedahnya,…..
keharmoni-an (Bagaimana)jika perkara ini
negara. dipandang remeh
maka…..
* boleh diubah dan digerakkan ke mana-mana kotak yang dirasakan sesuai
(Sumber : GPUF2019-0199-107-01 - Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Denyutan Jantungku Berdebar... • 135
136 • Tinta Bahasa: Siri 3

Tajuk: Huraikan pendapat anda tentang langkah yang boleh


diambil oleh semua pihak bagi memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Contoh: Penulisan Isi Lengkap
Isi: Kerajaan – Kempen kesedaran

Umum mengetahui bahawa isu berkenaan keutuhan semangat


kejiranan perlu diperjelas dalam wacana ini agar tidak menjadi
isu menggugat keharmonian negara. Oleh itu, langkah untuk
mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
adalah dengan kerajaan mengadakan kempen kesedaran. Persoalan
yang sering timbul ialah apakah yang kita fahami berkenaan kerajaan
mengadakan kempen kesedaran? Sebagai pendefinisian yang nyata,
maksudnya ialah pihak kerajaan menganjurkan kempen berkaitan
semangat kejiranan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman
rakyat. Sebagai contoh, kempen Tolong Jiran, Beli Lebih-Beri Jiran.
Ekoran daripada tindakan ini mampu memupuk semangat kekitaan
sesama jiran selain menanam semangat kerjasama yang utuh dalam
diri masyarakat. Sekiranya, perkara ini dapat direalisasikan maka akan
lahirnya masyarakat yang prihatin akan kebajikan jiran dan sentiasa
ringan tulang dalam membantu antara satu sama lain. Namun begitu,
jika perkara ini dipandang remeh maka, sikap pentingkan diri bagai
enau dalam belukar akan merebak dalam diri masyarakat. Intihanya,
kempen yang dianjurkan oleh kerajaan merupakan salah satu cara
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Isi: Ibu bapa – suri teladan

Seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa memainkan peranan dalam
memupuk semangat kejiranan di negara kita. Dengan demikian,
usaha untuk memupuk semangat kejiranan adalah dengan ibu bapa
berperanan sebagai suri teladan. Pertanyaan yang sering bermain di
Denyutan Jantungku Berdebar... • 137

gawang minda kita, apakah yang dimaksudkan dengan suri teladan?


Sebagai makluman yang jelas, suri teladan bermaksud ibu bapa
menunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak-anak mereka.
Sebagai contoh, dalam hal kejiranan ini ibu bapa boleh memberikan
juadah kepada jiran, menyapa jiran atau terlibat dalam aktiviti gotong-
royang kawasan perumahan. Hal ini demikian kerana tingkah laku
positif yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak boleh
menjadi ikutan kepada mereka kelak, persis peribahasa di mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika hal ini sentiasa menjadi
amalan akan lahirnya generasi yang menghormati jiran justeru
berupaya membina kejiranan yang harmoni. Namun jika perkara
ini dipandang remeh maka akan wujudnya jurang dalam komuniti
setempat hingga menyebabkan masalah seperti kebobrokan sosial.
Oleh itu, ibu bapa berperanan untuk memupuk amalan kejiranan
dalam masyarakat yang perlu dimulakan dari rumah lagi.

KESIMPULAN

Terdapat banyak kaedah pengajaran penulisan karangan yang dicipta


oleh guru-guru di seluruh dunia. Namun begitu, tiada satu kaedahpun
yang boleh dianggap terbaik kerana hanya guru yang mengenali
pelajarnya. Oleh itu, usaha berterusan dalam menginovasikan teknik
penulisan berlandaskan teori, pendekatan, konsep dan keperluan
semasa amat perlu dilakukan bersama-sama. Hal ini demikian
kerana mengarang merupakan proses yang melibatkan semua aspek
kemahiran. Penggabungan perkataan demi perkataan yang sistematik
menjadi asas penting dalam membina ayat yang berkoheren agar
difahami oleh pembaca. Secara amnya, sebagai guru dan pelajar
usaha yang berterusan dan bersesuaian dengan keadaan perlu
dilaksanakan agar seiring dengan perkembangan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 ini.
138 • Tinta Bahasa: Siri 3

PENGHARGAAN

Model ASJaBaK ialah hasil daripada Geran Penyelidikan Universiti – Fundametal


(GPUF) 2019-0199-107-01 dan telah didaftarkan dalam Perbadanan Harta Intelek
Malaysia – CRLY2021W06191. Penyelidik melahirkan rasa terima kasih kepada
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak atas kesempatan yang diberikan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Jobar, N. (2017). Analisis Wacana dalam Penulisan Karangan


Murid Bahasa Kedua. (tesis Doktor Falsafah), Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tg. Malim Perak.
Abraham, S.A. (1995). Writing and the process of knowledge. Singapura:
Universiti Singapura.
Adas, D dan Bakir. A. (2014). Writing difficulties and new solutions: Blended
learning as an Approach to improve writing abilities. International
Journal of Humanities and Social Science, 3(9), 254-266.
Ahmad, Z.A. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Anthony E.M (1963), Approach, Method, and Technique. ELT Journal, vol
Xvii (2), 63–67, https://doi.Org/10.1093/Elt/Xvii.2.63
Baki, R. (1993). Pembinaan perenggan sebagai asas pengajaran karangan.
Jurnal Pelita Bahasa, Julai, 18-19.
Che Hassan, C.Z. dan Abd. Rahman. F. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu (MyLEJ), 1(1), 67-87.
Chomsky, N. (1965). Aspect of the theory of syntax. Cambridge MIT Press.
Husin, K. dan Abdul Aziz, S.H. (1997). Penguasaan kemahiran menulis.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Kamus Dewan, Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Lado, R. (1964). Writing measurement. New York: Houghton Mifflin.
Mat Awal, N, Abu Bakar, N. dan Jalaludin, N. (2012). Pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua : Pengungkapan idea dalam penulisan
pelajar sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Melayu, 1(1), 227-240.
Denyutan Jantungku Berdebar... • 139

Ostram, J., & Cook, W. (1993). Paragraph writing simplified. New York.
Rahman, A.A. (2000). Pembinaan perenggan yang terakhir. Dewan Siswa,
21(6), 52.
Reid, J. M. (2000). The process of paragraph writing. Englewood Cliffs,
New Jersey.
Sariyan, A. (1992). Asas penulisan deskriptif. Kuala Lumpur Menara Ilmu.
Sariyan, A. (2004). Tertib mengarang asas retorik untuk pelajar dan
pendidik. Kuala Lumpur.
Tyas, M. A., Nurkamto, J., Marmanto, S., & Laksani, H. (2019). Developing
higher order thinking skills ( HOTS ) – Based questions : Indonesian
EFL teachers’ challenges. Proceedings of the International Conference
on Future of Education, 2(1), 52–63. https://doi.org/https://doi.
org/10.17501/26307413.2019.2106
Yusoff, M (2004). Perlakuan & proses menulis karangan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
7
Keterjalinan Bahasa dan Budaya
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGENALAN

Budaya dan bahasa merupakan dua entiti yang terikat antara satu
sama lain. Keterjalinan kedua-dua entiti ini tidak dapat dinafikan
kerana setiap satunya mempunyai peranan dan pengaruh terhadap
yang lain. Bahasa merupakan simbolik kepada budaya, manakala
budaya disampaikan melalui bahasa. Keadaan ini menjadikan
pengajaran bahasa harus disertai dengan pengajaran budaya, begitu
juga pengajaran budaya perlu melibatkan pengajaran bahasa.
Stockwell (2018) menjelaskan hubungan antara bahasa dan budaya
seperti berikut,

“Language and culture are closely interconnected, and students


cannot have a comprehensive grasp of a language without
understanding its culture. Because it is language in its cultural
context that creates meaning, creating and interpreting meaning
is done within a cultural framework.”
(Stockwell, 2018)
142 • Tinta Bahasa: Siri 3

Dalam erti kata yang lain, bahasa dan budaya saling berkait
rapat dan pelajar tidak akan memperoleh pemahaman yang kuat
terhadap bahasa tanpa pemahaman budaya. Hal ini kerana bahasa
dalam konteks budaya yang dapat membina makna, mencipta dan
penginterpretasian makna hanya dapat dilakukan dalam kerangka
budaya bahasa tersebut. Tuntasnya, pemahaman bahasa perlu disertai
dengan pemahaman budaya bagi menghasilkan interpretasi yang tepat
terhadap bahasa yang digunakan. Walaupun pengetahuan linguistik
seperti perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa penting untuk
berkomunikasi dengan penutur asli, namun, kefahaman terhadap
budaya bahasa sasaran dalam usaha menggunakan bahasa dengan
tepat mengikut situasi sosial jauh lebih penting (Nugent 2019).
Selain itu, setiap bahasa dikaitkan dengan budaya tertentu yang
menunjukkan perbezaan antara satu budaya dengan budaya yang lain.
Keadaan ini menyebabkan bahasa tidak dapat difahami sepenuhnya
melainkan turut disertai dengan kefahaman terhadap budaya
yang melatari bahasa tersebut. Krasner (1999) turut menyatakan
pengajaran bahasa tanpa budaya tidak membenarkan pelajar untuk
menguasai bahasa tersebut secara komprehensif. Pelajar akan
menghadapi kekangan apabila menggunakan bahasa dalam konteks
yang sebenar. Keadaan ini akhirnya menghasilkan pelajar bahasa
yang ‘fluent fool’ seperti yang dinyatakan oleh Bennett (1993), iaitu
seseorang yang fasih menuturkan bahasa tetapi tidak memahami
kandungan falsafah di sebalik bahasa tersebut.
Selanjutnya, budaya turut memberikan makna yang lebih
spesifik dan makna tempatan kepada bahasa melalui konotasi
dan denotasi (Liddicoat & Scarino 2013). Seara umumnya, setiap
perkataan mempunyai makna denotasi dan konotasi yang perlu
difahami Perkataan ini walaupun adakalanya sama dalam bahasa
lain, namun makna di sebaliknya boleh jadi berbeza tergantung
pada budaya yang melatarinya. Penjelasan makna ini hanya boleh
difahami dan ihayati apabila pengajaran budaya turut disertakan
dalam pengajaran bahasa. Hal ini menjelaskan bahawa aspek budaya
sangat penting dalam pengajaran sesuatu bahasa untuk membantu
pelajar memahami, menghayati dan menguasai bahasa.
Keterjalinan Bahasa dan Budaya... • 143

Justeru, pengajaran bahasa perlu mengambil kira pengajaran


budaya sebagai satu elemen penting untuk menguasai sesuatu bahasa
dengan lebih berkesan. Aspek budaya juga dapat memudahkan dan
membenarkan penggunaan bahasa yang tepat dengan konteksnya.
Bahasa yang dipelajari juga dapat dihayati dan difahami dengan
lebih baik apabila wujud kefahaman terhadap aspek budaya.

HUBUNGAN ANTARA BAHASA DENGAN BUDAYA

Hubungan antara bahasa dengan budaya dapat dilihat sebagai dua


bahagian yang tidak terpisah dan terikat antara satu sama lain.
Bahasa dan budaya juga mempunyai hubungan yang sangat utuh
sehingga kehilangan satu aspek memberikan kesan terhadap aspek
yang lain (Brown 1994). Keadaan ini memperlihatkan kedua-dua
aspek ini saling menyokong dan mempunyai pengaruh terhadap satu
sama lain.
Sementara itu, bahasa berperanan sebagai penyampai budaya,
manakala budaya pula merupakan aspek yang membentuk bahasa,
dinyatakan melalui bahasa serta dibawa oleh bahasa (Memis 2016).
Hal ini menjelaskan bahawa budaya disampaikan melalui bahasa,
manakala sesuatu bahasa itu dibentuk oleh budaya. Kramsch (1998)
turut menyatakan tiga perkara yang boleh menjelaskan hubungan
antara bahasa dan budaya, iaitu i) bahasa mengekspresikan budaya,
ii) bahasa merangkumi budaya dan iii) bahasa melambangkan
budaya. Penjelasan ini menunjukkan aspek budaya adalah
sebahagian daripada bahasa, begitu juga bahasa adalah sebahagian
daripada budaya.
Selanjutnya, bahasa dan budaya saling berhubungan dan
melengkapi antara satu sama lain. Budaya merupakan bahagian
utama dalam identiti setiap individu, manakala, bahasa merupakan
alat ekspresi budaya (Brdaric 2016). Hal ini bermaksud seseorang
individu memiliki dan membawa budaya yang diwarisi dari keluarga
yang menjadi identiti individu tersebut untuk dikenali dalam
masyarakat. Budaya tersebut dibawa melalui bahasa kerana bahasa
merupakan alat yang menyampaikan budaya dari satu generasi ke
satu generasi yang lain.
144 • Tinta Bahasa: Siri 3

Di samping itu, budaya juga berinteraksi dengan bahasa di


setiap peringkat komunikasi. Keadaan ini memerlukan seseorang
individu memahami budaya bahasa yang hendak digunakan dalam
komunikasi. Hubungan antara budaya dengan komunikasi bukanlah
hubungan kandungan dan makna, tetapi turut melibatkan bentuk
makna dan cara makna ini dinilai dan difahami (Liddicoat & Scarino
2013). Budaya turut memberikan makna tempatan serta makna
spesifik kepada bahasa melalui konotasi dan denotasi.
Oleh itu, jelas bahawa setiap aspek bahasa sama ada lisan
mahupun bukan lisan mempunyai perkaitan dengan budaya. Hal ini
juga menjelaskan bahawa bahasa dan budaya tidak boleh dipisahkan
dan perlu disatukan apabila membicarakan salah satu aspek.

KONSEP BUDAYA

Budaya merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai pelbagai


definisi. Menurut M.Thoha (2013)No. 3 (March 2013, terma budaya
berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddhayah (pemikiran
atau sebab) yang bermaksud sesuatu yang berhubung kait dengan
pemikiran dan intelek. Hal ini bermaksud budaya mempunyai
perkaitan tentang pemikiran dan sebab sesuatu perkara atau tindakan
dilakukan dalam sesebuah masyarakat.
Selain itu, terdapat dua pemikiran tentang budaya yang boleh
dibahaskan, iaitu pemikiran barat dan pemikiran Melayu. Menurut
pemikiran barat, budaya dapat ditafsir berdasarkan pandangan
ahli antropologi dan sosiologi. Sebanyak 164 definisi budaya telah
disenaraikan oleh Kroeber dan Kluckhohn (1952) dalam buku
bertajuk “Culture: A critical review of concepts and definitions”.
Antara definisi budaya yang terdapat dalam buku tersebut adalah
seperti berikut:

1. Tylor (1871)
Budaya atau peradaban merupakan sesuatu yang kompleks
merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-
Keterjalinan Bahasa dan Budaya... • 145

undang, moral, adat dan keupayaan dan tabiat yang dilakukan


oleh anggota sesuatu budaya.
2. Benedict (1929)
Budaya merupakan sesuatu yang kompleks yang mengandungi
semua tabiat yang dimiliki manusia sebagai anggota budaya.
3. Kluckhohn and Kelly (1943)
Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang merangkumi
artifak, kepercayaan, kesenian, semua kebiasaan lain yang
diperoleh oleh manusia serta semua produk yang dihasilkan
melalui aktiviti manusia seperti yang ditentukan oleh kebiasaan
ini.
4. Linton (1945)
Budaya merujuk kepada keseluruhan cara hidup sesebuah
masyarakat.

Selain itu, susulan perbincangan hangat mengenai budaya dalam


pengajaran bahasa, maka muncul definisi budaya dikemukakan oleh
para pengkaji budaya. Antaranya, Paige et al. (1999) menyatakan
budaya merupakan sesuatu yang dikongsi oleh sekumpulan manusia
dan dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Budaya ini merangkumi nilai, kepercayaan, sikap, rujukan, adat,
gaya pembelajaran, gaya komunikasi, sejarah atau interpretasi
sejarah, pencapaian, teknologi, seni, kesusasteraan dan.
Selain itu, Moran (2001) pula menerangkan budaya sebagai cara
hidup sekumpulan individu yang merangkumi praktik (amalan) dan
produk berdasarkan perspektif terhadap dunia. Hal ini bermaksud
budaya merangkumi lima elemen utama, iaitu perspektif, praktik,
produk, masyarakat dan individu. Thieu dan Thieu (2018) pula
menjelaskan budaya sebagai personaliti yang melibatkan cara
individu mengekspresikan diri mereka, cara berfikir, cara bergerak,
cara menyelesaikan masalah, cara merancang bandar, cara
mengorganisasi sistem pengangkutan, cara mengendalikan ekonomi
dan kerajaan.
Seterusnya, budaya dari sudut pemikiran Melayu pula melibatkan
definisi yang diberikan oleh Anwar Din (2016). Masyarakat Melayu
dikatakan telah mempunyai konsep budaya yang diungkapkan
146 • Tinta Bahasa: Siri 3

dengan menggunakan istilah ‘adat’, iaitu cara masyarakat Melayu


menjalani kehidupan seharian. Istilah adat juga dikatakan berasal
daripada bahasa Arab yakni tentang tabiat, tingkah laku, gaya, ritual,
keraian, majlis, pantang larang dan peraturan. Anwar Din (2016)
menjelaskan definisi ini mempunyai maksud yang hampir sama
dengan terma ‘culture’ yang dikemukakan oleh ahli antropologi
Barat, Taylor. Definisi ini menjelaskan bahawa konsep budaya telah
lama wujud dalam masyarakat Melayu.
Di samping itu, Junaini et al., (2018) turut memberikan definisi
budaya sebagai sesuatu yang mempunyai hubungan dengan cara
hidup, kepercayaan, nilai masyarakat atau kebendaan yang diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi. Budaya juga ditakrifkan sebagai
satu organisasi yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan
seperti perlakuan, perspektif, kepercayaan, bahasa dan kesenian yang
(Wan Norhasniah 2012). Oleh budaya dapat ditakrifkan sebagai cara
hidup sekumpulan masyarakat yang merangkumi pelbagai aspek.
Berdasarkan takrifan yang diberikan ini, jelas bahawa budaya
merupakan satu aspek penting dalam memahami masyarakat lain.
Budaya menceritakan ‘sebab’ dan ‘mengapa’ sekumpulan individu
berfikiran, bertindak dan menghasilkan sesuatu bagi menjalani
kehidupan seharian. Aspek ini turut melatari bahasa yang digunakan
oleh masyarakat. Oleh itu, pengajaran bahasa perlu melibatkan
pengajaran budaya agar inti pati bahasa dapat dihayati dan difahami
dengan efektif.

