Anda di halaman 1dari 5

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SAM PAYA JARAS Kod Sekolah: BFT8001

NURUL HUSNA BT ABD RAHIM


1. Nama Guru
PETUA MENDIDIK ANAK 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
MENJADI INSAN POSITIF
-
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Pengarang : Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna Hassan
Penerbit : Telaga Biru sdn. bhd
Jumlah muka surat : 104 Halaman
Tahun terbit: 2000

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya
menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di
dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi
orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum
ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat
generasi akan datang.. Oleh itu buku ini sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menjadi orang positif.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif
merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa,
dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai
kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh
minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang
terikat kepadaNya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-
anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai
keagamaan dan moral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL HUSNA BT ABD RAHIM) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SAM PAYA JARAS Kod Sekolah: BFT8001

NURUL HUSNA BT ABD RAHIM


1. Nama Guru
MENANGANI SIFAT MARAH 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
-
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Pengarang : Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna Hassan
Penerbit : Telaga Biru sdn. bhd
Jumlah muka surat : 104 Halaman
Tahun terbit: 2011

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah
ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh
membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

  Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal akan
mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal
akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan
minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga
masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali
menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan
pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang
tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar
batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai
yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL HUSNA BT ABD RAHIM) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SAM PAYA JARAS Kod Sekolah: BFT8001

NURUL HUSNA BT ABD RAHIM


1. Nama Guru
BERFIKIR DALAM BILIK 3. Bidang: PEDAGOGI
2. Judul
DARJAH
-
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Pengarang : Ainon Mohd & Abdullah Hassan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Jumlah muka surat : 163 Halaman
Tahun terbit: 2005

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak
berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya.
Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya
membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu
dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan
kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

      Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat
membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian
kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik,
kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para
pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di
dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran
pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan
sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL HUSNA BT ABD RAHIM) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SAM PAYA JARAS Kod Sekolah: BFT8001

NURUL HUSNA BT ABD RAHIM


1. Nama Guru
MENGURUS DISIPLIN PELAJAR 3. Bidang:
2. Judul
KAUNSELING
-
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Pengarang : Abdullah Sani Yahaya
Penerbit : PTS Publications & Distributors sdn. bhd
Jumlah muka surat : 244 Halaman
Tahun terbit: 2010

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya
merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan
disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu
sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang
kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap
negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku
pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar
berkenaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

    Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan
karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru.
Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta
bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang
kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk
membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang
guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL HUSNA BT ABD RAHIM) ( )

Anda mungkin juga menyukai