Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT


SEKOLAH

SK OYAN TENGAH

2022

Oleh:

AWERRA SAMUEL ANAK DENNIS


LOUISA UTIN ANAK EDWIN LANG

1
AWERRA :

Murid-murid dijemput berdiri


Ketibaan YDP PIBG ENCIK MANDAU ANAK PAGO diiringi oleh Guru Besar SK Oyan Tengah
Encik Standis Apong dan guru-guru penolong kanan .

~Perarakan masuk VVIP~

Para hadirin dijemput duduk.

~Tetamu duduk ~

Deklamasi Sajak BM : Louisa Utin

Deklamasi Sajak BI : Awerra Samuel

LOUISA :

Bunga tanjung di tengah pekan,


Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi Tahun 2022.

Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku ..
Semua hadirin dijemput berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.

Dipersilakan.

~ Lagu Negaraku ~

AWERRA
Hadirin dijemput duduk .

~ Para hadirin duduk ~

Yang dihormati,
Encik Mandau Anak Pago,Yang Dipertua PIBG

Yang berusaha,
Encik Standis Apong ,Guru Besar sekolah yang amat dikasihi,

Encik Edwin Lang Anak Nanyang , Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Encik Jaffrey bin Umar ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Bery Anak Tawan , Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru-guru ,Kakitangan sekolah ,rakan-rakan dan para ibu bapa yang dikasihi sekalian.

LOUISA :

Salam Sejahatera dan selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2022.

2
Hadirin sekalian,
16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara. Menyedari hakikat bahawa tiada guru,
tiadalah murid, maka pada hari ini kita berkumpul untuk meraikan dan menjayakan Hari Guru.

AWERRA :

Ikan merah dijual di pekan,


Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Muhd.Syafiq bin Maludin
untuk bacaan doa majlis.

Dipersilakan...

~Bacaan Doa ~

AWERRA:
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar.

Tak molek jika ada alu , tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung , tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis , jika suara nya tiada berbicara

Hadirin sekalian .
Majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Standis Apong , Guru Besar SK Oyan
Tengah bagi menyampaikan ucapan sempena perayaan Hari Guru . Dipersilakan.

~Ucapan Guru Besar ~

LOUISA :
Terbang melayang si anak kedidi.
Terima kasih diucapkan kepada tuan Guru Besar di atas ucapan itu tadi.

Para hadirin sekalian,


Majlis menjemput pula, Encik Mandau Anak Pago , Yang dipertua PIBG mewakili ibu bapa untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

~Ucapan YDP PIBG ~

AWERRA:

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG di atas ucapan itu tadi.

Pembacaan perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , majlis menjemput Guru
Penolong Kanan Pentadbiran,Encik Edwin Lang Anak Nanyang.

3
Dipersilakan.

~Bacaan Perutusan Hari Guru ~

LOUISA :

Terima kasih Cikgu Edwin

Seterus nya Pembacaan perutusan Hari Guru oleh Menteri Pendidikan Malaysia , majlis menjemput Guru
Besar,Encik Standis Apong .

Dipersilakan.

AWERRA:
Terima kasih Guru Besar.

Istana kota sebelas tingkat


Tempat baharu nakhoda pekan
Sama kata sama sepakat
Hari guru mari raikan

Untuk memeriahkan majlis pada pagi ini , kita menjemput cikgu ______Muhd.Syafiq Bin
Maludin___untuk membuat persembahan.
Dipersilakan

~Persembahan Guru~

Terima kasih cikgu di atas persembahan beliau tadi.

Seterusnya , dijemput ______Ferdinand Larson ___dari Kelas Tahun 6 untuk mendeklamasikan sajak.

Dipersilakan

~Persembahan Ferdinand~

Terima kasih Ferdinand.

LOUISA

Para guru dan pelajar sekalian ,


Seterusnya majlis menjemput perwakilan selaku wakil murid SK Oyan Tengah mewakili murid-murid
sekolah kita, iaitu saudari THERESA LYNNA ANAK JOE untuk menyampaikan ucapan khas sempena
Hari Guru.

Dipersilakan.

~Ucapan Wakil Murid ~

4
AWERRA:
Terima kasih diucapkan kepada Theresha Lynna atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu daripada
guru-guru SK Oyan Tengah.

Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi melafazkan
Ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia , Pendidik Bumi Kenyalang dan Lagu Tema Hari Guru 2022 .

Bacaan ikrar Hari Guru akan diketuai oleh Cikgu Lewis Anak Uding

Dipersilakan

~Bacaan Ikrar Guru ~


~Nyanyian lagu : Guru Malaysia , Pendidik Bumi Kenyalang & Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA~

LOUISA:

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara Memotong Kek untuk sambutan hari guru. Dijemput
para guru dan Guru Besar SK Oyan Tengah bersama Yang Dipertua PIBG, Encik Mandau Anak Pago, guru-
guru Penolong Kanan dan semua guru bagi menyempurnakan acara.

Dipersilakan.

Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan
senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan dan keindahan hidup bermasyarakat.

______________________potong kek _________________________

AWERRA:
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG , Encik Mandau Anak Pago, Guru Besar dan para
guru di atas kesudian untuk menyempurnakan acara tadi.

LOUISA :

Seterusnya Penyampaian Sijil Penghargaan kepada guru-guru dan staf.

Bagi menyempurnakan majlis dipersilakan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum,Cikgu Berry Anak
Tawan mengiringi Guru Penolong Kanan Pentadbiran ,Encik Edwin Lang Anak Nanyang naik ke
pentas bagi menyempurnakan majlis.

Dipersilakan.

AWERRA:

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AKP

5
Dimulakan dengan:
1. Puan Chundang Anak Balai
2. Encik Dennis Anak Erin
3. Puan Saun Anak Lasin
4. Puan Suzie Sudan Anak Nading
5. Cik Baun Anak Unting
6. Puan Christina Anak Sossely Sintau

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Bery dan Cikgu Edwin Lang.

LOUISA
Seterusnya Penyampaian Sijil Penghargaan kepada guru-guru .

Bagi menyempurnakan majlis dipersilakan Guru Besar mengiringi Yang Dipertua PIBG , naik ke
pentas bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

Penerima sijil penghargaan,dipersilakan


1. Cikgu Susan Timas Anak Larrel Crisologo
2. Cikgu Terry Anne Anak Belong
3. Cikgu Felicia Anak Kuwie
4. Cikgu Vivienne Anak John
5. Cikgu Taun Anak Unggang
6. Cikgu Muhamad Syafiq bin Maludin
7. Cikgu Lewis Anak Uding
8. Cikgu Slyvester Atan Anak Ricky

Seterusnya Guru-guru penolong kanan:


9. Cikgu Berry Anak Tawan (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
10.Cikgu Jaffery bin Umar (Guru Penolong Kanan HEM)
11.Cikgu Edwin Lang Anak Nanyang (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

6
AWERRA

Kemuncaknya , YDP PIBG menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada Guru
Besar SK Oyan Tengah , Cikgu Standis Apong di atas usaha dan kecemerlangan beliau
memimpin dan menerajui sekolah sehingga berjaya ke hari ini.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG dan Guru Besar di atas kesudian mereka menyempurnakan
acara sebentar tadi.Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan staf yang banyak menyumbang jasa dan
tenaga membangunkan sekolah.

LOUISA :
Acara kemuncak ialah ANUGERAH GURU & STAF sekolah .

Terdapat beberapa kategori dipertandingkan.Pemilihan telah dilakukan dengan adil dan


saksama.Pemilihan telah dilaksanakan bersama murid-murid SK Oyan tengah.

