Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN JENIS KEPERIHALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia telah mengadakan Karnival Kokurikulum


pada 20 Mei 2020. Karnival tersebut telah diadakan bermula jam 8:00 pagi hingga 2:00
petang bertempat di padang sekolah. Tujuan utama carnival ini diadakan adalah untuk
mengukuhkan perpaduan dan semangat bekerjasama dalam kalangan murid bagi
membangkitkan semangat murid supaya sentiasa bergiat aktif dalam kokurikulum.
Isi 1
 Karnival Kokurikulum dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua sekolah.
 Karnival ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Seri Setia iaitu Encik Husin.
 Selepas upacara perasmian, acara senam robik diadakan.
 Acara tersebut mendapat sambutan hangat daripada guru-guru dan para murid.
Isi 2
 Suasana riuh-rendah di padang sekolah
 Saya melihat kibaran bendera yang berwarna-warni
 Saya dan rakan-rakan berkumpul di gerai pada pukul __________ untuk memulakan
jualan amal
 Saya dan rakan-rakan menyusun barang jualan seperti barangan terpakai, buku-buku
dan barang perhiasan
 Gerai kami menjadi tumpuan kerana barangan dijual dengan harga yang murah
 Semua keuntungan yang diperoleh akan diagihkan kepada murid-murid yang
memerlukan bantuan
Isi 3
 Semasa waktu rehat, saya ke dewan sekolah untuk menyaksikan pertandingan foto
kreatif.
 Saya amat terpegun apabila melihat foto-foto yang dipertandingkan
 Foto-foto tersebut sangat cantik dan kreatif seperti diabadikan oleh jurufoto yang
profesional
 Saya melihat beberapa orang guru sedang menilai foto-foto yang dipertandingkan
 Murid daripada tingakatan _______ telah memenangi pertandingan foto kreatif ini
 Murid tersebut diberi hadiah dan sijil penghargaan
Isi 4
 Semasa juga berkesempatan menyaksikan pertandingan kawad kaki antara unit
beruniform
 Unir beruniform yang bertanding adalah seperti Pengakap, Persatuan Bulan Sabit
Merah, Pandu Puteri, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah dan Kor Kadet Polis.
 Para peserta boleh mengaplikasikan kemahiran kawad kaki dalam pasukan untuk
memenangi pertandingan yang diadakan.
 Pertandingan kawad kaki dimenangi oleh _________ dan ahli pasukan bersorak
gembira.
Selepas itu, saya kembali ke gerai pada jam 1:00 petang. Kami berasa amat bersyukur
kerana barang-barang jualan kami habis dijual. Kami mengemas tapak jualan, mengutip
dan menyapu sampah. Karnival ini telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan
kerana mendapat kerjasama dan sambutan yang baik daripada semua orang. Kutipan dana
yang diperoleh telah melebihi sasaran.
(____ patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai