Anda di halaman 1dari 3

Pembetulan ( 5 ) : Berita

Minggu Sains Dan Matematik


ULU TIRAM, 16 Februari SJK ( C ) Tiram telah mengadakan
Minggu Sains dan Matematik. Aktiviti ini diadakan selama lima hari
bermula dari 7 11 Februari yang lalu.
Minggu Sains dan Matematik melibatkan semua murid Tahap
Dua iaitu seramai 1500. semua guru yang mengajar mata pelajaran
Sains dan Matematik telah bertanggungjawab untuk menjayakan
aktiviti tersebut.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bengkel, pameran dan
kuiz. Minggu tersebut bertujuan untuk menguji pengetahuan muridmurid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Selain itu, Bengkel Pintar Matematik juga diadakan untuk muridmurid Tahun Enam. Murid-murid telah didedahkan dengan teknikteknik menjawab soalan dan kuiz matematik.
Pada hari terakhir, majlis penyampaian hadiah telah diadakan di
dewan sekolah. Guru Besar SJK ( C ) Tiram menyampaikan hadiah
kepada para pemenang kuiz.
Murid-murid sungguh berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti
sepanjang Minggu Sains dan Matematik ini. Mereka berharap agar
aktiviti ini diadakan lagi pada tahun hadapan.

Pembetulan ( 8 ) : Catatan Hari Kantin


Sabtu, 5 Mac 2011
7.30 pagi : Hari ini sekolah saya akan mengadakan hari kantin. Pagi-pagi lagi
semua guru dan murid sibuk membuat persiapan di padang sekolah.
8.00 pagi : Semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah. Guru Besar
menyampaikan ucapan beliau. Kemudian, guru disiplin pun memberikan taklimat
kepada murid-murid yang terlibat dengan hari kantin.
8.30 pagi : Hari Kantin pun bermula. Murid-murid sibuk menguruskan gerai
masing-masing. Terdapat pelbagai gerai disediakan seperti gerai minuman, gerai
makanan, gerai buah-buahan dan gerai cenderamata.
9.30 pagi : Ramai ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan. Suasana hari itu
sungguh meriah. Murid-murid sibuk berkunjung dari gerai ke gerai.
12.00 tengah hari : Semua gerai telah habis membuat jualan. Suasana mulai
lengang dan para pengunjung mulai berkurangan.
1.00 petang : Semua murid dan guru bergotong-royong membersihkan kawasan
sekolah. Selepas itu, semua murid dan guru pun pulang ke rumah masing-masing.

Pembetulan Peperiksaan : Catatan Hari Sukan


Ahad, 19 Mac 2011

Pembetulan Peperiksaaan : Guru Kesayangan Saya


Guru kesayangan saya bernama Cikgu Wong Mei Ling. Beliau berumur 40
tahun. Cikgu Wong seorang wanita yang cantik dan bergaya.

7.00 pagi : Hari ini sekolah saya mengadakan sukan tahunan. Semua
murid dan guru berkum pul di padang sekolah. Para peserta berbaris
mengikut rumah sukan masing-masing.

Cikgu Wong merupakan guru Bahasa Malaysia saya. Beliau seorang guru yang
berpengalaman.

8.00 pagi : Semua murid dan guru menyanyikan lagu Negaraku. Guru
Besar memberikan ucapan dan merasmikan sukan tahunan sekolah.
Wakil murid membaca ikrar hari sukan.

Cikgu Wong seorang guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Beliau


mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Semua murid suka dengan cara
Cikgu Wong mengajar.

8.30 pagi : Sukan tahunan sekolah pun bermula. Pelbagai acara sukan
telah dipertandingkan. Murid-murid mengambil bahagian dalam
pelbagai acara seperti lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh dan
lontar peluru.

Cikgu Wong pandai mengajar. Beliau selalu menyediakan bahan mengajar


yang menarik minat murid-murid.

9.30 pagi : Suasana di padang riuh-rendah. Para penyokong memberi


sokongan kepada rumah sukan masing-masing. Mereka bersorai sorai
sambil bertepuk tangan di tepi padang.
11.00 pagi : Semua acara sukan telah habis dipertandingkan. Guru
Besar menyampaikan pingat kepada para pemenang. Beliau
menasihati para pemenang supaya jangan bersikap hidung tinggi.
12.00 tengah hari : Sukan tahunan sekolah pun tamat. Semua murid
pun pulang ke rumah masing-masing. Walaupun kepenatan, tapi kami
berasa sungguh gembira.

Cikgu Wong seorang guru yang peramah dan baik hati. Beliau selalu
membantu murid-murid yang bermasalah. Semua guru dan murid menyukai Cikgu
Wong.
Saya berasa sungguh gembira dan bangga kerana mempunyai seorang guru
yang baik seperti Cikgu Wong. Saya berharap dan berdoa semoga Cikgu Wong
sentiasa sihat dan hidup gembira.

Anda mungkin juga menyukai