Anda di halaman 1dari 24

Model Personal

Model ini bermula dari perspektif kendiri seseorang individu.

Model ini menekankan kepada


pembentukan kendiri seseorang individu mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif

mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap


matlamat sendiri. Tujuan: Membentuk personaliti yang bersepadu Matlamat: Pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.

Pembelajaran melalui kaunseling:


Model tidak direktif oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model personal. Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin diri

serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.


Oleh demikian, pengajaran dengan berfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. Beliau menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.

Guru dianggap sebagai kaunselor, di mana peneknan merupakan


satu pakatan antara guru dengan pelajar. Dalam proses perkembangan diri, guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar

menyelesaikan masalah jika ada. Yang penting, guru mewujudkan pakatan dengan pelajar bertujuan untuk membimbing dan membantu mereka sepanjang

penyelesaian tugasan dan masalah.

Mengikut Joyce et al. , (2002), antara tujuan model non-

directive termasuklah:
Menghadang tuju pelajar ke arah kesihatan dan emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain. Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar. Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Mengikut Roger, pertemuan dengan pelajar harus wujud suatu persekitaran yang penuh dengan kasih sayang, keyakinan, empati dan saling memahami. Guru akan membantu pelajar memahami bagaimana menghadapi tugasan serta bagaimana menuju ke arah penyempurnaan kendiri.

Proses pembelajaran sebegini bermula dengan guru membantu

pelajar memperjelas masalah. Kemudian, pelajar dibantu ke arah bertanggungjawab terhadap perubahan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah.

Guru juga akan membantu pelajar mencuba dan membuat


refleksi terhadap keputusan yang dibuat dalam percubaan tersebut.

Di samping itu, pelajar dibimbing ke arah pembentukan perasaan


empati terhadap orang lain dalam persekitaran pembelajaran.

MODEL PERSONAL
Model pembelajaran personal tersebut bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Model ini cuba menerapkan pendidikan supaya kita dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini. Model ini juga menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri. Tujuan model personal ini adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan.

SAMBUNGAN
Matlamat utamanya ialah pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu. Oleh itu, model personal

terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan


menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.

Model Personal

Model Pengajaran Tanpa Arahan Model Latihan Kesedaran

Model Pertemuan Kelas

Model Sinektik

MODEL PEMBELAJARAN NON-DIRECTIVE (TANPA ARAHAN)

MODEL PENGAJARAN TANPA ARAHAN

Model pengajaran tanpa arahan ialah model yang bertujuan untuk membentuk kemampuan dan perkembangan peribadi iaitu kesedaran diri (self awareness), pemahaman (understanding), autonomi, dan konsep kendiri (self concept).

Fasa Fasa 1 Fasa 2

Fasa 3

Fasa 4

Penerangan Kenal pasti dan mendefinisi situasi. Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar. Meneroka masalah. Pelajar digalak untuk menerangkan masalah. Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar. Membentuk pengertian baru. Pelajar membincang masalah. Guru memberikan sokongan kepada pelajar. Perancangan dan membuat keputusan. Pelajar merancang untuk membuat keputusan. Guru memperjelas keputusan-keputusan yang mungkin diambil.

Fasa

Penerangan

Fasa 5

Tindakan luar daripada temu bual

Integrasi/kesepaduan. Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif. Guru memberikan sokongan kepada pelajar. Pelajar sendiri mengambil tindakan positif.

IMPLIKASI MODEL PERSONAL DALAM P&P


Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi. Kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru. Model non-directive ini bergantung pada faktor semula jadi .

Peranan Guru

Guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan


emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang. Guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan

pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi


perasaan. Guru harus memberikan perasaan peluang kepada pelajar individu untuk dan

meluahkan kumpulan.

dalam

perbincangan

MODEL SINEKTIK
Synectics merupakan penyelesaian masalah metodologi yang

merangsang proses berfikir yang subjeknya mungkin tidak


disedari. Kaedah ini telah dibangunkan oleh George M. Putera (5 April 1918-9 Jun 2009) dan William JJ Gordon, yang berasal

dari Arthur D. Little Invention Design Unit pada 1950-an.


Mereka mendirikan Synectics Inc (sekarang Synecticsworld) dan metodologi yang telah berkembang secara berturut-turut pada tahun-tahun berikutnya.

SAMBUNGAN
Mengikut buku Murid dan Alam Belajar oleh Choong Lean Keow, perkataan synectics (sinektik) ini pada mulanya digunakan dalam seting industri, kemudian diubahsuai oleh Willian Gordon untuk pengggunaan sekolah rendah dan menengah. Model ini direkabentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang lainlain. Dalam konteks bilik darjah, murid-murid kita akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk

mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

SAMBUNGAN
Melalui sumbangsaran yang digunakan, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas daripada kongkongan pemikiran bersifat rigid. Akibatnya, mereka akan memperoleh satu kerangka pemikiran dan

perspektif yang baru. Tambahan pula, ia dapat memupuk kemesraan


antara satu sama lain serta menggalakkan penglibatan yang aktif.

MODEL LATIHAN KESEDARAN


Model Pembelajaran Latihan Kesedaran merupakan suatu model

pembelajaran
manusia.

yang
ini

ditujukan

untuk

meningkatkan
oleh Milliam

kesedaran
Schutz. Ia

Model

dikembangkan

menekankan tentang pentingnya latihan interpersonal sebagai saranan bagi meningkatkan kesedaran peribadi (pemahaman diri individu).

SAMBUNGAN
Terdapat empat jenis perkembangan yang dikukuhkan untuk

merealisasikan potensi individu secara teguh, iaitu: Fungsi tubuh. Fungsi personal, termasuk di dalamnya akuisisi pengetahuan dan pengalaman, kemampuan berfikir secara logik dan kreatif dan integrasi intelektual. Perkembangan interpersonal. Hubungan individu dengan institusi-institusi sosial, organisasi sosial dan budaya masyarakat.

SAMBUNGAN

Prosedur Pembelajaran

Kunci utama prosedur pembelajaran model ini didasarkan atas


teori encounter. Teori ini menjelaskan cara-cara untuk meningkatkan kesedaran hubungan antara manusia yang

didasarkan atas keterbukaan, kejujuran, kesedaran diri,


tanggungjawab, perhatian terhadap perasaan diri sendiri atau orang lain, dan berorientasi pada keadaan saat ini.

MODEL PERTEMUAN KELAS

Model pembelajaran pertemuan kelas diciptakan berdasarkan terapi

realiti yang dipelopori oleh William Glasser. Glasser percaya bahawa


permasalahan manusia kebanyakannya disebabkan oleh kegagalan melibatkan diri dalam lingkungan sosialnya (kegagalan bersosial). Ia percaya bahawa setiap manusia mempunyai dasar pengukuhan iaitu harga diri dan cinta. .

SAMBUNGAN

Prosedur Pembelajaran

Model pertemuan (perbincangan) kelas terdiri daripada enam


tahap iaitu: a. Menciptakan iklim (suasana) yang kondusif (selesa). b. Menyampaikan permasalahan semasa sesi perbincangan. c. Membuat penilaian peribadi. d. Mengenalpasti kaedah penyelesaian masalah. e. Membuat komitmen. f. Merancang tindakan lanjut.

SAMBUNGAN
Strategi Pembelajaran Guru membuat komitmen bersama untuk melaksanakan

langkah-langkah penyelesaian masalah tersebut.


Aplikasi Model pertemuan kelas ini dapat dilakukan maksimum tiga kali sehari. Tapi, biasanya sekali sehari sudah cukup bergantung kepada masalah yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai