Anda di halaman 1dari 34

PERKEMBANGAN PENTADBIRAN SELANGOR, 1874-1895

AHMAD FARHAN BIN ABDULLAH@ZAKARIA


AGB 080046

DISERTASI INI DISERAHKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN


IJAZAH SARJANA SASTERA

JABATAN SEJARAH
I

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYA
2012
UNIVERSITI MALAYA
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama: AHMAD FARRAN BIN (No. K.P/Pasport: 851214-14-5703)

ABDULLAH@ZAKARIA

No. Pendaftaran/Matrik: AGB080046

Nama ljazah: IJAZAH SARJANA SASTERA

Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis ("Hasil Kerja ini"):

"PERKEMBANGAN PENTADBIRAN SELANGOR, 1874-1895"

Bidang Penyelidikan: SEJARAH MALAYSIA

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:


(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;
(2) Hasil Kerja ini adalah asli;
(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah
dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa
petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana
hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan
secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya
telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;
(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu
bahawa penghasilan Hasil Kerja ini m,elanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;
(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam
hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya ("UM") yang seterusnya mula dari
sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa
pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara
sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;
(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah
melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya,
saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana
yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon

Tarikh:

Nama DR. SUFFIAN MANSOR


Ketua
Jawatan Jabatan Sejarah
Fakulti Sastera Dan Sains Sosial
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
ABSTRAK

Dise1iasi be1judul "Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895", melihat perjalanan


dan perkembangan pentadbiran British di Selangor sepanjang tempoh yang dinyatakan.
Persoalan kajian dise1iasi ini melihat sejauh manakah reaksi golongan raja Selangor
terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh British sepanjang tahun 1874-1895? Untuk
merungkaikan persoalan tersebut dengan menggunakan metodologi sejarah, penggunaan
sumber primer sepe1ii Colonial Office (CO), Minutes of Selangor State Council (MSC)
dan Selangor Secretariat Files (SSF) adalah penting dalam kajian ini. Kaedah analitikal
dan diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi memenuhi ketetapan sesebuah disertasi.
Kesimpulan daripada kajian ini didapati golongan raja Selangor memberikan kerjasama
dan memainkan peranan mereka secara berperingkat-peringkat dalam perkembangan
pentadbiran Selangor (1874-1895). Namun begitu, penentangan oleh golongan raja
Selangor turut berlaku tetapi didapati tidak begitu ketara dan dapat diselesaikan dengan
baik. Dalam pada itu, penglibatan golongan raja Selangor adalah tunjang kepada
perkembangan pentadbiran Selangor (1874-1895). Kesimpulan ini dapat menyangkal
para pengkaji terdahulu seperti E. Sadka, J. M. Gullick, R. J. Wilkinson dan R. 0.
Winstedt yang tidak begitu menonjolkan penglibatan golongan raja Selangor dalam
pentadbiran British menyebabkan golongan ini seolah-olah lidak memainkan peranan dan
tidak memberikan sumbangan dalam perkembangan pentadbiran Selangor. Satu tafsiran
baru telah dilakukan untuk diperkenalkan dalam perkembangan dunia akademik.
ABSTRACT

This dissertation titled "Development of the Administration of Selangor, 1874-1895",


traces the evolution and development of British administration in Selangor in the period
stated. The disse1iation seeks to answer the question of the reaction of the Selangor
royalty to changes brought about by the British during 1874-1895? To answer this
question using the historical methodology, use of primary sources such as Colonial
Office (CO), Minutes of Selangor State Council (MSC), and Selangor Secretariat Files
(SSF) is important to this study. An analytical and description method is used in this
study to fulfil the requirement of a disse1iation. This study found the Selangor royal
family provided cooperation and gradually fulfilled their role in the development of
Selangor administration ( 1874-1895). Opposition did occur among the Selangor royalty,
but it was not substantial and was amicably settled. It seems the involvement of the
Selangor royalty served as backbone of the development of Selangor administration
(1874-1895). This finding challenges views of previous scholars such as E. Sadka, J. M.
Gullick, R. J. Wilkinson, and R. 0. Winstedt that do not highlight the role of the Selangor
royalty in British administration, as if this group did not contribute to the development of
Selangor administration. A new interpretation is put forward to be introduced in the
development of academia.
PENGHARGAAN

Dise1iasi berjudul "Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895" ini adalah salah

satu pe1jalanan kehidupan yang perlu diketahui dan pelbagai usaha telah dijalankan untuk

menyiapkan dise1iasi ini. Sebagai seorang manusia yang dicipta oleh Allah

Subhanawataala (S. W. T.), perkara yang paling penting dan mustahak untuk saya adalah

mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada-Nya. Allah S. W. T. memberikan

rezeki dan pertolongan yang tidak terhingga untuk rnenyiapkan disertasi ini. Begitu juga,

Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Salam (S. A. W.) yang mendoakan umat baginda

supaya memohon pertolongan daripada Allah S. W. T. untuk sentiasa berjaya dalam

kehidupan seharian kita. Sokongan dan dorongan oleh kedua ibu bapa, adik-beradik,

pasangan hidup, penyelia dise1iasi, Ketua Jabatan Sejarah, Dekan Fakulti Sastera dan

Sains Sosial, kawan-kawan dan Pegawai-pegawai di Arkib Negara, Public Record Office

(PRO), Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Singapura

(NUS) dan Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) turut memainkan peranan dalam

menyiapkan disertasi ini.

Saya amat be1ierima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Abdullah Zakaria bin

Ghazali dan Wan Mastura binti Wan Napi kerana memberikan sokongan dan dorongan

yang tidak terhingga kepada saya. Tanpa mereka, dise1iasi ini tidak dapat disiapkan

dengan baik. Bapa saya telah memberikan tunjuk ajar dengan begitu banyak. Di samping

itu, beliau turut memberikan sumbangan kewangan yang tidak terhingga serta sokongan

beliau kepada saya amat dihargai. Begitu juga dengan ibu saya, turut memberikan

dorongan dan sokongan supaya disertasi ini dapat disiapkan. Adik-beradik saya: Ahmad

iii
Fadhli, Ahmad Syafiq, Ahmad Syauqi, Afiqah Najihah, Athirah Nabihah dan Amirah

Nabilah, turut memberikan sokongan dan dorongan kepada saya. Pasangan hidup saya,

Shahirah binti Mu taffa, yang banyak memberikan kekuatan, dorongan dan sokongan

kepada saya untuk menyiapkan dise1iasi ini yang mengharnngi pelbagai cabaran, dugaan

dan liku-liku kehidupan.

Dr. Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd. Rus (Dr. Kamal), Penyelia Disertasi saya,

memberikan tunjuk ajar, sokongan dan dorongan kepada saya. Segala penat lelah dan

tungkus lumu yang dilakukan olehDr. Kamal s panjang pengajian amat dihargai. Begitu

juga, Puan Nurhannah binti Ahmad Zainy (Kak Hana), isteri Dr. Kamal, turut

memberikan sokongan dan dorongan supaya disertasi ini dapat disiapkan. Saya h1rut

rnengucapkan terima ka ih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti

Malaya yang membe1ikan tunjuk ajar dalarn 'Candidature Defence dan juga melalui

perbincangan ecara peribadi. Jasa dan sumbangan yang diberikan olehDr. Zulkanain bin

Abdul Rahman adalah amat dihargai kerana beliau memberikan peluang kepada saya

untuk mengetahui 'dunia yang penuh disimpan dengan rekod-rekod ber ejarah' iaitu di

PRO, Kew Garden London England. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada

Ketua-ketua Jabatan sepanjang pengajian saya iaitu Dr. Zulkanain, Dr. Arba'iyah binti

Mohd Noor ( PemangkuKetua danKetua), Dr. Kamal ( PemangkuKetua) danDr. Suffian

Mansor kerana memberikan kerjasama dalam menjalankan urusan pembelajaran di

Jabatan Sejarah. Begitu juga dengan Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman,

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, kerana meluluskan biasiswa, geran dan sumber

kewangan untuk kemudahan dan kegunaan seseorang pelajar Saijana. Tidak lupa juga,

iv
rakan-rakan sepe1juangan yang mendaftar sebagai pelajar Sarjana, yang sudah siap atau

dalam pro es penyiapan. Pegawai-pegawai di Arkib Negara Malaysia dan cawangan-

cawanga1mya, PRO, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan NUS dan ISEAS

turut membantu dan memberikan sw11bangan kepada saya.

Terima kasih saya ucapkan dan jasa kalian semua amat dihargai.

Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria


Jabatan Sejarah
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
25 September 2012

v
I Si KANDUNGAN

HAL AMAN

ABSTRAK i

ABSTRACT II

PENGHARGAAN Ill

SENARAI JADUAL Vlll

SINGK ATAN K ATA x

PENGENAL AN
Pendahuluan 1
PersoalanKajian 2
ObjektifKajian 3
SkopKajian 3
Kajian Lepas 4
Metodologi Kajian 9
Struktur Bab 10

BAB l L ATAR BEL AK ANG, 1262-1874


Pendahuluan 14
Kerajaan, Sultan, Pembesar dan
Perajaan Sepintas Lalu 15
Sungai-sungai di Selangor Sepintas Lalu 18
Sebelum PentadbiranDiraja Selangor 1262-1766 19
PentadbiranDiraja Selangor, 1766-1874 25
Sultan Salehuddin, 1766-1782: Tahap Permulaan 32
Sultan Ibrahim 1782-1826: Tahap Pengukuhan 39
Sultan Muhammad, 1826-1857 dan
Sultan Abdul Samad, 1857-1874: TahapKukuh 49
Kesimpulan 85

BAB2 PENTADBIRAN RESIDEN BRITISH, 1874-1895


Pendahuluan 87
Perkembangan Pentadbiran Residen Sepintas Lalu,
1874-1895 88
Pentadbiran British di Selangor, 1874-1895
J. G. Davidson, 1874-1875, dan W. B. Douglas,
1875-1882: Tahap Permulaan l 09
F. A. Swettenham, 1882-1889: Tahap Pengukuhan 132
W. E. Maxwell, 1889-1892, dan W. H. Treacher
1892-1896: TahapKukuh 149

vi
Kesimpulan 170

BAB3 PENTADBIRAN MAJL IS MESYUARAT


N EGERI, 1877-1895
Pendahuluan 171
Perkembangan Pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri
Selangor Sepintas Lalu, 1874-1895 172
Pentadbiran British di Selangor, 1874-1895
Perjalanan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor,
1877-1882: Tahap Pennulaan 188
Perjalanan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor,
1882-1889: Tahap Pengukuhan 198
Pe1jalanan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor,
1889-1895: TahapKukuh 218
Kesimpulan 228

BAB4 PEN TADBIRAN JABATAN , 1875-1895


Pendahuluan 230
Perkembangan Pentadbiran Jabatan
Sepintas Lalu, 1874-1895 231
Pentadbiran British di Sclangor, 1874-1895
Pentadbiran Jabatan, 1875-1882: Tahap Permulaan 237
Pentadbiran Jabatan, 1882-1889: Tahap Pengukuhan 245
Pentadbiran Jabatan, 1889-1895: TahapKukuh 277
Kesimpulan 318

BABS PENTADBIRAN DAERAH, 1875-1895


Pendahuluan 320
Perkembangan PentadbiranDaerah
Sepintas Lalu, 1874-1895 321
Pentadbiran British di Selangor, 1874-1895
PentadbiranDaerah, 1875-1882: Tahap Permulaan 333
PentadbiranDaerah, 1882-1889: Tahap Pengukuhan 345
PentadbiranDaerah 1889-1895: TahapKukuh 364
Kesimpulan 380

K ESIMPUL AN 382

BIBL IOGRAFI 387

L AMPIRAN 407

vii
SENARAI JADUAL

TAJUK JADUAL HAL AMAN

Jadual 1: Kedudukan Hierarki GelaranDirajaDalam


PentadbiranDiraja Selangor 27

Jadual 2: Orang BesarDaerah Selangor, 1766-1874 31

Jadual 3: Kedudukan Hiera.rki Pentadbiran British


di Negeri-negeri Melayu Lindungan British, 1875-1895 92

Jadual 4: Keputusan Pengundian Raja Muda Selangor 143

Jadual 5: Bayaran Gedung Raja AbdullahDan Elaun


Kepada Putera-puteranya . 190

Jadual 6: Kerabat Raja Selangor YangDilantik Sebagai


Penghulu Mukim YangDitetapkan 204

Jadual 7: ElaunKerabat Raja Selangor Pacla Tahun


1886 dan 1887 215

Jadual 8: Peningkatan ElaunKerabat Raja Selangor 227

Jadual 9: Peningkatan Elaun Raja Abdul RahmanDan


Abang-abangnya 228

Jadual l 0: Hierarki Organisasi Pentadbiran JabatanDalarn


Pentadbiran Selangor, 1875-1895 236

Jadual 11: Perkembangan Bijih Timah YangDieskpo1i


Daripada Selangor (1878-1882) 243

Jadual 12: Jumlah Pemajakan, Perjanjian Pemajakan,


Sijil Hak Milik, Gadai JanjiDan Tanah Pindah Untuk
Pe1ianian, PernbangunanDan Lain-lainDi Selangor Pada
Tahun 1883 249

Jadual 13: Jumlah Pemajakan, LesenDanKonsesi


PerlombonganDi Selangor Pada Tahun 1883 250

Jadual 14: PerkembanganKeluasan Ekar Pe1ianian


Di Selangor (1883-1889) 251

viii
Jadual 15: Perkembangan Pikul Bijih Timah Yang
Dieksport Daripada Kuala Lumpur, Hulu Selangor
Dan Hulu Langat (1883- 1889) 254

.Tadual 16: Bilangan Pesakit Yang Dirawat Di Setiap


Ho pita! Di Selangor ( 1883-1889) 268

.Tadual 17: Bilangan Pesakit Yang Mendapat Rawatan Di


Di pensari Selangor ( 1886- 1889) 268

Jadual 18: Perkembangan Ahli-ahli Jabatan Polis Dari


Tahun 1883 Hingga 1888 273

.Tadual 19: .Jumlah Geran Dan Sijil Hak Milik Tanah


Pada Tahun 1893 280

Jadual 20: Hasil Pendapatan Jabatan Perlombongan


Pada Tahun 1895 285

.Tadual 2 1: Paip-paip Yang Terdapat Di Selangor Pada Tahun 1894 289

.Tadual 22: Peke1ja-peke1ja Dalam Jabatan Ke ihatan


Di Selangor Pada Tahun 1890 304

Jadual 23: Bilangan Pesakit Yang Dirawat Di Setiap Hospital


Di Selangor Sepanjang Tahun 1889-1895 305

.Jadual 24: Bilangan Pesakit Yang Dirawat Di Dispensari


Selangor Sepanjang tahun 1889- 1895 306

Jadual 25: Ahli-ahli Dalam .Jabatan Polis (1889- 1895) 309

Jadual 26: Polis Selangor Yang Dihantar Ke Pahang


Pada Bulan Disember 1891 310

ix
SINGKATAN KATA

c. Sessional and Parliamentary Papers by Command


co Colonial Office
DO Dominion Office
DYMM Duli Yang Maha Mulia
FO Foreign Office
GLRC Governor: Letters to Resident Councillor
GMLO Governor: Miscellaneous Letters Out
INF Infonnation Office
JAS The Journal of Asian Studies
JIAEA Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia
JMBRAS Journal of the Malay ian Branch of the Royal Asiatic
Society
JPM Jabatan Perdana Menteri
JRAS Journal of the Royal Asiatic Society
JSBRAS Journal of the Straits Branch of the Royal A iatic Society
JSEAH Journal of Southeast Asian History
KL Kuala Lumpur
KS Kuala Selangor
KSF Kedah Secretariat Files
LFNR Letters from Native Rulers
LGT Langat (Kuala)
LK Lembaga Kesihatan
LKHL Lembaga Kesihatan Hulu Langat
LKHS Lembaga Kesihatan Hulu Selangor
LKK Lembaga Kesihatan Klang
LKKL Lembaga Kesihatan Kuala Lumpur
LTNR Letters to Native Rulers
MAS Modern Asian Studies
MBRAS Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
MHCFMRIUY 1674 Materials for a History of the Company Factory at
Macassar from the Year 16 13 to 1667 with Some Resulting
Incidents Until the Year 1674
MHCO Malaya High Commissioner Office
MISC Miscellaneous
MMNSMBLN Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan
MMNSU Majlis Mesyuarat Negeri Sungai Ujong
MMNPHG Majlis Mesyuarat Negeri Pahang
M MNPRK Majlis Mesyuarat Negeri Perak
MMNS Majlis Mesyuarat Negeri Selangor
MS Manuskrip
MSC Minutes of State Council
NNM Negeri-negeri Melayu
NNMB Negeri-negeri Melayu Bersekutu
NNMLB Negeri-negeri Melayu Lindungan British

x
NNS Negeri-negeri Selat
NSSF Negeri Sembilan Secretariat Files
OBD Orang Besar Daerah
OBES Orang Besar Empat Suku
PC Penang Consultations
PDBP Pejabat Daerah Batang Padang
PDUL Pejabat Daerah Ulu (Hulu) Langat
PLTL Penang: Letters to London
pp Pe1janjian dan Persetiaan
PPNS Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor
PPUNS Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Selangor
PSNJ Pejabat Sultan Negeri Johor
PSNK Pejabat Sultan Negeri Kedah
PSNPRLS Pejabat Sultan Negeri Perlis
PSNS Pejabat Sultan Negeri Selangor
PT.TL Pejabat Tanah Jajahan London
PYDPNS Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
PWD Public Work of Department
SHTB Syarikat Hindia Timur Belanda
SHTI Syarikat Hindia Timur Inggeris
SP Surat Persendirian
SSF Selangor Secretariat Files
SSFR Straits Settlements Factory Records
SSR Straits Settlements Records
STM Semenanjung Tanah Melayu
TBP The Burney Papers
TCF The Crawfurd Papers
TSJ The Selangor Jow-nal
us Ulu (Hulu) Selangor
voe Vereenigde Oost-Indische Compagnie
WKNNS Warta Kerajaan Negeri-negeri Selat
WKNS Warta Kerajaan Negeri Selangor
WO War Office

xi
PENG EN ALAN

Pendahuluan

Bermula bulan Oktober 1874, British menempatkan Residen dan Penolong Residen di

Selangor. Bermulanya pada tarikh itu, Residen memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan pentadbiran Selangor sepanjang tahun 1874 hingga 1895. Namun begitu,

penglibatan golongan raja Selangor; Sultan, Raja Muda, Tengku Panglima Besar dan

kerabat raja Selangor turut diambil kira kerana mereka memainkan peranan penting dan

memberikan sumbangan yang begitu menggalakkan dalam perkembangan pentadbiran

Selangor (1874-189 5).

Sepanjang tahun 1874 hingga 1895, Residcn memperkenalkan Majlis Mesyuarat

Negeri Selangor (MMNS) (1877), Jabatan-jabatan kerajaan (1875) dan Pegawai Daerah·

Pemungut Cukai (1875) dan Penghulu (1875) dalam pentadbiran Selangor. Pentadbiran

Residen, MMNS dan Jabatan-jabatan kerajaan mewakili peringkat pusat manakala

Pegawai Daerah mewakili peringkat daerah. Kebanyakan golongan raja Selangor yang

dipilih dan layak dilantik sebagai ahli MMNS Penghulu dan berkhidmat dalam Jabatan­

jabatan kerajaan. Mereka diiktiraf sebagai Pegawai Kerajaan dalam pentadbiran

Selangor. Penglibatan golongan raja Selangor didapati mengalami beberapa ta.hap kerana

mereka berada dalam proses menyesuaikan diri dalam pentadbiran yang dibentuk ol h

British sepanjang tahun 1874-1895.

Untuk meneliti disertasi be1judul "Perkembangan Pentadbiran Selangor 1874-

1895", satu persoalan kajian telah dikemukakan. Berikutan itu, tiga obj ktif kajian

1
dinyatakan untuk merungkai persoalan tersebut. Dalam pada itu, skop kajian, ulasan

literatur, metodologi kajian dan struktur bab akan dijelaskan dan dinyatakan untuk

memperkemaskan serta memperkukuhkan jawapan yang akan dirungkaikan berdasarkan

persoalan kajian.

Persoalan Kajian

Persoalan utama yang menjadi fokus kajian ini ialah melihat sejauh manakah reaksi

golongan raja Selangor terhadap perubalrnn yang dilaksanakan oleh British sepanjang

tahun 1874 hingga 1895? Persoalan ini dipilih kerana ingin meneliti reaksi golongan raja

Selangor: Sultan; Raja Muda; Tengku Panglima Besar; dan kerabat raja Selangor sama

ada ber ifat positif atau sebaliknya dalam perkembangan pentadbiran Selangor. Selain

itu, kajian ini merungkai sama ada golongan raja Selangor memainkan peranan yang

penting dalam pentadbiran Selangor atau boneka semata-mata. Sumbangan golongan raja

elangor h1rut dirungkaikan sama ada mereka mernberikan kerjasarna atau sebaliknya.

Golongan raja SeJangor dibahagikan kepada dua nasab: nasab bapa; dan nasab

ibu. Golongan raja Selangor menerusi nasab bapa adalah keturunan da1ipada Sultan

Salehuddin, Sultan Selangor pertama. Misalnya, susur galur Sultan Abdul Samad adalah

daripada Tengku Panglima Besar Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim bin Sultan

Salehuddin. Golongan raja Selangor menerusi na ab ibu puJa adalah keturunan daripada

kerabat raja Riau atau kerabat raja lain (Perak, Sungai Ujong, Kedah dan Inderagiri) yang

berkahwin dengan anak perempuan daripada susur galur Sultan SaJehuddin. MisaJnya,

2
Raja Bot daripada keturunan Raja Jumaat, kerabat raja Riau, yang berkahwin dengan

Raja Senai, puteri Sultan Muhammad, Sultan Selangor ketiga.

Objektif Kajian

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, kajian ini difokuskan kepada tiga objektif.

Objektif pertama adalah meneliti peranan yang dimainkan oleh Residen British Selangor.

Objektif kedua adalah mengkaji pe1jalanan pentadbiran Selangor dalam M MNS, jabatan­

jabatan kerajaan dan pentadbiran daerah. Objektif ketiga adalah mengenal pasti golongan

raja Selangor yang terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Tengku Panglima Besar dan

kerabat raja Selangor terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan

pentadbiran Selangor.

Skop Kajian

kop kajian dise11asi ini dimulakan pada tahun 1874 dan diakhiri pada tahun 1895.

British menempatkan Residen dan Penolong Residen di Selangor pada bulan Oktober

1874. Bennula pada tarikh itu, Residen memainkan peranan dalam perkembangan

pentadbiran Selangor. Pada rnasa yang sama, Selangor dikenali sebagai Negeri-negeri

Melayu Lindungan B1itish (NNMLB). Rujukan ini diberikan kerana British mempunyai

hubungan dengan Selangor berdasarkan perkhidmatan Residen untuk bekerjasama

dengan golongan raja Selangor dalam membangunkan nege1i ini berasaskan aspek

politik, ekonomi dan sosial. Disertasi ini diakhiri pada bulan Jun 1895 kerana pada bulan

ini Selangor dimasukkan ke dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang

dikuatkuasakan pada bulan Julai 1896.

3
Kajian Lepas

Ulasan Literatur diperlukan untuk mengukuhkan, menambah baikkan dan menyangkal

fakta-fakta yang dinyatakan dalam karya-karya yang berautoriti terutamanya dalam

bidang pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu (NNM), campur tangan British

dalam pentadbiran NNM dan sejarah negeri Selangor. Bidang-bidang ini mempunyai

kaitan yang rapat denga.n disertasi berjudul "Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-

1895". Antara tokoh yang terkemuka dalam bida.ng pentadbiran British di NNM adalah

E. Sadka dan J. M. Gullick. Selai.n menulis dalam pentadbiran British di NNM, Gullick

turut menulis karya-karya yang berautoriti mengenai sejarah .negeri Selangor. Untuk

bidang campur ta.ngan British dalam pentadbiran NNM, antara tokoh yang terkemuka

adalah C. D. Cowan, C. N. Parkinson, Khoo Kay Kim, N. Tarling dan K. G. Tregon.ning.

Emily Sadka, The Protected Malay States, 1874-1895, Kuala Lumpur: University

of Malaya Press, 1968, membincangkan perjalanan dan perkembangan pentadbiran

British di NNMLB iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sepanjang tempoh

1874 hingga 1895. Tulisan Sadka merupakan tunjang utama disertasi ini. Sadka

menjelaskan dengan begitu terperinci mengenai pentadbiran di NNMLB yang dijalankan

oleh Pegawai British terutamanya daJam pentadbiran Residen, Majlis Mesyuarat Negeri

dan daerah. Namun begitu, karya Sadka didapati mempunyai kemusykilan yang perlu

dirungkaikan dan dinyatakan kerana beliau tidak menonjolkan p nglibatan golongan raja

khususnya dalam perkembangan pentadbiran Selangor.

4
Tulisan Sadka seolah-olah menunjukkan bahawa penglibatan golongan raJa

khususnya Selangor tidak memainkan peranan dalam pentadbiran Selangor. Hak.ikatnya,

berdasarkan sumber-sumber p1imer seperti Colonial Office (CO), Minutes of State

Council (MSC) dan Selangor Secretariat Files (SSF), golongan raja Selangor didapati

memainkan peranan yang amat penting dalan1 perkembangan pentadbiran Selangor

( 1874- 1895). Penglibatan golongan raja Selangor dapat dilihat dan diteliti terutamanya

dalam pentadbiran MMNS, Jabatan-jabatan dan daerah. Mereka menyampaikan pendapat

dalan1 MMNS, memainkan peranan dan memberikan sw11bangan dalam perkhidmatan

Jabatan-jabatan terutamanya dalam Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah. Dalam pada

itu, penglibatan mereka sebagai Penghulu di mukim yang ditetapkan adalah paling

menggalakkan dan memberangsangkan. Tidak dilupakan juga, golongan raja Selangor

turut terlibat dalam Lembaga Kesihatan di Kuala Lumpur (LKKL), Klang (LKK) dan

Hulu Langat (LKHL) ( 1890- 1895).

J. M. Gullick, A Hi tory of Selangor 1766-1939, Kuala Lumpur: Falcon Press

Sdn. Bhd., 1992 rn mbincangkan perkembangan pentadbiran diraja Selangor daripada

bermulanya Kesultanan Selangor pada tahun 1766 hingga tempoh akhir pentadbiran

British sebelum dikuasai oleh Jepun pada tahun 194 1. Gullick membincangkan peranan

Sultan Selangor dalam mentadbir kerajaan masing-masing dengan baik dan teratur.

Gullick turut membincangkan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di Selangor

yang berkait rapat dengan kerabat raja Selangor seperti Perang Klang, Perlanunan dan

kemerosotan ekonomi. Namun begitu, Gullick tidak begitu menonjolkan penglibatan

golongan raja Selangor dalam pentadbiran British di sini. Gullick turut tidak menonjolkan

5
pentadbiran British seperti mana Sadka tonjolkan dalam tulisannya berjudul The

Protected Malay States 1874-1895.

Sepatutnya, Gullick perlu menggarap dengan teliti mengenai jawatan ahli MMNS

dan Penghulu yang dipegang oleh kerabat raja Selangor tetapi beliau tidak berbuat

demikian. Pendapat ini dinyatakan kerana golongan raja Selangor banyak memainkan

peranan dan memberikan sumbangan yang begitu memberangsangkan dari semasa ke

semasa terutamanya dalam MMNS, LKKL, LKHL dan Penghulu. Selajn itu, Gullick

berpendapat bahawa pentadbiran diraja Selangor adalah lemah sejak pentadbiran Sultan

Muhammad dan diteruskan oleh Sultan Abdul Samad. Pendapat ini dituliskan dalam

tulisan J. M. Gullick, s; tern Po/it;k Bum;putera Tanah Melayu Baral, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972.

Pendapat ini turut dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji lain iaitu R. 0. Winstedt, "A

History of Selangor", Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society,

Singapore: Printers Limited, Vol. 7, Part 3, October 1934 dan R. J., Wilkinson, A History

of the Peninsular Malays with Chapter on Perak & Selangor, Singapore: Kelly & Walsh

Limited, 1923. Namun begitu, pendapat mereka didapati tidak begitu tepat dan

mempunyai kemusykilan kerana dalam rekod-rekod sumber primer mencatatkan

golongan raja Selangor memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran diraja

Selangor mahupun pentadbiran British di Selangor (walaupun mereka melihat daripada

konteks yang berbeza). Di samping itu, golongan raja Selangor turut memberikan

sumbangan yang begitu memberangsangkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, pentadbiran

6
lernah yang dikatakan oleh rnereka tidak sesuai digunakan kerana pentadbiran diraja

Selangor mernpunyai pentadbiran yang sisternatik dan teratur.

J. M. Gullick, Rulers and Resident: Inl


f uence and Power in the Malay States,

1870-1920, Singapore: Oxford University Press, 1992, rnernbincangkan perjalanan

carnpur tangan British dalarn politik NNM sehingga berjaya rnenempatkan Residen

B1itish. Kemudiannya, British be1jaya mempengaruhi dan menguasai politik, ekonomi

serta sosial di NNM untuk mendapatkan kepentingan ekonorni yang menguntungkan

terutan1anya dalam perdagangan bijih timah. Dalam pada itu, Residen bertindak

mengadakan hubungan dengan pemerintah-pemerintah NNM untuk menjalankan dasar

British dengan baik sehingga tahun 1920 di mana pada ta.bun ini Perang Dunia Pertama

telah ta.mat.

Gullick membincangkan tulisan ini dengan begitu baik, kemas dan teliti. Na.mun

begitu, tulisan ini dapat dipersoalkan kerana Gullick tidak begitu menonjolkan

penglibatan golongan raja khususnya Selangor. Kemusykilan tulisan Gullick ini adalah

sama seperti mana tulisan Sadka. Hakikatnya, golongan raja dan pemerintah-pemerintah

NNM yang menjayakan pentadbiran British dengan memberikan kerjasama yang baik

demi menjaga hubungan antara satu sama lain. Di samping itu dapat membangunkan

politik, ekonomi dan sosial di negeri masing-masing.

C. D. Cowan, Nineteenth-century Malaya: The Origins of British Political

Control, London: Oxford University Press, 1962, membincangkan penglibatan British

7
terhadap politik di NNM sehingga berjaya menempatkan Residen British pertama di

Perak (1874), Selangor ( 1874) dan Sungai Ujong (1875). Cowan menyimpulkan bahawa

British menjalankan dasar campur tangan kerana mereka takut kehadiran kuasa Eropah

lain seperti Jemrnn menguasai NNM di Semenanjung Tanah Melayu (STM). Pendapat ini

berbeza dengan tulisan C. N. Parkinson, British Intervention in Malaya 1867-1877,

Singapore: University of Malaya, 1960, yang turut membincangkan perkara utama seperti

Cowan. Namun begitu, Parkinson menyimpulkan bahawa British menjalankan dasar

campur tangan kerana mereka berha rat menyelesaikan dan memulihkan keadaan anarki

yang berlaku di Perak, Selangor dan Sungai Ujong.

Sekiranya, pandangan Cowan dan Parkinson digabungkan, perkataan 'Ekonomi"

akan terbentuk kerana kedua-dua pendapat ini bertujuan untuk mendapatkan kepentingan

ekonomi di NNM terutamanya dalam perdagangan bijih timah. Oleh itu, British

menjalankan dasar campur tangan terhadap NNM demj menjaga kepentingan ekonomi

mereka daripada dijejaskan atau dikuasai oleh kuasa Eropah barat yang lain. Pandangan

mengenai ekonomi telah disokongkan oleh pengkaji-pengkaji tersohor seperti Khoo Kay

Kim, "The Origin of British Administration in Malaya'', Journal of the Malaysian Branch

of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) Singapore: Malaysian Branch of the Asiatic

Society (MBRAS), Vol. 39, Part 1, 1966, N. Tarling, 'B1itish Policy in the Malay

Peninsula and Archipelago 1824-1871'·, JMBRAS, Singapore: MBRAS, Vol. 30, P art 3

1957 dan K. G. Tregonning, A HistOJy of Modern Malaya, London: Eastern Universities

Press Ltd. , 1964.

8
Metodologi Kajian

Metodologi kajian dise11asi ini bersifat sejarah dan sumber-sumber primer adalah amat

penting untuk dibincangkan serta dinyatakan dalam disertasi ini. Disertasi ini

menggunakan kaedah kronologi kerana berdasarkan tajuk disertasi yang berjudul

"Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895". Dengan merujuk tajuk disertasi ini,

tiga tahap dikemukakan untuk dijadikan struktur kajian supaya Jawapan yang

dirungkaikan bersesuaian dengan persoalan yang ditetapkan. Tahap-tahap ini adalah

Tahap Permulaan Pentadbiran British di Selangor, 1874-1882, Tahap Pengukuhan

Pentadbiran British di Selangor, 1882-1889, dan Tahap Kukuh Pentadbiran British di

Selangor, 1889-1895. Untuk melihat tahap-tahap ini secara terperinci, dua pendekatan

digunakan iaitu pendekatan pentadbiran peringkat pusat dan pendekatan pentadbiran

peringkat daerah.

Sumber-sumber primer yang digunakan untuk merungkaikan persoalan "sejauh

manakah reaksi golongan raja Selangor terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh

British sepanjang tahun 1874-1895?" adalah menerusi rekod-rekod rasmi British seperti

Colonial Office (CO), Selangor Secretariat File (SSF), Foreign Office (FO), Dominion

Office (DO), War Office (WO), Cabinet Papers (CAB), Information Office (INF), Pejabat

Daerah Hulu Langat (PDHL), Pejabat Daerah Batang Padang (PDBP), Minutes of

Selangor Council (MSC), Strait Settlements Records (SSR), Straits Settlements Factory

Records (SSFR), Parliamentary Papers, Negeri Sembilan Secretariat Files (NSSF),

Kedah Secretarial Files (KSF), Kelantan Secretariat Files (KLTNSF) dan Malaya High

f ce (MHCO). Rekod-rekod ini boleh didapatkan di Arkib Negara


Commissioner Ofi

9
Malaysia di Kuala Lumpur, Public Record Office (PRO) di London, Perpustakaan

Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Singapura

(NUS) di Singapura dan Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) di Singapura.

Rekod-rekod primer lain turut boleh dilihat seperti yang terdapat dalam Pejabat

Sultan Negeri Selangor (PSNS), Pejabat Sultan Negeri Johor (PSNJ), Pejabat Sultan

Negeri Kedah (PSNK), Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (PYDBNS),

Pejabat Sultan Nege1i Kelantan (PSNKLTN), Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor

(PPNS), Pejabatan Undang-undang Negeri Selangor (PUNS), Kemente1ian-kementerian

di Malaysia, Jabatan-jabatan di Malaysia, Surat Persendirian (SP) dan Manuskrip­

manuskrip (MS). Rekod-rekod ini boleh didapati di Arkib Negara Malaysia dan

Perpustakaan Univer iti Malaya. Swnber-sumber sekunder seperti buku-buku dan artikel­

artikel turut digunakan sebagai garis panduan untuk membuat perbandingan antara satu

sama lain, untuk menambah baikkan fakta dan untuk menyangkal sesuatu fakta yang

dianggap kurang sesuai. Dengan menggunakan sumber-sumber ini, kaedah analitika1 dan

diskriptif akan digunakan untuk merungkai persoalan yang dikemukakan supaya jawapan

yang dinyatakan adalah bertetapan dengan persoalan disertasi ini.

Struktur Bab

Selepas persoalan, objektif, skop, ulasan literatur dan metodologi kajian dibincangkan

dan dinyatakan, struktur bab adalah langkah terakhir untuk memperlihatkan pe1jaJanan

sesebuah disertasi berdasarkan persoalan yang akan dirungkaikan. Disertasi ini

merangkumi Iima bab: Bab pe1tama, Latar Belakang, 1262-1874; Bad kedua Pentadbiran

10
Residen British, 1874-1895; Bab ketiga, Pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri, 1877-

1895; Bab keempat, Pentadbiran Jabatan, 1875-1895; dan Bab kelima, Pentadbiran

Daerah, 1875-1895. Setiap bab disertasi ini dibincangkan dengan menggunakan kaedah

kronologi yang dinyatakan dalam metodologi kajian.

Dalam bab pertama, Latar Belakang, 1262- 1874, membincangkan pentadbiran

Selangor sebelw11 pentadbiran British yang bermula pada bulan Oktober 1874. Konsep

kerajaan, Sultan, Pembesar dan Perajaan serta sungai-sungai di Selangor akan dijelaskan

secara sepintas lalu.Pentadbiran Selangor sebelum tahun 1766 turut dibincangkan dan

menjelaskan balrnwa Selangor pema11 di bawah pentadbiran diraja Melaka dan Johor.

Pada bulan November 1766, Kesultanan Selangor ditubuhkan dan dikenali sebagai

pentadbiran diraja Selangor. Bermula pada ta11un itu, Sultan memainkan peranan penting

sebagai Ketua Kerajaan dan memperkembangkan pentadbiran berdasarkan keupayaan

masing-masing sehingga British berjaya menempatkan Residen di Selangor pada bulan

Oktober 1874. Penglibatan Sultan dan Orang Besar Daerah (OBD) sekaligus

menunjukkan negeri Selangor mempunyai sistem pentadbiran yang baik dan tidak lemah

seperti mana yang dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

Dalam bab kedua, Pentadbiran Residen B1itish, 1874-1895, mernbincangkan

perkembangan pentadbiran Residen yang berkuat kuasa secara rasminya pada bulan

Januari 1875 hingga Jun 1895. Antaranya, Residen memperkenalkan MMNS, Jabatan­

jabatan kerajaan, Pegawai Daerah, dasar-dasar baru: Peraturan Tanah 1882; dan

11
Peraturan Kod Tanah Barn 1891 dan menjaga hubungan dengan: Sultan; Raja Muda;

TengkuPanglima Besar; dan kerabat raj a Selangor.

Sepanjang tempoh tersebut, lima Residen yang dilantik: J. G. Davidson (1874-

1875), W. B. Douglas (1877-1882), F. A. Swettenham (1883-1889), W. E. Maxwell

(1889-1892) dan W. H. Treacher (1892-1896). Sekiranya Residen bercuti atau dilantik

oleh Gabenor Negeri-negeri Selat (NNS) untuk menjalankan tugas khas, Pegawai British

yang layak akan memangku jawatan ini sehingga mereka kembali memegang jawatan

tersebut. Mereka adalah Douglas (1875-1877), J. Innes (1877-1878), Swettenham (1882-

1883), J.P. Rodger (1884-1886, 1887, 1891, 1894-1896), H. C. Belfield (1889), F. G.

Penney (1892) dan E. W. Birch (1892). Dalarn pada itu, reaksi golongan raja Selangor

akan ditonjolkan sama ada bersifat positif atau sebaliknya dalam perkembangan

pentaabiran Residen (1874-1895).

Dalam bab ketiga Pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri, 1877-1895,

membincangkan penubuhan, fungsi, ahli dan peranan mesyuarat ini untuk diaplikasikan

dalam perkembangan pentadbiran Selangor.Perbincangan bab ini bermula pada bulan

April 1877 dan diakhi1i pada bulan Mac 1895. Sepanjang tempoh itu, perbincangan,

penerimaan dan penentangan akan ditonjolkan untuk memperlihatkan bahawa golongan

raja Selangor sememangnya memainkan peranan dalam persidangan MMNS. Peranan

mereka ini dapat menyangkal terhadap kenyataan-kenyataan pengkaji-pengkaji terdahulu

yang menyatakan ahli MMN yang berdarah raja tidak memainkan peranan dan

sumbangan dalam mesyuarat yang diadakan.

12
Dalam bab keempat, Pentadbiran Jabatan, 1875-1895, membincangkan

penubuhan dan fungsi Jabatan-jabatan yang ditubuhk:an untuk diaplikasikan dalam

perkembangan pentadbiran Selangor. Antara jabatan yang ditubuhkan adalah Jabatan

Kerja Raya, Jabatan Perubatan, Jabatan Kereta Api, Jabatan Pos dan Telegraf, Jabatan

Tanah, Jabatan Perlombongan, Jabatan Polis dan Jabatan Pendidikan. Dalam setiap

jabatan ini, golongan raja Selangor memainkan peranan penting dan memberikan

sumbangan yang menggalakkan sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam aspek

politik, ekonomi dan sosial di S langor. Sekaligus dapat menyangkal terhadap kenyataan­

kenyataan pengkaji-pengkaji terdahulu yang seo1ah-o 1ah menyatakan kerabat raja

Selangor tidak memainkan peranan dan sumbangan daJam perkernbangan pentadbiran

Selangor.

Diilam bab kelima, Pentadbiran Daerah, 1875-1895, membincangkan perjalanan

dan perkembangan pentadbiran daerah yang terdi1i daripada Pegawai Daerah dan

Penghulu. Rantaian ke1jasan1a antara Pegawai Daerah dengan Penghulu amat diperlukan

untuk membangunkan sesebuah mukim yang ditetapkan. Dalam pada itu, peranan dan

sumbangan golongan raja Selangor dalam menjawat jawatan Penghulu jelas kelihatan

bahawa mereka sememangnya membe1ikan reaksi yang positif dan mereka adalah

tunjang dalam perkembangan pentadbiran Selangor. Namun begitu, terdapat beberapa

Penghulu berdarah raja Selangor yang memberikan reaksi negatif tetapi tidak begitu

ketara. Kerabat raja Selangor sememangnya memainkan peranan penting dalam peringkat

daerah dan memberikan sumbangan yang amat menggalakkan untuk perkembangan

negeri Selangor maJrnpun daeraJ1 masing-masing.

13
BABl

LATAR BELAKANG, 1262-1874

Pendahuluan

Sebelum pe1tengahan abad kelapan belas, Selangor dirnjuk sebagai jajahan kerajaan

Melaka (1262-1528) dan Johor (1528-1824). Pada bulan November 1766, kerajaan

Selangor diasaskan oleh Sultan Salehuddin, Sultan Selangor pertama, dan baginda

membentuk sebuah entiti politik tersendiri pada tahun itu. Selepas kerajaan Selangor

ditubuhkan, Kesultanan Selangor dilaksanakan dalam pentadbiran di sini dan dikenali

sebagai pentadbiran diraja Selangor. Kesultanan Selangor terdi1i daripada Sultan,

Pembesar, Kerajaan dan Perajaan yang diadaptasikan dari kerajaan Melaka, Johor dan

Luwu. Sepanjang tahun 1766-1874, Sultan Selangor adalah tunjang utama dalam

pentadbiran baginda. Dalam pada itu, Sultan Selangor berperanan membangunkan dan

memperkembangkan kerajaan baginda berasaskan politik ekonomi dan sosial dari

semasa ke semasa. Pembesar yang dikenali sebagai Orang Besar Daerah (OBD) turut

memainkan peranan dan sumbangan yang penting dalam membangunkan dan

memperkembangkan negeri Selangor.

Persoalan kajian bab ini melihat sejauh manakah perkembangan pentadbiran

diraja berdasarkan peranan yang dimainkan oleh golongan raja Selangor sepanjang tahun

1766-1874? Persoalan ini dipilih kerana untuk rnelihat perkernbangan dalam pentadbiran

diraja Selangor dan peranan yang dimainkan oleh golongan raja Selangor sehingga

menyebabkan kuasa Eropah berusaha untuk menguasai kerajaan baginda sepanjang tahun

1766-1874. Dalam pada itu, persoalan yang dinyatakan adalah untuk membidas

14
pendapat-pendapat yang dibuat oleh E. Saclka, J. M. Gullick, R. J. Wilkinson dan R. 0.

Winstedt yang menyatakan bahawa pentadbiran diraja Selangor seolah-olah lemah dan

tidak bersistematik. Untuk menjawab persoalan ini, sebanyak tiga tahap pentadbiran

dikemukakan untuk diteliti iaitu Sultan Salehuddin, 1766-1782: Tahap Permulaan, Sultan

Ibrahim, 1782-1826: Tahap Pengukuhan dan Sultan Muhammad, 1826-1857, clan Sultan

Abdul Samad, 1857-1874: Tahap Kukuh.

Kerajaan, Sultan, Pembesar dan Perajaan Sepintas Lalu

Menurut kajian yang ditulis oleh D. Parret, A. C. Milner clan S. C. Smith, definisi

kerajaan dapat disimpulkan sebagai sebuah entiti politik tersendiri yang memiliki sistem

1
pentadbiran lengkap. Kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ( ST M) merujuk

2
sungai sebagai persempadanan sesebuah entiti politik yang berpusat di Kuala atau Hilir.

Sebuah sistem pentadbiran yang lengkap memerlukan seorang Sultan berkuasa mutlak,

dibantu oleh Pembesar diumpamakan sebagai Pegawai Kerajaan dan memiliki Perajaan

3
tersendi1i untuk membuktikan kekuasaan serta kedaulatan sesebuah kerajaan. Dengan

terdapatnya Sultan, Pembesar clan Perajaan, sesebuah kerajaan dapat dibentuk secara

Untuk keterangan lanjut, lihat dalam, Daniel Parret, "Konsep "Negeri" dalam Sumber Melayu Lama
Berunsur Sejarah dan Hukum'". Wan Ha him Wan Teh dan Daniel Perret (Penyusun), Di Sekitar Konsep
Negeri, Kuala Lumpur: Ecole Francaise D'Extreme-Orient (EFEO), 1999, him. 1-26, A. C. Milner.
Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule, Arizona: The Uni er ity of Arizona Pres ,
1982, him. 113 dan Simon C. Smith. "Piloting Princes: Hugh lifford and the Malay Ruler " . Journal of
the Royal Asiatic Society (JRAS), Third Series, ambridge University Press, Vol. 11, No. 3, November
2001. him. 363.
2 Pusat pentadbiran di Kuala Sungai dipilih kerana ia merupakan pintu masuk sesebuah kerajaan. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam Surat Persendirian (SP) 7/11, S. P. H. T. Pagden, The Administration of
Malaya by Sir George Maxwell, SP 12/116, Sir Frank Athelstane Swettenham, British Malaya. The
Administration of Malaya by Sir George Maxwell, April 1943 dan David Joel Steinberg (Editor), Jn Search
ofSouteast Asia: A Modern Histo1y, Kuala Lumpur: Oxford University Pres , 1975. him. 73.
3 Richard Winsted!, "Malaya". Annals of the American Academy of Political and Social Science.
Southeastern Asia and the Philippines, Vol. 226 March 1943, him. 99.

15
mutlak. Sistem ini diamalkan oleh kerajaan Melaka dan diadaptasikan dengan corak

4
tersendi1i ke seluruh tanah jajahan baginda di STM.

5
Kedudukan Sultan adalah paling tinggi dalam sistem hierarki kerajaan. Sultan

memainkan peranan utama dalam aspek politik, ekonomi clan sosial. Dalam aspek politik,

Sultan berperanan sebagai Ketua Kerajaan dan berkuasa mutlak dalam menjalankan dasar

