Anda di halaman 1dari 15

ULASAN BUKU = KE MANA WANG ANDA?

PENDAHULUAN UMUM

Judul Buku: Ke Mana Wang Anda?


Penulis: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tebal: 214 muka surat

Antara kupasan dalam buku ini:


1- Merancang kewangan
2- Menguruskan perbelanjaan
3- Pelaburan untuk anak-anak
4- Hidup selesa tanpa hutang
5- Peluang tingkatkan pendapatan
6- Persediaan masa dep
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BAKO Kod Sekolah: YEA1205

1. Nama Guru
SAHIRAN BIN MUCHIMUN
KEMANA WANG ANDA? 3. Bidang: Kemahiran Profesionalisme
2. Judul

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini berkenaan pengurusan kewangan yang efektif dan praktikal selain menerangkan cara
pengurusan kewangan yang berlandaskan ciri-ciri islam sebagai panduan setiap masyarakat. Di antara
topik yang terdapat dalam buku ini ialah merancang kewangan , menguruskan perbelanjaan, pelaburan
untuk anak-anak, hidup selesa tanpa hutang, peluang tingkatkan pendapatan dan persediaan masa depan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Memberi pendedahan berguna berkenaan pengurusan kewangan yang sistematik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membantu setiap guru membahagikan atau mengguanakan sumber peruntukan ( PCG ) yang disediakan
dalam menjalanakan aktiviti untuk pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SAHIRAN BIN MUCHIMUN ) ( )
JUDUL BUKU: KUASA KEPEMIMPINAN AL-FATEH
PENULIS: MUHAMMAD SYAARI ABDUL RAHMAN
PENERBIT: PTS MILLENNIA
TEBAL: 197 MUKA SURAT

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK BAKO Kod Sekolah: YEA1205

1. Nama Guru
SAHIRAN BIN MUCHIMUN
Judul Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
Penulis Muhammad Syaari Abdul Rahman 3. Bidang: Sejarah
2. Bahasa Bahasa Melayu
Bilangan Muka Surat 197 muka surat
Terbitan PTS Millennia
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
-

