Anda di halaman 1dari 2

MEMBUAT TOPENG MUKA - HAIWAN DAN ANIMASI

Bahan-bahan berikut:

 Pinggan kertas (putih kalau ada)


 Straw plastik atau kertas lain atau kayu untuk dilekatkan pada topeng
 Gunting
 Bahan warna yang sesuai
 Satu atau dua berus cat
 Pen marker hitam
 Gam

Kemudian, ikuti langkah ini:

1. Potong pinggan kepada separuh.


2. Ambil satu bahagian dan buat dua lubang mata.
3. Gunakan bahagian separuh satu lagi untuk memotong telinga arnab, beruang, atau
musang (dan juga mulut dan hidung beruang jika anda mahu buat yang itu!)
4. Sediakan warna, kemudian, untuk musang, cat pada hujung telinga dan pada
pertengahan muka seperti corak yang ditunjukkan di gambar di bawah. Untung
beruang pula, warnakan seluruh hujung telinga, meninggalkan ruang di tengah,
dan warnakan separuh pinggan warna coklat. Untuk arnab, anda hanya perlu
warna bahagian dalam telinga dan pipi dengan warna merah jambu.
5. Dengan pen marker hitam, lukis hidung ketiga-tiga haiwan ini dan misai mereka.
6. Kemudian, gamkan telinga kepada bahagian separuh pinggan tersebut, dan
gamkan mulut dan hidung beruang!
7. Akhirnya, gamkan straw
atau kayu kepada
bahagian belakang
pinggan supaya anda
boleh memegangnya.

Sekarang, anda tahu semua


langkah untuk membuat topeng
haiwan anda sendiri! Kami
mencadangkan anda cuba buat beruang, arnab, atau musang sama seperti kami, tetapi
biarkan kreativiti anda bebas dan buat mengikut binatang kegemaran anda; banyak sangat
pilihan!
CONTOH:-

Anda mungkin juga menyukai