Anda di halaman 1dari 4

3 AMALAN YANG TIDAK AKAN TERPUTUS PAHALANYA WALAUPUN SUDAH MENINGGAL

‫ صدقة جارية أو‬:‫ إذا مات ابن آدم انقطع عمله إال من ثالث‬: ‫عن أبي هريرة رضى هللا عنه أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال‬
‫علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له‬
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam
meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang
bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

PENJELASAN HADITH :
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai maklumat yang tertentu yaitu agar kita sentiasa
mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan
meninggalkan perkara yang dilarang.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Adz –Dzaariyaat ayat 56 , berbunyi :

٥٦ ‫ُون‬
ِ ‫نس ِإَّل ِليَعۡ بُد‬ ِ ۡ ‫َو َما َخلَ ۡقتُ ۡٱل ِجن َو‬
َ ‫ٱۡل‬
Kira-kira maksudnya: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-
Ku.”
Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai
jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang
mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap
ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti
meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:
1) amal jariyah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan ibu dan bapanya.

Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap
hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam
barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat
masih ada.

1. AMAL JARIYAH

Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan yang baik.

Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga di sebut sebagai wakaf yaitu menahan sesuatu yang
BOLEH dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai( taqarrub) pendekatan
diri terhadap Allah.Hukum melakukannya adalah sunat.

Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :


َۚ ‫لَن تَنَالُواْ ۡٱلبِر َحت ٰى تُن ِفقُواْ مِ ما تُحِ ب‬
َ ‫ُّونَ َو َما تُن ِفقُواْ مِ ن ش َۡي ٖء فَإِن ٱّللَ بِ ِهۦ‬
٩٢ ‫ِيم‬ٞ ‫عل‬
Yang kira-kira bermaksud : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna),
sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu
nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran, ayat
Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau
sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada
disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira
bermaksud:

”Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah
ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Al-Quran, masjid,
membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.” (HR Ibn
Majah).

Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyyah berbentuk sedekah ialah :


1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan
pendinding api neraka.

Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan penuh keikhlasan kerena tidak
bukan saja memberikan maslahat kepada masyarakat umumnya. Bahkan pahalanya akan sentiasa
mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir. Maka tidak rugilah harta yang telah
disedekahkan pada jalan Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 262 yang
kira-kira bermaksud :

ٓ َ ‫سبِي ِل ٱّللِ ثُم ََّل يُ ۡتبِعُونَ َما ٓ أَنفَقُواْ َم ّٗنا َو‬


َ‫َّل أ َ ّٗذى ل ُه ۡم أ َ ۡج ُر ُه ۡم ِعند‬ َ ‫ٱلذِينَ يُن ِفقُونَ أ َ ۡم ٰ َولَ ُه ۡم فِي‬
٢٦٢ َ‫ف َعلَ ۡي ِه ۡم َو ََّل ُه ۡم َي ۡحزَ نُون‬ ٌ ‫َر ِب ِه ۡم َو ََّل خ َۡو‬
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa
yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti perasaan si
penerima, mereka memperolehi pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap
mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.

2. ILMU YANG BERMANFAAT.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:

Maksudnya: Barang siapa yang berjalan disitu ia mencari ilmu maka Allah akan memudahkan
baginya jalan ke syurga. (Hadith Riwayat Muslim)

Pepatah juga ada mengatakan: “ Kerjakanlah amal ibadah seolah-olah kamu mati pada keesokan
harinya dan tuntulah ilmu tu seolah kamu hidup seribu tahun lagi

Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan
maupun saintifik atau ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita
aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan
diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam

Yang kira-kira bermaksud : Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat.


Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

“Pelajarilah oleh kamu ilmu faraidh itu, kerana ia adalah sebahagian daripada agama dan ia adalah
setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku”

Kedua-dua hadith di atas menuntut kita agar sentiasa mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada yang
jahil dan memerlukan kerana kelebihan menuntut ilmu dan mengajarkannya itu amat luas di sisi
masyarakat dan juga disisi maha pencipta, Allah Subhanahu Wata’ala.

Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya adalah termasuk daripada orang-
orang yang rugi. Hidup mereka cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya hanya
setakat didunia saja. Begitu juga mereka yang luas ilmunya akan tetapi kurang mempunyai adab
dalam menuntut ilmu seperti melawan guru bermegah-megah dan merasakan ilmu yang
diperolehinya sudah cukup hebat, ilmu yang mereka perolehi hanyalah sia-sia dan tidak mendapat
berkah dari Allah yang Maha Esa. Oleh demikian, tuntutlah ilmu dengan penuh adab dan rasa rendah
diri kerana sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah Subhanahu Wataala :

َ ‫َقا َل َفإ ِ ِن ٱتبَعۡ تَنِي َف ََل ت َسۡ ۡلنِي‬


َ ‫عن ش َۡيءٍ َحت ٰ ٓى أ ُ ۡحد‬
٧٠ ‫ِث لَكَ مِ ۡنهُ ذ ِۡك ّٗرا‬
Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa
sehinggalah aku menceritakannya kepadamu.” ( Al-Kahfi, ayat 70)

Ayat ini tidak bermaksud kita sebagai murid tidakBOLEH bertanya semasa waktu pembelajaran,
namun adab yang dimaksudkan di sini hendaklah dengan cara meminta izin terlebih dahulu.

Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi ada mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:

“Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan
kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Berlainan dengan mereka yang ikhlas memberikan ilmu yang bermanfaat sebagai contoh pensyarah
dan guru. Tidak terbatas hanya mengharapkan imbalan gaji yang diterima.Generasi ilmuan seperti ini
perlulah mempunyai hati yang ikhlas demi mengharap ridha dan berkah Allah dalam menjalani
kehidupan. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui apa jua yang kita sembunyikan.

Di sebabkan nilai keikhlasan amalan seseorang dalam mengajarkan ilmu mereka inilah, Allah
mengangkat derajat para ilmuan dikalangan para sahabat dan ulama dan menjanjikan pahala yang
besar kepada kita baik semasa kita hidup ataupun telah meninggal dunia.

3. DOA ANAK YANG SOLEH.

Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Jika baik tarbiyahnya
maka solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri
mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, maksudnya:

“Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau
menasranikannya atau memajusikannya”.

Anak merupakan amanah Allah yang amat bernilai kepada kita bagi mencorak dan melahirkan
generasi yang bakal menjelajahi dunia yang penuh cobaan. Didikan agama yang betul adalah amat
dititik beratkan. Insyaallah anak yang soleh, baik budi pekerti dan agamanya bukan sahaja menjadi
harapan bangsa dan masyarakat Islam malah kepentingannya kembali kepada orang tuanya itu
sendiri. Dengan ini, tidak rugilah mereka yang mempunyai anak yang soleh dan solehah kerna
mereka lah yang akan sentiasa mendoakan orang tuanya setelah mereka meninggal dunia dan
berikutan ini bertambahlah pahala orang tua tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.

PENGAJARAN YANG DAPAT KITA AMBIL DARI HADITH DI ATAS :

1) Islam menggalakkan hambanya agar sentiasa bersifat ikhlas dalam melakukan amalan-amalan
yang terpuji.

2) Galakan terhadap semua umat islam agar menggunakan kesempatan hidupnya dengan melakukan
3 perkara tadi iaitu amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kerana pahala
daripada melakukan amalan-amalan ini tidak akan putus sekalipun kita sudah tiada.

3) Seruan kepada kedua orang tua agar sentiasa menitik beratkan dalam mendidik anak-anak
mereka dengan tarbiyah yang baik.

4) Amal jariyah seperti bersedekah mempunyai fadilah yang banyak seperti mana yang disebutkan
didalam ayat-ayat al-quran dan hadist-hadist.

5) Ilmu yang berkah adalah bersumber dari keikhlasan, kecekalan hati dalam menimba ilmu
pengetahuan disamping menjaga adab dan displin ketika belajar.

Anda mungkin juga menyukai