7. Sinopsis

Secara umumnya kejatuhan Kota Kostantinopel sudah dijangkakan oleh Nabi Muhammad SAW
ketika Baginda ditanya mengenai dua buah kota, iaitu Konstantinopel dan Rom. Baginda
menjawab persoalan itu dengan menyatakan bahawa Kota Heraklius akan dikuasai oleh sebaik-
baik pemimpin dan sebaik-baik tentera Islam. Kostantinopel adalah merupakan sebuah kota atau
kubu kuat Kerajaan Rom Byzantine timur yang melambangkan kemegahan dan kekuasaaan
Empayar Rom Byzantine di Asia Timur. Apa yang menarik perhatian saya mengenai buku ini
adalah gaya kreativiti penulis yang bukan sahaja memainkan peranan yang amat baik dalam
pengolahan bahan bahan mengikut kronologi tanpa meninggalkan fakta-fakta yang penting
keperihalan Sultan Muhammad Al-Fateh yang amat jarang diketahui oleh masyarakat umum.
Penulis juga mahir menyusun gaya penceritaan yang menarik dan setiap penghujahan
disokong dengan fakta-fakta ilmiah daripada sumber-sumber rujukan mengenai keperihalan tokoh
yang ditulis. Setiap isi dan fakta dianalisis dengan menggunakan laras bahasa yang mudah
difahami dan menarik. Kaedah yang digunakan oleh penulis adalah tidak terikat dengan
pendekatan penulisan buku-buku sejarah yang bersifat kronologi ataupun aturan cerita sehingga
keadaan menjadi semakin mendebarkan. Dengan penggunaan gambarajah, peta serta ilustrasi,
penulis juga memparkan kemahirannya dengan mengunakan sumber-sumber alternatif dan bahan
bantu yang tepat bagi menjadikan setiap plot buku ini menarik untuk dibaca.
Penulis bijak menceritakan usaha-usaha yang dijalankan oleh tentera Islam untuk menawan
Konstantinopel yang bermula dengan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan sehinggalah Sultan
Muhammad Al-Fateh. Penulis mendekati lebih dekat segenap sudut karakter kepemimpinan
yang ada pada anak muda berusia 22 tahun ketika melakukan misi menawan Konstantinopel yang
dianggap misi paling mencabar dalam sejarah Islam.
Jika dikaji dengan lebih teliti dan mendalam, buku ini menerangkan 12 sifat atau kuasa
kepimpinan Muhammad Al-Fateh yang diamalkan oleh beliau dan tenteranya sehingga
berjaya menawan Konstantinopel. Penulis berjaya mengolah buku ini dengan amat baik
sekali, di mana setiap elemen yang terkandung di dalam 12 kuasa kepemimpinan Al-Fateh
dihuraikan secara terperinci dan mendalam. Antara elemen yang penting berjaya dicungkil oleh
penulis adalah model pentadbiran, kepimpinan, kesetiaan, pemikiran strategik, kerja
berpasukan, kuasa diplomasi, iman, takwa, jihad, bahasa dan sistem pendidikan yang
komprehensif.
Penulis juga mengulas mengenai elemen pemikiran strategik Al-Fateh di dalam usaha beliau
untuk menawan Konstantinopel. Elemen ini menggambarkan Muhammad Al- Fateh mengatasi
kelebihan yang ada pada Kubu Konstantinopel yang mustahil untuk dirobohkan. Penulis juga
menghuraikan langkah-langkah yang diambil Muhammad Al- Fateh dalam menganalisa setiap
cabaran dan halangan yang akan dihadapinya. Hasil didikan yang kemas dan seimbang daripada
sudut kecerdasan Intelektual (IQ), emosional (EQ) dan spritual yang tinggi (SQ) serta
ketakwaan kepada Allah, menyebabkan beliau mampu merangka pelbagai strategi dan
mengemukakan pelbagai penyelesaian masalah dan menjadikan beliau seorang pemimpin
yang berstatus minda kelas pertama. Ini jelas dapat dibuktikan dengan penghasilan strategi-
strategi yang tidak dapat dijangkakan oleh pihak musuh.
Di samping itu juga pemilihan judul buku ini Kuasa Kepimpinan Al-Fateh kepada
Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh oleh penulis buku ini amat sesuai sekali. Ini kerana kepimpinan
adalah merujuk kepada posisi di dalam sesebuah organisasi manakala kepemimpinan adalah
merupakan sebuah proses pembelajaran untuk menjadikan manusia berpengaruh, sama ada
memegang jawatan ataupun sebaliknya. Pemilihan judul buku ini juga amat sesuai dengan
tema buku ini yang mahu membongkar sejarah perjalanan hidup Muhammad Al-Fateh
sehingga menjadi seorang tokoh penakluk Islam yang unggul dan luar biasa pencapaiannya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Memberi pendedahan berguna berkenaan kepimpinan yang merujuk kepada posisi di dalam
sesebuah organisasi manakala kepemimpinan adalah merupakan sebuah proses pembelajaran untuk
menjadikan manusia berpengaruh, sama ada memegang jawatan ataupun sebaliknya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membantu setiap guru memahami tentang tanggungjawan dan kepimpinan yang merujuk kepada posisi
di dalam sesebuah organisasi manakala kepemimpinan adalah merupakan sebuah proses
pembelajaran untuk menjadikan manusia berpengaruh, sama ada memegang jawatan ataupun
sebaliknya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SAHIRAN BIN MUCHIMUN ) ( )
JUDUL BUKU: PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI INSAN POSITIF
PENULIS: DATO DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH, HJ MUHAMMAD ZAKARIA DAN
HUSNA HASSAN
PENERBIT: TELAGA BIRU
TEBAL: 104 MUKA SURAT

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BAKO Kod Sekolah: YEA1205

1. Nama Guru
SAHIRAN BIN MUCHIMUN
Judul PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI INSAN POSITIF
DATO DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH, HJ
3.Bidang:
Penulis MUHAMMAD ZAKARIA DAN HUSNA
HASSAN Motivasi
2.
Bahasa Bahasa Melayu
Bilangan Muka Surat 104
Terbitan Telaga Biru
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan
-
Sinopsis :
7. Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu
cemerlang di dunia dan akhirat. Namun
realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-
harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya
berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan
datang. Justeru, siapa yang harus memulakan
kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?

Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif.
Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang
dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang
dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.

Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti
bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu
ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak,
kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam
sekitar.

Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan
rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela,
membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama
keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.

Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa
yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar
cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


8. Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira
agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat
positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa.

Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda.
Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-
hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-
anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana
jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu
bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya
sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


9. Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di
usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
dengan nilai keagamaan dan moral.

Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya.
Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa.
Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua
perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SAHIRAN BIN MUCHIMUN ) ( )

Judul Buku: Kejurulatihan dan Sains Sukan


Penulis: Haji Gapor Ahmad
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Tebal: 151 muka surat
Antara kupasan dalam buku ini:
2- Sukan dan kejurulatihan
2- Mengenali tubuh manusia
3- Tubuh manusia dan latihan sukan

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Bako Kod Sekolah: YEA1205

1. Nama Guru
SAHIRAN BIN MUCHIMUN
Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang: Pendidikan
2. Judul

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
-

7. Sinopsis
Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi aspek
teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan.
    Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan untuk
meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang
kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan
peminat Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
   Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas kejurulatihan
sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di samping itu, ianya menjadi sumber
rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
   Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatihan sukan yang membahagikan latihan kepada empat bidan iaitu
fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian
anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam
buku ini.
    Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu dan
berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat,
ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan
dan kelemahan lawan, serta set-pieces.
  Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih baharu muncul di
samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


     Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu, pembelajaran dan kajian
secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu
pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
    Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep latihan sebagai ilmu
asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu
pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
    Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu supaya kaedah,
pendekatan dan taktikal mereka sentiasa relevan dan kemas kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal remaja.
Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di
sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka
ceburi.
   Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu
diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang
sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru
yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SAHIRAN BIN MUCHIMUN ) ( )
Judul Buku: Mengurus Disiplin Pelajar
Penulis: Abdullah Sani Yahaya
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd 
Tebal: 244 muka surat

Antara kupasan dalam buku ini:


1. Disiplin Pelajar
2. Pelbagai Masalah Disiplin Pelajar
3. Mengenal Sahsiah Individu
4. Kesan-kesan pada sahsiah Pelajar Tidak Formal
5. Pentingnya Interaksi Pelajar
6. Salah Laku Pelajar
7. Pembangunan Generasi
8. Disiplin Bilik Darjah
9. Sekolah
10. Hubungan Antara Disiplin dan Sosio Emosi
11. Tingkah Laku Lencongan atau Devian
12. Bimbingan dan Kaunseling
13. Pembimbing Rakan Sebaya Menangani Disiplin Pelajar

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Bako Kod Sekolah: YEA1205

1. Nama Guru
SAHIRAN BIN MUCHIMUN
Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling
2. Judul

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan
Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah
disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha
berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat
dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya
dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini. Gejala ini dikhuatiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar
untuk menguasai minda anak watan kita.
   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan
sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan
generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi,
tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin
pelajar.
   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik,
mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan
dan  kongkongan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


     Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif
ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang
tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas,
datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini
berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak
sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan
nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat
juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat
dengan rakan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

      Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat pelajar
kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar
sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku
ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal
disiplin dengan bijak supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul
pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun
tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang
baik. Kesimpulan guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras, bersemangat , dan
mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani
dengan bijaksana.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SAHIRAN BIN MUCHIMUN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai