Anda di halaman 1dari 11

Tutorial Menjahit Arnab Stokin

Bahan-bahan: (Bahan untuk seekor arnab) 1. Stokin (stokin panjang dengan lipatan berjahit pada bahagian atas), 1 2. Butang shank (sebagai mata) 3/8 [10mm], hitam, 2 3. Benang Floss, Biru / Merah jambu 4. Riben, Biru / Merah jambu 5. Kekabu atau bahan poli-sintetik (tujuan mengisi)

Peralatan: 1. Mesin jahit 2. Jarum (yang panjang) dan pin 3. Gunting 4. Pensel warna fabrik 5. Seterika Nota:

Memandangkan stokin akan meregang setelah di isi, stokin yang tebal adalah lebih baik daripada yang nipis. Arnab stokin ni takleh duduk sendiri, jadi kena guna pin untuk bagi dia statik. Korang leh letak bijian atau beras pada dasar arnab supaya menjadi berat dan dia boleh duduk sendiri. Masukkan bijian atau beras ke dalam uncang kecil dan masukkan ke bahagian dalam bawah arnab.

Selain daripada itu korang leh jahit tali pada kepala arnab supaya leh gantung di mana2.

1. Bahan2 untuk membuat arnab stokin ditunjukkan seperti di atas. 2. Hati2 sewaktu tetas benang pada bahagian lipatan sebelah dalam stokin menggunakan penetas 3. Bahagian dalam stokin dikeluarkan dan gosok dengan seterika dengan bahagian tapak kaki menghadap hadapan 4. Lukiskan gambaran arnab stokin seperti gambarajah 4 dengan menggunakan pensil warna fabrik.

1. Pinkan stokin dan jahit garisan yang dilukis tadi dengan menggunakan mesin jahit atau jahit sahaja menggunakan tangan 2. Gunting pada sisi garisan yang dilukis pada anggaran 1/8 inci daripada jahitan 3. Gunting hujung stokin dan gunting kepada 2 bahagian. 4. Lukiskan bentuk bulatan dan guntingkannya.

1. Pusingkan balik bahagian dalam ke luar, muka, badan, tangan, kaki dan ekor. 2. Sumbatkan telinga dengan bahan isian poli (macam kekabu tu). Hanya bahagian telinga disumbatkan muat2 dan cukup padat. 3. Sumbatkan bahagian muka juga, bentukkan pada bahagian tumit hingga menjadi mulut arnab. 4. Jahit keliling bahagian bawah kepala dan ikatkan hingga membunjut seperti gambarajah 4.

Gunakan pensil warna fabrik, lakarkan bentuk hidung dan mulut pada bahagian kepala arnab.

Sulam jahitan pada garisan mulut dan hidung arnab seperti gambarajah di atas.

1. Tandakan titik untuk bahagian mata. Pastikan sejajar pada kedua2 belah mata 2. Jahitkan butang shank pada titik yang telah ditanda tadi. 3. Buat jahitan berulang supaya butang tersebut cukup kuat dan tak mudah tercabut. 4. Bawa jarum tersebut menembusi ke titik mata sebelah yang lain, tarik sedikit kuat untuk membenamkan mata pada muka arnab seperti ditunjukkan di bahagian 4. Matikan jahitan terlebih dahulu supaya bentuk mata dapat dikekalkan sebelum mula menjahit mata yang satu lagi.

1. Lukiskan bentuk bulatan pada bahagian bawah kepala. Bahagi dan tandakan bulatan tersebut kepada 12 bahagian seperti gambarajah 1.. 2. Lukiskan garisan pada bahagian badan arnab, bahagi dan tandakan juga kepada 12 bahagian.. 3. Jahit keliling badan bersama kepala berpandukan garisan yang ditandakan tadi. 4. Tanda itu dibuat untuk memastikan bahagian badan dan kepala sama.

Isikan badan, kaki, tangan dan ekor. Buat jahitan pada keliling bukaan kain, jerut dan ikat. Untuk bahagian kaki dan ekor, guling2kan bahan poli-sintetik pada tapak tangan hingga menjadi bentuk bulat dan kecil sebelum dibalut dengan stokin yang dibentuk tadi. Untuk kaki dan ekor, jahit keliling bukaan kain, jerut dan ikat seperti yang dilakukan pada bahagian badan tadi.

Tandakan 3 garisan pada bahagian kaki arnab. Jahitkan dan bentukkan kaki tersebut.

1. Tandakan untuk bahagian tangan pada sisi badan arnab. 2. Jahitkan tangan pada sisi badan arnab. 3. Tandakan ekor dan jahitkan ekor pada bahagian belakang arnab. 4. Ulang perkara sama untuk bahagian kaki.

Lakukan beberapa jahitan pada bahagian telinga supaya ia dapat diikat bersama nanti.

Akhir sekali ikat bahagian yang dijahit pada bahagian telinga tadi dengan reben berwarna biru atau merah jambu. Siap!!

Anda mungkin juga menyukai