Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK (P) METHODIST KUALA LUMPUR Kod Sekolah: WEB0225

Noor Zalinawati Binti Yusof


1. Nama Guru
Bekalan Harian : Ke Arah Mencari
2. Judul Keredhaan Ilahi 3. Bidang: Agama

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:6 jam


-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menerangkan tentang amalan-amalan seharian yang dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian dalam mencari Redha Ilahi. Amalan yang disarankan dalam buku ini bermula
dari dini hari sehingga lah sepertiga malam. Walaupun dalam kesibukan bekerja, terdapat amalan
yang ringkas tetapi pahala yang besar yang dapat kita amalkan dan semestinya menuntut kita
untuk istiqamah dalam melakukannya. Dalam buku ini juga disertakan zikir-zikir, doa yang dapat
kita amalkan untuk meraih pahala sepanjang hari dan mengikut kesesuaian masa kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Waktu 24 jam yang Allah berikan pada hari ini amatlah berharga. Oleh itu, amatlah wajar kita
mengatur pengisian waktu seharian kita agar dalam kesibukan bekerja setiap hari, kita masih
mendapat ganjaran pahala setiap masa asbab berkerja lillahi ta’ala. Istiqamah memerlukan
pengorbanan dan mujahadah dan kita perlu tekad yang kuat menjadi hamba yang lebih baik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, tidak dinafikan waktu seharian amat cepat berlalu dan seharian di sekolah
merupakan waktu yang sibuk. Walaupun sibuk, kita masih berpeluang meraih ganjaran pahala
melalui pekerjaan kita yang mulia iaitu mendidik anak-anak bangsa dengan niat kerana Allah.
Berpagian dengan pengisian rohani boleh membantu saya sebagai guru untuk terus kekal positif
dan bersemangat dalam mendidik anak-anak didik. Saya juga berharap anak-anak didik saya
dapat istiqamah melakukan pengisian rohani seperti berselawat, zikir dan membaca alma’thurat
seawal pagi agar rohani mereka kuat untuk menempuh dunia yang semakin mencabar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NOOR ZALINAWATI BINTI YUSOF ) ( )

Anda mungkin juga menyukai