6
kerajaan. Dalam aspek ekonomi, Sultan selaku Ketua Kerajaan berhak mendapatkan

4 Kcrajaan Melaka diasaskan pada tahun 1262 dan sebuah kerajaan Melayu yang agung dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial ehingga menyebabkan kuasa Eropah berhasrat menguasai Melaka. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam Mardiana binti Nordin "Politik dan Pentadbiran", Mohd. Yusoff bin Haji
Hashim (Ketua Editor), Empayar Me/aka Tradisi Agung Melayu, Melaka: Perbadanan Muzium Melaka,
2010, him. 25, Abd. Rahman Ismail, Penga asan Kerajaan Melayu Melaka 1262: Penemuan Fakta Terkini,
Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010) pada 17 Oktober 201I di Auditorium Seri Negeri, Ayer
Keroh, Melaka, Anthony Milner, The Malays, We t Su sex: Blackwell Publishing Ltd.. 2011 him. 49,
Suzana Hj. Othman, Jnstitusi Bendahara Permata Me/ay11 Yang Hi fang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang,
Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise 2002, him. 28 Ahmad Jelani Halimi. Perdaganga11 dan
Perkapalan Melay11 di Se/at Me/aka Abad ke-15 Hingga ke-18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2006. him. 22-33, Luis Filipe Ferreira Rei Thomaz, "The Malay Sultanate of Melaka , Anthony Reid
(Editor). So11thea t A ia in the Early Modern Era: Trade, Power, and Belief, London: Cornell University
Press. 1993, him. 69-90, J. V. Mill , "Concerning Malacca and its District', Jo11rna/ ofthe Malayan Branch
of the Royal Asiatic Society (JMBRAS), Vol. Ill, Singapore: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society (MBRAS), 1930, him. 16-17, Sarnia Hayes Hoyt. Old Malacca New York: Oxford University
Press. 2001, him. I-2 Mohd Yu off Hashim (Diselenggarakan), Paramesivara Pengasas E111payar Me/aka,
Selangor: Unique Communications Sdn. Bhd., 2005. him. 1-I16. Muhammad Yusof Hashim. "Sultan­
sultan Melaka: Suatu Tinjauan Semula", Khoo Kay Kim (Disunting), Me/aka dan Sejarahnya, Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, Bangunan Stadthuys. Melaka, 1982, him. 1-14,
Mohd. Jamil bin Mukmin, Me/aka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Melaka: Jn titut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia, 2004, him. 44-47, Buyong Adil, The Histo1y of Malacca: D11rina the Period of
the Malay Sultanate. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, him. 1-14, M. Rajantheran. Sejarah
Me/ay11: Kesan Hubungan Keb11dayaan Melayu clan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1999. Benard H. M. Vleke Nusantara (Sejarah Indonesia) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1967. him. 83-88 dan Laurent Metzger "Kola Melaka Melalui Pandangan Orang Peranci Pada Abad 17.
18 dan 19". Jurna/ Jnstitut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (JKSEP), Melaka: Jurnal IKSEP, Jilid
I, 1998, him. 49-55.
5 Colonial Office (CO) 273/207, Notes by Mr. Bramston, 27 Augu t 1895, SP 7/1 I, S. P.H. T. Pagden, The
Administration of Malaya by Sir George Maxwell dan SP 12/1J6, Sir Frank Athelstane Swettenham,
British Malaya, The Adminish·ation of Malaya by Sir George Maxwell April 1943.
6 CO 273/675, Draft of Memorandum Which Sir Harold MacMichael Will Hand to the Malay Rulers in
Explaining to the H. M. G's Intentions As Regards the Future of Malaya.

16
hasil ekonomi dalam tanah jajahan baginda. Dalam aspek sosial, Sultan adalah Ketua

7
Agama dan Adat Istiadat dalam kerajaan baginda.

Kedudukan Pembesar adalah kedua tertinggi dalam sistem hierarki kerajaan.

Pembesar berperanan sebagai Pegawai Kerajaan dan penasihat Sultan dalam aspek

politik, ekonomi dan sosial. Dalam aspek politik, Pembesar berperanan sebagai Ketua

Daerah yang ditempatkan oleh sultan. Dalam aspek ekonomi, Pembesar berperanan

dalam mengutip cukai di kawasan mereka dan menyerahkan sedikit keuntungan kepada

8
Sultan selaku Ketua Kerajaan. Dalam aspek sosial, Pembesar berperanan dalam

mempersetujui dan menabalkan pelantikan sultan baru berdasarkan adat sesebuah

kerajaan.

Dalam konteks Perajaan pula mencakupi konsep Daulat dan Derhaka, Adat

Penggantian dan AJat Kebesaran dalam sesebuah kerajaan diraja. Menurut Muhammad

Yusoff Hashim, sejak kerajaan Melaka, konsep Daulat dan Derhaka telah wujud dan

9
diamalkan dalam kerajaan baginda. Daulat bermaksud mempunyai kuasa mutlak daJam

sesebuah pemerintahan. Derhaka pula bennaksud seseorang yang menentang Sultan

berdaulat akan mendapat tulal1 daripada baginda.

7 Untuk keterangan lanjut. lihat dalam Noah Gadot. "Ulil Amri: Takrif dan Kon ep". Abdul Monir Yaacob
dan Suzalie Mohamad (Penyunting). Konsep da11 Peranan Ulil Amri di Malaysia
Malaysia Kuala Lumpur: lnstitut
Kefahaman Islam Malaysia, 2004, him. 3-13.
8 CO 273/176. From J. P. Rodger to the Hon'ble the Colonial Secretary 3 October 1891 dan W. E.
Maxwell, "The Law and Customs of the Malays with Reference to the Tenure of Land" Journal of the
Straits Branch of the Royal Asiatic Society (JSBRAS), Singapore: The Government Printing Office, 1884,
him. 110.
9 Muhammad Yusoff Hashim menjelaskan konsep daulat dan derhaka dengan begitu terperinci. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam Muhammad Yusoff Hashim, ""Daulat" Dalam Tradisi Budaya dan Politik
Kesultanan Melayu Abad Ke-15 dan Awai Abad Ke-16: Antara Mitos dan Realiti", Sejarah. Kuala
Lumpur: Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya. No. 3, 1994-1995. him. 215-236.

17
Sejak kerajaan Melaka, Adat Penggantian dilaksanakan dan diamalkan dalam

setiap kerajaan Melayu di STM. Adat Penggantian bennaksud seorang putera sulung atau

putera lain Sultan yang bergelar Raja Muda akan dilantik sebagai pengganti Sultan

10
sebelum ini. Alat Kebesaran adalah a.mat penting kerana dengan memiliki alat tersebut

menunjukkan sesebuah kerajaan itu memiliki identiti tersendiri. Antaranya adalah warna

pemakaian Sultan adalah kuning, warna pemakaian kerabat raja adalah putih, memiliki

Mahkota Diraja, memiliki Alat Muzik Diraja sepe1ii nobat, na:firi, gendang dan seruling

serta memiliki Senjata Diraja seperti keris dan tombak.

Sungai-sungai di Selangor Sepintas Lalu

11
Selat Melaka adalah selat yang terpenting dan strategik di alam Melayu. Kebanyakan

sungai di sebelah barat STM berpunca dari Selat Melaka dan dikenali sebagai

Kuala/Hilir. Banjaran Titiwangsa adalah tunjang belakang STM dan memainkan peranan

1° CO 537/1590, From R. J. G. Derran to Me Hewitt, 3 June 1946.


1
1 Selat Melaka adalah laluan pusat perdagangan antara Timur dengan Baral dan sejarah erta kepentingan
selat ini dibincangkan dalam Se/at Me/aka di Persimpangan A ia. Menurut Claude Guillot menyatakan
Selat Melaka adalah tempat pertemuan antara kapal Par i dengan Cina pada akhir abad kesembilan.
Menurut Claudine Salmon menyatakan Selat Melaka adalah laluan yang digunakan oleh kerajaan Srivijaya
ke Cina dan sebaliknya pada abad kesepuluh hingga kedua belas. Menurut Jean Aubin. dan Luis Filipe F.
R. Thomas, mereka menggunakan risalah dalam bahasa Latin untuk membincangkan perebutan Melaka
oleh Portugis, menyatakan Melaka adalah ebuah pusat pelabuhan kerajaan lslam yang terkenal di dunia
dan mengawal perdagangan antara Timur dengan Barat. Berikutan peranan yang dimainkan oleh kerajaan
Melaka, Portugis menyerang dan menakluk kerajaan ini pada tahun 1511. Untuk keterangan lanjut. lihat
dalam Claude Guillot. "Parsi dan Dunia Melayu: Hubungan Perdagangan dan Intelektual'', Daniel Perret
(Pente1jemah), Mohd Azmi Mohd Yusof. dan Abd Karim A. Bakar (Penyelaras Bahasa), Se/at Me/aka di
Persimpangan Asia. Mel aka: EFEO. 2010, him. 30, Claudine Salmon, "Srivijaya, China, dan Peniaga­
peniaga Cina", Daniel Perret (Pente1jemah) Mohd Azmi Mohd Yusof, dan Abd Karim A. Bakar
(Penyelaras Bahasa), Se/at Me/aka di Persimpangan Asia, him. 55-69, Jean Aubin, dan Luis Filipe F. R.
Thomaz, "Sebuah Risalah Dalam Bahasa Latin Tentang Perebutan Melaka oleh Orang Portugis, Yang
Dicetak di ltali Pada Tahun 1514". Daniel Perret (Pente1jemah), Mohd Azmi Mohd Yusof, dan Abd Karim
A. Bakar (Penyelaras Bahasa), Se/at Me/aka di Persimpangan Asia, him. 115-125, Muhammad Hanafis,
Perjalananan lbnu Battuta, Kuala Lumpur: Penerbitan Seri bu Dinar Sdn., Bhd. 2010, him. 297 dan Ron L.
Andrews. dan Colin S. Freestone, A Geography of lndonesia, Malaysia, Singapore. Hawthorn: George
Philip & O'Neil Pty Ltd., 1976, him. 18.

18
12
penting daJam aspek geografi di sini. Dalam konteks pentadbiran diraja Negeri-negeri

13
Melayu (NNM), sepanjang sungai (hulu-hilir) adalah dimiliki kerajaan masing-masing.

Menurut D. D. Daly, Penguasa Jabatan Ke1ja Raya, Tanah dan Juru Ukur

14
Selangor, Hulu Sungai adalah punca utama pengaliran sungai ke Hilir Sungai.

Be1ikutan kedudukan geografi ini, sungai-su:ngai utama dalam lingkungan Selangor

sepanjang taJmn 1766-1895 adalah Sungai Perak (1805-1825), Sungai Bemam (di bawah

pentadbiran British di Perak pada tahun 1879-1886), Sungai Selangor, Sungai Klang,

Sungai Langat dan Su:ngai Linggi (1784-1878). Dalam lingkungan Selangor, terdapat

beberapa sungai yang bukan diklasifikasikan sebagai sungai utama. Antaranya adalah

Sungai Tengi, Sungai Buloh, Sungai Sepang, Su:ngai Lukut (1766-1878) dan Sungai Raya

(1766-1878).

Sebelum Pentadbiran Diraja Selangor, 1262-1766

Menurut Sejarah Melayu, Su:ngai Bemam, Sungai Selangor Sungai Klang, Sungai

15
Langat dan Sungai Linggi ditadbir oleh kerajaan Melaka. Menurut Tuhfat al-Nafis dan

Salasi!ah Me/ayu clan Bugis, kesinambungan kerajaan Melaka iaitu kerajaan Johor

1" N. Mark Collins ( Editor), The Conservation Atlas of Tropical Forest Asia and the Pacific . London:
Simon & Scnuster, 1991, him. 183.
13 The Straits Times. 19 June 1875 dan T. N. Harper 'The Politics of the Fore t in Colonial Malaya,
Modern Asian Studies (MAS), Vol. 31, No. J, 1999, him. 2.
14 D. D. Daly. "Surveys and Explorations in the Native States of the Malayan Peninsula, 1875-82",
Proceedings of the Royal Geographical Society and Monthly Monthly Record of Geography, Blackwell
Publishing, Vol. 4, No. 7, July 1882, him. 395.
15 C. C. Brown, Malay Annals, Selangor Darul Ehsan: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
2010, him. 193, Virginia Matheson Hooker dan M. B. Hooker, John Leyden's Malay Annals, Selangor
Darul Ehsan: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2010, him. 120-121 dan Cheah Boon Keng
(Disusun) dan Abdul Rahman 1-:laji lsmail ( Dirumikan), Sejarah Melay11: The Malay Annals. Selangor
Darul Ehsan: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2010, him. 135.

19
16
menguasai sungai tersebut sehingga pada tahun 1766. Selepas ditadbir oleh kerajaan

Melaka dan Johor, baginda melantik Pembesar bergelar Mandulika dan Penghulu

17
mentadbir di sungai tersebut.

Ketika pentadbiran diraja Melaka, Tun Perak mentadbir Sungai Klang (abad

18
keempat belas), Paduka Seri Cina mentadbir Sungai Selangor (abad kelima belas) dan

16 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Kesultanan Johor, 1528-1885", Abdullah Zakaria bin Ghazali dan Zainal
Abidin Borhan (Editor), Johar Dah1.t!11 dan Sekarang, Kuala Lumpur: Per atuan Muzium Selangor, 1994
him. 19, Raja Ali Haji ibn Ahmad, Tlte Precious Ci.ft (Tuhfat a/-Najis), Kuala Lumpur: Oxford University
Press, 1982, him. 17, Virginia Matheson Hooker, Ahmad Fauzi Basri (Penterjemah), Tuhfat a/-Najis:
Sejarah Melay11-lsla111 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, him. 136-137, Mohd. Yusof Md.
Nor (Diusahakan), Sa/asilah Me/ayu dan Bugis, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984, him.
29-30 dan CO 717/117, Memorial Pre ented on Behalf of His Highnes Tungku Badar Shah, Tungku
Panglima Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15
April 1936.
17 Jurai keturunan Sultan kerajaan Melaka dan Johor adalah daripada I kandar Zulkarnain. Keturunan
Iskandar Zulkarnain adalah daripada susur galur Nabi Sulaiman Alaihimsalam dan kisahnya dinyatakan
dalam al-Quran. lskandar Zulkarnain adalah raja yang memiliki empayar meliputi bumi timur dan barat.
Menurut beberapa riwayat sejarah lskandar Zulkarnain, mi alnya Sejarah Melayu, keturunan beliau adalah
dari daerah Yunani (Rom lama), menjelajah ke negeri Asia Barat, China dan seterusnya sampai ke daerah
Palembang di sebuah tempat yang dikenali sebagai Bukit Seguntang yang terdapat Sungai Melayu.
Menurut Afareez Abd Razak Al-Hafiz, beliau memilih Cyrus yang Agung, Raja Parsi, sebagai calon yang
sesuai. Namun begitu. menurut Muhammad Alexander, beliau membuktikan Alexander yang Agung ialah
Iskandar Zulkarnain. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain Di
Sudut Kalb11: Postscript Keduapulult Tiga Dewa Zeus, Raja Melay11, dan Bang a Me/ayu Raja
Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain 1990, him. 1-143, Muhammad Alexander, Yakj11j dan Makj1u· Bencana
di Sebalik g1111111ia, Kuala Lumpur: BS Print Sdn. Bhd., 2010, him. 39-114, Afareez Abd Razak Al-Hafiz,
Benarkah lskandar B11kan Z11/qarnain: Membongkar Kew11judan dan Rahsia Sebenar Pejuang Aa1111g,
Kuala Lumpur: BS Print Sdn. Bhd., 2010, hlm. 107-161. Muhammad Alexander, Alexander adalah
Zulkarnain. PTS Islamika Sdn. Bhd., 2010, him. 209-259 dan Khalid Hussain (Diusahakan), Hikayat
lskandar Zu/karnain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, dan Pustaka, 1967, him. 3, 43, 65, dan 365.
18 Selepas kemangkatan ayahandanya, Tun Perak tidak dilantik ebagai Bendahara Melaka kerana didapati
masih belum layak. Tun Perak berhasrat menimba pengalaman dan pengetahuan di Sungai Klang. Setelah
Tun Perak tiba di Sungai Klang, penduduk tempatan menyenangi kedatangan beliau ke sini. Selepas lima
bulan Tun Perak menetap di Sungai Klang, penduduk tempatan berhasrat melantik beliau sebagai pengganti
Toh Ibrahim. Penghulu Klang. Menurut penduduk tempatan, peranan Toh Ibrahim sebagai Penghulu tidak
memua kan. Penduduk tempatan menyatakan Tun Perak lebih sesuai dilantik sebagai Penghulu mereka.
Selepas penduduk tempatan bersetuju dengan pelantikan tersebut, mereka menghantar tiga orang penduduk
tempatan menghadap Sultan Muzaffar Shah. Selepas Sultan Muzaffar Shah mendengar ha rat mereka.
baginda memperkenankan Tun Perak sebagai Penghulu Sungai Klang yang baru. Menurut Sejarah Melay11
Tun Perak digambarkan seperti berikut "Syahdan Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang
bijaksana. kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit, kedua. Pasai.
ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang bijaksana: Pateh Aria Gajah Mada (Majapahit);
Orang Kaya Kanayah (Pasai); dan Bendahara Paduka Raja (Melaka)". Untuk keterangan lanjut, lihat
dalam, Muhd. Yusof Ibrahim, Tun Perak: Pence/us Wawasan Empayar Me/aka, Kuala Lumpur: Tinta
Publishers, 2009, him. 54-57, Mubin Sheppard, Tun Perak, Kuala Lumpur: Longmans Malaysia Sdn., Bhd.,

20

Untuk melihat muka surat seterusnya, sila berhubung dengan petugas kami di
kaunter.

Anda mungkin juga menyukai