Anda di halaman 1dari 15

3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati !!

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook


Bismillahhirrohmanirrohim..

Assalamualaikum warahmatullah...
Andai Allah tarik nyawa kita saat ini, agak agak cukup tak amalan kita ?
Andai Allah tarik nyawa kita saat ini, berbaloi dan bangga tak kita dalam
keadaan kita sekarang ?
Andai Allah tarik nyawa kita saat ini, adakah kita ni layak menjadi Ahli Syurga
?

kawan kawan semua..sama-sama renung renungkan
ya...Allahuakhbar..jangan kau matikan kami dalam keadaan kami fasik &
munafik...matikan kami dalam iman..amin !













Alhamdulillah alhamdulillah ya Allah...dapat ku temu dengan bulan Ramadhan ini. Walau
tak nampak secara mata kasarnya limpahan rahmat dan ganjaran yang Allah
janjikan..diri ini pasti...ganjaran di akhirat sana menanti.. :) Allah, andai kau tunjukkan
ganjaran itu dengan mata kasar kami..pastinya rumah rumah ibadat Allah penuh macam
tin sardin setiap waktu kan ?

MasyaAllah !

Alhamdulillah, Allah memberikan peluang kepada saya untuk menunaikan solat sunat
terawih dan juga tadarus di Masjid... bertuah untuk jadi insan yang terpilih...besar
hikmahnya...besar lagi ganjarannya..Allah menjanjikan ganjaran beratus kali ganda di
bulan ramadhan berbanding bulan bulan lain...TQ Allah..ku harapkan dapat terus
istiqamah ! Kerana bulan ramadhan inilah bulan melatih diri untuk meningkatkan amal
ibadat kepada Allah swt..

Subhanallah !

Sabda Rasullullah s.a.w, 3 perkara yang dibawa selepas mati
: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang
berkekalan yang menyampaikan pahalanya
kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.

Apa cukupkah amalan kita semua ? Kita sendiri sedar sejauh mana amalan kita...kita
boleh mengukurnya sendiri bukan ? Astaghfirullahalazim...Seisi dunia ini hanyalah
pinjaman Allah swt..harta kekayaan kecantikan pangkat hanyalah sementara...apa lagi
yang ingin kita kejarkan ?


Jom kita sama sama bawa 3 perkara ni masa kembali dijemput oleh Allah nanti !
Pastikan kita kumpul sebanyak mungkin markah kita supaya kita tidak menjadi orang
orang yang rugi di akhirat nanti !

Doa Anak Soleh...moga moga saya dapat menjadi anak yang solehah untuk
kedua ibu bapa saya...agar saya dapat sentiasa mendoakan mereka :) Moga saya juga
kelak dikurniakan anak yang soleh dan solehah...belajar tahfiz..huhu...nanti bila saya
dah mati anak saya boleh sedekah bacaan 1 kitab quran untuk saya...terang benderang
kubur saya nanti...



Sedekah Jariah...Sentiasa beringat untuk menginfakkan harta kepada
fakir..bukan sahaja fakir..malah rumah rumah allah, rumah ilmu, ibu bapa, kawan
kawan, sanak saudara...beri 1..allah gandakan 10...Jadi tak rugi pun jika kita bersedekah
:)








Ilmu yang disampaikan dan diamalkan...Sentiasa
menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain...supaya orang tu dapat
menggunakan ilmu tu di jalan yang betul..kemudia ilmu tu akan disampaikan pula
kepada generasi seterusnya..Alhamdulillah..saya bekerja sebagai guru...saya akan
berusaha menyampaikan ilmu dengan baik...InsyaAllah :) Teruja dengan mak dan ayah
saya...mereka ajar budak budak mengaji pada waktu malam..Allahuakhbar...pasti besar
ganjaran Allah beri pada mereka kan ? Nanti saya nak jadi macam diorang la...nak target
kumpul markah banyak banyak !







Ohya, menyampaikan post ini juga dikira sebagai
ibadah tau...love you alls... :) keep posting good
info for others ok...it is your investment for
akhirat ! - love, neo-





Alhamdulillah...saya kongsikan penerangan lebih jelas tentang 3 perkara ini ... sumber
:http://anas9294.blogspot.com/2013/02/dari-abu-hurairah-r.html



Contoh amalan "Sedekah jariah" ialah harta benda yang
diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

1. Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum.
Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak
yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

2.Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah
anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

3. Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-
orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan
hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

4. Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir
yang memerlukannya.

5. Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti
mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam
serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.
dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya,
malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-
masing.Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati
faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya
berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.Sedekah atau sumbangan yang
mendorong kearah kebaikan tidak akan memutuskan amalan kita malah
menambahnya. Contoh sumbangan tersebut ialah sumbangan pembinaan masjid.
Walaupun pemberi sedekah telah meninggal dunia, tetapi daripada sedekahnya
itu, sebuah masjid dapat dibina. Danmasjid itu digunakan untuk membuat sesuatu
kebaikan. Maka si pemberi hadiah itu turut mendapat pahala sebagaimana dia
(orang yang menggunakan masjid) membuat kebajikan. Dan mengapa Allah
menjanjikan sedemikian? Kerana tidak ramai orang yang sanggup membelanjakan
hartanya ke jalan Allah. Disebabkan harta, manusia sanggup berkelahi.
Disebabkan harta, manusia sanggup membunuh sesama manusia. Dan
disebabkan harta, manusia sanggup memutuskan hubungan sesama mereka
Perintah infak harta yang ada



Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku :
"Nafkahkanlah hartamu nanti Aku akan memberi pula kepadamu!"
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tangan kanan (sumber pemberi ) Allah selalu penuh, selalu mengalir,
tiada berkurang baik siang atau malam.
Tidakkah kamu ketahui apa yang dinafkahkan Allah semenjak
Dia menjadikan langit dan bumi, sesungguhnya tidak kurang apa
yang ditangan Allah (sumber pemberian). Singgahsana Allah di atas air.
Di tanganNya yang sebelah menahan pemberian , meninggikan dan
merendahkan."
Hadis sahih riwayat Muslim





Contoh Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada
orang lain

Ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang
berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui
syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab
dan buku-buku karangannya.
Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan ilmu hitam.
Tetapi, ilmu yang tidak memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi
kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila diamalkan oleh
orang yang masih hidup (orang yang kita didik) untuk kebaikan, kita juga turut
sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam
kubur.
Contohnya membaca al- Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al
Quran, dan disebabkan apa yang diajarkan itu membolehkan dia (orang yang
belajar) membaca al-Quran dengan betul serta dapat bersolat, maka pahala kita
sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan
dia mendalami ilmuilmu tersebut dengan org lain.Selagi ilmu yang diajarkannya
atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati
faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia
hidup dan sesudah ia mati.

Ilmu juga merupakan makanan pokok bagi jiwa yang akan menjadi hidup dan
jasad akan memiliki adab. Oleh itu, Islam mewajibkan umatnya, baik laki-laki
maupun perempuan, untuk menuntut ilmu.Dan hal ini telah ditegaskan oleh
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dalam sabdanya,





Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.
(hadis riwayat Ibnu Majah)




Contoh Doa Anak Yang Soleh.

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau
sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap
tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang
soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing
dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan
berjaya di akhirat.
Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya
mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula
disebabkan doa anaknya yang soleh itu.Didikan agama sejak anakanak masih
kecil perlu bagi menjadikan mereka (anakanak) menjadi anak yang soleh. Kita
dapat melihat betapa anakanak sekarang menjadi rosak garagara masalah
sosial. Gejala sosial semakin menjadijadi.
Pembuangan bayi sering menjadi perhatian akhbarakhbar tempatan malah
indeksnya juga semakin meningkat saban tahun. Di bandarbandar besar, anak
anak gadis yang mendakwa dirinya Islam sudah tidak mengambil berat tentang
aurat. Mereka membuka aurat mereka di khalayak ramai sehingga menjolok mata
lelakilelaki. Tidak cukup dengan perbuatan itu, mereka membonceng motosikal
bersama teman lelaki mereka sambil berpeluk-pelukan. Lagak mereka sama
seperti orang kafir yang menolak Islam. Adakah anakanak seperti ini yang Allah
dengar doanya? Dan siapakah yang bertanggungjawab terhadap mereka?
Jawapannya sangat mudah.
IBUBAPA lah yg bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh anakanak
mereka. Dengan memberi didikan awal kepada anakanak, mereka akan menjadi
orang yang soleh dan seterusnyamendoakan kesejahteraan kita sama ada kita
masih hidup ataupun telah pergi meninggalkan dunia kerana Allah mendengar
setiap doa anak yang soleh.


Bersedekah untuk ibu yang meninggal



Dari Aisyah r.a. (menceritakan)
"Bahawa ada seorang lelaki menemui Nabi .s.a.w. dan menanyakan : "Ya
Rasulullah!
Sesungguhnya ibu saya meninggal dengan tiba-tiba dan dia tiada berwasiat.
Saya menduga kalau dia bisa berbicara tentu dia akan bersedekah.
Apakah dia akan memperoleh pahala, kalau saya menggantikannya?"
Nabi menjawab : "Ya (memperolehi pahala)".
Hadis sahih riwayat Muslim

Anak yang soleh tidak semestinya seorang ustaz atau Al-hafiz, tetapi jika anak itu
dapat menghafalkan Al-Quran adalah yang terbaik bagi ibu bapanya. Seterusnya
seorang anak itu taat kepada perintahNya, meninggalkan semua laranganNya dan
melaksanakan segala suruhanNya.Mereka juga akan menghadiahkan ayat-ayat
suci al quran kepada ibu bapa mereka sebagai tanda ingatan dan kasih sayang
anak kepada ibu bapa mereka semasa ketiadaan mereka nanti dan menjaga nama
baik keluarga,diri dan agama selama hidup di muka bumi ini.


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Kita semua adalah khalifah Allah di muka bumi ! :) Sama sama kita tingkatkan amalan ye
kawan kawan...InsyaAllah Allahuakhbar !


: :

Hadits riwayat Muslim, Abu Dawud,
At-Tirmidzi, Nasai dan Ahmad:

)(

:
(


)
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali
dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang
bermanfaat, dan anak shaleh yang berdoa
kepadanya. (HR Muslim).
AMALAN YANG TIDAK TERPUTUS?
Assalamualaikum warohmatullaahi wabarokaatuh


Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu):
sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang sholeh(HR. Muslim no. 1631)

Anda mungkin juga menyukai