Anda di halaman 1dari 7

1. . My Blog Monday, March 21, 2011 Tugasan Moral 1.

Mengenang Jasa Ibu Bapa Pada globalisasi


yang maju ini,remaja menghadapi pelbagai masalah terutamanya ialah pada masa kini banyak
anak yang tidak tahu mengenang budi jasa ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Mereka
sanggup menengking ibu bapa yang sudah tua dan uzur,malah ada juga sanggup mendera
atau menghalau ibu bapa mereka. Oleh itu,kita perlu bekerjasama untuk membatasi masalah
ini berlaku. Bagaimanakah masalah ini dapat diatasinya? Anak-anak perlu mengamalkan nilai
kepercayaan kepada Tuhan. Mereka perlu mempunyai keyakinan wujudnya Tuhan sebagai
pencipta alam. Mereka seharusnya melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan dengan
menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur dengan baik. Selain itu,mereka juga perlu
mematuhi segala suruhanNya. Contohnya,mereka perlu membalas budi jasa ibu bapa yang
membesarkan mereka. Selain itu,anak-anak pada masa kini perlu ada nilai kasih sayang
terhadap keluarga. Mereka perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap
anggota keluarga mereka. Contohnya mereka perlu bersikap prihatin terhadap ibu bapa yang
membesarkan mereka. Seterusnya,mereka juga perlu mempunyai perasaan cinta yang
berkekalan terhadap keluarga . Contohnya, mereka seharusnya menjaga ibu bapa mereka
yang tua dan uzur dengan cara menjemput mereka tinggal bersama. Di samping itu,anak-anak
perlu hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka harus memuliakan setiap anggota
keluarga. Contohnya,mereka seharusnya mengambil kira perasaan ibu bapa yang berasa
sedih,kecewa dan hampa. Mereka juga harusnya memberikan layanan yang bersopan untuk
mewujudkan keluarga yang bahagia. Mereka seharusnya menghormati ibu bapa mereka dan
tidak menengking ibu bapa yang sudah tua kerana akan menyebabkan mereka berasa kita
tidak sayangi terhadap mereka lagi. Secara kesimpulannya,setiap individu perlu mempunyai
nilai bertanggungjawab .Mereka harus ada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna. Jika masyarakat kita semua
mempunyai nilai di atas,masalah remaja tidak mengenang jasa ibu bapa turut akan diatasi
dengan mudah dan cepat dan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang penuh dengan
kasih sayang dan bertanggungjawab. 2. Kepentingan Aktiviti Perkhemahan Banyak aktiviti
perkhemahan diadakan di sekolah oleh persatuan dan unit beruniform,tetapi tidak ramai yang
mahu memanfaatkan aktiviti tersebut dengan anggapan membuang masa. Oleh hal ini,pelajar
perlu memahami sebab-sebab dan kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti
perkhemahan yang banyak dijalankan di sekolah walaupun pelajar yang
2. 2. berfikiran negatif sering menolak daripada ikut serta. Menerusi aktiviti perkhemahan
sebenarnya mendidik kita mengamalkan nilai berdikari. Kita akan mempunyai kebolehan dan
kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Sebagai contoh,kita
akan dididik cara memasak,berkemas,menjaga kebersihan,dan memasang khemah.
Perkhemahan yang biasanya dijalankan selama dua hari secara tidak langsung mengajar ilmu
hidup yang kalau di rumah dilakukan oleh orang gaji. Proses pembelajaran ini mampu juga
membina keyakinan untuk hidup di rantau orang tanpa bergantung kepada orang lain.
Perkhemahan juga merupakan aktiviti yang dianggap berkesan dalam menyemai dan
memupuk nilai hidup bersama secara aman. Hal ini dikata demikian kerana melalui aktiviti
perkhemahan,kita akan hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira
agama,bangsa dan budaya. Melalui aktiviti perkhemahan dalam kalangan masyarakat,akan
lahirlah bangsa Malaysia yang mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup dengan
mempunyai satu bahasa,satu suara,dan satu matlamat. Selain itu,aktiviti perkhemahan juga
akan mendidik kita menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Menerusi aktiviti
perkhemahan,pelajar akan memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan
sempurna. Contohnya,pelbagai aktiviti perkhemahan yang disediakan bertujuan untuk kita
melaksanakan tugas dengan sempurna serta dapat memanfaatkan masa dengan cara yang
betul. Secara konklusinya,aktiviti perkhemahan merupakan satu kegiatan yang amat
berfaedah. Oleh itu,disarankan pihak sekolah lebih kerap mengadakan aktiviti seperti ini,sama
ada aktiviti tersebut dijalankan di dalam hutan atau di sekolah sahaja. Selain itu,para pelajar
perlu memanfaatkan masa dengan mengikuti aktiviti ini kerana mendatangkan banyak faedah
yang dapat diperoleh. 3. Keranamu Malaysia Terlalu banyak kemajuan yang kita lihat pasca
kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan kemajuan ini. Kita harus
mengamalkan nilai cinta akan negara. Kita patut mempunyai perasaan bangga dan sayang
kepada negara serta meletakkan kepentinggan negara melebihi kepentingan diri. Kita perlu
mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara.Kita patut mempunyai kesanggupan dan
kerelaan melakukan sesuatu untuk negara.Sebagai contoh, pejuang- pejuang negara berani
dan gagah untuk bangun menentang penjajah Jepun dan British demi mempertahankan tanah
air daripada terjatuh ke dalam tangan musuh. Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup
dan rela mengorbankan nyawa dan menyerahkan harta benda sebagai tanda kebaktian untuk
negara. Mereka meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir demi negara
yang tercinta . Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan
keamanan dan keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita harus mengamalkan nilai hidup
bersama secara aman. Masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa harus hidup berbaik-baik
antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat Malaysia perlu
mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup dengan menangkis sebarang ancaman
terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
Selain itu, kita perlulah menghormati serta mencurah kesetiaan dan kepatuhan yang
3. 3. berkekalan dan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara kita. Kita patut mengamalkan
nilai taat setia kepada raja dan negara selaras dengan prinsip Rukun negara yang menandakan
Raja merupakan tonggak utama negara ini. Kesimpulannya,Rakyat Malaysia harus sentiasa
sedar tentang cabaran dan ancaman yang menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang
kita nikmati kini. Jika masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja
untuk negara yang tercinta, apatah lagi pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita belum
selesai. 4. Selamatkan Bumi Kita Akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terancang
dan terkawal serta penipisan lapisan ozon, yang serius, suhu global telah meningkat secara
drastik iaitu kira-kira 0.5 darjah Celcius setahun. Tambahan pula, pembakaran hutan oleh
Indonesia secara langsungnya telah mengakibatkan pencemaran udara yang serius dan
menyebabkan tahap API (Air Pollutant Index) mencapai ke tahap yang bahaya. Pengeluaran
asap dari kenderaan dan industri-industri di dunia juga mendorong kepada peningkatan
kandungan karbon dioksida dalam udara. Bahan-bahan CFC yang dikeluarkan oleh peti sejuk
dan pendingin udara juga menipiskan lapisan ozon. Semua kesan negatif alam sekitar ini telah
menyebabkan hujan asid dan banyak bencana lain di dunia. Ini menyebabkan kepupusan flora
dan fauna di dunia. Sesungguhnya, kita seharusnya mengamalkan nilai menyayangi dan
menghargai alam sekitar. Kita seharus memelihara dan memulihara alam sekeliling demi
pengekalan keseimbangan ekosistem. Selama ini, Jabatan Alam Sekitar telah menjalani
berbagai-bagai kempen kesedaran untuk orang ramai di Malaysia supaya rakyat Malaysia
sedar kepentingannya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara kempen yang
dijalankan ialah kempen kitar semula. Banyak tong kitar semula telah disediakan di tempat-
tempat yang strategik dan mudah diakseskan, namun usaha ini tidak dihargai dan
dikenangkan oleh rakyat Malaysia. Menurut kajian, tong-tong ini telah dijadikan tong sampah
biasa ole masyarakat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada masa depan
kualiti alam sekitar, kita seharusnya memberi sokongan yang penuh kepada kempen ini dan
menjayakannya. Lihatlah bagaimana orang di Jerman mengitar semula barang-barang seperti