Untuk menyempurnakan majlis mempersilakan Guru Besar mengiringi YDP PIBG,Encik Mandau Anak
Pago untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah GURU PALING BERGAYA jatuh kepada: Cikgu Lewis Anak Uding
Anugerah GURU PALING POPULAR diberikan kepada: Cikgu Muhd.Syafiq Bin Maludin
Anugerah GURU PALING KOMITED Cikgu Viviene Anak John
Anugerah GURU PALING CERIA Cikgu Terry Anne Anak Belong
Anugerah GURU IDOLA Cikgu Felicia Anak Kuwie
Anugerah GURU INSPIRASI Cikgu Taun Anak Unggang
Anugerah GURU PENYAYANG Cikgu Jaffrey Bin Umar
Anugerah GURU KREATIF & INOVATIF Cikgu Bery Anak Tawan
Anugerah GURU PALING MELETOP/DIVA Cikgu Susan Timas Anak Larel Crisologo
Anugerah GURU PALING MELETOP/STYLO Cikgu Slyvester Atan Anak Ricky
Cikgu Edwin Lang anak Nanyang
IKON GURU SKOT 2022 pada tahun 2020 diberikan
kepada :

Seterusnya ,

ANUGERAH TOKOH GURU : KEPIMPINAN MELALUI Guru Besar SK Oyan Tengah , Cikgu Standis
TELADAN Apong.

7
Diberikan kepada :
Dipersilakan .

AWERRA
Seterusnya
ANUGERAH Khas untuk staf-staf sekolah :

ANUGERAH STAF PENYAYANG diberikan kepada Encik Dennis Anak Erin


ANUGERAH STAF KOMITED diberikan kepada Puan Christina Anak Sosely Sintau
ANUGERAH STAF PALING RAJIN diberikan kepada Puan Suzie Sudan Anak Nading
ANUGERAH STAF PALING POPULAR diberikan kepada Cik Baun Anak Unting
ANUGERAH STAF PALING KREATIF & INOVATIF diberikan Puan Saun Anak Lasin
kepada
dan
ANUGERAH STAF BERDEDIKASI diberikan kepada Puan Chundang Anak Balai

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG dan Guru Besar di atas kesudian mereka menyempurnakan
acara sebentar tadi.Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan staf sekolah.

LOUISA

Seterusnya penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pekerja swasta sekolah.

Untuk menyempurnakan majlis , dengan segala nya mempersilakan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum , Cikgu Berry Anak Tawan mengiringi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,
Cikgu Jaffrey bin Umar untuk menyempurnakan majlis.

Dengan hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan :

Encik Mandau Anak Pago


Puan Joni Anak Meluda
Puan Fatimah binti Yaman
Encik Jamal Anak Kampong
Puan Carolina Anak Muan

Dan seterusnnya

Puan Bangking Anak Umpang

Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan sumbangan mereka dalam menjaga
persekitaran sekolah dan membantu membangunkan prasarana sekolah selama ini.

AWERRA
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Jaffrey dan Cikgu Bery.
8
Seterusnya , kita akan saksikan persembahan Koir Murid dari Kelab Kebudayaan Sekolah di bawah
Pimpinan Cikgu Viviene dan Cikgu Terry Anne.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~Persembahan Murid ~

LOUISA
Diharapkan para hadirin terutamanya para guru terhibur dengan persembahan murid-murid sebentar tadi.

AWERRA

Para guru dan rakan pelajar yang budiman,kita semakin hampir ke penghujung majlis. Sebelum kita
bersurai marilah kita sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu ”Ibu Pertiwiku”.
~Nyanyian lagu : Ibu Pertiwiku ~

LOUISA

Para hadirin dijemput duduk.

Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga SK Oyan
Tengah termasuk para ibu bapa dan penjaga kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari guru bagi
tahun ini.

Dipersilakan Guru Besar , guru-guru penolong kanan dan guru-guru berdiri di hadapan .

Diminta murid-murid berbaris mengikut kelas masing-masing dan bersalaman dengan para guru.

Marilah sama-sama kita ucapkan ”terima kasih cikgu” kepada barisan guru yang kita sayangi ini.

Sekian , terima kasih dan salam sejahtera.

--TAMAT--

Anda mungkin juga menyukai