Anda di halaman 1dari 5

Pembelajaran Teradun atau Blended

Learning
Pembelajaran Teradun atau juga lebih dikenali sebagai Blended-Learning adalah kaedah
pembelajaran yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan / atau tidak bersemuka
dengan menggunakan medium yang sesuai bagi menghasilkan PdP yang berkesan.

Pembelajaran Teradun atau Blended Learning: Bersediakah Kita?

Pembelajaran teradun boleh digunakan untuk membantu guru menjalankan PdP. Guru boleh
merancang aktivti pembelajaran dan menyediakan bahan pembelajaran yang bervarias dengan
mengambil kira kecenderungan dan minat murid serta kepelbagaian sumber sedia ada dalam
melaksanakan pembelajaran teradun.
Antara contoh model yang boleh digunakan dalam pembelajaran teradun adalah seperti rajah di
bawah:
Apakah Itu Pembelajaran Teradun?
Pembelajaran Teradun @blended learning adalah pendekatan gabungan yang melibatkan
interaksi dalam bilik darjah dan juga penggunaan teknologi untuk menyampaikan pengajaran.
Namun begitu, mengintegrasikan teknologi dalam penyampaian itu tak semestinya boleh terus
dikategorikan sebagai pembelajaran teradun. Terdapat beberapa jenis struktur blended learning
yang boleh dipilih dan bukan semua pendekatan ini sesuai digunakan untuk norma baru
pembukaan sekolah.

1. Blended face-to-face/teradun bersemuka. Ini adalah pembelajaran teradun yang berlaku


dalam bilik darjah dan paling dekat dengan pendekatan tradisional. Sesuai digunakan untuk kelas
yang mempunyai murid dengan tahap pelbagai. Pendekatan dalam talian diperkenalkan untuk
murid yang tertinggal untuk melengkapi pembelajaran dalam bilik darjah. Perlu dijalankan dalam
bilik darjah yang mempunyai kemudahan peranti.
2. Blended online class. Pendekatan ini terbalik dgn pendekatan #1 tadi. Sejumlah besar
pengajaran dijalankan di dalam talian & aktiviti terpilih sahaja dilakukan dalam bilik darjah
seperti aktiviti makmal.Pendekatan ini tidak memerlukan kehadiran murid dalam bilik darjah pd
setiap hari.
3. Flipped classroom. Konsep yang paling popular dalam pendekatan blended learning.Kaedah
ini membalikkan pendekatan tradisional dimana masa kuliah dijalankan dalam talian dan masa
dalam kelas digunakan untuk kerja-kerja kolaborasi, perbincangan,projek/tugasan.
Contoh flipped classroom:

4. Rotation model. Dalam model ini, murid bergerak dari satu modaliti ke modaliti yang lain
dimana salah satunya menggunakan pendekatan dalam talian. Antara model yang boleh
digunakan adalah station rotation, lab rotation dan individual rotation.
Contoh station rotation:

5. Blended MOOC: Murid belajar melalui kursus dalam talian sedia ada seperti Khan Academy,
Youtube dan lain-lain dan menjalankan aktiviti dalam kelas sebagai pelengkap kepada kursus
tersebut. Guru perlu memberikan panduan tentang kursus atau video yang sesuai.

Ada banyak lagi strategi blended learning yang boleh guru-guru teroka. Flex model, self blend,
enriched virtual dan sebagainya. Pendekatan blended learning memberikan murid-murid peluang
untuk belajar dan mengulangkaji mengikut kadar masing-masing.
Guru juga boleh mengabungkan mana-mana struktur blended learning mengikut kesesuaian
situasi. Guru boleh sediakan video atau bahan pengajaran dalam talian utk memastikan murid
mendapat kandungan asas dan boleh merujuk kepadanya berulang kali mengikut keperluan.

Contoh video pengajaran:

Gunakan Edpuzzle untuk menambah interaksi video seperti


ini: https://edpuzzle.com/media/5f057db2aa31113f0e6aa8d4
Dalam bilik darjah pula, fokus diberikan kepada perbincangan/latihan/tugasan supaya murid
boleh mendapatkan bimbingan terus dari guru.

Terdapat banyak lagi kriteria lain yang perlu diberikan perhatian dalam pemilihan pendekatan
yang terbaik termasuklah akses kepada peranti & internet di sekolah & di rumah.

Pendekatan yang terbaik adalah pendekatan yang dapat melibatkan seramai murid yang mungkin
dalam pembelajaran yang bermakna.

Anda mungkin juga menyukai