Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2017

SJKT LADANG RAJA MUSA.

Pada hari Isnin,16 Mei 2017 yang lalu, SJKT Ladang Raja Musa telah
mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang ke-46.
Sambutan tersebut diadakan di dewan dan padang sekolah.

Semua murid dan guru telah berkumpul di dewan pada jam 9.30 pagi. Majlis .
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Pn.P.Punitha.
Seterusnya majlis diiteruskan dengan bacaan doa, bacaan perutusan hari guru dari
Menteri Pendidikan dan KPPM. Majlis kemudian digamatkan lagi dengan
persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu Kami Guru Malaysia dan
seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh En.R.Pubalan.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul
10.30 pagi. Suasana begitu meriah kerana guru-guru dan murid masing-masing
memberikan sokongan kepada pasukan pilihan mereka.

Pada jam 11.00 pagi, sambutan kelas diadakan. Setiap guru kelas
mengunjungi kelas masing-masing untuk memotong kek dan menerima hadiah
daripada anak-anak murid kelas mereka.

Akhir sekali Guru Besar telah memberikan ucapan sekaligus merasmikan


majlis sambutan Hari Guru pada kali ini. Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 1.00
tengah hari dengan acara pemberian cenderamata kepada para guru oleh guru
besar, murid kepada guru dan pertukaran hadiah antara guru. Jamuan diadakan
untuk guru-guru dan kakitangan sekolah.

Laporan disediakan oleh,


KAMALADHARANII A/P RAGU NATHAN
Setiausaha,
Sambutan Hari Guru,
SJKT Ladang Raja Musa

Anda mungkin juga menyukai