PENGARUH BUDAYA TERHADAP BAHASA

Pengaruh budaya sangat kuat terhadap bahasa sehingga


penginterpretasian dan penterjemahan bahasa hanya dapat dilakukan
dengan tepat melalui penghayatan terhadap budaya. Hal ini turut
ditegaskan oleh Choudhury (2014) yang menyatakan lima pengaruh
budaya terhadap bahasa, iaitu perbendaharaan kata, kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menterjemah.
Keterjalinan Bahasa dan Budaya... • 147

i. Pengaruh budaya terhadap perbendaharaan kata


Perbendaharaan kata ialah asas kepada sesuatu bahasa yang
tidak hanya mengandungi makna denotatif tetapi makna
konotatif. Sesuatu kata turut terkait dengan cara hidup, tabiat,
adat, pemikiran, falsafah dan semua aspek yang terkandung
dalam budaya. Hal ini perlu difahami agar penggunaan
bahasa yang tepat semasa interaksi dapat dilakukan serta
dapat mengurangkan salah faham.

ii. Pengaruh budaya terhadap kemahiran mendengar


Kemahiran mendengar dapat dipertingkatkan dengan
pengetahuan terhadap budaya. Apabila berinteraksi dengan
pengguna bahasa sasaran, penginterpretasian makna dapat
dilakukan dengan tepat kerana aspek yang melatari bahasa
yakni budaya telah difahami.

iii. Pengaruh budaya terhadap kemahiran bertutur


Kemahiran bertutur juga memerlukan kefahaman
terhadap budaya dengan mengambil kira apakah yang
sesuai dituturkan dan bagaimanakah tingkah laku yang
patut dipamerkan. Pengetahuan terhadap budaya dapat
menghasilkan pertuturan yang lebih tepat dan sesuai dengan
konteks.

iv. Pengaruh budaya terhadap kemahiran membaca


Perbezaan budaya wujud dalam sesuatu perkataan, struktur
ayat dan struktur teks dalam sesebuah teks bahasa sasaran.
Oleh itu, pengetahuan budaya memainkan peranan penting
dalam proses pembacaan dengan memberikan makna yang
lebih tepat berdasarkan konteks.

v. Pengaruh budaya terhadap kemahiran menterjemah


Kemahiran menterjemah sememangnya memerlukan
pengetahuan budaya. Sesuatu teks atau ujaran dapat
diterjemah dengan baik apabila pengetahuan dan kefahaman
budaya sumber dan budaya sasaran dimiliki. Keadaan ini
akan menghasilkan terjemahan yang tidak menyimpang dari
makna asal.
148 • Tinta Bahasa: Siri 3

Berdasarkan pengaruh budaya terhadap bahasa yang telah


dibincangkan ini, jelas bahawa aspek budaya sangat penting dalam
memastikan kemahiran bahasa yang lengkap dan utuh dimiliki
oleh individu yang mempelajari sesuatu bahasa. Kemahiran ini
dapat membenarkan seseorang untuk berkomunikasi, membaca dan
menterjemahkan teks atau ujaran menggunakan bahasa yang tepat.
Justeru, aspek budaya perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan
secukupnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

KERANGKA BUDAYA DALAM PENGAJARAN


BAHASA

Rentetan kepentingan melibatkan aspek budaya dalam pengajaran


bahasa, maka terdapat pelbagai kerangka dan model budaya yang
dikemukakan sarjana untuk disertakan dalam pengajaran bahasa.
Antara yang terawal adalah budaya ‘C’ besar dan budaya ‘c’ kecil yang
dikemukakan oleh Paige et al. (1999). Budaya ‘C’ besar ditakrifkan
sebagai peristiwa yang dapat diperhatikan, manakala budaya ‘c’ kecil
pula merujuk kepada peristiwa yang kurang kelihatan. Kramsch
(1993) pula menyatakan bahawa budaya ‘C’ besar adalah budaya
yang mudah untuk diterokai seperti kesusasteraan, muzik, tarian,
lukisan, ukiran, teater, dan filem, manakala budaya ‘c’ kecil terdiri
daripada pelbagai aspek yang saling berkaitan seperti sikap, andaian,
kepercayaan, persepsi, norma dan sistem nilai.
Selain itu, Weaver (1988) menggambarkan komponen budaya
sebagai ais apung yang dikenali sebagai ‘the cultural iceberg’. Pada
ais apung tersebut, terdapat dua bahagian, iaitu bahagian atas dan
bahagian bawah seperti dalam Rajah 1.
Keterjalinan Bahasa dan Budaya... • 149

Rajah 1 Ketulan ais budaya Weaver (1988)

Rajah 1 menunjukkan bahagian atas ais (observable part of


culture) merupakan komponen budaya luaran yang dapat dilihat,
didengar dan disentuh serta merupakan pengetahuan yang jelas,
disedari, mudah berubah dan merupakan pengetahuan yang objektif.
Rajah juga menunjukkan bahagian bawah (non-observable part of
culture) merupakan komponen budaya dalaman seperti kepercayaan,
nilai, corak pemikiran dan mitos yang secara tidak dapat dilihat,
didengar, disentuh serta merupakan komponen budaya yang tidak
disedari, sukar diubah dan merupakan pengetahuan subjektif.
Di samping itu, National Standards (2006) mengemukakan
kerangka budaya yang dikenali sebagai “Kerangka Budaya 3P”.
Produk merupakan artifak sama ada yang boleh disentuh seperti
lukisan dan tidak boleh disentuh seperti tarian, ritual, manakala,
praktik merujuk kepada corak tingkah laku dan interaksi sosial
yang diterima dalam sesebuah masyarakat. Ringkasnya, praktik
merupakan pengetahuan tentang “apa yang boleh dilakukan, bila, di
mana dan bagaimana berinteraksi dalam situasi tertentu”. Lazimnya,
praktik melibatkan penggunaan sesuatu produk. Perspektif pula
merupakan pandangan terhadap dunia yang merangkumi makna,
sikap, nilai, kepercayaan, idea tentang apa yang menjadi dasar
atau asas kepada amalan budaya dan produk budaya sesebuah
150 • Tinta Bahasa: Siri 3

masyarakat. Kerangka ini dapat digambarkan melalui imej segi tiga


dengan komponen perspektif di atas, manakala, produk dan praktik
membentuk di bawah seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2 Kerangka budaya 3P National Standards (2006)

Seterusnya, rentetan daripada kerangka budaya 3P yang


dikemukakan National Standard (2006), Moran (2001) telah
menambah dua dimensi budaya, iaitu komuniti dan individu. Dua
dimensi ini diperkenalkan kerana produk, praktik dan perspektif
wujud dalam sesebuah komuniti dan diamalkan oleh setiap individu
dalam komuniti tersebut. Dimensi pertama, iaitu produk merupakan
semua artifak yang dihasilkan dan diguna pakai dalam sesebuah
masyarakat. Produk ini merupakan sesuatu yang dapat dirasai oleh
pancaindera manusia, iaitu dapat dilihat, didengari, disentuh, dirasai
dan dibaui. Dimensi kedua, iaitu praktik (amalan) terdiri daripada
pelbagai tindakan dan interaksi yang dilakukan oleh ahli budaya
dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.
Selanjutnya, dimensi ketiga, iaitu perspektif merupakan dimensi
budaya yang mendasari penghasilan produk dan membimbing
individu dan komuniti budaya untuk melakukan sesuatu perkara
(praktik). Dimensi ini memberi makna tentang kehidupan dan
membentuk pandangan atau orientasi terhadap kehidupan, iaitu
pandangan dunia. Dimensi keempat, iaitu komuniti budaya merujuk
Keterjalinan Bahasa dan Budaya... • 151

kepada konteks tertentu, keadaan dan kumpulan yang membolehkan


individu budaya melakukan amalan kebudayaan. Konteks ini terdiri
daripada komuniti yang luas, seperti budaya kebangsaan, bahasa,
jantina, bangsa, agama, kelas sosioekonomi atau generasi. Dimensi
terakhir, iaitu ahli budaya pula merujuk kepada individu yang
memiliki identiti budaya tertentu yang menyatukan mereka dalam
sesebuah komuniti dan memisahkan mereka daripada komuniti
budaya yang lain. Ahli budaya melibatkan identiti dan sejarah
kehidupan. Rajah 3 menunjukkan interaksi antara lima dimensi
budaya.

Rajah 3 Lima dimensi budaya Moran (2001)

Berdasarkan kerangka yang telah dibincangkan ini, jelas


bahawa terdapat pelbagai elemen dalam sesebuah budaya. Konsep
budaya yang asas mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian yang
boleh diperhatikan dan bahagian yang tidak boleh diperhatikan.
Budaya juga dapat diteliti berdasarkan tiga elemen utama budaya,
iaitu produk budaya, praktik budaya dan perspektif budaya. Tiga
152 • Tinta Bahasa: Siri 3

elemen budaya ini juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian


iaitu, bahagian yang boleh diperhatikan yang merangkumi produk
dan praktik , manakala bahagian yang tidak boleh diperhatikan
melibatkan perspektif. Walaupun terdapat beberapa kerangka
susulan daripada Kerangka Budaya 3P, namun, konsep asas bagi
setiap budaya masih kekal, iaitu melibatkan produk budaya, praktik
budaya dan perspektif budaya.

PENGAJARAN BUDAYA MELAYU DALAM


PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR
ASING

Pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu perlu


diberikan perhatian penuh kerana bahasa Melayu bukan sahaja
ditawarkan dalam persekitaran penggunaan bahasa tersebut, malah
turut ditawarkan di luar konteks. Hal ini bermaksud bahasa Melayu
turut dipelajari di luar kawasan yang menggunakan bahasa tersebut.
Keadaan ini memerlukan perancangan yang rapi perlu dilakukan
dalam memastikan penyampaian bahasa Melayu yang berkesan
kepada para pelajar. Bahasa Melayu bukan sekadar perlu dituturkan
dengan tepat dan betul, tetapi perlu diiringi dengan kesopanan dan
ketertiban.
Menurut Goddard dan Wierzbicka (1997), masyarakat Melayu
sangat menekankan tingkah laku yang betul dan sopan. Hal ini
tidak terpisah dengan penggunaan bahasa yang baik semasa
berkomunikasi. Masyarakat Melayu juga bukan sahaja tertakluk
kepada penggunaan bahasa yang halus, namun turut melibatkan
seluruh tingkah laku bukan lisan. Tingkah laku bukan lisan ini
dilihat daripada tindak tanduk seseorang penutur atau pendengar
semasa komunikasi sedang berlangsung. Pandangan mata ketika
bertutur dengan orang yang lebih tua, gerakan tangan, kedudukan
semasa bertutur dan pelbagai tingkah laku bukan lisan turut perlu
dijaga. Hal ini kerana tingkah laku bukan lisan mempunyai maksud
tertentu dan boleh mengundang rasa tidak senang pihak yang
Keterjalinan Bahasa dan Budaya... • 153

lain. Tambah Goddard dan Wierzbicka (1997), adalah lebih baik


menuturkan sesuatu secara halus dan menjaga tingkah laku semasa
berkomunikasi untuk memastikan semua pihak berasa senang hati.
Sehubungan dengan itu, pengajaran bahasa Melayu baik dalam
konteks mahupun di luar konteks penggunaan bahasa Melayu perlu
disertakan dengan pengajaran budaya. Terdapat empat kaedah
pengajaran budaya yang boleh diadaptasikan untuk pengajaran
bahasa Melayu, iaitu:

i. Memberikan tugasan berkaitan budaya Melayu kepada


pelajar
Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka
budaya Melayu melalui pembacaan bahan berkaitan.
Lazimnya, bahan berkaitan budaya Melayu diterbitkan
dalam bahasa Melayu. Keadaan ini turut membolehkan
pelajar mempelajari kosa kata yang baharu, pembinaan
frasa dan ayat bahasa Melayu. Pelajar juga boleh melakukan
tugasan dengan menemu bual penutur asli bahasa Melayu.
Tugasan ini dapat membantu pelajar untuk mendengar dan
memerhatikan tingkah laku lisan dan bukan lisan.