kertas, tin dan plastik dengan berjayannya . Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan
nilai kemapanan alam sekitar. Rakyat Malaysia seharusnya menyedari tanggungajawab
mereka terhadap pengekalan keseimbangan ekosistem untuk kesejahteraan hidup. Semua
orang bertanggungjawab terhadap pemusnahan alam yang serius pada hari ini. Oleh itu, kita
seharusnya bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti-aktiviti
pembalakan haram dan juga pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak yang ingin
kesenangan dan keuntungan semata-matanya. Kita seharusnya melaporkan kejadian ini
kepada pihak polis dan Jabatan Alam Sekitar. Tambahan pula, pembuangan sisa toksik yang
mencemari sungai dan menjejas habitat kehidupan air. Selain membanteras aktivi yang
haram, kita juga perlu berusaha memberi sokongan kepada kempen-kempen yang dijalankan
oleh kerajaan. Dengan ini, barulah kualiti alam sekitar pada masa depan akan terjamin. Yang
terakhir, rakyat Malaysia perlu mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Mereka
perlu prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Beberapa
tahun yang lalu, tahap API di metorpolis Kuala Lumpur telah mencapai ke tahap yang
berbahaya dan menjejaskan kesihatan manusia. Perdana Menteri dengan bijaksananya
mengadakan Kempen Berkongsi Kereta pada masa itu untuk mengurangkan pencemaran
malah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kita semua seharusnya
4. 4. memberi sokongan kepada kempen itu. Tambahan pula, kita juga digalakkan untuk
melibatkan diri dalam pertubuhan sukarela yang berkaitan dengan alam sekitar seperti World
Wide Fund, dan Kelab Kebajikan dan Sukan Alam Sekitar untuk melaksanakan tanggungjawab
kita untuk memelihara alam sekitar. Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Tiada sesiapa pun yang boleh dikecualikan
dalam tanggungjawab mengekalkan alam sekitar. Projek-projek dan kempen-kempen
haruslah diberi sokongan supaya menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Tambahan
pula, masyarakat di dunia harus mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak
bertanggungjawab terhadap pengawalan pencemaran negaranya seperti pembakaran hutan
terbuka di Indonesia. 5. Perkembagan Diri Menerusi pembelajaran sukatan pengetahuan Moral
tingkatan 4, saya telah menyedari beberapa nilai dan pengajaran yang patut dipraktikkan
dalam kehidupan. Nilai-nilai ini membawa impak dan peubahan yang besar kepada kehidupan
dan sikap saya yang tidak baik selama ini. Inspirasi dan keputusan ini telah dijana oleh satu
kejadian apabila guru Moral saya, cikgu Karthiges telah menegur saya tentang sikap saya yang
tidak menghortmati guru dan tidak mematuhi beberapa peraturan saya. Saya berasa teramat
malu dan menyesal dan seterusnya membuat keputusan untuk mengubah peribadi saya. Oleh
itu, saya telah berkunjung ke kedai buku untuk buku-buku motivasi dan filosofi yang boleh
membantu saya dalam usaha membentuk satu peribadi yang baik dan mulia. Antara buku-
buku yang telah menarik perhatian saya ialah “Law of Attraction”. Pengarangnya, Michael J.
Losier telah mencadangkan bahawa setiap perlakuan dan sikap manusia adalah ditentukan
oleh fikirannya sendiri. Jika fikirannya tidak senonoh, perbuatannya tidak akan baik dan
bermoral. Ini telah menyedari kekurangan saya dalam mengamal nilai hemah tinggi. Hal ini
berlaku kerana saya tidak beradab sopan dan mempunyai budi pekerti yang mulia semasa
saya bergaul dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, saya bertekad mengubah
sikap saya yang buruk dan menggantikannya dengan satu personaliti yang hormat kepada
sesiapa sahaja untuk menunjukkan peribadi diri yang mulia. Saya akan memberi salam kepada
guru apabila bertemu malah berucap dengan bahasa yang lebih sopan. Seterusnya, saya telah
berjumpa dengan buku jemahan yang bertajuk ‘366 Esei untuk Motivasi Diri Untuk Pelajar dan
Dewasa’ (366 self-motivating essay for students and adults). Menerusi buku ini, pengarang
buku ini, Sidney Newton Bremer telah memberitahu saya betapa pentingnya seseorang pelajar
untuk mengamalkan nilai kerajinan. Seseorang pelajar perlu menjayakan usaha dengan
semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan dan berdaya maju secara berterusan semasa
melakukan sesuatu perkara. Ini membolehkan kita memperolehi kecemerlangan sama ada
dalam bidang akademik atau kokurikulum yang kian menjadi kunci untuk mendapat biasiswa
pelajaran. Dengan ini, saya telah menetap sekurang-kurangnya dua jam dalam satu hari untuk
mengulang kaji pelajaran terutama subjek yang lemah. Usaha ini telah berjaya meningkatkan
prestasi saya dalam peperiksaan. Selain itu, komitmen saya yang aktif dalam dunia pengakap
telah membolehkan saya memperolehi lencana kemajuan Lima Tertinggi dalam ujian
berlencana pengakap. Tambahan pula, ‘Konseptual Etika Murni’ dalam Ultimate Library Series
telah mendedahkan saya dengan nilai toleransi sebagai teras ketenteraman dalam kehidupan.
Menurut buku tersebut, kita mestilah mempunyai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan
mengawal diri agar dapat mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam
kehidupan. Ini secara langsungnya berserasi dengan cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020.
Cabaran kelima telah menekankan membentuk masyarakat matang yang bersifat liberal lagi
toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun
kepercayaannya
5. 5. bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan
agamanya masing-masing tanpa berasa tersisih daripada bangsa tersebut. Sebagai seorang
rakyat dan waraganegara Malaysia, saya seharusnya sabar dan bertolak ansur antara satu
sama lain malah membawa ideologi ini kepada rakan sebaya saya supaya Wawasan 2020 akan
tercapai. Sepanjang tugasan ini, saya telah memperolehi banyak faedah yang saya tidak
terfikirkan. Saya telah menyedari kekurangan saya dari aspek pengamalan nilai-nilai tertentu
dan cuba sedaya upaya untuk mengubah perangai buruk saya. Usaha saya telah berjaya
memperbaikikan hubungan saya dengan guru-guru dan rakan sebaya saya. Oleh itu, saya akan
terus berusaha lagi untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam kehidupan saya. 6.
Pencemaran Pada era globalisasi yang maju ini,terdapat pelbagai masalah social yang sering
berlaku.Masalah yang paling kronik dan serius di nagara kita ialah pencemaran. Pencemaran
yang sering berlaku disebabkab oleh adanya rakyat yang tidak bertanggungjawap dan
menyayangi terhadap alam sekeliling yang dianugerahi oleh tuhan.Untuk mengatasi masalah
ini,semua masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran terhadap masalah ini dan berusaha
menyelesaikannya. Pencemaran yang seringkali berlaku ialah pencemaran udara.Penemaran
ini sering berlaku kerana adanya pihak perusaha kilang yang tidak bertanggungjawap dengan
mengeluarkan gas-gas toksid tanpa dilapiskan.Selain itu,asap yang dikeluarkan daripada
kenderaan juga merupakan salah satu faktor berlakunya.Oleh itu,pihak yang berkaitan dengan
hal ini perlulah berfikir secara rasional iaitu meraka perlu berfikir berasakan bukti yang nyata
dan dapat mengambil tindakan berasakan pertimbangan yang wajar untuk mengatasi
masalah ini. Selain itu,pencemaran air juga merupakan salah satu pencemaran yang paling
membawa masalah kepada kita,alam sekeliling dan negara.Masyarakat kita yang suka
membuangkan sampah ke dalam sungai menyebabkan kehiupan haiwan di sungai terjejas
dan juga menyebabkan berlaku banjir.Ini berpunca daripada kegiatan masyarakat yang tidak
mempunyai prihatin terhadap alam sekeliling.Masyarakat haruslah mengamalkan nilai peka
terhadap isu-isu alam sekitar yang bererti prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan
sekeliling dan berusaha untuk menyelesaikannya. Seterusnya,pencemaran bunyi juga semakin
serius di negara kita pada masa kini.Oleh itu,kita perlu mengamalkan nilai kesederhanaan
terhadap masalah ini.Kita seharusnya bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.Contohnya, kita tidak sewajarnya membuka
radio atau lagu dengan bunyi yang tinggi pada waktu malam serta tidak membunyikan hon
dengan segaja ketika memandu. Kesimpulannya,kita hendaklah menyayangi dan menghargai
alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan alam sekeliling.Selain itu,kita juga harus
mengamalkan nilai kemapanan terhadap alam sekitar sebagai tanggungjawap bersama untuk
mengekalkan kesejahteraan hidup.Sekiranya,kita dapat mengamalkan nilai-nilai di
atas,masalah pencemaran di negara kita tentu dapat diatasi dan negara kita juga akan
mencapai wawasan 2020.
6. 6. 7. Pengamalan Nilai Moral dalam Kehidupan Seharian Perkataan moral bererti kelakuan
yang baik dalam pergaulan setiap hari. Setiap individu mestilah mengamalkan nilai moral
dalam diri masing-masing demi mendapat kehidupan yang sejahtera dan keharmonian dalam
setiap hari. Di samping itu,jika kita mengamalkan nilai moral dalam kehidupan kita akan
membuat kita ke arah yang lebih cerah,lebih bahagia dan lebih cemerlang. Pengamalan nilai
moral dalam kehidupan seseorang itu amat penting. Kita seharuslah mengamalkan nilai
hemah tinggi dalam kehidupan kita demi mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar
mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Orang yang mengamalkan
nilai ini akan sentiasa bersopan santun dan mempunyai budi bahasa yang lembut ketika
bercakap dengan orang lain.Ini akan membuat kita disukai dan disayangi oleh rakan-rakan
kita. Selain itu,kita juga sewajarnya mengamalkan nilai toleransi dalam diri kita. Nilai ini amat
penting kepada kita kerana boleh melahirkan kita sebagai orang yang lebih bertolak
anasir,sabar,dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup kita. Contoh mengamalkan nilai toleransi ini
ialah apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau cabaran,kita mestilah bersabar dan
mengamalkan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah ini. Seterusnya,kita juga harus
mengamalkan nilai kesederhanaan iaitu bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Individu yang mempunyai nilai kesederhanaan
akan mengawal diri dalam pertuturan dan perbuatan keterlaluan yang boleh mendatangkan
akibat yang buruk kepada diri sendiri kita. Secara konklusinya,banyak kebaikan dan faedah
dapat kita memperoleh apabila kita mengamalkan nilai moral dalam siri sendiri kita. Oleh
itu,semua masyarakat haruslah mengamalkan nilai moral dalam diri mereka bagi
mengelakkan diri terlibat dalam pembuatan yang tidak baik. 8. Perlembagaan Demokrasi
Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan perlembagaan demokrasi
sejak mendapatkan merdeka daripada penjajah British. Dalam perlembagaan
demokrasi,rakyat berhak memilih pemimpin-pemimpin yang mereka disukai melalui pilihan
raya sama ada kecil atau besar. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat mempunyai pelbagai
hak yang dapat menjamin kehidupan mereka lebih selamat dan harmonis Oleh itu,setiap
rakyat Malaysia seharusnya mengetahui hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan
Malaysia serta memahaminya. Dalam prinsip demokrasi,rakyat mempunyai hak kebebasan
beragama. Mereka bebas menganuti dan mengamalkan agamanya yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia. Mereka juga harus memahami dan menghormati agama lain.
Contohnya,mereka tidak boleh mengganggu pengaut agama lain semasa majlis
bersembahyang dijalankan. Justeru,rakyat Malaysia juga berhak merayakan pelbagai upacara
keagamaan bagi setiap agama mereka. Selain itu,rakyat Malaysia juga mempunyai kebebasan
bersuara. Mereka mempunyai
7. 7. kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman. Walaupun mereka mempunyai kebebasan berucap,tetapi ada
haknya. Mereka tidak boleh mengatakan bahan yang sensitif kepada orang lain kerana ini
boleh membawa kepecahan,kehancuran dan kemusnahan sesama kaum di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Seterusnya,rakyat Malaysia juga haruslah mematuhi peraturan
dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang
yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Dalam
perlembagaan demokrasi,rakyat diberi kebebasan sepenuhnya asalkan tidak melanggar
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Secara
kesimpulannya,rakyat Malaysia digalakkan penglibatan diri dalam pembangunan negara.
Mereka bebas melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan dengan mematuhi undang-undang
dan perlembagaan supaya negara kita boleh mencapai wawasan 2020 dan dapat menjadikan
Malaysia terkenal di seluruh dunia. Untuk mencapai wawasan 2020,rakyat Malaysia
seharusnya hidup bersama dengan antara satu sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan
budaya. 9. Kemalangan Jalan Raya Setiap hari,apabila kita membaca akhbar mesti kita
menemui berita yang tentang kemalangan jalan raya terutamanya ketika hari perayaan.
Walaupun sudah diingatkan agar para pemandu berhemah ketika memandu dan jangan
terlalu bergembira untuk mengelakkan tragedi di jalan raya,kemalangan tetap juga berlaku.
Mengapakah keadaan ini boleh berlaku?Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan diri sendiri
dan keluarga masing- masing? Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan
raya. Paling utama ialah sikap pengguna jalan raya.Mereka patut mengamalkan nilai hemah
tinggi. Mereka patut beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam semasa di jalan raya.
Tanpa ada urusan penting,mereka gemar memandu laju dengan alasan kereta yang dinaiki
cukup canggih untuk menderum di jalan raya dengan cara tidak memandu dengan berhati-
hati dan lampu isyarat tidak dipatuhi. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka boleh
menyusahkan penggunajalan raya yang lain. Selain itu,sikap pengguna patut mngamalkan
nilai toleransi . Mereka patut bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan jalan raya. Apabila mereka menghadapi kesesakan di jalan
raya,mereka patut sabar dan mengawal perasaan diri daripada memotong kenderaan di
hadapan dengan sesuka hati. Di samping itu,anak muda pula menjadikan jalan raya sebagai
gelanggang perlumbaan haram. Disebabkan ingin menang,mereka akan memandu selaju
mungkin dengan melupakan keadaan motosikal mereka dan kenderaan orang lain serta lupa
akan keluarga dan nyawa diri. Mereka seharusnya mengamalkan nilai rasional. Mereka
sewajarnya berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar. Kesimpulannya,kita perlulah merenung secara
mendalam akan masalah peningkatan kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi
segera,jalan raya bukan lagi laluan yang selamat. Pengguna jalan raya perlu ditanamkan akan
perasaan sayang diri,sayang keluarga dan sayangi orang lain agar menjadikan diri sentiasa
berhemah ketika memandu.
8. 8. 10. Semangat Kejiranan Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan
masyarakat yang hidup berbaik-berbaik, bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasama
dengan jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan
aman sesama mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan
memajukan negara baik ketika senang mahupun susah. Salah satu kepentingan semangat
kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat
dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti sambutan Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Hari Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga
boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit.Ini dapat
menujukan kita mengamalkan nilai Hidup bersama secara aman iaitu hidup berbaik-baik
antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa
mengira bangsa,agama,dan budaya. Selain itu,semangat kejiranan juga dapat merapatkan
jurang dalam komuniti.Pada masa kini,ramai masyarakat yang sibuk bekerja demi mengejat
kehendak dan keselesaan hidup yang semakin terdesak dan menyebabkan mereka tidak
mempunyai masa yang terluang untuk meenziarahi sahabat jirannya.Masyarakat seharusnya
mengamalkan nilai saling membantu dan berkerjasama selaras dengan masalah ini.Mereka
seharusnya mempunyai usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada
peringkat individu,komuniti atau negara untuk mencapai sesuatau matlamat. Di samping
itu,semangat kejiranan dapat mewujudkan intergrasi nasional.Hal ini demikian kerana negara
kita terdiri daripada pelbagai komposisi kaum dan etnik.Semangat kejiraan amat penting
untuk mencapai wawasan negara dan kedamaian sesama masyarakat.Oleh itu,nilai toleransi
amat perlu kita diamalkan.Masyarakat Malaysia seharusnya sanggup bertolak ansur,sabar dan
mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi
kesejahteraan hidup. Secara tuntasnya,budaya kejiranan teras kejayaan wawasan
negata.lantaran itu,setiap rakyat malaysia harus bertanggungjawap untuk memupuk
semangat kejiranan ini kerana ada ungkapan yang menyatakan bahawa apabila datang
kesusahan dan keupayaan,di situlah nyatakan kawan dan lawan. 11. Patriotisme Tahun ini,
Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-50, iaitu setengah abab. Tahun ini,
terdapat berbagai-bagia jenis projek dan aktiviti untuk meraikan kedaulatan yang
diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara 50 tahun yang lalu. Antaranya, Kayuhan
Sempena 50 Tahun Merdeka dari Yan ke Dataran Merdeka telah dilangsungkan selama enam
hari untuk memeriahkan sambutan merdeka pada tahun ini. Kempen Kunjungi Malaysia 2007
telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi. Sambutan ini bukanlah hanya satu sambutan bagai hari perayaan sahaja.
Sebenarnya, pada hari yang istimewa ini, kita harus mengenang jasa-jasa
9. 9. pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman yang
telah bersusuah-payah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Untuk
mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa sendiri, kita sebagai rakyat Malaysia yang
setia yang lahir di tanah air kita seharusnya mengamalkan nilai cinta kepada negara. Kita perlu
berasa bangga dan sayang terhadap nama negara kita iaitu Malaysia dan meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri. Maruah negara kita harus dipertahankan
daripada kritik dan pandangan negatif oleh masyarakat dunia (terutama Barat) yang berfikiran
steriotipikal menganggap negara di Asia mundur dan berkelas rendah. Tambahan pula, tokoh-
tokoh sukan seperti Nicol Ann David (Juara dalam Squasy 2007) dan Lee Chong Wei
(bertempat kedua dalam kedudukan pemain badminton sedunia 2007) telah berjaya
mengharumkan nama negara Malaysia dalam pentas sukan antarabangsa. Mereka tidak
mementingkan nama sendiri malah sentiasa mengheboh-hebohkan nama Malaysia kerana
mereka mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap tanah air mereka. Yang kedua,
kita perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara. Kita perlu rela melakukan dan
meyerahkan apa-apa sahaja termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara. Dalam
sejarah, Tok Janggut di Kelantan telah memperjuangkan keadilan untuk bangsanya dan
akhirnya telah dihukum mati dan dianggap sebagai pengkhianat serta pemberontak
(kerajaanBritish) oleh British. Rentap pada masa yang sama telah berjuang untuk bangsa
Ibannya sendiri. Ini menunjukkan kerelaan mereka untuk berkorban demi mempertahankan
maruah bangsa negara sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup pada zaman moden hari
ini, kita seharusnya mementingkan pembangunan negara sendiri melebihi tawaran gaji tinggi
yang diberi oleh syarikat-syarikat luar negera. Tambahan pula, projek-projek kerajaan
haruslah disokong oleh semua rakyat supaya projek itu berjaya menjanakan keuntungan dan
pembangunan ekonomi serta fizikal di Malaysia. Yang ketiga, nilai taat setia kepada raja dan
negara haruslah diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. Semua rakyat mesti mempunyai
kesetiaan dan kepatuhan kepda raja dan negara untuk menjaga keamanan dan kestabilan
politik. Ini merupakan cara untuk mempertahankan maruah bangsa seperti yang termaktub
pada baris Perlembagaan Malaysia yang pertama Taat kepada Tuhan , Raja dan
Negara.Undang-undang dan peraturan-peraturan haruslah dipatuhi untuk menunjukkan kita
memberi kehormatan terhadap sistem pentadbiran negara. Tambahan pula, jasa-jasa tokoh
kemerdekaan pada masa penjajahan haruslah dikenang dan perjuangan mereka haruslah
dijadikan pedoman dan ingatan dalam kehidupan supaya kita tidak dijajah oleh kuasa asing
pada masa depan. Kesimpulannya, nilai patriotisme perlulah diamalkan dalam kehidupan
rakyat Malaysia. Dengan mengamalkan ketiga-tiga nilai ini, barulah kedaulatan negara akan
dipertahankan malah negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan.
Dengan ini, Wawasan 2020 yang menjadikan impian nasional boleh capai dan menjadikan
Malaysia sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang. Pada hari yang istimewa ini,
marilah kita sama-sama menyambut dan berkongsi kegembiraan yang telah diperolehi selama
50 tahun. Posted by kc lim at 6:12 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to
FacebookShare to Pinterest Labels:Tugasan

Anda mungkin juga menyukai