ii. Meminta pelajar berdialog menggunakan bahasa


Melayu dalam konteks budaya Melayu
Guru boleh meminta pelajar berdialog menggunakan bahasa
Melayu dengan memberikan situasi seperti di pasar, di
kaunter pertanyaan, di hentian bas dan sebagainya. Guru
perlu mengingatkan pelajar untuk menggunakan bahasa
lisan dan bahasa tubuh yang tepat. Guru juga boleh turut
serta dalam aktiviti ini dan menggunakan pengalaman guru
dalam situasi tersebut. Aktiviti ini membantu guru untuk
mendengar lontaran dialog pelajar serta memerhatikan
bahasa tubuh yang dilakukan sepanjang perbualan
berlangsung.
Selain itu, dalam konteks di Malaysia, guru boleh
membawa pelajar ke pasar atau taman dan meminta pelajar
154 • Tinta Bahasa: Siri 3

bertutur dengan masyarakat tempatan menggunakan bahasa


Melayu. Guru perlu meminta kerjasama daripada masyarakat
tempatan agar menggunakan bahasa Melayu ketika
menyantuni pelajar asing ini. Keadaan ini mendedahkan
keadaan sebenar kepada pelajar seterusnya melatih pelajar
menggunakan bahasa Melayu dalam konteks bahasa
tersebut.

iii. Menayangkan filem atau drama Melayu di dalam kelas


Guru perlu memilih filem dan drama Melayu yang bersesuaian
untuk dipertontonkan kepada pelajar. Pemilihan filem dan
drama Melayu juga perlu mengambil kira penggunaan
bahasa Melayu yang baik. Guru juga perlu memilih filem
dan drama pada era yang berbeza bagi memperlihatkan
perkembangan bahasa Melayu. Filem dan drama Melayu
yang ditayangkan di dalam kelas dapat membantu pelajar
mendengar pertuturan masyarakat Melayu dan melihat
bahasa tubuh yang dilakukan semasa interaksi.

iv. Perbincangan tentang perkaitan antara bahasa dengan


budaya
Guru juga boleh menggalakkan perbincangan tentang
perkaitan antara bahasa dengan budaya seperti menjelaskan
makna denotasi dan konotasi peribahasa Melayu, lirik
lagu Melayu sama lagu tradisional mahupun moden dan
sebagainya. Perbincangan ini dapat menjelaskan makna
yang melatari bahasa dengan lebih berkesan. Perbincangan
juga boleh dilanjutkan dengan mencari persamaan atau
perbezaan dengan budaya asal pelajar. Keadaan ini dapat
memperkukuhkan pengetahuan pelajar.

Keempat-empat kaedah yang dibincangkan ini boleh


dilaksanakan dalam pengajaran bahasa Melayu. Guru perlu
merancang dengan teliti dengan mengambil kira aspek budaya
Keterjalinan Bahasa dan Budaya... • 155

yang ingin didedahkan kepada para pelajar dan menyesuaikannya


dengan kaedah pengajaran. Keselesaan pelajar juga perlu diambil
berat dalam melaksanakan pengajaran budaya. Hal ini penting
untuk memastikan penerimaan pelajar terhadap aspek budaya yang
disertakan dalam pengajaran bahasa. Oleh itu, perancangan yang
rapi perlu dilakukan dalam melaksanakan pengajaran budaya.

KESIMPULAN

Aspek budaya dalam pengajaran bahasa sememangnya tidak dapat


dinafikan kepentingannya. Budaya dapat menceritakan makna di
sebalik bahasa dan membantu pelajar memahami dan menghayati
bahasa dengan lebih baik. Kefahaman dan penghayatan yang baik
dapat membantu penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar. Justeru,
budaya Melayu sangat penting untuk dipelajari oleh pelajar yang
mempelajari bahasa Melayu. Pelajar perlu mengetahui asas dan teras
budaya Melayu untuk memahaminya dengan lebih komprehensif.
Pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu dapat
meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang
lebih berkesan. Pelajar juga bukan sahaja dapat mengetahui asas
budaya Melayu, bahkan pelajar dapat mempelajari tingkah laku yang
sesuai semasa berinteraksi dengan masyarakat Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu yang tepat dengan konteks dan tingkah laku yang
baik dapat menjamin interaksi yang berkesan semasa berada dalam
kalangan masyarakat Melayu.

RUJUKAN

Anwar Din. (2016). Asas kebudayaan Melayu. In Anwar Din (Ed.), Asas
Kebudayaan dan Kesenian Melayu (pp. 19–28). Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
156 • Tinta Bahasa: Siri 3

Bennett, M. J. (1993). How not to be a fluent fool: understanding the


cultural dimension of language. The Language Teacher, 27(9), 16–21.
Brdaric, H. (2016). The Importance Of Teaching Culture In The Foreign
Language Classroom. Josip Juraj Strossmayer University of Osijek.
Brown, H. D. (1994). Principles of Language Learning and Teaching.
Prentice Hall Regents.
Choudhury, R. U. (2014). The role of culture in teaching and learning
of English as a foreign language. Express, an International Journal
of Multi Disciplinary Research, 1(4), 2348–2052. https://doi.org/
http://express-journal.com/pdf/april14issue4/theroleofcultureinelt_
rahimuddin.pdf
Goddard, C., & Wierzbicka, A. (1997). Discourse and culture. In Teun
A. Van (Ed.), Discourse as Social Interaction (pp. 231–259). Sage
Publications.
Junaini Kasdan, Yusmaniza Mohd Yusoff, Nor Hashimah Jalaluddin, &
Hasnah Mohamad. (2018). Pembangunan kit video pembelajaran
bahasa Melayu penutur asing berteraskan budaya. PENDETA Journal
of Malay Language, Education and Literature, 9, 144–157.
Juwati Abdullah, Nasrol Hadi Ahmad Shukeri, & Che Hasniah Ya’acob.
(2018). Kriteria budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa asing. In Nuraihan Mat Daud (Ed.), Bahasa Melayu
untuk Penutur Asing (pp. 69–87). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kramsch, C. (1993). Context and culture in language teaching. Oxford
University Press.
Kramsch, C. (1998). Language and Culture. Oxford University Press.
Krasner, I. (1999). The role of culture in language teaching. Dialog on
Language Instruction, 13(1). http://www.geolanguage.org/archives/
sla/DLI_v13.pdf#page=81
Kroeber, A. L., & Kluckhohn, C. (1952). Culture: A critical review of
concepts and definitions. The Museum. https://psycnet.apa.org/
record/1953-07119-001
Liddicoat, A. J., & Scarino, A. (2013). Intercultural language teaching and
learning (1st ed.). Blackwell Publishing Ltd.
M.Thoha, S. J. (2013). Community and cultural environment (Analysis
on environmental education culture of Lampung). Southeast Asian
Journal of Social and Political Issues, 1(3), 235–246. https://seajspi.
files.wordpress.com/2013/11/2-m-thoha-community-and-cultural-
environment.pdf
Memis, M. R. (2016). Educational environment and cultural transmission in
Keterjalinan Bahasa dan Budaya... • 157

foreign language teaching. International Periodical for the Language,


Literature and History of Turkish or Turkic, 11(9), 605–616.
Moran, P. R. (2001). Teaching culture: Perspectives in practice. Heinle &
Heinle Thomson Learning.
National Standards in Foreign Language Education Project. (2006).
Standards for Foreign Language Learning in 21st Century (3rd Edition
(ed.)).
Nugent, K. L. (2019). Exploring the teaching of culture in the foreign
language classroom within the context of collaborative professional
development: A critical participatory action research study. Educational
Action Research, 1–21. https://doi.org/10.1080/09650792.2019.15771
48
Sohirin Mohammad Solihin. (2017). Integration of Malay cultural identity
with Islamic religion. Journal of Malay Islamic Studies, 1(2), 121–128.
Stockwell, E. (2018). Teaching culture in foreign language classes. Foreign
Language Education Research, 22, 11–23.
Sun, L. (2013). Culture teaching in foreign language teaching. Theory and
Practice in Language Studies, 3(2), 371–375. https://doi.org/10.4304/
tpls.3.2.371-375
Thieu, T. H. O., & Thieu, Q. M. (2018). EFL students’ attitudes towards
integrating teaching cross-cultural issues and teaching listening skill.
Studies in English Language Teaching, 6(2), 97–111. https://doi.
org/10.22158/selt.v6n2p97
Wan Norhasniah Wan Husin. (2012). Cultural Clash between the Malays
and Chinese in Malaysia. International Conference on Humanity,
History and Society IPEDR, 34, 1–6. http://www.ipedr.com/vol34/001-
ICHHS2012-H00001.pdf
8
Komunikasi, Interaksi dan
Penglibatan antara Guru-Pelajar
dalam Pendidikan
Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin
Farah Fazlinda Mohammad
Universiti Pendidikan Sultan Idris

“Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to


climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid” ~
Albert Einstein

PENGENALAN

Petikan daripada Albert Einstein ini menunjukkan bahawa kita semua


mempunyai kemahiran yang mampu kita kuasai dengan baik, tetapi
jika seseorang menilai kita berdasarkan ketidakupayaan kita, kita
akan terus gagal. Dalam erti kata yang lain, Lee Chong Wei kelihatan
hebat dengan raket badmintonnya, mewakili Malaysia dalam banyak
kejohanan badminton dunia, tetapi jika kita memberikan beliau
buah catur, buah yang lebih kecil daripada raket badminton, beliau
akhirnya akan kelihatan seperti ikan yang cuba memanjat pokok,
atau lebih teruk lagi, mana-mana pemain jalanan mungkin boleh
160 • Tinta Bahasa: Siri 3

mengalahkan pemain badminton dunia dalam perlawanan catur.


Analogi ini menggambarkan bahawa setiap individu mempunyai
keunikan dan kelebihan tersendiri yang memerlukan penilaian yang
bertepatan dengan tempatnya.
Tidak dinafikan bahawa petikan Albert Einstein ini
mengingatkan kita supaya tidak menghakimi pelajar kita walaupun
kita diuji dengan pelajar yang mempunyai pelbagai kekurangan dan
kelemahan. Mempunyai pengalaman mengajar sama ada 10 atau
20 atau 30 tahun, sudah pastinya bilik darjah dalam setiap semester
adalah berbeza dari segi fizikal dan akustik, dengan pelajar daripada
pelbagai kumpulan etnik, budaya, agama, bahasa dan bangsa yang
berbeza. Adakalanya kita berhadapan dengan pelajar yang mahir
dalam beberapa bahasa tetapi menghadapi masalah dengan nombor,
atau mereka merupakan pengucap yang hebat tetapi pendengar
yang teruk. Tidak mustahil juga jika terdapat sesetengah pelajar
yang mempunyai kreativiti yang baik dalam visual atau imej tetapi
bergelut dengan reka bentuk seni. Namun begitu, jika kita ingin
menilai pelajar untuk perkara yang mereka tidak mampu sebelum
mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan, kita mungkin pendidik yang hanya mampu untuk berada
di tahap pertengahan sahaja (mediocre).
Seorang pendidik yang berjaya perlulah sentiasa memastikan
pelajarnya terlibat secara aktif dalam pembelajaran, iaitu aktiviti
pembelajaran yang mendorong mereka mencapai hasil pembelajaran
berdasarkan pembelajaran ke belakang (backward learning) dan
bilik darjah sentiasa mengalu-alukan keberadaan pelajar. Apabila
peluang pembelajaran yang mencukupi boleh diakses oleh setiap
pelajar, mereka akan berasa diperkasa secara intelek (intellectually
empowered), membolehkan mereka mengambil bahagian dalam
interaksi bilik darjah sekali gus mewujudkan rasa kekitaan walaupun
terdapat perbezaan, batasan dan orientasi (Sanger, 2020). Reka bentuk
pembelajaran ke belakang memerlukan pembinaan atau penyediaan
objektif pembelajaran yang mendorong proses, membolehkan kita
memutuskan penilaian yang akan digunakan untuk menunjukkan
bahawa pelajar telah memenuhi hasil pembelajaran kursus
(Harrington & Thomas, 2018). Selain itu, seorang guru yang hebat
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 161

akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meluangkan sedikit masa


memberikan maklum balas segera kepada pelajar supaya pelajar
boleh segera mengetahui cara menambah baik tugasan mereka untuk
menghadapi penilaian seterusnya pada masa hadapan.

KOMUNIKASI MENERUSI ‘BACKWARD LEARNING’


DAN ‘SMALL TEACHING’

Selain kaedah pembelajaran ke belakang (backward learning),


pendekatan melalui pengajaran kecil (small teaching) juga
merupakan satu pendekatan komunikasi dan interaksi guru-pelajar
yang efektif. Menerusi pengajaran kecil, guru perlulah sentiasa
menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalan walaupun soalan
mudah tentang makna sesuatu perkara kerana guru juga melakukan
perkara yang sama untuk memperoleh penjelasan lanjut agar tidak
tersalah menafsir sesuatu makna. Berdasarkan pemerhatian penulis
yang berasal daripada serumpun Asia, kebiasaannya, pelajar akan
merasa teragak-agak untuk bersuara kerana mereka berasa malu
untuk bertanya, atau mereka mungkin kelihatan bodoh pada masa-
masa tertentu (terutamanya hanya bertanyakan sesuatu makna) atau
mereka bimbang ditertawakan oleh rakan-rakan atau mereka tidak
gemar menjadi perhatian apabila bertanyakan soalan. Oleh itu, satu
strategi untuk menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan
pelajar adalah dengan tidak membuat pelajar berasa malu tentang
soalan yang diutarakan oleh mereka dan memuji mereka kerana
keberanian bertanya dan menjawab soalan di dalam kelas. Adalah
benar tentang perkara yang diperkatakan Ho (2020) bahawa pelajar
Asia dianggap sebagai patuh dan taat, dalam erti kata bahawa
pelajar sentiasa berada dalam keharmonian kolektif, mengelak
daripada menyuarakan pandangan yang bertentangan atau sesuatu
yang mungkin bertentangan dengan norma kumpulan, dan sering
menghormati pihak yang berautoriti daripada mewujudkan sebarang
pertikaian dengan orang yang lebih senior mahupun pendidik.
Oleh yang demikian, pelajar yang baik sentiasa berbudi bahasa,
162 • Tinta Bahasa: Siri 3

walaupun semasa memberikan pandangan atau bertanyakan soalan,


bukan bertujuan untuk mencabar profesor, tetapi cuba untuk meniru
guru atau idola mereka, yang pastinya bertentangan dengan gaya
pembelajaran Barat.
Meskipun terdapat pelbagai cara dan kaedah yang digunakan
dalam pembelajaran dan pengajaran, sebenarnya komunikasi
memainkan peranan terbesar dalam memastikan motivasi dan
perhatian pelajar dalam pembelajaran berterusan. Mengapa
komunikasi? Bagi memastikan pelajar dapat membina sikap positif
terhadap pembelajaran mata pelajaran tertentu, mereka haruslah
terlebih dahulu mempunyai minat untuk mempelajari mata pelajaran
tersebut atau keinginan untuk belajar tentang pemahaman bacaan
(reading comprehension), contohnya. Dengan cara ini, komunikasi
dan penyampaian yang berkesan tentang subjek tertentu dapat dalam
membantu pelajar bukan sahaja untuk mengembangkan minat
mereka, tetapi juga untuk menyediakan mereka supaya terlibat
secara aktif dalam aktiviti bilik darjah sekali gus memudahkan
mereka memahami topik yang disampaikan dengan lebih berkesan.
Dari sudut pemahaman pembacaan, strategi pemahaman bacaan
terbaik yang mampu meningkatkan kemahiran pengekalan adalah
melalui pembacaan yang kuat (reading out loud). Membaca dengan
kuat merupakan amalan yang boleh digunakan oleh pelajar untuk
membaca teks/buku untuk lebih memahami dan mengingati topik
yang telah dibaca. Selain itu, membaca teks beberapa kali untuk
lebih memahami ilmu juga merupakan strategi pemahaman yang
baik terutamanya membaca buku bersifat teori. Semestinya, ilmu itu
bertujuan untuk disampaikan dan dikongsi melalui pelbagai platform
sama ada secara bersemuka, atau melalui komunikasi interpersonal,
atau melalui komunikasi berkumpulan, dan juga boleh dilakukan
melalui platform dalam talian seperti media sosial. Sebagai contoh,
dalam tempoh endemik Covid-19, pendidikan telah berubah secara
mendadak, iaitu ilmu pengetahuan telah disebarkan secara maya
(menggunakan platform dalam talian) dan meluas untuk semua
kumpulan umur kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 163

MEMBINA HUBUNGAN DAN INTERAKSI DALAM


MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR

“Untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, kita mesti sedar


bahawa setiap kita adalah berbeza tentang cara kita melihat dunia
dan menggunakan pemahaman ini sebagai panduan untuk kita
berkomunikasi dengan orang lain.” ~ Tony Robbins

Perasaan berbeza atau kurang daripada yang lain boleh menjadi


pengalaman terpencil untuk pelajar terutamanya apabila pelajar
tersebut berasa sunyi dan terasing dalam proses pembelajaran.
Sekiranya keadaan sebegini dibiarkan, lama-kelamaan, pengalaman
pembelajaran pelajar tersebut boleh menjejaskan kebolehannya,
membuatkan dia berasa kurang berkeyakinan, dan berkemungkinan
pelajar tersebut cuba untuk tidak mengambil bahagian dalam aktiviti
bilik darjah.
Penurunan motivasi dan prestasi pelajar boleh dikaitkan dengan
kekurangan keyakinan diri, kesukaran untuk lebih bersifat terbuka
dalam mempelajari budaya lain, dan proses kebolehsuaian yang
mencabar untuk berada dalam kelompok yang berbeza daripadanya.
Lebih parah lagi ancaman stereotaip boleh mempengaruhi motivasi
individu dan hasil pencapaian, iaitu pelajar mengalami kebimbangan
atau penurunan minat (Isik et al., 2018; Leath et al., 2019; Murdock,
2009) dalam menyelesaikan ujian atau tugasan akademik.
Pemasukan (inclusion) akan membuatkan pelajar berasa sentiasa
dialu-alukan dalam persekitaran pembelajaran. Oleh yang demikian,
bilik darjah yang inklusif mampu memberi ruang kepada semua
pelajar untuk memperoleh akademik yang menyokong apabila
peluang pembelajaran disediakan secukupnya untuk semua pelajar.
Oleh itu, hal ini memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan
diri dalam interaksi bilik darjah dan merasakan semangat kekitaan
tanpa mengira identiti, pilihan pembelajaran atau sebarang kesukaran
yang dihadapi dalam proses pembelajaran ini (Sanger, 2020).
Persekitaran pembelajaran yang positif memerlukan guru
dan pelajar bekerjasama dengan penuh hormat adalah kunci
164 • Tinta Bahasa: Siri 3

untuk menggalakkan kejayaan akademik. Dengan mengamalkan


keterangkuman dalam bilik darjah, aspek ini membolehkan institusi
mengelakkan pendekatan satu saiz untuk semua dalam dasar
pendidikan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013; Pitman,
2015). Daripada mengindividukan sesetengah pelajar, seorang
guru boleh memberi tumpuan kepada mengembangkan input yang
biasanya boleh diakses sebagai cara untuk bertindak balas terhadap
perbezaan dalam kalangan pelajar (Florian & Linklater, 2010).
Sebagai contoh, pada hari pertama kelas, seorang guru boleh mula
berkenal-kenalan dengan pelajar, bertanya perkara yang difikirkan
oleh mereka, membenarkan mereka berkongsi matlamat mereka
dan perkara yang dihrapakan oleh mereka daripada kelas tersebut.
Di samping itu, seorang guru juga boleh menggabungkan pelbagai
kaedah penyampaian pengajaran dan penilaian untuk mencerminkan
kepelbagaian cara dalam mendemonstrasikan sesuatu pembelajaran.

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN PENGAJARAN


YANG INKLUSIF

Dalam era digitalisasi, suasana di dalam bilik darjah 10 atau 20


tahun dahulu adalah tidak sama dengans sekolah pada hari ini. Guru
tidak lagi boleh mengajar dengan hanya memegang buku teks dan
membaca perkara penting daripada buku teks tersebut. Jika kita
berbuat demikian, pelajar akan mendapati kelas itu tidak menarik.
Oleh itu, dengan menyepadukan pelbagai bentuk penglibatan
melalui aktiviti bilik darjah seperti perbincangan kumpulan kecil,
pertanyaan soalan kepada pakar pelajar (student expert), atau
semakan rakan sebaya, atau simulasi, atau main peranan (role-play),
atau perdebatan boleh menjadikan pengalaman pembelajaran yang
tidak dapat dilupakan dan bukannya menerusi kuliah yang secara
terus-menerus dan berjam-jam lamanya. Sudah tentu, pada akhir sesi
pembelajaran, perkara yang lebih penting ialah untuk memastikan
pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih baik dan mencapai
objektif pembelajaran kursus.
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 165

Tidak dinafikan, satu lagi aspek yang mencabar bagi guru ialah
menghadapi tingkah laku yang mengganggu atau bermasalah di
dalam bilik darjah. Bagi sesetengah orang, tingkah laku mengganggu
adalah ketika pelajar bercakap di belakang dengan kuat semasa guru
juga memberi syarahan di hadapan kelas, ketawa atau mengejek
pembentangan pelajar lain, dan bermain permainan di telefon bimbit
semasa guru membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan
subjek. Oleh itu, penting bagi guru untuk berjumpa pelajar yang
mula mengalihkan perhatian mereka dan mengingatkan mereka
tentang adab (kelakuan baik) dalam pembelajaran supaya mereka
sentiasa menjadi pelajar yang dihormati.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, kemasukan (inclusion)
dalam bilik darjah adalah penting, iaitu pendidik mencuba sedaya
upaya untuk mengelakkan pendekatan satu saiz untuk semua dalam
proses pembelajaran (Pitman, 2015). Oleh sebab setiap pelajar
mempunyai keunikan tersendiri dengan bakat dan batasan yang
berbeza, tidak salah untuk para guru bereksperimen dengan beberapa
pendekatan dalam penyampaian pengajaran seharian, menggunakan
kaedah penilaian dan penglibatan guru-pelajar. Sebagai contoh,
melaksanakan peneguhan merupakan satu cara yang berkesan
apabila berhadapan dengan pelajar pasif yang sukar menjawab
soalan dan mengambil bahagian dalam perbincangan. Berdasarkan
pengalaman penulis sendiri apabila menggunakan teknik peneguhan
ini atau menawarkan ganjaran kepada pelajar yang dapat memberikan
jawapan yang terbaik, para pelajar akan mula memanggil nama guru
dan mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Dengan demikian,
motivasi ekstrinsik adalah signifikan walaupun ganjarannya kecil
namun amat bermakna kepada pelajar kita.
‘Reka bentuk ke belakang’ (backward design) dalam mereka
bentuk atau menyemak semula kursus akademik - digariskan oleh
Wiggins dan McTighe (2005). Bagaimanakah pendekatan ini
menyokong kita dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan?
Teknik reka bentuk ke belakang memerlukan guru mencipta atau
menyediakan objektif yang membimbing proses, membolehkan guru
memilih penilaian yang boleh diterima pakai untuk membuktikan
bahawa pelajar telah mencapai hasil pembelajaran kursus (Harrington
166 • Tinta Bahasa: Siri 3

& Thomas, 2018 ). Rancangan pengajaran yang disediakan oleh guru


perlulah terperinci dari segi cara guru memetakan hasil pembelajaran
program kepada hasil pembelajaran kursus, serta pemetaan dengan
penyampaian pengajaran dan penilaian.
Dengan melibatkan pelajar dalam perbincangan dan mendengar
jawapan mereka (seperti yang dinyatakan oleh guru bahawa tiada
jawapan yang betul atau salah), didapati teknik ini amat berkesan.
Beginilah cara guru memenuhi kemahiran pelajar dan memastikan
mereka bermotivasi dan bukannya memberi tumpuan kepada satu
kaedah penyampaian maklumat (iaitu dengan hanya memberi
syarahan) dan satu cara menilai kefahaman mereka terhadap
kursus dengan bertanya soalan. Apabila pelajar dapat menikmati
pembelajaran mereka dengan sebaik mungkin dan minat mereka,
mereka berasa dihargai dan dihargai.
Dalam budaya Asia, terdapat kesukaran untuk bertanyakan soalan
kepada pelajar di dalam kelas dan meminta mereka untuk menjawab
soalan secara sukarela. Hanya seorang atau dua orang pelajar
sahaja yang akan menjawab soalan yang diajukan. Kebiasaannya,
pelajar yang sama akan mengambil bahagian dalam aktiviti kelas
seperti menjawab soalan, membaca puisi dan membaca petikan
teks. Kadangkala, apabila tiada pelajar yang mahu menjawab secara
sukarela, guru perlu memanggil nama pelajar untuk menjawab
soalan.
Untuk memastikan peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, terdapat keperluan untuk mengubah
rancangan pengajaran berdasarkan pengetahuan sedia ada para
pelajar, maklum balas dan latar belakang dan menyesuaikan
strategi pengajaran guru boleh menyediakan bilik darjah inklusif
untuk menyokong kemajuan pembelajaran pelajar. Sebagai guru,
kelemahan dalam reka bentuk pengajaran perlulah diperbaiki.
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 167

PEMBEZAAN: MENYESUAIKAN PENGALAMAN


PEMBELAJARAN PELAJAR

Rick Riordan yang menyatakan bahawa “keadilan tidak bermakna


semua orang mendapat perkara yang sama, keadilan bermakna
semua orang mendapat apa yang diperlukan mereka”.
Melayan seseorang secara adil tidak semestinya sama dengan
melayan seseorang secara sama rata. Kesamarataan yang dimaksudkan
ialah mengiktiraf bahawa pelajar mempunyai kekuatan dan cabaran
yang unik ke dalam bilik darjah. Oleh itu, sebagai seorang pendidik,
kemampuan untuk mengenal pasti perbezaan ini dan menggunakan
strategi pengajaran yang berbeza atau ‘differentiation’ (Lombardi,
2018) dalam mengajar subjek tertentu dan melibatkan diri dengan
pelajar pelbagai latar belakang, pengalaman peribadi dan akademik,
serta tahap pengetahuan sedia ada adalah sangat penting. Untuk
menyokong sepenuhnya keperluan pelajar yang mempunyai latar
belakang dan budaya yang berbeza, guru perlu menyesuaikan
pelajaran yang memenuhi keperluan unik mereka dan kebolehan
berbeza dalam menentukan pendekatan pengajaran yang paling
sesuai dengan mereka.
Selain itu, dari segi penilaian, guru juga boleh menyediakan
aktiviti yang memerlukan pelajar memberikan jawapan pada
papan putih mini setiap pelajar untuk menilai pemahaman mereka
tentang subjek yang dipelajari. Berdasarkan kepada dimensi budaya
Hofstede dalam komunikasi silang budaya, jawapan yang diberikan
oleh pelajar tidak semestinya terhad kepada perkataan atau jawapan
pendek, tetapi mereka juga boleh melukis imej yang mewakili
budaya konteks rendah atau tinggi, atau menulis nama negara yang
mengamalkan budaya individualistik atau kolektivisme di atas
papan putih mini tersebut. Dengan cara ini, objektif pembelajaran
masih boleh dicapai melalui pelbagai cara penglibatan (Hall et al.,
2012) sama ada pelajar boleh memilih untuk menulis, melukis atau
memberikan jawapan yang betul yang berkaitan dengan soalan.
Berdasarkan prinsip rangka kerja Reka Bentuk Sejagat untuk
Pembelajaran (UDL) yang direka untuk menjadikan pengalaman
168 • Tinta Bahasa: Siri 3

pembelajaran lebih menyokong, menarik dan berkesan untuk semua


pelajar, tanpa mengira latar belakang yang berbeza, dan dengan
itu memberi mereka peluang yang sama untuk berjaya (Hall et al.,
2012). Selain itu, pendekatan pembezaan ini membolehkan pelajar
mengakses bahan pembelajaran dan menunjukkan pemahaman
mereka dengan pelbagai cara, dan juga mencari kaedah yang berbeza
untuk memastikan pelajar bermotivasi. Sebagai contoh, apabila
guru berada dalam bilik darjah, guru mungkin jarang mempunyai
pelajar aktif yang bertindak balas secara proaktif kepada proses
pembelajaran. Guru sering kali berhadapan dengan pelajar yang
sukar memberi tindak balas, pendiam, pemalu, kurang keyakinan
atau introvert. Guru bermungkinan sukar untuk menggalakkan
pelajar untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dan aktiviti
kelas atau mengubah mereka menjadi individu yang lantang
bersuara. Biasanya, apabila perkara yang berlaku tidak seperti
yang dijangkakan, guru akan berasa kecewa. Sebenarnya, objektif
pembelajaran bukan untuk mengubah pelajar menjadi orang lain,
tetapi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mengalu-
alukan dan menyokong mereka. Persekitaran pembelajaran yang
selamat, iaitu, tempat pelajar tidak akan diejek atau dimalukan amat
penting terutamanya jika pelajar tersebut gagal menjawab soalan
dengan baik.
Secara umum diketahui bahawa pembelajaran aktif
membolehkan pelajar untuk lebih terlibat dengan rakan sekelas dan
guru mereka. Dalam disiplin komunikasi dan media, penggunaan
teknik pembelajaran aktif dengan mewujudkan komunikasi
interaktif, penyertaan dan berkesan antara penghantar dan penerima
melalui interaksi timbal balik adalah cara untuk mencapai salah
satu objektif pembelajaran. Contohnya, apabila berada dalam kelas
dalam talian, iaitu apabila pelajar diberi tugasan tidak semua pelajar
akan memberi tindak balas. Walau bagaimanapun, apabila pelajar
mengambil bahagian dalam proses pembelajaran, melalui penulisan
dalam kotak sembang (chat-box) untuk memberi jawapan ringkas,
atau menghantar emoji sebagai tanda bersetuju dengan idea rakan
sebaya atau menunjukkan tanda ibu jari tanda bersetuju dengan
jawapan rakan mereka melalui web kamera turut dianggap sebagai
tindak balas pelajar.
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 169

Tidak dinafikan bahawa bukanlah mudah untuk melaksanakan


pembelajaran aktif kerana Petersen dan Gorman (2014) telahpun
membincangkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru semasa
mengajar di dalam bilik darjah yang aktif. Sebagai contoh, guru
perlulah sentiasa bersedia untuk menjawab soalan pelajar, memberi
respons dalam kotak sembang (chat-box) secara bertulis terutamanya
pembelajaran dalam talian, dan juga memastikan sambungan Internet
yang baik supaya guru sentiasa boleh berada di hadapan kamera.
Selain itu, guru juga perlulah sentiasa mencari aplikasi-aplikasi yang
menarik yang boleh digunakan untuk kuiz, platform penghantaran
video atau mana-mana penjana tenaga (energizer) untuk permainan
maya supaya pelajar dapat didedahkan kepada alatan pembelajaran
baharu.
Pelibatan penting dalam memotivasikan pelajar untuk belajar
dengan cekap. Oleh yang demikian, pelibatan boleh dianggap
sebagai ‘cangkuk’ (hook) (Barkley & Major, 2018) yang menarik
perhatian pelajar dan membuatkan mereka merasakan pengalaman
pembelajaran itu berharga dan relevan dengan perkara yang
akan dilakukan. Dalam menghadapi generasi hari ini, guru juga
boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang boleh membantu
memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif kepada
pelajar menerusi teknologi. Contohnya, dengan menggunakan
Flipgrid sebagai platform untuk penyediaan tugasan pelajar
menerusi rakaman persembahan menerusi video, aplikasi Flipgrid
kelihatan lebih mesra pengguna. Lebih menarik lagi, arahan bertulis
boleh ditukar kepada immersive reader (gambar berbentuk buku
dengan ikon audiovisual di sudut atas aplikasi), iaitu pelajar boleh
menggunakan fungsi tersebut untuk membaca teks dengan kuat.
Menerusi aplikasi ini, guru boleh memberi maklum balas segera
tentang penghantaran rakaman video yang dimuat naik oleh pelajar
berdasarkan rubrik yang telah dikongsikan dengan pelajar. Hasilnya,
kaedah ini mampu meningkatkan penyertaan dan penglibatan kelas
secara berkesan, menawarkan maklum balas yang tepat pada masanya
dan membina (Castelli & Sarvary, 2021), memberi peluang kepada
mereka untuk menyemak aktiviti penyerahan video, memudahkan
dialog langsung dan pertukaran idea antara guru dan pelajar.
170 • Tinta Bahasa: Siri 3

Walaupun tugas ini tidaklah mudah, meletakkan usaha yang baik


dan memperuntukkan masa untuk mencari aplikasi pembelajaran
interaktif dan memberi respons kepada pelajar pasti akan
mewujudkan hubungan yang utuh serta mengurangkan halangan
komunikasi antara guru dan pelajar.

KOMUNIKASI GURU-PELAJAR DALAM ERA


PEMBELAJARAN DIGITAL

Sebagai persediaan untuk membentuk pelajar yang holistik, pelajar


perlu didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pembelajaran. Mengintegrasikan alatan
pembelajaran digital dengan bilik darjah akan membantu pelajar
mengembangkan kemahiran yang mereka perlukan untuk kerjaya,
masa depan, dan kehidupan seharian. Hal yang demikian, sekolah
dan guru perlu menerima dan menggunakan teknologi yang
berkaitan dalam bilik darjah dengan cara yang berkesan. Pada
masa lalu, penggunaan teknologi berasaskan skrin sering dilihat
sebagai medium untuk hiburan. Namun, pada masa ini, teknologi
telah berkembang menjadi alat bantu pendidikan yang sangat
berharga. Melalui penggunaan teknologi ini, pendidikan tidak lagi
terikat dengan penggunaan bilik darjah sebagai medium untuk
menyampaikan maklumat, pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
bidang pendidikan di era digitalisasi kini bukanlah perkara baharu
dan asing. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini telah
diberikan penekanan dalam kurikulum sejak 1990-an. Hal ini selaras
dengan kerangka pembelajaran abad ke-21 (PAK) yang mengandungi
lapan (8) elemen utama meliputi pembelajaran kolaboratif,
mengupayakan teknologi, pengembangan kemahiran penyelesaian
masalah, pembelajaran berasaskan projek, mengoptimumkan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber maklumat,
menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir
dan pentaksiran (Abdul Halim Abdullah, 2019).
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 171

Bagaimanakah guru boleh menggunakan peranti dalam talian,


seperti komputer, tablet dan telefon mudah alih untuk membantu
pelajar belajar pada abad ke-21 dan sebagai persediaan untuk
membentuk pelajar yang holistik? Salah satu elemen yang diberikan
penekanan dalam PAK abad ke-21 ini adalah mengoptimumkan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber
maklumat. Oleh yang demikian, guru-guru perlu mengoptimumkan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pada masa ini, pelbagai aplikasi boleh digunakan oleh guru dalam
menjalankan proses pengajaran secara digital termasuklah laman
sesawang, Padlet, Kahoot, Quizziz, blog, vlog dan aplikasi-aplikasi
lain yang bersesuaian mengikut topik pembelajaran. Dalam masa
yang sama, pelajar juga perlu bersedia untuk menerima proses
pembelajaran digital dan berupaya untuk mengendalikan aplikasi
teknologi yang digunakan. Sebagai contoh, pelajar perlu bersedia
dan tahu fungsi aplikasi Padlet dalam proses pembelajaran digital.
Melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) sebagai bahan bantu dalam pengajaran, pelajar dan guru
dapat mempraktikkan komunikasi secara dua hala. Komunikasi dua
hala merupakan satu proses, iaitu dua orang atau kumpulan dapat
berkomunikasi antara satu sama lain secara timbal balik (Johnson,
2017). Idea asas di sebalik komunikasi dua hala ialah terdapat dua
pihak yang terlibat dalam proses komunikasi dengan suatu pihak
menyampaikan maklumat dan penerima menerima maklumat
daripada pihak yang menyampaikan maklumat. Komunikasi
dua hala ini berbeza dengan komunikasi sehala kerana dalam
komunikasi sehala, hanya satu pihak sahaja yang mengekspresikan
atau menyampaikan maklumat. Sebagai contoh, generasi digital
kini lebih gemar belajar menggunakan peranti mahupun aplikasi-
aplikasi digital yang lain. Guru boleh menggunakan kemudahan ICT
termasuk media sosial seperti Facebook, rangkaian mesej seperti
Whatsapp dan Telegram dan alatan digital lain bagi memudahkan
komunikasi dua hala semasa pembelajaran digital berlangsung.
Proses ini tidak semestinya berlaku di dalam bilik darjah sahaja,
malah pelajar masih boleh meneruskan sesi pembelajaran selepas
waktu kelas melalui rangkaian mesej Whatsapp yang diwujudkan
172 • Tinta Bahasa: Siri 3

bagi kelas tersebut. Komunikasi secara dua hala ini bukan sahaja
dapat memastikan kelancaran proses pembelajaran, malah pelajar
juga dilatih untuk menjadi seorang yang berdikari dalam proses
pembelajaran mereka.

Melalui kerangka pembelajaran abad ke-21 (PAK), pelajar haruslah


diberikan galakan untuk menjalankan pembelajaran secara
kolaboratif. Pembelajaran secara kolaboratif amat penting kerana
pelajar pada hari ini memerlukan lebih banyak pemahaman dalam
pelbagai perkara. Tidak dinafikan dalam era digitalisasi kini, pelajar
telah dihidangkan dengan pelbagai jenis maklumat, namun maklumat
yang berlebihan (information overload) boleh berlaku kepada
pelajar. Apabila pelajar telah disogokkan dengan maklumat yang
berlebihan, pelajar mungkin akan berasa keliru dalam mendapatkan
maklumat yang tepat. Pelajar mungkin menerima maklumat yang
salah atau perkara ini boleh juga dirujuk sebagai misinformation
dalam kalangan pelajar. Apabila hal ini berlaku, pelajar tidak
dapat membezakan kesahihan maklumat yang diperoleh. Hal yang
demikian akan menimbulkan kekeliruan dan akan memberikan
impak yang buruk kepada pelajar. Oleh itu, konsep pembelajaran
secara kolaboratif merupakan salah satu cara pembelajaran digital
yang boleh dilakukan bersama dengan aktiviti-aktiviti berpusat
kepada pelajar. Melalui pembelajaran kolaboratif ini, pelajar yang
akan berkomunikasi dan meneroka maklumat tersebut bersama
rakan-rakan yang lain dengan panduan yang diberikan oleh guru.
Sesi pembelajaran tidak terhad kepada penyampaian atau penerangan
daripada seorang guru semata-mata, malah pelajar dapat menguasai
kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran komunikasi yang
diperlukan dalam pembelajaran digital dan dunia digitalisasi.

Dalam pada itu, pembelajaran berasaskan projek atau pembelajaran


berasaskan masalah (PBL) juga boleh dilakukan di dalam bilik
darjah. Dalam proses melatih murid menyelesaikan masalah dunia
sebenar yang dialami sendiri, pembelajaran berasaskan projek
(PBL) perlu dijadikan salah satu pedagogi dalam bilik darjah hari
ini. Melalui PBL, pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 173

mereka. Mereka perlu mencari bahan dan maklumat pembelajaran


melalui proses bertanya dan bekerja bersama-sama pelajar yang
lain untuk mengkaji dan membuat projek yang mencerminkan
pengetahuan mereka. Melalui PBL, pelajar didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran bertanya, kemahiran
refleksi dan kemahiran menganalisis situasi sebenar yang berlaku
dalam persekitaran. Pembelajaran melalui PBL ini bersifat autentik
kerana pelajar dapat mempelajari pengalaman, cabaran dan isu dunia
sebenar yang berlaku. Dalam PBL ini, pelajar dapat menyuarakan
pendapat dan pilihan mereka dalam menyelesaikan masalah yang
diberikan semasa pembelajaran secara PBL. Oleh yang demikian,
pelajar dapat mempelajari dan menguasai kemahiran komunikasi
bersama-sama rakan sekelas yang lain untuk menyelesaikan tugasan
yang diberikan.

Di sebalik kebaikan penggunaan ICT dalam meningkatkan


kemahiran komunikasi dalam pembelajaran digital, terdapat juga
beberapa impak negatif yang perlu diberikan perhatian oleh guru
dan pelajar. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah
seperti penggunaan perkataan singkatan atau ‘short-form’ yang
kadangkala disalah tafsir oleh penerima mesej. Sebagai contoh:
‘t.k’- merujuk kepada terima kasih, ‘pi/gi’ merujuk kepada pergi,
‘sdg’ merujuk kepada sedang dan lain-lain singkatan perkataan
yang digunakan oleh pelajar mahupun guru ketika berkomunikasi
dalam rangkaian mesej Whatsapp. Selain itu, penggunaan bahasa
rojak iaitu “bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan
oleh penuturnya, misalnya perkataan Melayu dan seketika perkataan
Inggeris” (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).

Percampuran penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


dalam mesej yang ingin disampaikan sama ada dalam kalangan
guru atau pelajar adalah perkara biasa pada masa kini. Hal ini
telah lama dibincangkan, namun apakah penyelesaian yang terbaik
kepada permasalahan ini? Sebagai contoh: ‘why you tak datang
kelas semalam?’ Perkataan ‘why you’ seharusnya digantikan dengan
perkataan ‘Mengapa awak tidak hadir ke kelas semalam?’ atau
174 • Tinta Bahasa: Siri 3

‘Mengapa anda tidak hadir ke kelas semalam?’ Kita biasa mendengar


perkataan ini dilontarkan sama ada dalam mesej mahupun perbualan
antara guru dan pelajar. Jika difikirkan ayat ini semestinya difahami
oleh pelajar, namun pelajar tidak mempelajari struktur ayat yang
betul kerana ayat ini telah dirojakkan dengan penggunaan dua
bahasa. Dalam konteks pendidikan, penggunaan bahasa secara tidak
formal iaitu bahasa rojak tidak boleh diterima kerana mencemarkan
bahasa. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, impaknya kepada
pelajar kerana mereka tidak dapat membezakan penggunaan bahasa
yang sesuai terutamanya dalam penulisan.

PENUTUP

Rangkaian media sosial telah mengubah cara pelajar berkomunikasi,


berinteraksi dan keupayaan untuk mencipta dan berkongsi maklumat
dengan seluruh dunia. Dapatan kajian lepas mendapati penggunaan
media sosial telah banyak membantu kehidupan harian pelajar. Hal ini
boleh menjadi alat yang efisien untuk menyokong komunikasi antara
pelajar dan guru, menjadi fasilitator komunikasi, pembangunan
kandungan dan menjalinkan hubungan interpersonal. Rangkaian
sosial telah menjadi wadah dan saluran baharu komunikasi antara
guru dan pelajar, terutamanya dalam pendidikan tinggi (Akcaoglu &
Bowman, 2016).
Penggunaan teknologi sebagai alat komunikasi antara pelajar
dan guru kini telah menjadi perkara biasa. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira oleh kedua-
dua pihak agar interaksi mereka menjadi cekap dan berkesan.
Khususnya, komunikasi melalui e-mel, media sosial, catatan blog
atau podcast hanya akan berjaya jika kedua-dua pelajar dan guru
bersetuju untuk menggunakan platform ini dan bersedia untuk
bertindak balas terhadap interaksi komunikasi yang melibatkan
mereka.
Dalam masa yang sama, guru perlu mengikuti perkembangan
dan evolusi yang telah berlaku dalam masyarakat dari semasa ke
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 175

semasa, terutamanya dalam bidang pendidikan. Pemantauan dan


pematuhan mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi
baharu boleh membawa kepada komunikasi yang cekap dan lebih
berkesan dengan pelajar. Oleh itu, adalah penting untuk memahami
teknologi komunikasi yang tersedia untuk digunakan dalam konteks
institusi pengajian tinggi, cara pelajar dan guru menggunakannya
untuk berkomunikasi antara satu sama lain, dan apakah jangkaan
mereka mengenai hasil penggunaan ini.
Seorang guru yang hebat bukan sahaja datang ke kelas untuk
melengkapkan topik atau modul tetapi juga memupuk suasana
pembelajaran yang mesra untuk semua pelajar dan melayan mereka
dengan penuh hormat. Dengan hormat, maksud penulis ialah setiap
idea dan pandangan pelajar dihargai tanpa prejudis dan mereka
sentiasa merasakan bahawa mereka mempunyai seseorang untuk
mendengar cerita dan dilema mereka setiap kali mereka tersesat dalam
pencarian ilmu. Selain itu, dalam bilik darjah guru yang hebat, beliau
akan sentiasa menggalakkan semangat kekitaan dan keterangkuman
yang meliputi peluang pembelajaran yang mencukupi boleh diakses
oleh semua pelajar. Selain itu, komunikasi tidak semestinya linear,
dengan hanya pelajar mendengar kuliah sebaliknya harus interaktif
iaitu pelajar berinteraksi dan terlibat antara satu sama lain melalui
aktiviti kelas.
Untuk memastikan peningkatan kualiti berterusan dalam
pengajaran dan pembelajaran, adalah penting bagi seorang guru
untuk sentiasa bersifat terbuka kepada perubahan dan kemungkinan
baharu untuk mengikuti keperluan masa terkini. Oleh itu, para guru
juga perlulah terus memperbaharui dan menyemak semula rancangan
pengajaran mereka bergantung kepada pengetahuan lepas, maklum
balas penilaian pelajar, dan penyampaian pengajaran serta penilaian
pelajar untuk terus menyokong ke arah mempersiapkan bilik darjah
yang inklusif.
176 • Tinta Bahasa: Siri 3

RUJUKAN

Abdul Halim Abdullah (2019, 24 Ogos). Generasi digital perlu pedagogi


abad ke-21. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/
muka10/2019/08/599377/generasi- digital-perlu-pedagogi-abad-
ke-21.
Akcaoglu, M., & Bowman, N. D. (2016). Using instructor-led Facebook
groups to enhance students’ perceptions of course content.
Computers in Human Behaviuor, 65, 582-590.
Barkley, E. F., & Major, C. H. (2018). Interactive lecturing: A handbook for
college faculty. John Wiley & Sons.
Castelli, F. R., & Sarvary, M. A. (2021). Why students do not turn on their
video cameras during online classes and an equitable and inclusive
plan to encourage them to do so. Ecology and Evolution, 11(8), 3565-
3576.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan: Edisi keempat (4th
ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Florian, L., & Linklater, H. (2010). Preparing teachers for inclusive
education: using inclusive pedagogy to enhance teaching and learning
for all. Cambridge Journal of Education, 40(4), 369-386.
Hall, T. E., Meyer, A., & Rose, D. H. (2012). Universal Design for Learning
in the Classroom: Practical Applications. What Works for Special-
Needs Learners Series. Guilford Publications.
Harrington, C., & Thomas, M. (2018). Designing a motivational syllabus:
Creating a learning path for student engagement. Stylus Publishing,
LLC.
Ho, S. (2020) Culture and Learning: Confucian Heritage Learners, Social-
Oriented Achievement, and Innovative Pedagogies. In Sanger C.,
Gleason N. (eds) Diversity and Inclusion in Global Higher Education.
Palgrave Macmillan.
Isik, U., Tahir, O. El, Meeter, M., Heymans, M. W., Jansma, E. P., Croiset,
G., & Kusurkar, R. A. (2018). Factors influencing academic motivation
of ethnic minority students: A Review. SAGE Open, 8(2). https://doi.
org/10.1177/2158244018785412
Johnson, L. (2017). Cultivating Communication in the Classroom: Future-
Ready Skills for Secondary Students. Corwin Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Komunikasi Interaksi dan Penglibatan antara Guru-Pelajar... • 177

Leath, S., Mathews, C., Harrison, A., & Chavous, T. (2019). Racial identity,
racial discrimination, and classroom engagement outcomes among
black girls and boys in predominantly black and predominantly white
school districts. American Educational Research Journal, 56(4), 1318–
1352. https://doi.org/10.3102/0002831218816955
Lombardi, P. (2018). Instructional methods, strategies and technologies
to meet the needs of all learners. Retrieved from https://granite.
pressbooks.pub/teachingdiverselearners/
Murdock, T. B. (2009). Achievement motivation in racial and ethnic context.
In K. R. Wentzel & A. Wigfield (Eds.), Handbook of Motivation at
School (pp. 433–462). Routledge.
Petersen, C. I., & Gorman, K. S. (2014). Strategies to address common
challenges when teaching in an active learning classroom. New
Directions for Teaching and Learning, 2014(137), 63-70.
Pitman, T. (2015). Unlocking the gates to the peasants: are policies of
‘fairness’ or ‘inclusion more important for equity in higher education?.
Cambridge Journal of Education, 45(2), 281-293.
Sanger C. S. (2020) Inclusive pedagogy and universal design approaches
for diverse learning environments. In Sanger C., Gleason N. (eds)
Diversity and Inclusion in Global Higher Education. Palgrave
Macmillan.
Wiggins, G., & McTighe, J. (2005). Understanding by design (2nd
ed.). Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum
Development ASCD.

Anda mungkin juga menyukai